You are on page 1of 10

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER / 2012

HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

771222086803001 771222086803 0164936239 shahfulrizal@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SHAH ALAM LEARNING CENTRE

HBEF2803

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0

PENDAHULUAN SEJARAH PERAYAAN DEEPAVALLI PERSEDIAAN SEBELUM PERAYAAN PAKAIAN TRADISIONAL KUIH MUIH DAN JUADAH UTAMA KESIMPULAN

2 3 4 6 7 8

HBEF2803

1.0

PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan

etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Rakyat Malaysiayang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

HBEF2803

2.0

SEJARAH PERAYAAN DEEPAVALI Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang

disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakanhari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama diseluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagaikalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatandan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika.Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.

HBEF2803

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi,seperti yang diceritakan dalam Ramayana. Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara. Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini. Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. "Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islamadalah dilarang mengikutnya.

3.0

PERSEDIAAN SEBELUM PERAYAAN Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-

muih, membersihkan rumah dan membeli pakaian baru untuk dipakai pada hari tersebut. Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India. Tetapi kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka.

HBEF2803

Sebelum menjelang Deepavali, masyarakat India akan membersihkan rumah dan menyediakan kuih-muih untuk dihidangkan pada hari perayaan. Ibubapa pula sibuk menyediakan pakaian baru untuk keluarga mereka. Kad-kad ucapan selamat Deepavali juga dihantar kepada sahabat handai. Kaum-kaum lain juga menghantar kad-kad ini kepada kawan-kawan mereka yang beragama Hindu. Ruang rehat rumah mereka dihiasi dengan rangoli. Kadang-kadang rongoli dihias di muka pintu sebagai tanda mengucap selamat. Ronggoli Kolam adalah lukisan di atas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna. Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut. Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut. Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selamalamanya. Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka. Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan. Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijan sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri. Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang. Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah vegetarian hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak digalakkan). Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.

HBEF2803

4.0

PAKAIAN TRADISIONAL Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan

Deepavali adalah Sari untuk kaum wanita dan Dhoti untuk kaum lelaki. Di bawah adalah sedikit maklumat tentang pakaian yang dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali. Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan Deepavali. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Oleh itu, sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat di dalamnya. Kemudian kain sati akan dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang perlulah dibuat sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Semasa perayaan Deepavali, biasanya pemilihan warna untuk baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti merah, biru, hijau dan ungu. Pemilihan corak pula adalah bergantung kepada cita rasa si pemakai. Ada sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga lebih suka corak haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai Nampak lebih menarik, kebanyakan mereka akan memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat dan cantik. Ini akan lebih menyerlahkan kecantikan si pemakainya. Walaubagaimanapun, pemilihan warna biasanya akan dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakainya. Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu. 7

HBEF2803

5.0

KUIH MUIH DAN JUADAH UTAMA Penyediaan juadah bagi perayaan Deepavali pula adalah bergantung kepada

amalan individu bagi setiap keluarga. Terdapat di antara penganut Hindu mengamalkan pengambilan makanan berasaskan tumbuhan dan ada juga yang tidak. Terdapat pelbagai jenis juadah akan disediakan pada hari Deepavali termasuklah idli, thosai, idi appam (putu mayam), paal appam, nasi briyani, gulai dal, gulai ayam dan gulai kambing. Selain daripada itu, pelbagai jenis snek atau manisan juga disediakan termasuklah muruku, achu muruku (kuih ros), laddoo, jilebi, mysore pak, ghee urundai (bebola minyak sapi), kadalai urundai (bebola kacang), kesari dan halwa. Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan. Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, paneer campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti muruku dan adivasam dan payasam. Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India. Muruku,

HBEF2803

Paneer 6.0 KESIMPULAN

Muruku

Payasam

Perayaan Deepavali sama sahaja dengan perayaan-perayaan yang lainnya di mana tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga selain meneruskan adat dan budaya masing-masing supaya kepercayaan yang dianuti dapat dipelihara dengan baik turun temurun. Selain itu, perayaan ini juga dapat menjalinkan hubungan yang baik di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum supaya dapat memahami adat dan budaya masing-masing bagi mewujudkan suasana yang aman dan harmoni di dalam negara. Dengan wujudnya keharmonian yang terhasil daripada kefahaman yang baik mengenai agama masing-masing, maka akan wujudlah kesepaduan antara kaum dan dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan baik tanpa wujud kesalahfahaman antara kaum. Melalui perayaan juga, masyarakat Malaysia juga dapat menjalani kehidupan dengan penuh warna-warni, di mana akan wujudnya pelbagai budaya, makanan, kepercayaan, pakaian dan cara menyambut sesuatu perayaan yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik yang dapat di rasai oleh masyarakat pelbagai peringkat. Selain itu, cara sesuatu perayaan itu di sambut juga mencerminkan bahawa di Malaysia, masyarakatnya bebas menganuti dan menyambut perayaan agama masingmasing tanpa ada halangan. Keunikan sesuatu perayaan itu juga dapat digambarkan dengan kepelbagaian cara sambutan yang dibuat samaada dari masyarakat Melayu, Cina dan India di Malaysia. Oleh yang demikian, masyarakat di Malaysia dapat menjalani kehidupan dengan pelbagai pegangan dan anutan tanpa ada keraguan dari segi keselamatan di mana semua pihak bebas menjalani kehidupan dengan pegangan agama masing-masing dengan aman dan harmoni. 9

HBEF2803

RUJUKAN http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/7736deepavali-perayaan-cahaya-penuh-simbolik.html http://perayaanindia.blogspot.com/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

10

You might also like