You are on page 1of 14

Topik 1 : Sejarah & Perkembangan Pendidikan Jasmani

1. Pendidikan Jasmani Zaman Purba

~ Zaman Manusia Purba dan kecergasan Manusia hidup dalam keadaan nomad (pindah randah) Melakukan aktiviti memburu dan mengumpul makanan utk terus hidup. Apabila berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraih kejayaan tersebut dengan berpesta (menari, permainan kebudayaan dan berkumpul) aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

~ Zaman Neolitik (revolusi Pertanian) Gaya hidup primitif ( menetap disesuatu kawasan dan menjalankan aktiviti pertanian akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka. Zaman pembangunan dalam bidang pertanian.

~ Tamadun Kuno (China dan India) Masyarakat CHINA x melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kcergasan sehingga masalah sistem kardiak wujud. Kungfu diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Aktiviti lain seperti menari, memanah, lawan pedang dan gusti Masyarakat INDIA dihalang pglibatan akibat kepercayaan agama. Namun 1 kaedah senaman yang terikat dengan kepercayaan agama mereka ialah YOGA. Yoga ialah penyatuan antara tubuh, akal dan roh.

~ Timur Tengah Pasukan tentera berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing

~ Zaman Greek

Pembentukan tentera yang kuat. Aktiviti gimnastik dgn berbantukan muzik merupakan pelajaran yang penting ketika itu.

2. Zaman Renaissance Lebih kurang sama dengan PJ masa kini. Dilakukan utk kebaikan sendiri. Menjurus lebih kepada aktiviti keagamaan dan seni. 3 kumpulan utama zaman renaissance Humanis menghargai pendidikan dalam sukan seperti memanah, berenang dan lari berpagar Moralis aktiviti fizikal sebagai cara melaksanakan pekerjaan Realism pendidikan fizikal sebahagian daripada akal yang sihat dalam tubuh badan yang sihat

3. PJ Moden Wujud sukatan pelajaran PJ utk kanak2 lelaki dan perempuan. Di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan. Memberi fokus kpd kesan pergerakan dan kemahirn seperti tarian dan gimnastik. Menjurus kpd membentuk insan yang menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi JERIS.

4. PJ Di Malaysia

Era pra kolonial (sebelum penjajahan Inggeris) Masyarakat libatkan diri secara sukarela dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga. Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti:-Permainan masa lapang -Keperwiraan -Senaman tradisional

Era klonial (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka) PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-

sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821. Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton

telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan

Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan

bersenam 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki

diberi latih tubi di sekolah-sekolah 1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan

penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan. 1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk

membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan

dalam kurikulum diutamakan 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan

permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik.

Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan.

Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat mula sedar kepentingan PJ. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.

- 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula. - 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan. - Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita. - Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di Cheras. PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.

TOPIK 2 Konsep, Teori dan Falsafah Pembentukan Kurikulum


Konsep dan Definisi PJ
--> Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran --> kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. i. Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. ii. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak, iii. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. iv. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. v. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Hubungannya dengan Pendidikan Jasmani

--> Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. --> Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. --> Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. --> Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segijasmani, emosi, rohani, intelektual, dan Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. --> Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara kelima-lima unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. --> Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. --> Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jsamani yang merangkumi tiga aspek penting iaitu; 1) penglibatan murid secara aktif dan selamat 2) interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan, dan alat. 3) penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran.

Pendidikan Jasmani untuk semua


--> Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. --> Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani --> Clark W. Hetherington.

- Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. - Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis --> J.F Williams. - Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan --> DelbertOberteutter. - Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktivitiaktiviti dicapai. - Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan kesihatan.

Topik 3 Kepentingan Pendidikan Jasmani 1. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal


--> Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. --> Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik. --> Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari, berenang, berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis dan sebagainya. --> Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan pencapaian mereka sendiri. -->Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna. --> Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus mereka semakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah. --> Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. --> Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari, melompat atau berbasikal. --> Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang, dan sebagainya. --> Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.

--> Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap.

2. Perkembangan Mental
--> Kepentingan dari segi perkembangan mental murid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan menempuh operasi konkrit dari umur 7-11 tahunmanakala pada umur 12 tahun kanak-kanak sudah dapat menempuhi operasi formal. --> Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan dengan menggunakan kebolehan para murid untuk berfikir secara logik atau tentang sesuatu objek atau situasi. --> Dengan memberikan pengajaran yang membolehkan para murid berfikir ianya secara tidak langsung dapat menggalakan lagi perkembangan mental mereka. --> Memberikan cabaran serta teka teki untuk menyelesaikan masalah yang ada. Ketika umur 6 tahun, para murid telah dapat memahami mengenai konsep nombor, dan ianya boleh diaplikasikan dengan mengira berapa kali sesuatu pergerakan telah dilakukan. --> Kepentingan dari segi emosi Terdapat 4 tahap yang menggambarkan tahap perkembangan sosial kanak-kanak. --> Bagi kanak-kanak pertengahan dan akhir, mereka tergolong dalam tahap yang ke 4. --> Ini kerana usia antara 6 sehingga 12 tahun adalah permulaan bagi kanakkanak ini memasuki alam persekolahan iaitu dari peringkat pra sekolah ke peringkat sekolah rendah. --> Seterusnya, dalam proses pembelajaran yang mereka lalui, mereka mula didedahkan dengan pelbagai konsep serta konsep 3M iaitu membaca. mengira dan menulis. --> Dalam masa yang sama, kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir memiliki minat untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang

diminati oleh mereka. --> Ini kerana, mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing. --> Pada tahap ini, mereka begitu aktif dan cenderung melakukan apa sahaja perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling.

3. Perkembangan Emosi
Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pj membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. --> pj yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. --> Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

4. Perkembangan Sosial
--> Kepentingan dari segi sosial Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. --> Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. --> Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. --> contohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. --> Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. --> Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak

sesuai bagi budaya yang lain. --> Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PJ


1) INFRASTRUKTUR

Infrastruktur yang disediakan memainkan peranan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Kesempurnaan aktiviti Pendidikan Jasmani di padang juga bergantung kepada bahan atau infrastuktur yang sedia ada. Antara elemen yang perlu ditelitikan ialah : Kedudukan sekolah Kewangan sekolah Kemudahan Peralatan

Kedudukan Sekolah Luar bandar dan di bandar banyak bezanya, masih terdapat beberapa kemudahan pembelajaran yang masih tiada di sekolah pedalaman tetapi ada di bandar. Contoh : Kemudahan internet penting bagi penerokaan ilmu. Di luar bandar pula, kemudahan seperti ini kurang disediakan. Bagi kemudahan di sekolah bandar kemungkinan mempunyai kemudahan padang yang kurang sempurna.

Kewangan sekolah

Aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah bergantung kepada kapasiti murid. Oleh itu, keperluan kewangan yang diperuntukkan bergantung kepada kapasiti murid sesebuah sekolah. Faktor sosioekonomi memainkan peranan dalam membantu sumber ekonomi sekolah. Contoh Sekolah di perumahan elit mudah untuk mendapat sumbangan. Aktiviti boleh dijalankan secara besar-besaran dan lebih selesa.

Kemudahan Kemudahan yang mencukupi memboleh aktiviti dijalankan dengan sempurna. Penyeliaan oleh pihak pentadbiran mestilah dijalankan dengan sempurna. Contohnya: Aktiviti yang melibatkan penggunaan gelanggang tidak semestinya dapat dijalankan dengan sempurna. Ini kerana kemudahan gelanggang tidak terdapat dalam semua sekolah atau tidak disediakan dengan sempurna.

Peralatan Peralatan mestilah berkeadaan baik dan tidak membahayakan. Ini membolehkan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih baik . Contoh : n Kemahiran lompat pagar, peralatan yang digunakan mestilah selamat dan tidak membahayakan murid.

2)

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar amatlah penting dalam semua subjek termasuklah Pendidikan Jasmani.

Antara elemen yang perlu diambil kira ialah kepakaran yang ada kepada seseorang tenaga pengajar Pendidikan Jasmani. Contohnya :Tenaga pengajar dalam permainan hoki perlu mengetahui dan menguasai kemahiran dengan lebih mendalam. Tenaga pengajar mestilah mempunyai ilmu PJ berkenaan dengan kemahiran,teknik,dan strategi pengajaran sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti. Aktiviti pendidikan Jasmani yang berisiko memerlukan tenaga pengajar yang mahir dan bertanggungjawab setiap aktiviti yang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya risiko kemalangan semasa aktiviti dijalankan. Tenaga pengajar perlu lebih prihatin terhadap kemampuan dan keupayaan murid terhadap pengajaran dan fleksibel. Contohnya: Dalam aktiviti sukan dan rekreasi (abselling), jika guru tidak berpengetahuan atau kurang kepakaran kemungkinan berisiko berlakunya kemalangan akan berlaku. Oleh itu, guru perlu memahami dan mengetahui aplikasi aktiviti dengan lebih terperinci

3) PERSEKITARAN DAN BUDAYA TEMPAT Kebersihan sesuatu kawasan dan persekitarannya turut mempengaruhi aktiviti pendidikan jasmani Tempat yang kotor akan menjejaskan keselesaan murid untuk belajar menjalankan aktiviti serta menjejaskan kesihatan murid. dan

Keselamatan aspek yang amat penting Pilih kawasan dan persekitaran tempat yang selamat Selamat untuk diri sendiri dan orang lain Keadaan yang bahaya dan kurang selamat menjejaskan keyakinan murid untuk belajar

Setiap aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan hendaklah dijalankan di tempat yang sesuai

Contoh : -Kawasan padang - Olahraga (balapan/padang) -Dewan tertutup badminton

4) PERKEMBANGAN MURID Awal kanak-kanak (6-9 tahun) Pergerakan asas - Pergerakan lokomotor - Pergerakan bukan lokomotor - Kemahiran manipulasi alatan Pergerakan kreatif dan berirama Asas gimnastik - Imbangan - Gulingan - Hambur Rekreasi

Kanak-kanak (10-12) Kemahiran olahraga Kemahiran gimnastik Permainan - Bola sepak - Bola jarring - Hoki Rekreasi

You might also like