• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “Separation of Powersmerupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalamnegara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) danKehakiman.Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman(tyranny), di mana dikatakandoktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan,kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi- bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasatersebut.Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang utama iaitu badanlegislatif, iaitu badan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang. Badan yang keduaialah badan eksekutif iaitu badan yang bertanggungjawab untuk mentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang yang telah digubal oleh badan legislatif. Manakala badan pengasingan kuasa yang ketiga ialah badan kehakiman iaitu badan yang melaksanakanundang-undang. Cabang-cabang yang telah dibahagikan mengikut doktrin pengasingan kuasaini ialah galakan daripada ideologi liberalisme yang telah sekian lama diamalkan di US.Penduduk di US lebih mementingkan ideologi liberalisme yang membawa kepada hak kebebasan individu agar setiap individu berhak untuk bersuara supaya tidak wujud penindasan, kezaliman dan ketidakadilan kepada rakyat.Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satucabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undangyang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuatkeputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.Secara logiknya, doktrin pengasingan kuasa diwujudkan dalam kerajaan di US adalahkerana satu faktor utama iaitu untuk melindungi rakyat daripada ketidakadilan dan jugakezaliman. Doktrin ini juga dilaksanakan kerana untuk mengelakkan satu kuasa darimendominasi semua autoriti dalam sistem pemerintahan. Ia juga untuk mengelakkan suatu bidang daripada mempunyai lebih banyak kuasa dan untuk mengelakkan dari berlakunya pemusatan kuasa pada suatu pihak. Doktrin pengasingan kuasa ini telah menyediakan satu
 
sistem keseimbangan kuasa yang dikenali sebagai semak dan seimbang. Tiga bidang kuasaini telah diwujudkan dalam perlembagaan US. Dalam bidang legislatif, ia merujuk kepadadua dewan yang dikenali sebagai House Of Representative dan Senate yang telah diwartakandalam Artikel 1 dalam perlembagaan US. Cabang kuasa Eksekutif, yang dianggotai olehkumpulan Presiden, Timbalan Presiden, dan juga jabatan-jabatan yang menjalankan kuasa pemerintahan utama telah diwartakan dalam Artikel 2 dalam perlembagaan.Cabang kehakiman yang dianggotai oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggitelah diwartakan dalam Artikel 3 dalam perlembagaan. Setiap bidang yang dipecahkan dalam pengasingan kuasa ini ada bidang kuasa tersendiri dan setiap darinya mempunyai had dan batasan kuasa yang tersendiri. Setiap dari kuasa yang telah diwartakan telah diperiksa olehsatu badan bebas yang lain. Sebagai contohnya, sekiranya presiden telah melantik hakimuntuk memegang jawatan dalam Mahkamah Persekutuan dan juga Mahkamah Tinggi dandalam masa yang sama presiden juga telah melantik setiausaha untuk untuk jabatan pemerintahan. Tetapi perlantikan ini haruslah diluluskan dan mendapat kebenaran daripadaSenate. Kongres juga berhak untuk meluluskan satu rang undang-undang, namun, presidenmampu dan berhak menolaknya jika rang yang dibuat dan diluluskan itu boleh mendatangkankerumitan dalam jangka masa panjang kerana presiden mempunyai kuasa veto dalammenentukan hala tuju negara.Kesemua semak dan seimbang ini walaubagaimanapun tidak efisien. Ini menggalakkankewujudan dan kehadiran liberalisasi dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di US. Iniadalah kerana dengan pengasingan kuasa setiap bidang dalam kerajaan telah dihadkan kepadakuasa masing-masing. Ini bermakna tiada pemusatan kuasa dalam setiap cabang pemerintahan seterusnya tiada satu bidang pun yang mendominasi bidang kuasa yang lain.Sebagai contoh, dalam kes presiden Nixon, dalam skandal Watergate. Walaupun beliau ialahseorang presiden, namun, beliau tetap disiasat oleh badan kehakiman kerana disyaki terlibatdalam skandal Watergate. Ini jelas menunjukkan liberalisme berlaku dalam sistem pemerintahan dan juga sekaligus menjalankan keadilan kepada rakyat. Badan eksekutif tidak  berhak mencampuri urusan yang telah dikendalikan oleh badan kehakiman walaupun Nixonadalah ketua dalam bidang eksekutif sekaligus sebagai pemimpin kepada negara yang ditadbir.
 
Dengan menekankan supaya setiap cabang untuk lebih bersikap amanah dalammenjalankan pentadbiran dalam bidang masing-masing, tiada satu kuasa pun yangmempunyai kuasa penuh untuk bersifat dominan dalam pentadbiran negara. Berikutnya ialah bidang kuasa eksekutif, yang memperuntukkan kuasa veto dalam menjalankan pentadbirandan pemerintahan. Jelas dalam mnggunakan kuasanya untuk melantik hakim dan pegawai- pegawai kerajaan yang lain, bertanggungjawab dalam memastikan semua undang-undangdalam perlembagaan telah dijalankan dan dilaksanakan sebaik mungkin. Ia juga satu badanyang menjadi
Commander in Chief Of The Military
. Kuasa seterusnya terletak pada kuasa perundangan. Tugasnya merangkumi dalam meluluskan semua undang-undang persekutuan, berhak menubuhkan Mahkamah Rendah Persekutuan, yang boleh menyokong kuasa veto presiden dan boleh melakukan
 Impeachment 
terhadap presiden. Kuasa yang seterusnya ialahkuasa dalam bidang kehakiman. Mempunyai kuasa untuk memutuskan suatu rang undang-undang samada ia susai dijalankan atau tidak.Negara Amerika Syarikat ialah salah satu daripada negara yang mempunyai kuasa vetodan merupakan satu kuasa terbesar yang mendominasi kuasa-kuasa besar dunia. USmengamalkan demokrasi yang mementingkan suara rakyat dalam setiap akta ataupun suatuyang dipertikaikan oleh rakyat.oleh itu, liberalisme ataupun ideologi tentang kebebasanamatlah dipentingkan dalam menjalani kehidupan seharian masyarakat di US.Konsep separation of power atau dalam bahasa melayunya merujuk kepada sistem danteori pengasingan kuasa. Ianya adalah salah satu daripada satu doktrin dalam pemerintahandemokrasi. Teori pengasinga kuasa ini merujuk kepada pembahagian urusan Negara kepadatiga bahagian. Antara tiga bahagian utama itu ialah badan kehakiman, badan perundangan dan juga badan eksekutif yang diketuai oleh presiden di Amerika Syarikat. Badan yangmenggubal undang-undang di Amerika Syarikat iaitu merujuk kepada House Of Representative, tidak boleh campurtangan dalam bidang kehakiman dan badan eksekutif.Begitu juga dengan badan pemerintahan yang tidak boleh mencampuri urusan dan kes-kes
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...