You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, 75400 DURIAN DAUN, MELAKA.

TAJUK: KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN NUZUL QURAN TAHUN 1434 H TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

TARIKH : 26 JULAI 2013 (17 Ramadan 1434 H)

ANJURAN : GURU PELATIH PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2010 Dengan kerjasama PANITIA AGAMA ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

1.0

PENGENALAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan, perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukminin. Seperti yang kita ketahui, dalam bulan Ramadhan kita, umat Islam diwajibkan berpuasa, ia amatlah berbeza dengan bulan Islam yang lain. Selain itu, pelbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini antaranya, Perang Badar Kubra dan Nuzul Quran. Sehubungan dengan itu, guru pelatih dengan kerjasama Panitia Agama Islam merangka program pentarbiyahan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang di rancang.

2.0

RASIONAL

Tugasan yang diberi melalui pengalaman yang boleh mengintegrasikan antara teori, pengalaman sebenar dan latihan amali yang dapat memberi impak positif ke atas pemahaman guru pelatih berkaitan pengurusan dalam melaksanakan program di sekolah. Program sambutan ini bermatlamat memberi pengetahuan mengenai peristiwa Nuzul Quran dan melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.0

MATLAMAT

Program ini bertujuan memenuhi keperluan Internship dan setiap guru pelatih dikehendaki melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Antara matlamat yang ingin dicapai melalui program ini ialah : 1. Memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan AlQuran. 2. Melahirkan generasi yang bertaqwa dan kasih kepada Al-Quran . 3. Mendidik para pelajar supaya sentiasa mendampingi Al-Quran dan dibaca setiap hari.

4.0

OBJEKTIF

Objektif utama program ini ialah : 1. Melahirkan pelajar yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulanbulan kebesaran Allah dan peristiwanya. 2. Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri pelajar seperti para mukminin. 3. Melahirkan pelajar yang mengetahui serba serbi tentang sejarah Islam. 4. Menyuburkan lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan. 5.0 TARIKH PROJEK

26 Julai 2013 ( 17 Ramadan 1434 H)

6.0

LOKASI PROJEK

Dewan Samudera, SK Pantai Kundor, Melaka 7.0 ANJURAN

Guru Pelatih PISMP Sains Ambilan Januari 2010 dengan kerjasama Panitia Agama Islam SK Pantai Kundor, Melaka 8.0 KATEGORI AKTIVITI

1. Ceramah mengenai Nuzul Quran. 2. Kuiz Nuzul Quran

9.0

JAWATANKUASA PELAKSANAAN : Puan Saleha binti Osman : Pn. Romaini bt Mamat : En. Ehsanuddin bin Abd Jalil (PK HEM) Pn. Masrah binti Ahmad (PK KK) Pn. Maryani binti Omar (PK KOKU)

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi

Ketua Program Setiausaha Bendahari

: Noor Hidayah binti Mohammad Maskuri : Anis Syuhada binti Abdullah : Pn. Nor Hasnizah binti Mohd Nasir : Pn. Norakerah binti Mohammad : Cik Norhashimah binti Ramli Pn. Suhaila binti Abu Bakar : Puan Yusnizal binti Ismail

AJK Dokumentasi : En. Wan Mohsin bin Wan Mohd AJK Buku Program AJK P.A Sistem AJK Persiapan AJK Hadiah : Ustaz Zairul Aizan bin Zaidan

10.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru dan kakitangan beragama Islam. Guru dan kakitangan bukan Islam digalakan hadir. Semua murid SK Pantai Kundor

11.0 TENTATIF PROGRAM Masa 7.40 pagi 7.45 pagi 8.00 pagi Aktiviti berkumpul

Murid

di

Dewan

Samudera, SKPK - Bacaan Yasin (diketuai Ustaz Zairul Aizan) - Ucapan Kundor, Guru Besar SK Pantai

8.10 pagi

Puan Saleha binti Osman - Ceramah Nuzul Quran Tajuk : Peristiwa Nuzul Quran Penceramah:Ustaz Mohd Rizuan Hj Abd Rasip (Pensyarah IPGKPM) - Kuiz Nuzul Quran Penyampaian Hadiah pemenang kuiz - Majlis bersurai

8.50 pagi

9.00 pagi

12.0 IMPLIKASI DIPERLUKAN 12.1 Bil. 1.0 2.0

KEWANGAN

DAN

ANGGARAN

PERALATAN

ANGGARAN KEWANGAN Perbelanjaan Peruntukan/orang (RM) Bayaran penceramah RM 100.00 x 1 Hadiah kuiz RM 2.00 x 10 Jumlah keseluruhan Jumlah(RM) RM100.00 RM20.00 RM 120.00

12.2 PERALATAN YANG DIPERLUKAN Bil. 1. 2. 3. 4. KEPERLUAN LCD Projektor Kerusi VIP Hadiah kuiz (Alat Tulis) Kertas (Brosur) KUANTITI 1 buah 4 buah 5 buah 50 helai

13.0 PENUTUP

Kesimpulannya, diharapkan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Kalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama melaksana dan menjayakan program ini. Semoga Allah membalas semua usaha kita sebaiknya.

Disediakan oleh, ________________________________ ( NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMMAD MASKURI) Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu.

Disahkan oleh, ____________________________ (PN. ROMAINI BINTI MAMAT) Ketua Panitia Agama Islam, SK Pantai Kundor, Melaka.

Diluluskan oleh, ____________________________ (PUAN SALEHA BINTI OSMAN) Guru Besar, SK Pantai Kundor, Melaka.

You might also like