pembelajaran dilakukan. Antaranya perabot yang lengkap, televisyen, radio, dan pelbagai alatbantuan mengajar yang lain lagi.Suasana kelas yang ceria juga menjadikan murid-murid minat untuk belajar di kelaspemulihan. Terdapat ruang untuk menempatkan bahan-bahan alat bantu mengajar, dan inimemberi peluang untuk para pelajar pemulihan melakukan aktiviti bacaan mereka sendiri.Bilangan murid bagi kelas pemulihan untuk darjah dua adalah seramai 10 orang. Manakala jumlah murid bagi kelas pemulihan tahun tiga adalah seramai 6 orang. Nisbah pelajar lelakiadalah lebih ramai berbanding pelajar perempuan. Kesemua mereka terdiri daripada kaumMelayu.Murid-murid pemulihan di sini rata-ratanya menunjukkan minat untuk memajukan diridalam pelajaran tetapi mereka memerlukan bimbingan secara khusus dan lansung daripadaguru pemulihan. Sikap ibu-bapa turut mewarnai pengalaman saya ketika menjalankan PBS disekolah ini. Sepanjang sesi persekolahan yang berlangsung dari Isnin hingga Jumaat, pelbagairagam dan gelagat murid-murid sekolah dapat dilihat. Namun, gelagat ibubapa atau warismurid-murid tersebut menjadi satu persoalan tentang persekitaran sekolah tersebut.Apabila loceng pertama dibunyikan pada 7.25 pagi, ibu bapa masih sibuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan apabila loceng kedua dibunyikan pada 7.45, yangmenandakan waktu pembelajaran pertama akan dimulakan, masih terdapat ramai ibubapa yangmenemani anak-anak mereka hingga ke pintu kelas. Apabila hampir waktu rehat, kantin akandipenuhi dengan para waris yang menghantar bekal makanan untuk anak-anak mereka.Keadaan nampak lebih sesak walaupun kantin sekolah disediakan dalam sekolah tersebut. Halini seolah-olah menunjukkan makanan yang dijual di kantin tidak berkhasiat dan kurangmenepati selera pelajar.Sewaktu loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan pada 1.35 petang, ibubapamenjemput anak-anak mereka hingga ke dalam kelas malah ada juga yang bebas masuk kedalam bilik guru untuk bertanyakan tentang sesuatu hal. Keadaan ini menjadikan bilik guru tiadaprivacy. Ibu bapa bebas memasuki bilik guru sesuka hati mereka. Semua pengalaman di atasadalah amat bermakna untuk saya pelajari dan jadikan tauladan. Semua ini juga menjadipembakar semangat untuk saya menjadi seorang guru yang cemerlang demi menghasilkanmodal insan selari dengan tuntutan falsafah pendidikan negara.
Page | 2
Add a Comment
Bunga_90left a comment
peesheeleft a comment
Kermt_Itu_Aku_9380left a comment
Hasimieleft a comment
mohdhilmileft a comment