Professional Documents
Culture Documents
2.
3.
KSSR
KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang: Komunikasi Kerohanian, Sikap & Nilai Kemanusiaan Perkembangan Fizikal & Estetika Sains dan Teknologi Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang: Komunikasi Manusia dan Alam Kelilingnya Perkembangan Diri Individu
Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
4.
5.
6.
7.
Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK?
Jawapan :
Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
8.
9.
13. Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan : Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
15
Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan : Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
16
Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan : Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
17. Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan : Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
18. Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas
20
Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan : Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.
21
Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan : KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
22
Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan : KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
23
Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
Jawapan : KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.
24