You are on page 1of 10

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM TAHUN 2013

Pada 16,17 dan 18 Jun yang lalu Sek Keb Bukit Hijau telah menganjurkan perkhemahan unit beruniform bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Pendang . Seramai 100 orang murid terlibat dalam program ini Program inii telah dijalankan tiga hari dua malam berkenaan.Pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak penganjur .

Khamis (16.06.2013) 2.00 petang Pendaftaran peserta perkhemahan Pendaftaran peserta. Sambutan penyertaan perkhemahan ini amat membanggakan .Seramai 100 orang murid telah mendaftar sebagai peserta dalam program perkhemahan ini. Mereka telah diiringi iu bapa atau waris untuk mendaftar. Semua murid telah membawa alat kelengkapan secukupnya seperti yag telah disenaraikan sebelum program ini dijalankan. Pihak penjaga juga memberi kerjasama yang amat baik.

Mendirikan Khemah 3.30 petang - LDK 1: Ice Breaking Menghargai Alam Sekitar Murid telah diberikan panduan untuk menghargai alam sekitar. Melalui aktiviti ini murid didedahkan tentang kesan negetif jika alam sekitar tidak dihargai. Melalui aktoiviti ini murid akan sedar tentang tanggung jawab mereka menjaga alam sekitar.

5.00 petang Pertandingan Memasak antara kumpulan Tempat pertama Tempat Kedua Tempat ketiga : kumpulan 4 : Kumpulan 5 : Kumpulan 1

Murid telah diuji kecekapan mereka dalam menguruskan diri iaitu menyediakan makanan. Murid perlu menggunakan pengalaman merekadalam melaksanakan tugasan ini. Boleh diperhatikan jika murid tersebut tidak pernah menyediakan makanan di rumah mereka akan merasa janggal apabila menyertai pertandingan ini. Aktiviti ini dapat memberi pengalaman baru kepada murid yang tidak pernah memasak.

7.00 malam Solat Maghrib - Tazkirah oleh Ustaz Mohd Hanif - Solat Isyak Santapan rohani juga perlu diberikan kepada murid-murid . Oleh itu satu tazkirah yang disampaika oleh Ustaz Mohd Hanif dapat meyedarkan murid-murid tentang sikap menghormati sesame insane.

9.00 malam Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syarqawi bertajuk Murid Cemerlang Akhlak Terpuji. Murid telah didedahkan dengan sikap yang perlu mereka amalkan supaya mereka dapat menjadi insan yang sempurna

Jumaat (17.06.2013) 8.30 Pagi LDK 2 : Pertolongan Cemas bersama juru latih daripada Jabatan Pertahanan Awam . Murid perlu didedahka dengan tindakan yang betul semasa berlaku kecemasan. Oleh itu aktiviti tunjuk cara pertolongan cemas membantu murid mengambil tindakan yang sewajarnya apaila berlakunya kecemasan

3.00 petang LDK 3 : Persiapan Malam Kebudayaan Murid diberikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru dibawah programPPG. Semua murid membuat perbincangan dan persediaaawal untuk membuat persembahan pada malam tersebut.

4.00 petang Jungle Tracking Aktiviti Jungle Tracking dapat dijalankan dengan jayanya walaupun hari hujan, keadaan ini tidak sedikitpun mematahkan semangan murid-murid merempuh halangan dan mewujudkan semangat berkumpulan

9.00 malam Malam Kebudayaan Setiap kumpulan mempersembahkan persembahan yang telah mereka pilih dan berlatih pada petang tadi. Semua kkumpulan dapat menyampaikan persembahan seperti yang dirancangkan. Semangat kerjasama dan perpaduan juga dapat ditonjolkan dalam persembahan mereka.

Sabtu (18.06.2013) 8.00 pagi Riadah dan permainan Setiap aktiviti yang dijalankan sedikit sebanyak member kesedaran kepada peserta perkhemahan tentang betapa pentingnya melaksanakan arahan yang diberikan.

10.30 pagi Majlis penutup Upacara penutup dan penyampaian hadiah bermula pada jam 10.30 pagi

Program Perkhemahan Unit Beruniform ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada warga sekolah terutama guruguru yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan perkhemahan ini.

You might also like