You are on page 1of 1

REFLEKSI

Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang Model ASSURE yang telah dipelajari di dalam kursus EDU 3105 pada semester ini. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai konsep asas MODEL ASSURE yang sememangnya selalu dipraktikkan di dalam subjek ini. Selain itu, saya juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan satu pakej multimedia interaktif mengenai subjek major saya iaitu Pendidikan Seni Visual berdasarkan prinsip CASPER yang telah dipelajari. Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekerja yang begitu bertanggungjawab serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea-idea yang bernas dan berkualiti semasa penghasilan slaid multimedia interaktif. Malah, saya dan rakan juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Anuar bin Abd. Moin untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang kami hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan. Setelah diberikan tugasan ini, kami membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Kami saling merujuk antara satu sama lain antara rakan untuk memantapkan lagi kerja kursus berkumpulan ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya. Proses yang terakhir sekali ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum menghantarkan kerja kursus kami ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini terutamanya kepada ahli kumpulan saya iaitu Amirah Izzati binti Mokhtar. Sekian.

You might also like