You are on page 1of 2

LAPORAN AJK DOKUMENTASI KEM MOTIVASI SJKT LADANG YAM SENG

Biro Dokumentasi telah dipertanggunggjawabkan untuk melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan fotografi dan multimedia sepanjang kem motivasi ini berlangsung. Antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakanialah menangkap gambar dan merakam slot untuk tujuan hasil laporan selepas program. Untuk memudahkan tugasan agar dapat berjalan dengan lancar ,ahli AJK Dokumentasi iaitu seramai 2 telah dibahagikan tugas masing-masing. Sanggita telah mengambil alih tugas fotografi dan video untuk slot motivasi hari pertama dan saya pula pada hari kedua. Tugas awal yang kami laksanakan sebelum hari program berlangsung ialah mengambil dan mengumpul gambar-gambar yang ditangkap semasa setiap kali adanya perjumpaan berkenaan dengan kem motivasi ini. Semua sesi fotografi juga telahberjalan lancar dengan daya usaha oleh ajk dan peserta-peserta yang lain dimana semua aktiviti dapat dirakamkan dalam bentuk foto dan video serta menjadi kenangan untuk semua guru pelatih selain daripada dijadikan bahan rujukanuntuk penghasilan portfolio nanti. Selepas selesai program , gambar-gambar dikumpul telah ditapis untuk setiap aktiviti yang dijalankan. Semua gambar yang diambil telah dikumpul dan telah diedarkan kepada semua guru pelatih. Gambar - gambar ini adalah hasil daripada sepanjang program kem motivasi ini berjalan daripada pra perancangan hinggalah selesai program. Kesimpulannya , dengan adanya semangat kerjasama antara ahli dan juga semua guru pelatih 4 PISMP PT/PJ/SN , kami AJK Dokumentasi dapat

menjalankan tugas dengan lancar dan juga bertepatan dengan misi program ini . Walaupun ada sedikit kekurangan dan halangan yang terpaksa kami hadapi , namun kami tetap bersama dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Sekian , terima kasih,

Disediakan oleh,

15 Julai 2013

_______________________ ( MONES NATCHIA RUBINI A/P THIGARAJAN) AJK Dokumentasi, Kem Motivasi SJKT LADANG YAM SENG

You might also like