You are on page 1of 2

REFLEKSI

PERMAINAN KANAK-KANAK.

SEBELUM Ketika saya memperolehi tugasan berkaitan permainan kanak-kanak ini, jujur saya katakan tidak terlintas langsung idea yang berkaitan dengan tugasan ini. Oleh kerana ini merupakan tugasan berkumpulan, saya dan ahli kumpulan mengambil masa untuk duduk berbincang bersama bagi memperolehi idea untuk mengubahsuai permainan yang sedia ada. Kumpulan saya memperolehi permainan kategori pukulan dan memadang. Pemikiran saya agak terhad terhadap jenis permainan yang melibatkan pukulan dan ini menyukarkan saya untuk mengubahsuai permainan yang sedia ada. Pada mulanya saya dan ahli kumpulan ingin melakukan ubahsuai terhadap permainan besball, namun, kami mendapati terdapat banyak kelemahan. Oleh itu kami beralih untuk mengubahsuai permainan golf dan hoki. Akhirnya kami sepakat untuk menjadikan golfton sebagai permainan kumpulan kami. Permainan ini memerlukan kami untuk menyediakan litar dan pemuluk berbentuk tukul. Saya dapati litar pertama dilakukan oleh kumpulan saya mempunyai banyak kelemahan dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Oleh itu, selepas beberapa kali membuat pengubasuaian, akhirnya kami berjaya mengatasi permasalahan tersebut.

SEMASA

Saya amat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing yang banyak membantu kami untuk melakukan penambahbaikan. Semasa permainan ini dijalankan bersama rakan sekelas, saya dan rakan berpeluang untuk melihat kelemahan dan masalah teknikal yang timbul. Malah pengalaman ini banyak membantu saya untuk menghadapi hari amali yang sebenarnya. Terdapat 4 buah kelas yang akan melakukan amali permainan dan ini menjadikan jumlah peserta yang banyak. Semasa hari amali yang sebenarnya berlangsung, jujur saya katakan saya agak gementar untuk menjadi pengelola kepada peserta yang ramai. Namun, saya sekali lagi berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokonga kepada saya dan kumpulan.

SELEPAS Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya jua melaksanakan amali permainan kanakkanak ini denga sempurna. Tidak saya nafikan tugasan ini sebenarnya memberikan peluang kepada saya untuk memikirkan satu permainan yang sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak yang menggunakan bahan terbuang. Ini memberikan pengalaman yang amat berharga kepada saya apabila diberi peluang untuk menjadi pengelola kepada peserta yang ramai. Malah, pengalaman ini dapat saya gunakan apabila bergelar guru kelak. Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan teria kasih kepada semua pihak yang banyak menbantu dan memberikan sokongan sepanjang tugasan ini dilaksanakan.sekian, terima kasih.

You might also like