You are on page 1of 4

EDISI 1/2013

SYIAR RAMADAN
Buletin Khas sempena Ihya Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H

AHLAN YA RAMADAN
Ramadan yang dinanti sudah menjelma. Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk mengutip mutiara ibadah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Golongan salafussoleh sentiasa menanti-nanti kehadiran Ramadhan dengan persiapan di dada. Lantas, hadirnya Ramadan disambut bagaikan menyambut tetamu yang mulia. Ramadan hadir lengkap dengan pakej tawaran yang tidak ternilai harganya. Sudahlah datang sebagai tetamu, dibawa pula tawaran keampunan serta ganjaran pahala melimpah ruah. Rasulullah SAW bersabda: Justeru, Program Ihya Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia telah dirancang dengan pengisian terbaik untuk santapan jiwa dan rohani. Antaranya: Majlis Bicara Wahyu Tazkirah Tadarus al-Quran Majlis Khatam Al- Quran dan Ifthar Jamaie KPM Tabung Ihya Ramadan Buletin Syiar Ramadan tibanya

FORUM BICARA WAHYU

Tuhanku:
Kudamba Rahmat-Mu
Tarikh: 12 Julai 2013M / 3 Ramadhan 1434H Ahli Panel: Ustaz Nidzam bin Ab Kadir (UIAM) Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila bt Nik Salleh (USIM) Moderator: Ust Zulkefli b Hamat Warga KPM dijemput hadir

Maksudnya: Telah datang kepadamu bulan Ramadan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosamu, memakbulkan doa kamu-(HR Tabrani)
Sekiranya manusia tahu akan betapa besarnya ganjaran di bulan Ramadan ini, sudah pasti mereka mengharapkan Ramadan ini disambut sepanjang tahun.

Ramadan..datangnya dinanti, dirai, perginya ditangisi.

Selamat berpuasa dan menjalani ibadah

Tabung Ihya Ramadan KPM telah pun dilancarkan pada 28 Jun yang lalu sewaktu Majlis Bicara Wahyu KPM. Kutipan tabung tersebut dilaksanakan melalui Bahagian KPM dan akan diserahkan kepada urusetia induk iaitu Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Hasil kutipan akan diserahkan kepada anakanak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan pada Majlis Ifthar KPM 2 Ogos 2013

Puasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa Puasa melahirkan jiwa yang selalu taat kepada Allah Puasa dapat melahirkan rasa perihatin terhadap insan yang sentiasa diuji dengan kelaparan Puasa melatih diri dengan sifat sabar dengan ujian selain menguji ketahanan diri.

PUASA TERAPI JIWA

Page 2 SIDANG EDITORIAL: Penasihat: Tn Hj Abdullah b Md Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM Pengerusi: Pn Hjh Kamariah Bt Isa Timb Pengarah, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI KPM. Ketua Editor: Tn Hj Mohamad Zaki b Husin Ketua Sektor Dakwah & Kepimpinan BPI KPM Pen. Ketua Editor :
Tn Hj Mohamed Nor b Hj Salleh

HADIS PILIHAN
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan , mengharap balasan daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu -Riwayat Bukhari

Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada 3 tingkat:

PUASA UMUM
Puasa kebanyakan umat Islam-Hanya berlapar dan dahaga

PUASA ISTIMEWA (Puasa Khusus)


Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan Dan kaki daripada melakukan dosa

Ketua Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam, BPI KPM

Editor:

PUASA PALING ISTIMEWA (Puasa Khusus al-Khusus)


Tn Hj Arifuddin b Abd Hamid Ust Ahmad Zulfakor b Darusa Ust Mohd Sayuti b Omar Ust Mohd Zamri b Mohd Noor. Penulis: Ust Ruzain Syukur b Mansor Wartawan: Ust Hairon b Zainal Abidin Ust Abd Rahman b Che Soh Ust Alhuzaee b Sulaiman Ust Mohd Hamidi b Zakaria

Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan dengan puasa hati daripada keinginan lahir dan batin. Inilah tingkatan puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah. Ia amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat,

APA KHABAR PUASAKU?


Apa khabar puasaku? Mungkin suatu soalan biasa tetapi bisa menggetarkan jiwa jika dihayati dengan iman di dada. Apakah ada keinginan untuk mencapai puasa kelas istimewa? Atau hanya selesa berpuasa cukup dengan lapar dahaga menanti waktu berbuka? Jika kita ingin mencapai tingkatan puasa terbaik, rasailah indahnya puasa berbekalkan ilmu di dada. Lapar dan dahaga berpuasa balasannya pasti syurga

EDISI 1/2013

Ramadan Menyubur Amalan Sedekah


Salman al-Farisi meriwayatkan: Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan: Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang Mukmin. Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa -dosanya pula di ampunkan

RAMADAN BULAN AL-QURAN

Soalan: Ustaz, apakah yang dimaksudkan dengan melewatkan sahur?

Jelas kepada kita betapa besarnya pahala bersedekah pada bulan Ramadan ini. Justeru, pilihlah untuk memberi kerana dengan memberi kita akan diberkati.

Jawapan: Lewat sahur ini sekitar 10 hingga 30 minit sebelum masuk waktu solat Subuh. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW berhenti bersahur pada kadar membaca 50 ayat alQuran.-Riwayat al-Nasai

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 185: Maksudnya: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penerangan tentang petunjuk dan pembeda antara hak dan batil. Maka barangsiapa yang menyaksikan di antara kamu anak bulan, maka hendaklah dia berpuasa

TIP SEMPURNAKAN PUASA


Jangan tinggalkan sahur. Bukan sekadar makan tetapi beroleh pahala. Berbuka apabila terbenam matahari, teruskan dengan solat Maghrib. Berdoa di waktu berbuka, banyakkan bertaubat dan menjauhi perkara dimurkai Allah. Menahan lidah dari berkata dusta dan tidak bermanfaat. Ringankan tangan, banyakkan membantu orang yang dalam kesusahan Menggunakan masa untuk mendalami ilmu-ilmu agama Memelihara jiwa dari penyakit hati seperti dengki, bongkak, takabbur, riak. Menjaga sumber makanan. Pastikan halal lagi baik.

ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN


Antara amalan yang sangat

digalakkan di dalam bulan Ramadan adalah membaca al -Quran. Apatah lagi jika ia dibaca secara beramai-ramai (tadarus) bersama teman di pejabat mahupun di masjid. Antara adab membaca al -Quran: 1. Sunat membaca dalam keadan berwuduk.

PUASA KITA DAN MEREKA.


Pada tahun 584 Hijrah, Sallahudin al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib dan membebaskan sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai tentera Salib. Ketika tiba Ramadan, penasihatnya menyarankan agar beliau berehat. Tetapi Sallahuddin menjawab Umur itu pendek dan sentiasa mengancam Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan Ramadan. Kita dan Mereka. Kita hanya berlapar dan dahaga ketika berpuasa, tetapi mereka menyeka peluh dan darah demi agama. Kita hanya menunggu waktu berbuka, tetapi mereka menunggu hadirnya musuh dengan dengan penuh waspada . Kita hanya menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa, tetapi mereka menahan kesakitan ditusuk panah demi menjaga kemaslahatan ummah

2. 3. 4.

Membaca dengan tartil (perlahan-lahan) Membaca dengan penuh rasa tawaduk . Membaca dan dibaca. terjemahan isi yang ayat ayat supaya memahami menghayati kandungan ayat

5.

Memahami

sebab

diturunkan (asbab nuzul).

PELANCARAN TABUNG IHYA RAMADAN KPM

Ihya Ramadan @ KPM


No Program 1
Tadarus al-Quran

Tarikh/Tempat
Setiap hari bekerja sepanjang Ramadan di Bahagian KPM
2 Ogos 2013/ 24 Ramadan 1434 H

Majlis Iftar Jamaie KPM

Dewan Serbaguna, Aras 9, E12, KPM

3 Tabung Ihya Ramadan KPM telah dilancarkan oleh Tuan Haji Abdullah b Md. Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM pada 28 Jun yang lalu. Warga KPM boleh menyumbang kepada tabung tersebut melalui Bahagian masing-masing. Hasil kutipan tersebut akan didermakan kepada pelajar yang kurang berkemampuan sempena Majlis Ifthar KPM pada 2 Ogos 2013. Marilah kita merebut peluang saham akhirat buat menambah bekalan untuk ke sana.

Forum Ihya Ramadan Tuhanku: Ku Damba Rahmat-Mu

12 Julai 2013/ 3 Ramadan 1434 H Dewan Serbaguna, Aras 9, E12, KPM

Ahli Panel: Ustaz Nidzam bin Ab Kadir (UIAM) Ustazah Nik Salida Suhaila bt Nik Salleh (USIM) Moderator: Ust Zulkefli b Hamat 4 Majlis Bicara Wahyu Khas Ramadan Masjid Lesu, Pasaraya Diserbu 19 Julai 2013/10 Ramadan 1434 H Auditorium KPM Setiap hari bekerja 15 minit sebelum/ selepas solat Zohor

Tazkirah Ramadan

Tabung Ihya Ramadan

Pelancaran : 28 Jun 2013 Agihan: 2 Ogos 2013

Tajuk

: Ramadan Terakhir

Penulis Harga

:Hisham AR : RM 19.00
Sebarang pertanyaan mengenai Ihya Ramadan sila berhubung dengan Ustaz Abd Rahman Bin Che Soh 01993904400

Penerbit : Galeri Ilmu

Karya dakwah santai ini membicarakan mengenai penghayatan Ramadan daripada sisi seorang hamba. Berpuasa bukan hanya pada lapar dan dahaga, tetapi berusaha sedaya upaya merebut pelbagai ganjaran hebat Penulis menggarap frasa indah penuh dengan nasihat dan pesanan yang mudah difahami. Penulis mengungkapkan mutiara ilmu sebagai persediaan menyambut Ramadan, panduan berpuasa serta menyingkap apakah hasil daripada tarbiah universiti Ramadan. Ramadan terakhir berkongsi kisah-kisah santai kehidupan dalam perjalanan menuju destinasi akhir di akhirat nanti-Penulis Milikilah buku ini. Hadamkan isinya. Kongsilah manfaatnya bersama ahli keluarga. Selamat membaca!

BINGKISAN MINDA
Buletin Syiar Ramadan akan menemui anda sebanyak 4 siri sepanjang Ramadan. Sila emelkan sebarang maklum balas dan cadangan membina kepada : ruzain.mansor@moe.gov.my bagi tujuan penambahbaikan

You might also like