You are on page 1of 1

ISTIADAT LAUNG AGUNG PENGAKAP KANAK-KANAK Tujuan : Menimbulkan semangat kekitaan, perpaduan dan membina disiplin dalam kalangan

pengakap kanak-kanak. Cara : 1. Akela akan berteriak dengan perkataan Pek, semua pengakap kanak-kanak berhenti melakukan sebarang kerja dan senyap. 2. Akela berteriak PekPekPek.., semua pengakap kanakkanak menyahut seruan Akela dengan menyebut Pek.. sambil berlari mengelilingi Akela. 3. Akela memberi arahan membuat bulatan. Semua pengakap kanak-kanak memegang tangan antara satu sama lain bagi membentuk bulatan. Selepas itu, pengakap kanak-kanak menjatuhkan tangan ke sisi. 4. Akela mendepakan tangan dan pengakap kanak-kanak mengangkat tumit kaki mereka. 5. Akela merapatkan tangan ke peha, pengakap kanak-kanak duduk mencangkung dengan kedua-dua belah tangan di sisi mencecah ke tanah sambil berkata Akela, kita buat habis baik. Pada akhir ayat tersebut, pengakap kanakkanak bangun dalam keadaan sedia. 6. Pengakap yang berada di hadapan Akela akan berteriak Kamu buat habis baik. Semua pengakap kanak-kanak memberi hormat kepada Akela dan menjawab Kami buat habis baik. 7. Akela membalas tabik hormat dan selesai istiadat Laung Agung.

You might also like