You are on page 1of 8

Untuk menangani cabaran globalisasi dan persaingan, setiap pengurus perlu memiliki kecekapan. Bincangkan.

Satu isu utama yang sering diperbincangkan oleh banyak pihak menjelang abad ke-21 ialah globalisasi dan persaingan. Mengikut Rosabeth Moss Kanter globalisasi adalah "a process of change stemming from combination of increasing cross-border activity and information technology enabling virtually instantaneous communication worldwide. And it promises to give everyone everywhere access to the world's best". Ini bermaksud bahawa "globalisasi" adalah satu proses untuk menjelaskan mengenai kegiatan serta interaksi ekonomi, sosial dan politik tanpa mengambil kira persempadanan politik sesebuah negara.

Dalam dunia perniagaan ini, usahawan atau ahli perniagaan perlu menerima hakikat proses globalisasi meningkatkan tahap cabaran perlu dilalui. Era globalisasi juga menyebabkan persaingan antara perniagaan dan antara negara menjadi semakin hebat. Untuk berdepan dengan cabaran dan persaingan dalam era globalisasi, pengurusan setiap perniagaan hendaklah membina kemampuan merangka strategi dan tindakan bersesuaian dengan cabaran semasa. Jika

1
CHONG CHING HOONG

pengurus perniagaan tidak mampu merangka strategi berkesan, perniagaan mereka mungkin tidak dapat bersaing.

Perubahan pesat dalam bidang teknologi, kekacauan politik dan kemahiran kepemimpinan yang dimiliki oleh para pengurus akan menjadi suatu aset penting. Para pengurus seharusnya sentiasa bertenaga dan mampu menyediakan wawasan yang mantap bagi menyatupadukan seluruh organisasi dan menggerakkan para pekerja daripada bersikap mudah puas hati kepada peningkatan prestasi yang melampaui batas kecemerlangan.

Sistem pengurusan yang baik menggariskan keperluan mutlak para pengurus untuk memiliki dan mengamalkan kemahiran pengurusan perubahan. Sering dikatakan bahawa satu-satunya perkara yang sentiasa tetap dalam dunia yang sering berubah ini adalah perubahan itu sendiri. Hanya pengurus yang mempunyai kemahiran untuk memimpin sahaja yang akan berjaya dalam menghadapi perubahan yang tidak ada noktahnya ini. Hanya mereka yang mampu mendahului perubahan, mengeksploitasi peluang-peluang yang wujud dengan penuh bertenaga, memberikan motivasi kepada pengikut-pengikut akan dapat

2
CHONG CHING HOONG

memandu organisasi mereka ke arah pencapaian wawasan yang telah diungkapkan.

Untuk menangani globalisasi dan persaingan, ianya banyak bergantung kepada keupayaan pengurus memanfaatkan ilmu pengetahuan dan maklumat. Pengurus mesti mempunyai pengetahuan dan maklumat tentang perubahanperubahan yang berlaku di dunia. Pengurus juga hendaklah memahami kerumitan yang wujud dalam dunia perniagaan. Ini hanya boleh dilakukan jika pengurus prihatin terhadap perubahan. Seseorang pengurus perlu memahami serta mempunyai kebolehan untuk menggunakan kesempatan dan peluang yang boleh diperolehi daripada pasaran kewangan antarabangsa. Bagi tujuan ini, pengurus perlu memahami mekanisma tertentu seperti exchange rate, pengurusan cash flow dan pengurusan sumber kewangan terutama di peringkat antarabangsa.

Seorang pengurus mestilah mempunyai visi masa depan yang jelas. Untuk membentuk strategi-strategi persaingan yang baik, pengurus mestilah mempunyai satu bentuk pemikiran yang positif supaya pendekatan yang diambil adalah tepat. Ini adalah kerana banyak keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus. Seorang pengurus juga mestilah mempunyai kemahiran dalam perundingan di peringkat

3
CHONG CHING HOONG

antarabangsa. Dengan kemahiran ini, kita dapat memastikan organisasi dan negara mendapat faedah daripadanya. Sekiranya kita tidak mempunyai kemahiran dalam perundingan sudah tentu pihak lain akan mengambil kesempatan serta mendapat lebih faedah daripada apa yang kita perolehi.

Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa memerlukan pengurus berinteraksi dengan banyak pihak dari pelbagai latar belakang budaya. Oleh itu, pengurus mestilah mampu memahami pelbagai budaya yang berlainan. Dengan itu kemahiran dalam bahasa-bahasa asing memberi kelebihan kepada pengurus. Syarikat-syarikat terkemuka di Amerika Syarikat sebagai contoh, menetapkan dasar bahawa pegawai-pegawai yang akan berkhidmat di luar negara mesti mengikut kursus- kursus khas bagi membiasakan mereka dengan latar belakang dan keadaan politik, sosial dan budaya negara berkenaan.

Setiap usaha dalam membuat perancangan perlu berdepan dengan masalah ketidaktentuan. Oleh itu kerja merancang hala tuju perniagaan memerlukan kemahiran menganalisis dan membuat andaian. Agak sukar membuat analisis dan mengandaikan apa mungkin berlaku jika usahawan atau pengurus tidak ada maklumat mencukupi. Oleh itu, amat penting bagi semua usahawan dan pengurus

4
CHONG CHING HOONG

perniagaan terus berusaha mencari maklumat berkaitan perniagaan dan industri diceburi.

Apabila merancang strategi untuk berdepan dengan cabaran mendatang, ada beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, antaranya memastikan strategi dirancang itu ada matlamat jelas. Strategi tanpa matlamat jelas tidak difahami oleh kalangan pekerja yang melaksanakannya. Setiap strategi perlu menyatakan dengan jelas apa ingin dicapai oleh pengurusan. Bagi tujuan ini, pengurusan hendaklah menetapkan beberapa ukuran pencapaian sebagai matlamat khusus. Ukuran pencapaian boleh ditentukan dalam bentuk matlamat paras keuntungan, paras kos, kadar produktiviti, paras kualiti dan sebagainya.

Seterusnya perancangan strategi juga perlu memastikan semua matlamat dirancang mampu dicapai organisasi. Untuk tujuan ini perancangan strategi perlu mengambil kira keperluan semua jenis sumber untuk menjayakan strategi dan mengkaji sama ada organisasi mampu menyediakan semua sumber diperlukan itu.

Strategi mungkin baik dari segi penentuan matlamat dan ukuran pencapaiannya serta kemas dari segi penggunaan sumber. Namun, ia tidak memberi kesan jika tidak dilaksanakan berdasarkan jadual pelaksanaan tertentu.

5
CHONG CHING HOONG

Setiap perancangan strategi perlu menetapkan jadual pelaksanaan dengan jelas dan munasabah. Penetapan jadual pelaksanaan mesti ditentukan pengurusan berdasarkan semua maklumat dalaman dan luaran. Ada masanya faktor luaran akan memaksa pengurusan menyesuaikan tempoh masa dan jadual pelaksanaan strategi.

Sekiranya pengurus perniagaan gagal membaca keadaan persekitaran dengan baik, kesilapan boleh berlaku dalam menentukan ketika strategi seharusnya dilaksanakan. Menggerakkan strategi tepat pada masanya amat penting untuk mendapat kesan maksimum dan menguntungkan. Kemampuan merangka strategi dengan baik memerlukan pengetahuan, pengalaman dan kebolehan tertentu. Untuk merangka strategi dengan baik, usahawan atau pengurus bukan sekadar berpengetahuan mengenai perniagaan dan industri diterokai. Mereka juga perlu berdaya kreatif dan mampu memandang jauh ke depan.

Oleh kerana ketidaktentuan sentiasa menjadi faktor dalam menyediakan perancangan, setiap perancang strategi perlu membuat persediaan untuk beberapa kemungkinan. Ia untuk memberi ruang kepada perniagaan agar lebih bersedia

6
CHONG CHING HOONG

bertindak balas apabila persekitaran berubah dalam lingkungan dijangkakan. Amalan biasa bagi perancang strategi ialah membuat andaian berpandukan tiga kemungkinan. Peringkat pertama perancangan ialah mengandaikan keadaan terbaik dengan semua faktor dijangka memihak kepada perniagaan. Jika keadaan sebenar berlaku seperti andaian, perniagaan akan mencapai keputusan terbaik melebihi kebiasaan. Perniagaan seterusnya perlu merancang untuk keadaan biasa dengan perniagaan dijangka beroperasi dalam suasana biasa. Dalam perancangan keadaan ini, perniagaan mengandaikan persekitaran akan berada dalam keadaan seperti sudah biasa dilalui. Jika andaian ini berlaku, perniagaan akan mencapai keputusan biasa, tanpa kejutan atau perbezaan besar.

Akhir sekali, perancangan strategi hendaklah juga mengandaikan suasana paling buruk mungkin berlaku. Dalam keadaan ini, kebanyakan faktor persekitaran dijangka tidak memihak kepada perniagaan. Jika andaian ini berlaku, perniagaan akan melalui keadaan sukar dan memerlukan perancangan untuk bertahan. Merancang untuk masa depan memang bukan mudah kerana kita tidak dapat mengetahui apa mungkin berlaku dengan tepat dan penuh kepastian. Namun kita masih boleh melihat masa lalu sebagai panduan menjangka masa depan. Biasanya sejarah dapat membantu merancang.

7
CHONG CHING HOONG

Usahawan dan ahli perniagaan tidak dapat lari daripada cabaran mengharungi dunia perniagaan. Oleh itu, cabaran harus dihadapi dengan tabah dan penuh keyakinan. Selain terus meningkatkan ilmu pengetahuan, usahawan harus membina kekuatan mental supaya dapat bertahan apabila berdepan dengan kesukaran.

Walaupun cabaran dan persaingan perniagaan semakin hebat dalam dunia hari ini, masih ada jalan keluar menuju kejayaan jika usahawan sanggup berusaha dengan minda terbuka dan semangat sanggup berjuang tanpa mengenal kegagalan. Saya berharap para pengerus dapat memikirkan serta mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pengurusan dalam menangani persoalan globalisasi, iaitu bagaimana pengurusan dengan corak pemikiran "global mind-set" dapat meningkatkan daya saing dan terus mencapai kecemerlangan bagi menghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang memenuhi tahap antarabangsa.

8
CHONG CHING HOONG

You might also like