You are on page 1of 8

BAB 1 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat: Mendefinisikan konsep asas hubungan etnik Menjelaskan peringkat-peringkat hubungan etnik. Mengaplikasi konsep integrasi etnik dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk Malaysia.

1.1 PENGENALAN Bab ini akan membincangkan beberapa konsep penting dan aplikasinya dalam mewujudkan hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Antara konsep penting termasuklah konsep etnik, masyarakat, budaya, integrasi dan sebagainya. Bab ini juga akan membincangkan peringkat-peringkat hubungan etnik yang dikemukakan oleh para pengkaji masyarakat dan aplikasinya dalam konteks negara kita Malaysia 1.2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK 1.2.1 Masyarakat Kamus Dewan : Masyarakat (society) dapat didefinisikan sebagai kumpulan individu yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Jaringan perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat khususnya melalui hubungan bersemuka yang berulangkali akan membina kesepaduan masyarakat sebagai satu unit sosial. Seterusnya perhubungan yang erat tersebut akan membentuk sistem sosial seperti berkongsi kebudayaan, adat, nilai, undang-undang dan sebagainya. Contoh : budaya gotong royong, nilai ziarah menziarahi, sama-sama merayakan hari kebesaran dan sebagainya.

Jelasnya, masyarakat adalah sekumpulan insan yang berkongsi budaya , memduduki satu-satu kawasan dan kewujudan mereka adalah sebagai satu entiti yang bersatu padu. 1.2.1.1 Ciri-Ciri Masyarakat Berkelompok -Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok. Adalah mustahil seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada individu lain. Oleh itu kehidupan berkelompok membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang lain. Berbudaya -Interaksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya, umpamanya budaya makan dengan tangan bagi orang Melayu. Budaya ini akan diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Berinteraksi -Syarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah terdapatnya perhubungan, interaksi dan bekerjasama di antara anggota masyarakati. Perhubungan, interaksi dan bekerjasama ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan. Mengalami perubahan - Sesebuah masyarakat adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan. Perubahan tersebut belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh penemuan ubat-ubatan moden kini telah merubah kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu dari perubatan tradisional kepada perubatan moden. Mempunyai kepimpinan -Setiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. Ia wujud di pelbagai peringkat sama ada kepimpinan peringkat rendah,sederhana mahupun tinggi. Sebagai contoh bapa adalah pemimpin keluarga, penghulu adalah pemimpin kampung dan Perdana Menteri pemimpin negara. Mempunyai aturan sosial - Setiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan undang-undang. Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan anggota masyarakat .

1.2.2 Budaya Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Kamus Dewan (2005) Budaya adalah kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Menurut Edward B. Taylor, budaya adalahi satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satusatu kumpulan insan. Ia merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial, kepercayaan, adat, nilai dan sebagainya. 1.2.2.1 Ciri-ciri budaya:

Boleh dipelajari -Ia tidak dengan sendiri, oleh itu mesti dipelajari. Ibu bapa mengajar anaknya bagaimana cara makan, minum, berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan sebagainya. Boleh diwarisi -Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Budaya rakyat Malaysia (Melayu, Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu.

Boleh dikongsi -Ia bukan dihadkan kepada satu-satu etnik sahaja, tetapi boleh diamalkan juga oleh etnik lain. Umpamanya makan nasi lemak, roti canai, nasi ayam yang sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

Boleh berubah-ubah

-Budaya adalah tidak statik, tetapi berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan tempat. Sebagai contoh sebelum merdeka kebanyakan rumah beratap nipah, dan berubah kepada atap genting dewasa ini. Dulu ekonomi masyarakat Malaysia kebanyakannya berteras ekonomi sara diri dan telah berubah kepada ekonomi kapitalis. Bersifat sejagat -Ia wujud dalam semua kelompok manusia, umpamanya budaya menghormati alam sekitar. Walau bagaimana pun budaya ini berbeza antara satu etnik dengan etnik lain disebabkan oleh nilai setempat, pengaruh luar, agama dan sebagainya Mempunyai unsur simbolik -Unsur-unsur berupa imej (bendera, warna, logo, lambang dansebagainya), bunyi (siulan, bunyian alat muzik ), isyarat,( isyarat tangan, muka dan sebagainya) mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.

1.2.3 Etnik Etnik : kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam. Ini termasuk adat resam, kegiatan ekonomi, bahasa dan pakaian. Ras : ras adalah merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai ciri persaaan dari segi fizikal seperti warna kulit dan sifat-sifat biologi. Pengkaji barat, Carl von Linne mengkategorikan manusia kepada: i.Caucasoid (putih) ii. Negroid (hitam) iii. American (merah) iv. Mongoloid (kuning) 1.2.4 Bangsa Bangsa : Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai asal usul atau keturunan yang sama,. Biasanya konsep bangsa digunakan untuk menggambarkan bilangan anggota etnik yang besar dalam satu-satu kelompok. i.e. bangsa Cina, Melayu, India dn lain-lain.

Pada peringkat lebih tinggi dalam konteks Malaysia, bangsa menggambarkan anggota etnik yang lebih besar yang mana di bawahnya terdapat kelompok etnik. i.e Melayu, Cina, Indi dsb. Sistem Nilai Yang Lahir Dari Konsep Asas Hubungan Etnik Etnisiti : Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama yang menyatukan mereka. Etnosentrisme : Kepercayaan dan kebanggaaan yang wujud di kalangan anggota sesebuah kelompok bahawa kehebatan cara hidup, budaya warisan serta mereka etisiti mereka adalah jauh lebih baik dari kelompok lain. Kepercayaan begini akan membawa beberapa implikasi: i. ii. iii. iv. v. Menolak apa-apa yang baik yang terdapat dalam budaya lain Mencetuskan persengketaan senyap kerana bidaya etnik lain dianggap mengganggu dan meruntuhkan martabat manusia Sukar untuk mewujudkan persefahaman antara etnik kerana sikapego dan kebanggaan yang melulu Menjadikan cara hidup dan kebudayaan sendiri sebagai piawai untuk mengukur cara hidup dan budaya etnik lain Enggan mengetahui cara hidup dan budaya etnik lain sehingga menjadikan mereka seperti katak di bawah tempurung.

Rasisme : Pandangan pemikiran dan kepercayaan negatif sesuatu kelompok terhadap kelompok lain berdasarkan fizikal atau biologi. Diskriminasi : Perbuatan membezakan seseorang individu atau kelompok berasaskan ciri-ciri etnik. Prejudis : Pandangan negatif terhadap kelompok lain. Ianya dibuat berdasarkan generalisasi dan prasangka sahaja.

Dalam konteks hubungan etnik ianya berlaku apabila satu etnik memandang rendah terhadap etnik lain. Kesan prejudis dapat dilihat bilamana satu etnik berlumba untuk mendapat sesuatu yang terhad baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Streotaip : Ia terbentuk daripada sikap prejudis terhadap etnik-etnik lain. Walau pun sesuatu perlakuan itu dilakukan oleh sekumpulan kecil etnik , tetapi kerana sikap prejudisnya maka ia dianggap seluruh etnik tersebut mempunyai perlakuan yang sama. Oleh itu stereotaip bolehlah didefinisikan sebagai gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan samada ianya positif mahupun negatif terhadap satu-satu kumpulan. Contohnya penulis barat mengatakan: kekayaan yang dimiliki oleh orang Cina kerana kerjas keras mereka, manakala kemiskinan orang Melayu adalah kerana sikap malas dan boros mereka. Pandangan streotaip orang Melayu terhadap orang Cina: Orang Cina adalah pengotor,

1.3

KONSEP INTEGRASI

Integrasi (integration) wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka. Ianya akan melenyapkan sikap prasangka, diskriminasi terhadap satu sama lain. Difinisi integrasi sosial : Proses menyatupadukan berbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan identiti masing-masing (Ting, 1977). Integrasi sosial adalah cetusan seorang ahli sosiologi British David Lockwood di tahun 1950an. Ianya bertujuan untuk mencapai keamanan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat yang berbilang etnik.

Jenis-jenis integrasi: Integrasi wilayah : Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah dalam konteks ekonomi, politik, sosial dsb. Integrasi ekonomi : Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik Integrasi kebudayaan : Usha menyatukan budaya pelbagai etnik sehingga menjadi budaya kebangsaan. Integrasi sosial : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program sosial.

Integrasi pendidikan : Usaha menyatupadukan rakyat melalui programprogram pendidikan. Integrasi politik : Usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama politik dan melalui konsep pembahagian kuasa

1.4 TEORI INTEGRASI ETNIK Menurut ahli soiologi, integrasi etnik berlaku dalam beberapa peringkat, antaranya: i. SEGREGASI (Segregation) Hubungan yg bersifat pemisahan antara etnik di dalam kawasan tempat tinggal, persekolahan, pengangkutan kemudahan awam dsb sesebuah negara. Hubungan bentu ini sepertimana dasar apartheid yg di amalkan oleh negara Afrika Selatan. ii. AKOMODASI (Acomodation) Proses etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu samalain namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Walau bagaimana pun mereka hidup dalam harmoni. i.e Swiss. iii. AKULTURASI Proses penerimaan budaya dari kelompok lain sehingga kebudayaan kelompok tersebut diterimapakai sebagai kebudayaan sendiri. Proses penerimaan tersebut sesekali tidak akan menyebabkan hilang identiti asal mereka. i.e pemberian ang pow pemakaian tali leher dsb. oleh masyarakat Malaysia.

iv.

ASIMILASI Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga terbentuk satu kelompok manusia yg mempunyai identiti yang sama. Di Malaysia ia berlaku pada masyarakat Baba Nyonya Melaka, masyarakat Cina Kelantan. Teori asimilasi ini menggunakan formula A+B+C = A A mewakili etnik dominant, manakala B dan C mewakili etnik minoriti. Ideanya ialah lama kelamaan semua kumpulan akan mematuhi pola-

pola golongan diminan dan meluapakan kebudayaan dan identiti masing-masing. v. AMALGAMASI Proses percampuran budaya dan ras sehingga membentuk budaya dan ras yang baru. Cara utamanya ialah melalui perkahwinan campur. Teori ini menggunakan formula A+B+C = D A,B dan C mewakili etnik yang berlainan, manakala D adalah etnik yang terhasil dari penyatuan A, B dan C.

You might also like