You are on page 1of 5

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak tentang isu pembukaan bandar-bandar baharu lantaran terlalu

dihidangkan dengan pembangunan negara yang gah di persada dunia. Pembukaan bandarbandar baharu yang canggih menjadikan Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi yang lain. Jika dikaji sehingga ke akar umbi, terdapat banyak bandar yang canggih dan cantik di negara Malaysia. Antara contoh bandar yang menjadi buah mulut dan dipolemikkan di kedai-kedai kopi mahupun dewan parlimen ialah bandar Putrajaya di Malaysia. Selain itu, terdapat juga bandar canggih dan cantik di negara lain seperti bandar Limerick di Ireland dan bandar Kontanz di German. Oleh yang demikian, semua warganegara Malaysia sudah tentu mengimpikan bandar idaman untuk didiami bersama-sama keluarga yang tercinta. Tidak terkecuali saya yang turut mendambakan bandar idaman saya yang lengkap dengan segala yang diperlukan.

Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa bandar idaman semua mestilah mempunyai prasarana yang memenuhi kehendak rakyat. Begitulah juga halnya dengan diri saya yang menginginkan kemudahan lengkap di tempat saya tinggal seperti kemudahan bekalan air dan elektrik, pengangkutan awam, khidmat Unifi, tandas awam dan perpustakaan awam. Pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi ini, ilmu sudah mendominasi kemajuan sesebuah negara. Untuk rakyat berkomunikasi dan memperoleh ilmu, khimat Unifi dan kemudahan jaringan internet hendaklah diperluas dan dipermudah untuk dicapai oleh komuniti bandar. Selain itu, bekalan air dan elektrik hendaklah mencukupi menampung keperluan masyarakat setempat dengan menggunakan kemajuan dalam proses kitar semula. Tidak cukup dengan itu, pengangkutan awam yang diguna pakai di bandar idaman saya mestilah mesra alam. Sampah-sampah juga dilupuskan dengan menggunakan teknologi insenerator yang telahpun diaplikasikan di negara-negara maju. Dengan perkataan lain, segala-galanya ada di bandar idaman saya. Tegasnya, bandar idaman saya mestilah mempunyai prasarana yang mencukupi agar rakyat dapat hidup dengan selesa sambil menikmati segala kemudahan yang disediakan.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah bandar yang menjadi idaman saya perlulah berkonsepkan lestari alam semula jadi. Dalam konteks ini, bandar tersebut perlulah dipenuhi dengan tumbuhan hijau serta bebas daripada pencemaran alam. Memandangkan keadaan yang sedemikian, bandar tersebut perlulah berjauhan dari kawasan perindustrian yang pastinya akan menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran air. Bukan itu sahaja, bandar yang berkonsepkan lestari alam semula jadi dapat menyegarkan minda di samping pemandangan yang indah saujana mata memandang. Bertitik tolak daripada itu, tumbuh-tumbuhan yang dapat menyerapkan gas karbon dioksida perlu ditanam dengan banyak di sekeliling bandar idaman saya. Hal ini secara tidak langsung, akan mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh manusia dan haiwan sekali gus mengurangkan risiko penyakit berbahaya. Sudah terang lagi bersuluh, bandar yang berkonsepkan lestari alam semula jadi yang banyak membawa maslahat merupakan bandar idaman saya.

Hakikatnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa bandar idaman saya perlulah bertemakan hiburan. Hal ini adalah kerana bandar berkonsepkan hiburan sudah lama terpahat dalam memori saya untuk dijadikan bandar idaman saya. Aspek utama dalam konsep ini ialah bandar yang dapat memberikan hiburan kepada pelbagai peringkat lapisan masyarakat yang merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja, golongan dewasa mahupun warga tua. Sebagai analoginya, bandar idaman saya mestilah bertemakan hiburan seperti Disneyland di New York, Resort World of Sentosa di Singapura. Dengan ini, rakyat boleh mengurangkan stres dan melarikan diri seketika daripada memikirkan tekanan di tempat kerja. Secara tidak langsung, setiap ahli keluarga boleh meluangkan masa pada hujung minggu dengan membawa keluarga pergi ke tempat tersebut yang ada di depan mata. Tidak perlu lagi mengeluarkan kos yang besar untuk menikmati bandar bertemakan hiburan yang sama di luar negara. Izharlah bahawa dengan adanya bandar idaman saya ini, keluarga yang bahagia sudah pasti dapat dilahirkan dan diperkukuhkan.

Sebagai menggulung tajuk yang diperbincangkan, bandar idaman saya mestilah berunsurkan mesra alam, memiliki pelbagai prasarana dan kemudahan yang canggih untuk keselesaan komuniti. Dengan ini, sebagai rakyat Malaysia, saya akan sentiasa memberikan sokongan ke atas projek yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti Perbandaran Hijau yang akan menjadi model rintis kepada pembangunan bandar-bandar lain di Malaysia. Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, bandar-bandar idaman yang dihasratkan sudah pasti akan dapat memajukan negara setanding dengan negara moden serta dapat merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020. Oleh itu, masyarakat perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang. Belajar dari keadaan pentadbiran sekarang dan mempraktikkan dalam pentadbiran akan datang malah berusaha untuk memperbaikinya lagi supaya semua rakyat Malaysia dapat menikmati kelengkapan kemudahan dan tubuh badan yang sihat dari segi minda mahupun fizikal. Dengan keizinan Tuhan Yang Maha Esa, saya berharap agar bandar idaman saya akan menjadi realiti sebelum saya menutup mata.

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan . Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH Sebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

You might also like