You are on page 1of 4

Kertas Kerja Kertas Kerja

Program KLIiNS 2013

1.0

TUJUAN
Program KLIiNS (Kebersihan, Lestari, Ilmu inspirasi Nadi Sekolah) ini telah

dirancang oleh ahli Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan sebagai lanjutan daripada Program Kebersihan dan Keceriaan Bilik Darjah yang telah dilaksanakan bermula tahun 2011. Hasil daripada program ini telah menunjukkan sikap positif murid-murid ke arah kepekaan mereka menyayangi kelas masing-masing dan wujud persaingan sihat antara guru-guru kelas untuk menceriakan kelas masing-masing. Program KLIiNS dirancang bukan sahaja kebersihan di dalam bilik darjah tetapi merangkumi keseluruhan kawasan sekolah. Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SK Pekan Bahru Muar akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.

2.0 RASIONAL
Kebersihan persekitaran sekolah dan bilik darjah merupakan salah satu f a k t o r y a n g d a p a t m e m b a n t u m e m e n u h i p e r l a k s a n a a n m a t l a m a t Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, amalan kebersihan perlu dilaksanakan oleh sekolah pada setiap masa. Segala usaha ke arah ini adalah untuk memastikan warga sekolah benar-benar memahami dan menghayati serta mengamalkan kebersihan sebagai amalan dalam kehidupan.

3.0 OBJEKTIF AM
1. Mengenalpasti kawasan sekolah yang perlu diperindahkan dan diceriakan. 2. Menyediakan tapak kepada Kelab dan Persatuan untuk diceriakan. 3. Menambah pokok bunga yang sesuai untuk memperindahkan kawasan sekolah. 4. Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar. 5. Mengadakan kempen kesedaran dan nasihat kepada pelajar akan pentingnya sekolah sebagai institusi yang bersih,indah, selamat dan ceria. 6. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

4.0

CADANGAN AKTIVITI
Program KLINS mengandungi aktiviti - aktiviti seperti berikut:
Cadangan

Bil

Aktiviti

Objektif Perlaksanaan

Kos / Sumber

1.

1 Keluarga 1 Pasu Bunga

Murid dapat memberi sumbangan terhadap keceriaan sekolah. Menghargai sumbangan yang diberi. Memupuk semangat cintakan tumbuh-tumbuhan.

Mei

Kempen Indahnya SekolahKu Ceramah Pameran Pertandingan kreatif

2.

Memupuk kesedaran kepada warga SKPB terutamanya murid-murid akan pentingnya suasana yang kondusif untuk proses pembelajaran.

September

3.

Titian Ilmu Pembahagian ruang kosong kepada setiap kelab dan Persatuan untuk diceriakan. Memanfaatkan ruang ruang kosong dengan maklumat yang berfaedah dengan papan-papan tanda atau lukisan dinding. Jun

4.

Sayangi Tandas Kita Doa keluar / masuk tandas Adab semasa berada di dalam tandas 1 ) Menggalakkan warga SKPB menjaga kebersihan tandas. 2) Membudayakan tandas bersih dan cantik dalam amalan hidup warga SKPB.

Mei

6.0

PENUTUP
Aktiviti- aktiviti yang telah dirancang dalam Program KLIiNS ini diharap dapat

menerapkan nilai-nilai murni yang dapat mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga SK Pekan Bahru Muar (SKPB) dan seterusnya dapat merealisasikan visi dan visi SKPB.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

------------------------------------------( Nurul Baezah binti Baharol Din )

----------------------------(Tn. Hj. Makuri bin Asngat)

----------------------------( Pn. Hjh. Hasnah binti Sulaiman)

You might also like