You are on page 1of 2

Refleksi Nor Narjihah binti Muslim Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus Bahasa Melayu Komunikatif ini. Tugasan kerja kursus ini memerlukan saya untuk menghuraikan konsep, fungsi, prinsip, bentuk dan ciri-ciri komunikasi bertulis. Selain itu, saya juga dikehendaki mmengulas halangan serta kesantunan berbahasa dalam komunikasi. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya mula sedar tentang kepentingan komunikasi dalam kehidupan. Contohnya, komunikasi bertulis sangat penting untuk menggantikan komunikasi lisan. Saya tahu bahawa tidak semua perkara boleh diekspresikan melalui lisan. Tambahan pula, sebagai pelajar, saya mestilah tahu untuk menulis laporan, minit mesyuarat dan juga surat kiriman, sama ada surat kiriman rasmi mahupun tidak rasmi. Saya perlu menyiapkan laporan untuk sesuatu program dan selepas melaksanakan tugasan ini, saya mendapat ilmu baru tentang cara untuk menulis laporan yang berkualiti. Sebagai bakal guru juga, saya tahu bahawa apabila saya menjadi guru pada masa hadapan, saya berdepan dengan tanggungjawab untuk dipikul sebagai setiausaha panitia atau persatuanpersatuan lain. Oleh itu, melalui tugasan ini, saya telah mengetahui format dan garis panduan yang perlu saya ikut untuk menulis minit mesyuarat. Jelaslah, tugasan ini memberi saya banyak ilmu pengetahuan baru tentang komunikasi bertulis yang pasti akan saya aplikasikan dalam kehidupan. Seterusnya, saya juga sedar bahawa menanam kesantunan berbahasa dalam komunikasi adalah sangat penting bagi seorang guru. Kemahiran komunikasi yang berkesan, termasuklah kemahiran bertutur dan mendengar membolehkan saya menjaga hubungan dengan orang lain. Hal ini kerana kesantunan berbahasa dalam berkomunikasi akan mengelakkan pihak lain salah faham dan seterusnya boleh mengundang persengketan. Contohnya semasa berkomunikasi dengan pelajar, kesantunan bahasa adalah perlu untuk melahirkan kasih sayang terhadap mereka. Saya juga sedar bahawa kesantunan berbahasa bukan sahaja wujud dalam komunikasi lisan bahkan komunikasi bertulis juga perlu ada kesantunannya. Bahasa yang kita gunakan seharian tidak kira lisan mahupun bertulis akan melambangkan

peribadi kita. Banyak yang saya belajar tentang kemahiran berbahasa semasa melaksanakan tugasan ini. Saya belajar untuk menerapkan kesantunan berbahasa dalam mengacarakan sebuah majlis dan kesantunan itu perlu wujud dalam teks pengacaraan majlis serta semasa mengacarakan majlis itu sendiri. Misalnya, jika saya menjadi pengacara majlis seperti majlis anugerah pelajar cemerlang di sekolah pada masa akan datang, saya tahu bagaimana untuk menggunakan bahasa dengan baik kerana kelompok yang hadir bukan sekadar guru-guru sekolah, malah pegawai daerah dan ibu bapa turut hadir. Oleh itu, kesantunan berbahasa ini perlu saya terapkan dalam diri saya bermula dari sekarang untuk masa hadapan saya sebagai bakal guru. Kesimpulannya, saya bersyukur kerana pelbagai pengalaman berguna mengenai bahasa yang dapat saya kutip sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya pengalaman ini dapat saya manfaatkan pada masa akan datang.

You might also like