Pelan Integriti Malaysia (PIN) ialah sebuah pelan integriti yang lahir daripada aspirasimasyarakat dan Negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersamaoleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. PIN digubal dengan mengambil kirakeseluruhan pandangan dan cadangan yang disampaikan melalui satu siri seminar kebangsaanyang berlangsung selama kira-kira dua bulan, yang melibatkan para peserta daripada hampir kesemua sektor masyarakat dan Negara Malaysia. Justeru itu, PIN mencerminkan hasrat bersama para pemimpin dan rakyat bersama kita. Melalui pendekatan PIN ini, masyarakatMalaysia akan lebih bijak menilai akan suatu had yang akan menjadi batasan kepada merekadalam menghadapi dunia yang semakin maju.Gerakan pemantapan integriti memberi tumpuan kepada peningkatan integritidaripada akar umbi hingga ke peringkat atas. Kesemua komponen dan sektor berikutdilibatkan, terutamanya institusi keluarga yang sentiasa menjadi tunjang kepada keutuhanmasyarakat itu sendiri, komuniti juga adalah komponen yang diambil kira dan seterusnyamasyarakat sivil yang di dalamnya terdiri daripada pelbagai golongan dan badan bukankerajaan. Komponen ini semua membawa kepada sektor agama, sosiobudaya termasuk pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera dan warisan, ekonomi, politik juga merangkumi system pentadbiran Negara ataupun dalam sesebuah organisasi.Dengan perlaksanaan PIN ini, gerakan ini benar-benar bersifat menyeluruh dengan meliputisemua lapisan dan sektor Negara dan masyarakat. PIN ini juga lebih memberi panduan yang jelas kepada semua golongan agar integrity menjadi semakin mantap dan dapat dijalankandengan berkesan sehingga member impak kepada setiap masyarakat yang menghuni diMalaysia dan kenal akan perlaksanaan PIN. Oleh sebab pendekatan ini melibatkan penjalinankekuatan pelbagai institusi dari bawah serta penggemblengan keseluruhannya dengan pihak atasan dengan tujuan untuk meningkatkan integriti, maka ia mempunyai dinamisme dankeampuhannya yang tersendiri.Pelancaran PIN dan penubuhan Institut Integriti Malaysia akan menjadi pendorongterbesar kearah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini akanmembolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-citamenjadi sebuah masyarakat maju mengikut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebihcemerlang, gemilang dan terbilang.
Leave a Comment