3
MENGAPA TAHUN 2020?Pembangunan satu generasi dalam era dunia tanpa sempadan dan persaingan yang pesat. Dalammasa 30 tahun satu generasi baru akan dapat dibentuk sekiranya ia bermula dari sekarang.Sekiranya mereka dibangun dari sekarang melalui rancangan dan persekitaran yang baik, mereka berupaya memberi satu sumbangan yang bermakna kepada pembangunan negara.Ia juga sebagai satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia. Jangka masa 30tahun ialah satu jangka masa yang munasabah dan praktikal dan matlamat yang akan ditetapkanterutama matlamat pembangunan eknonomi memang merupakan satu matlamat yang munasabahdicapai berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah kita capai setakat ini. Selain itu,mengikut “Mega-Trend” dunia, dalam masa beberapa dekad akan datang pembangunan sains,teknologi dan komunikasi akan mementukan tahap kedudukan satu-satu negara. Justeru itu amat perlu bagi negara Malaysia menetapkan satu wawasan yang “ambitius’ tetapi munasabah agar tidak ketinggalan didalam perkembangan dan aras pembangunan dunia sejagat.Jangka masa yang munasabah dan praktikal. Ramai ahli-ahli fikir berpendapat dalam beberapa dekad akan datang ialah satu masa yang menjadi garis pemisah sama sebuah negara ituakan berjaya dalam pembangunan perindustrian atau tidak. Justeru itu kita perlu berusaha supayakita tidak termasuk dalam negara yang terus ketinggalan.MATLAMAT WAWASAN 2020Dalam penyampaian kertas kerjanya,
Laluan ke Depan
(
The Way Forward
), kepada MajlisPerniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan2020.Pertama mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum hidupdalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan disokong oleh satu bangsa Malaysiayang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Add a Comment
susanthanamonyleft a comment