You are on page 1of 12

MAKLUMAT AM PRAKTIKUM

Konsep Objektif Prosedur Pelaksanaan Pelaksanaan Praktikum Bilangan Waktu Mengajar Agihan Penyeliaan Peranan dan Tanggungjawab Guru Pelatih Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk Pendidikan Guru Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Praktikum Maktab Peranan dan Tanggungjawab Guru Pembimbing Peranan dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah Kehadiran Penangguhan Kes Kegagalan Praktikum Syarat Taksiran Prestasi

KONSEP Praktikum adalah kesinambungan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang memberi peluang kepada guru pelatih mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara institut/maktab perguruan, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan. OBJEKTIF Melalui program praktikum ini, guru pelatih dapat:

menyepadukan teori dan amali pengajaran pembelajaran; mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran; merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan individu dengan bimbingan; mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran;

memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan mengamalkan nilai profesion keguruan; memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas; mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran pembelajaran; menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

Prosedur Pelaksanaan Syarat


Guru pelatih layak menjalani Praktikum setelah menyempurnakan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Penempatan Penempatan guru pelatih dibuat secara pemuafakatan di antara institut/ maktab dan sekolah dengan persetujuan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Guru pelatih DPM ditempatkan di sekolah rendah. Guru pelatih KPLD ditempatkan di sekolah menengah rendah Guru pelatih KPLI dan guru sandaran terlatih ke jawatan tetap ditempatkan di sekolah menengah. Guru pelatih KDC ditempatkan di sekolah mereka bertugas. Tempoh Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3 : Pelaksanaan Praktikum Kursus Bilangan Minggu Fasa I Fasa II Jumlah Minggu Keseluruhan

Diploma Perguruan Malaysia

6 (Semester IV) 3 3

16 (Semester VI) 7 7

22

Kursus Pergurun Lepas Ijazah Kursus Perguruan Lepas Diploma

10 10

Kursus Dalam Cuti (DPM)

16

22

Kursus Dalam Cuti (KPLI)

10

Program Pratikum Khas

14

18

Bilangan Waktu Mengajar


o o o

Minimum 8 waktu seminggu. Maksimum 12 waktu seminggu. Pengajaran berpasangan dijalankan dalam bilik darjah sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Praktikum - Fasa I (untuk guru pelatih DPM dan KPLI sahaja). Agihan waktu mengajar adalah seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4 : Agihan Waktu Mengajar

Kursus

Bilangan Waktu Mengajar Seminggu Major Minor 2-4 Elektif I Elektif II -

Diploma Perguruan Malaysia

6-8

Diploma Perguruan Malaysia (Pendidikan Khas Tunalihat dan Tunadengar) *

A 6

T -

6 A 3 2

6 U 3 -

Kursus Perguruan Ijazah/Kursus Perguruan Diploma

Lepas Lepas

8-10

Kursus Dalam Cuti (DPM)

6-8

2-4

Kursus Dalam Cuti (KPLI)

8-10

Program Praktikum Khas

Nota: Bagi major atau minor prasekolah, bilangan waktu mengajar di dalam bilik darjah prasekolah ialah 2 hari seminggu Bagi pengkhususan dua major bilangan waktu mengajar bagi setiap major ialah 6 waktu seminggu Pilih salah satu agihan waktu mengajar
o

Bilangan Penyeliaan
o o o o

Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal. Bimbingan berterusan MESTI diamalkan sepanjang praktikum. Penilaian HANYA dibuat selepas bimbingan diberikan. Penyeliaan bersama antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing MESTI DIJALANKAN dalam Fasa I dan Fasa II untuk penyelarasan markah. Agihan penyeliaan adalah seperti Jadual 5.

Jadual 5: Agihan Penyeliaan Kursus Pengkhususan FASA I Pra Pen DPM Major 1 Major 2 1 1 1 2 2 Mak Sek Pen Bsama 1 5 3 1 2 2 4 4 FASA II Jum PraPeny. Mak Sek Pen. Bsama 1 -

DPM / KDC

Major Minor Elektif

1 1

1 1 1+1 1

2 1 2+2 2

1 1 1

5 2 7 5

1 -

3 2 2+2 2

5 3 3+3 3

1 1 1

KPLI/ KDC

Pengkhususan Elektif

1 1

1 2

2 5

1 2

2 3

KPLD

Pengkhususan Elektif

1 1

1 2

2 5

1 1

2 3

KDC (Sijil)

Pengkhususan Elektif (2)

1+1 1

1+1 1

4 4

1+1 2

1+1 2

PP Khas

Pengkhususan Elektif

Peranan dan Tanggjungjawab Guru Pelatih


o o o

o o

o o o o o

Menghadiri taklimat praktikum. Memahami dan menghayati objektif Praktikum. Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab semasa praktikum. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru pembimbing dan staf sekolah. Menghantar pada minggu pertama senarai tugas, jadual waktu, takwim sekolah dan maklumatmaklumat lain kepada institut/maktab. Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan institut/maktab dan peraturan sekolah. Hadir di sekolah sepanjang tempoh praktikum. Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah. Mendapatkan sukatan pelajaran daripada sekolah. Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persedian mengajar.

o o

o o

o o o o o

o o o

o o o

Membuat persediaan mengajar yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan. Merancang pengajaran bersama-sama guru pembimbing. Melaksanakan pengajaran secara berpasangan (lihat Lampiran 15) dan individu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran pembelajaran. Mengamalkan penulisan jurnal sepanjang praktikum berdasarkan garis panduan penulisan jurnal (Lampiran 14). Meneruskan penyediaan portfolio praktikum dan menyerahkannya kepada pensyarah pembimbing sebaik sahaja tamat praktikum. Melibatkan diri dalam membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum. Menyerahkan Borang Kehadiran Praktikum (Lampiran 9) kepada pensyarah pembimbing sebaik sahaja tamat praktikum. Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah Pembimbing Menerima perlantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada Pengetua institut/maktab. Menghadiri taklimat praktikum. Berbincang dengan guru pelatih tentang urusan praktikum. Membuat lawatan ke sekolah, berjumpa dan berbincang dengan pengurus sekolah dan guru pembimbing untuk menjalin hubungan profesional. Melapor kemajuan guru pelatih dari semasa ke semasa kepada Jawatankuasa/Pasukan Pengurusan Praktikum Institut/Maktab. Menyemak dan membincangkan portfolio praktikum bersama guru pelatih. Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan/penyeliaan yang kemas kini. Memaklumkan secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan Jawatankuasa/Pasukan Pengurusan Praktikum Institut/Maktab dengan segera. Menyemak buku persediaan mengajar guru pelatih dan mencadangkan pembaikan di mana perlu. Memberi bimbingan berasaskan unsur-unsur pencerapan klinikal (Lampiran 12). Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual penyeliaan yang telah ditetapkan. Bekerjasama dengan guru pembimbing dalam menjalankan mentoring menerusi proses pencerapan klinikal, pengajaran berpasangan dan penyediaan portfolio praktikum.

o o o o

Memantau prestasi dan disiplin guru pelatih sepanjang tempoh praktikum. Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan sahsiah guru yang baik. Wajib menyelia bersama guru pembimbing untuk membuat rumusan prestasi praktikum guru pelatih. Melengkap dan menyerahkan dokumen seperti Borang Rumusan ROS (Lampiran 3), Borang PR 1/P (Lampiran 5), Borang PR 2 (Lampiran 7), Borang Kehadiran Guru Pelatih (Lampiran 9) kepada Jawatankuasa/Pasukan Pengurusan Praktikum Maktab.

Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk Praktikum Maktab Pendidikan Guru (JKIPMPG)

Menentukan dasar pelaksanaan praktikum. Menjalankan pemantauan pelaksanaan praktikum. Menjalankan rentasan untuk menentukan kes-kes gagal dan cemerlang. Membuat lawatan perbincangan ke sekolah-sekolah untuk menyelesaikan masalah kritikal. Mengadakan mesyuarat untuk membincangkan keskes khas seperti penangguhan, pertukaran pusat, melengkapkan tempoh praktikum, gagal, disiplin dan tatatertib. Menyediakan laporan untuk makluman dan tindakan BPG. Mengadakan/menghadiri mesyuarat penyelarasan penempatan guru pelatih.

Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa/Pasukan Pengurusan Praktikum


Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan. Memberi taklimat kepada guru pelatih, pensyarah pembimbing dan pengurus sekolah. Merancang dan mengelolakan latihan kepada guru pelatih, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Merancang dan menguruskan penempatan guru pelatih dan pensyarah pembimbing. Menguruskan surat lantikan guru pembimbing. Memastikan kelancaran perjalanan praktikum. Menguruskan pengumpulan dokumen dan rekod praktikum. Menguruskan keputusan praktikum sebelum disahkan oleh JKIPMPG dan diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP). Menyediakan laporan.

Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes khas untuk dibawa ke JKIPMPG.

Peranan dan Tanggungjawab Guru Pembimbing


o o

o o

Menghadiri taklimat atau kursus yang dijalankan oleh maktab dan pengurus sekolah. Bekerjasama dengan pensyarah pembimbing dalam menjalankan mentoring menerusi proses pencerapan klinikal, pengajaran berpasangan dan penyediaan portfolio praktikum (Lampiran 12, 13, 14, 15 dan 16). Memahami dan mengamalkan peranan sebagai guru pembimbing. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru pelatih tentang: jadual waktu rancangan kerja dan persediaan mengajar - sumber pengajaran pembelajaran - proses pengajaran pembelajaran pengurusan bilik darjah portfolio praktikum pengelolaan kokurikulum - hal-hal lain yang berkaitan -

semester/mingguan

b. Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan mengajar guru pelatih. c. Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan sahsiah pendidik terutama dari segi pergaulan yang sihat, peningkatan jati diri dan pemupukan nilai-nilai profesional keguruan. d. Menyelia pengajaran guru pelatih dengan menggunakan Borang Penyeliaan Praktikum PR1 (Lampiran 4) yang ditetapkan. e. Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan/penyeliaan yang kemas kini dan menyerahkannya kepada institut/maktab mengikut jadual kerja yang ditetapkan. f. Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan guru pelatih dari semasa ke semasa. g. Memantau dan memaklumkan disiplin guru pelatih kepada pengurus sekolah dan pihak institut/maktab dengan segera sepanjang tempoh praktikum. h. Berbincang dengan pensyarah pembimbing tentang kes-kes khas guru pelatih yang perlu diberi perhatian segera

i.

Membuat rumusan pembimbing.

bersama-sama

pensyarah

Peranan dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah

o o o o

Menghadiri taklimat praktikum yang dijalankan oleh pihak institut/maktab Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum peringkat sekolah. Mencalonkan guru pembimbing daripada kalangan guru terlatih yang berpengalaman dan bersesuaian. Memberi taklimat kepada guru pembimbing tentang:
o o

program dan pelaksanaan praktikum peranan guru pembimbing.

Memberi taklimat kepada guru pelatih tentang:


o

o o o o o o o

sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongan latar belakang sosioekonomi murid dan masyarakat tempatan tugas dan tanggungjawab guru pelatih di sekolah pengelolaan gerak kerja kokurikulum maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada guru pelatih. Mengawasi tingkah laku guru pelatih dan mengesahkan kehadiran mereka. Memberi tahu secara bertulis kepada pihak institut/maktab berkenaan dari semasa ke semasa tentang guru pelatih yang:
o o o o

tidak menjalankan tugas dengan memuaskan tidak hadir tanpa sebab kes-kes disiplin kes-kes kesihatan dan kemalangan.

o o

o o o

Menyemak dan mengesahkan rancangan pelajaran dan persediaan mengajar guru pelatih. Mengesahkan kehadiran guru pelatih dengan menandatangani Borang Kehadiran Praktikum (Lampiran 9). Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar berterusan kepada guru pelatih. Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan guru pelatih dan membuat tindakan susulan. Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan praktikum dilaksanakan dengan sempurna. Memastikan guru pelatih dilibatkan dalam kokuikulum sekolah dalam salah satu daripada unit beruniform/permainan.

Kehadiran
o o o

KEHADIRAN GURU PELATIH DALAM PRAKTIKUM ADALAH 100%. Guru pelatih dikehendaki melengkapkan kehadiran dalam Fasa I sebelum menjalani praktikum Fasa II. Sekiranya guru pelatih memohon penangguhan sebahagian tempoh praktikum atas sebab-sebab berikut, mereka hanya dikehendaki menyambung semula dan melengkapkan kehadiran latihan mengajar pada semester berikutnya di sekolah yang akan ditentukan oleh maktab asal (kehadiran kurang daripada 95 peratus).

Cuti Dengan Kebenaran:


o

o o

Cuti sakit, cuti sakit kerana kemalangan, cuti yang mempunyai surat rasmi dan mendapat kebenaran Pengetua/Timbalan Pengetua Maktab dan Pengurus Sekolah. Cuti yang diberi oleh doktor sebagai pengesahan seseorang pelatih telah bersalin. Sekiranya kehadiran kurang daripada 95% keputusan melengkapkan kehadiran praktikum ditentukan oleh JKIPMPG. Sekiranya guru pelatih memohon penangguhan keseluruhan praktikum (Fasa I dan/atau Fasa II) pelatih berkenaan perlu mengulang praktikum tersebut.

Penangguhan
o

Penangguhan tidak boleh melebihi tempoh satu tahun dari tarikh berkuat kuasa penangguhan

Guru pelatih mesti melaporkan diri ke maktab asal mereka selepas tamat tempoh penangguhan yang dipohon. Elaun tidak akan dibayar dalam masa penangguhan. Elaun hanya akan dibayar semula bermula daripada tarikh melapor diri. Guru pelatih tidak dibenarkan bertukar pusat latihan dan diletakkan di bawah bimbingan dan penyeliaan maktab asal masing-masing kecuali mendapatkan kelulusan Pengarah Pendidikan Guru.

Kes Gagal Praktikum


o

Sekiranya guru pelatih disahkan GAGAL dalam Praktikum oleh Jawatankuasa Induk Praktikum Maktab Pendidikan Guru (JKIPMPG), guru pelatih berkenaan dikehendaki mengulang Fasa II sahaja. Guru pelatih diberi peluang mengulang praktikum sekali sahaja.

Kursus Induksi Sistem Saraan Baru (KISSB)


o

Guru pelatih yang gagal/menangguh keseluruhan praktikum/ tidak melengkapkan 50% jumlah hari persekolahan kehadiran praktikum Fasa II tidak dibenarkan mengikuti KISSB.

SYARAT TAKSIRAN PRESTASI GURU PELATIH DALAM PRAKTIKUM


o o

Asas taksiran untuk menetapkan prestasi guru pelatih adalah berdasarkan penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing dengan menggunakan Borang PR 1 (Lampiran 4). Penyelia bersama oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing dijalankan di akhir Fasa I dan Fasa II bagi membuat rumusan prestasi pengajaran di bilik darjah dan diikuti dengan penilaian sumatif dengan menggunakan Borang PR 1/P (Fasa I) (Lampiran 5) dan Borang PR 2 (Fasa II) (Lampiran 6).

Syarat penentuan keputusan Prestasi guru pelatih dalam praktikum diputuskan mengikut Gred seperti yang ditetapkan dalam Perintah Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru, Bahagian Pendidikan Guru (LPPG).

Penentuan Lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

- Kehadiran 100 % dalam ROS dan Praktikum. - Lulus dalam kedua-dua major, major-minor dan major-elektif (DPM tunalihat dan tunadengar) dan pengkhususan-elektif bagi KPLI /KPLD.
o

Penentuan Gagal berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

- Guru pelatih tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam kategori lulus.
o

Guru pelatih menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan pengajaran pembelajaran yang diberikan dari semasa ke semasa. Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan.

You might also like