Pada umumnya demokrasi merupakan ideal pemerintahan terunggul yang dikejar oleh kebanyakan masyarakat dunia, baik masyarakat politik ataupun sivil. Secara praktisnya demokrasi bukan sahaja telah diperkenalkan oleh negara yang berpaksikankepada sistem liberalisme seperti Amerika Syarikat dan Britain, tetapi juga oleh negara-negara yang dikategorikan sebagai autolitarian yang mengamalkan sistem monarki,komunisme dan sosialisme seperti Rusia dan China. Disebabkan ini, menurut Crick (1964) “ Demokrasi telah menjadi perkataan yang paling kacau dalam arena hal ehwalawam. Ia telah menjadi gundik kepada semua orang”(Crick 1964: 56).Tahap demokrasi sesebuah negara seringkali di ukur melalui pilihanraya yang bersih, kebebasan-kebebasan awam, kehakiman yang telus, bebas berorganisasi,masyarakat sivil dan pemerintahan yang berasaskan majoriti (Zaini 2006:29). Inimembawa maksud, walaupun sesebuah kerajaan itu berjaya membawa kemakmuranekonomi kepada rakyat dan negara tetapi jika ia mengenepikan tonggak-tonggak di atas,maka secara tidak langsung ia membawa konotasi bahawa kerajaan tersebut bersifatautokratik.Demokrasi juga dirujuk sebagai sebuah sistem berkerajaan yang berlandaskankehendak kepada masyarakat, dalam erti kata lain masyarakat dalam sistem demokrasi bertindak sebagai pemerintah atau raja, selaras dengan maksud literal demokrasi itusendiri iaitu pemerintahan masyarakat (demokratos). Dalam usaha untuk mencapai,mengekalkan atau menambahbaik sistem demokrasi ini, maka wujud beberapa ciri atauelemen penting yang menjadi angkubah kepada darjah praktis demokrasi antaranya pilihanraya, masyarakat sivil, pembahagian kuasa, keadilan sosial, parti politik,kebebasan kehakiman, kedaulatan undang-undang dan hak serta kebebasan asasi. Ciri-ciriini dilihat oleh kebanyakan sarjana sebagai penting dalam menjamin kelangsunganmasyarakat dalam sistem itu sendiri.Ini kerana dengan ciri-ciri ini, sebuah masyarakat yang demokratik bolehdibentuk sekaligus berupaya untuk bersifat kritikal kepada pemerintah dan mungkin juga boleh menawarkan alternatif, pilihan atau antidote yang sesuai untuk mengatasi atau3
Leave a Comment