You are on page 1of 19

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

NEGARA KEBAJIKAN ISLAM : SUATU MANIFESTO

MUQADDIMAH
Islam mempunyai satu set matlamat dan nilai yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia termasuk sosial, ekonomi dan politik. Oleh kerana semua aspek kehidupan ini saling bergantung dan cara hidup Islam itu merupakan satu keseluruhan yang konsisten, maka matlamat serta nilainya dalam bidannya yang ditentukan akan menentukan matlamat serta nilainya dalam bidang yang tertentu juga. Kertas kerja ini akan meneliti saling kait antara kandungan ekonomi dan politik dalam cara hidup Islam dan membincangkan fungsi serta sifat sebuah negara Islam yang berpandukan rukun asasnya dalam rangka kerja batasan kewangan. a) RUKUN / ASAS Oleh kerana cara hidup Islam itu berorientasikan matlamat, maka ia tidak mungkin wujud tanpa sebuah masyarakat tersusun yang diperintah mengikut ajaran Islam. AlQuran dengan jelas mengutuk kekacauan dan anarki (2:205) dan Rasulullah S.A.W telah menegaskan betapa perlunya organisasi dan autoriti dalam masyarakat Islam. Penegasan ini juga dicerminkan dengan jelas dalam beberapa kenyataan dan juga perlakuan sebenar para sahabat dan dalam pemikiran alim ulama Islam. Khalifah Umar telah menekankan bahawa masyarakat yang tersusun tidak boleh wujud tanpa seoarang imam, dan tidak ada imam tanpa ketaatan. Imam Syafie pula telah merakamkan suasana pda zamannya, dengan menyatakan bahawa terdapat ijma di kalangan orang-orang Islam bahawa mereka mesti, mempunyai seorang khalifah. Demikian juga Imam Ahmad bin Hanbal telah menegaskan bahawa ketiadaan seorang imam (pemimpin) akan hanya mencetuskan kekacauan. Ajaran Islam yang bersabit dengan kewibawaan serta organisasi ini terus-menerus mempengaruhi pemikiran politik Islam kecuali, barangkali, pemikiran golongan khawarij. Abu Yala dan Mawardi menegaskan bahawa amalan imamah itu merupakan keperluan yang mutlak. Malah Mawardi menyambung lagi, dengan menyatakan bahawa wujudnya seorang imam adalah perlu bagi memperjuangkan kebenaran dan mencapai ilmu 1

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

pengetahuan. Ibnu Khladun pula menegaskan bahawa institusi kerajaan berkhlaifah itu merupakan kewajipan syarie dan orang-orang islam itu berkewajipan untuk menubuh serta menegakkannya. Idea yang serupa telah juga dinyatakan oleh Ibnu Taimiyyah, Shah Waliyullah dan beberapa orang lagi cendikiawan Islam. Sikap yang sedemikian terhadap negara memanglah semulajadi kerana Islam menganjurkan matlamat serta ideal yang sukar dicapai melainkan dengan negara yang berorientasikan nilai dan matlamat. Justeru itu, negara dipandang oleh Islam sebagai instrumen bagi mencapai matlamat akhir, iaitu kerohanian dan material masyarakat Islam. Bagaimanapun, kewibawaan yang diamalkan oleh negara itu bukanlah bersifat mutlak. Ia merupakan amanah dari Allah dan hendaklah digunakan mengikut syarat amanah tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syariah. Dua syarat yang paling penting bagi amanah ini ialah negara harus bersifat demokratik dan ia harus berorientasikan kebajikan.

ORIENTASI DEMOKRATIK
Keagungan mengikut Islam terletak pada Allah semata-mata. Hanya kehendak-Nya sahaja yang harus wujud di dunia ini. Al-Quran menegaskan : Bukankah hak-Nya sahaja untuk mencipta dan memerintah ? hanyalah bagi Allah (12:40). Ikutlah wahyu yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan janganlah ikut selain Allah sebagai kawan dan pelindung(7:3). Keagungan Allah bermaksud pemerintahan Hukum Ketuhanan seperti yang diwahyukan oleh-Nya dalam Al-Quran kepada Rasulullah dan diperincikan dalam Sunnah Nabi S.A.W sepanjang baginda menjadi utusan Nya. Manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini tidak boleh membuat atau membatalkan Hukum Ketuhanan itu. Oleh itusebaik-baik sahaja keagungan Tuhan diiktiraf, kewibawaan bagi penubuhan negara itu terletak dalam tangan seluruh ummah dan hendaklah dilaksanakan dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah melalui proses musyawarah di kalangan ummah, sebagaimana yang disarankan oleh Al-Quran : Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu (3:159). Dan mereka menjalankan urusan mereka melalui rundinan bersama (42:38).

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

TANGGUNGJAWAB KEBAJIKAN Tugas Rasulullah S.A.W telah ditakrifkan oleh Al-Quran sebagai rahmat bagi semua umat manusia (21:107). Sesetengah dariada manifestasi rahmah itu dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran. Ini termasuklah antara lain memupuk kehidupan yang baik (16:97), dan kebajikan (22:77), menyediakan kesenangan danmenghapuskan kesusahan (2:185), mewujudkan kemakmuran (7:85), memelihara suasana cinta dan kasih sayang (19:96), serta memastikan kebebasan dari kerosakan moral (30:41), kelaparan, ketakutan(106:4) dan ketegangan mental (13:28). Oleh itu semua organisasi dan institusi, termasuklah negara, haruslah mencerminkan sifat rahmah, dan menjaga kebajikan semua orang. Fungsi kebajikan negara Islam telah ditegaskan dengan khusus oleh Rasulullah S.A.W apabila baginda berabda : Setiap pemerintah yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal orang-orang Islam tetapi tidak berusaha dengan jujur untuk menjaga kesejahteraan mereka, tidak akan memasuki syurga bersama-sama mereka. Para sahabat terang-terang menghayati peranan kebajikan negara Islam itu sebagaimana yang ternyata di dalam banyak ucapan mereka. Khalifah yang Umar pernah menulis kepada Abu Musa : Orang yang terbaik dalam kewibawaan ialah seseorang yang di bawah pemerintahannya terdapat ramai pengikut yang menikmati kesejahteraan, manakala pemerintah yang paling buruk pula ialah seseorang yang di bawah pemerintahannya terdapat ramai yang menderita kesusahan . Alim ulama Islam telah sebulat suara berpendapat, bahawa menjaga kebajikan orang ramai dan meringankan mereka daripada menderita kesusahan ialah objektif uatma Syariah. Penekanan yang sama boleh kita dapati melalui tulisan ahli fikir Islam zaman pertengahan seperti Mawardi, Abu Yala, Al-Ghazali, Ibn Khaldun, Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Qayyim. Sebenarnya dalil dari Al-Quran dan Sunnah serta tulisan cendikiawan Islam tentang fungsi kebajikan negara Islam itu begitu banyak sekali hingga menjadikan tidak wajar sama sekali jika kita tidak menyebutkan bahawa negara Islam itu sebagai negara kebajikan.

STRATEGI KEBAJIKAN 3

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Tetapi ada juga system politik yang lain yang mendakwa bahawa mereka juga berorientasikan kebajikan. Pada pokoknya, perbezaannya terletak pada asas falsafah asas mereka tentang apa yang merupakan kebajikan manusia. Islam berbeza dengan yang lain melalui falsafahnya yang unik mengenai kebajikan yang menyeluruh dan konsisten dengan konsepnya tentang manusia. Manusia menurut Islam telah dijadikan daripada tanah, tetapi telah ditiupkan dengan sebahagian dari roh ketuhanan. Tanah / zarah dan roh itu bersama-sama menjadikan diri insan tidak boleh diabaikan di antara tuntutan jasmani dan rohani, ia adalah makhluk yang bebas, tetapi bertanggungjawab kepada Tuhan bagi semua. Dia bukan sahaja menjadi ahli persaudaraan Islam, malah dia juga merupakan sebahagian daripada umat manusia. Itulah sahaja falsafah kebajikan yang paling cocok dengan manusia yang mana membolehkannya pertama, untuk mencapai kesedaran yang lengkaptentang dirinya yang tidak boleh dibahagi-bahagikan antara rohani dan jasmani dalam menetapkan statusnya sebagai khalifah Allah dan yang kedua untuk memberikan sumbangan optimum yang melitupi segala segi kepada ummahnya dan umat manusia. Konsep kebajikan dalam Islam tidak boleh semata-mata bersifat duniawi ini atau duniawi itu. Di samping ia mendesak oarng Islam agar menguasai alam ini dan menggunakan sumber yang disediakan oleh Allah untuk berkhidmat serta memperbaiki lagi umat manusia. Islam memberi amaran kepada umatnya supaya tidak menumpukan kepada pengumpulan material semata-mata sebagai ukuran yang tertinggi bagi pencapaian manusia dengan mengabaikan unsur kerohanian diri manusia yang tidak boleh dipisahkan itu. Menurut ajaran Islam, kecuaian terhadap salah satu aspek kehidupan itu, akan mencegah umat manusia daripada mencapai kebajikan yang sebenar. Kesemua usaha manusia, tidak kira samada untuk matlamat kebendaan, sosial, pendidikan ataupun saintifik akan dianggap bersifat rohaniah selagi ia menurut system nilai Islam. Bekerja keras untuk kesejahteraan diri sendiri, keluarga dan masyarakat samalah bersifat rohaniah seperyi berdoa, dengan syarat usaha kebendaan itu dipandu oleh nilai rohaniah. Sintesis mengenai kebendaan dan kerohanian inilah yang tidak ada dalam konsep kebajikan dua sistem yang lain, iaitu kapitalisme dan sosialisme kerana kedua-dua ini adalah neutral dari segi moral.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Ajaran ini telah menyusup masuk ke dalam semua pemikiran Islam sepanjang zaman. Imam Ghazali mentakrifkan objektif Syariah itu adalah untuk menggalakkan kebajikan orang ramai, yang tergolong di dalamnya, melindungi keimanan mereka, kehidupan mereka, intelek mereka, keturunan mereka ynag akan datang dan harta mereka. Beliau telah menyimpulkan bahawa apa jua yang memastikan lima perkara ini dapat dilindungi adalah secocok dengan kepentingan dan diperlukan. Ibn Al-Qayyim telah menegaskan bahawa asass syariah ialah kebijaksanaan dan kebajikan orang ramai di dunia dan juga di akhirat. Kebajikan ini terletak pada keadilan yang sepenuhnya, belas kasihan, kebajikan dan kebijaksanaan, apa jua yang menyeleweng dari keadilan menuju kepada ketidakadilan, dari belas kasihan kepada kekejaman, dari kebajikan kepada kesengsaraan dan dari kebijaksanaan kepada kebodohan tidak ada kena mengena dengan syariah. Ini memanglah merupakan petanda umum tentang apa yang dimaksudkan dengan kebajikan dalam Islam. Sikap atau pegangan yang lebih khusus telah dianuti oleh syariah tentang banyak isu yang tidak perlu dihuraikan di sini. Secara ringkas bolehlah dinyatakan di sini bahawa kebajikan individu dalam sesebuah masyarakat Islam boleh dicapai sekiranya ada satu suasana yang sesuai bagi : i) Pencapaian nilai kerohanian Islam yang sepenuh dalam diri individu dan juga masyarakat. ii) Memenuhi dengan secukupnya semua keperluan asas kehidupan.

MENINGKATKAN KEROHANIAN Oleh kerana Islam memberikan penekanan yang lebih terhadap nilai moral negara Islam tidak boleh menjadi pemerhati yang pasif kepada suasana etika dalam masyarakat. Adalah menjadi tanggungjawab negara Islam untuk menjaga kesihatan rohani rakyatnya. Oleh itu, keperluan untuk mengambil langkah praktikal oleh negara untuk menjadikan tatasusila moral Islam suatu realiti kehidupan telah ditekankan oleh para fikir politik dan alim ulama Islam.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Ini tidaklah semestinya bermaksud bahawa negara Islam itu ialah sebuah negara polis yang memaksa orang ramai ke saluran perlakuan yang tertentu dengan menggunakan kuasa paksaan. Ada satu macam indoktrinasi terkandung dalam semua sistem, termasuk sistem kapitalis dan tidak terkecuali dalam Islam. Bagaimanapun, sistem Islam bersesuaian dengan semangat ayat Al-Quran yang maksudnya : Tidak ada paksaan dalam agama (2:256) menolak tindakan ekstrim rejimentasi pemikiran dan tindakan, kerana ia memberikan nilai yang tinggi kepada kebebasan individu. Atas alasan inilah Islam menekankan kepada pendidikan dan pencapaian keadaan yang bersesuaian dengan amalan norma moral menjadi asas kepada pengukuhan iman dalam cara hidup Islam pada keseluruhannya. Pencapaian nilai kerohanian Islam bagi seseorang Pertama : ajaran individu dan juga masyarakat menuntut agar negara Islam itu haruslah berjuang dalam tiga haluan yang utama : Ia mesti memupuk keadaan yang boleh menggalakkan penciptaan rumahtangga yang dapat menanamkan semangat untuk menghormati dan menganuti moral Islam dalam generasi yang sedang naik. Islam telah menyediakan perancangan induk bagi memupuk kasih sayang, saling bantu-membantu dan kerjasama di kalangan ahli keluarga (nuklear dan juga yang lebih luas) , dan bagi menimbulkan suasana yang sesuai bagi mendidik anak dengan betul. Kedua : Negara Islam mestilah membentuk sistem pendidikannya melalui ajaran

Islam supaya institusi pendidikan dapat mengeluarkan orang muda, lelaki dan wanita yang diselubungi dengan ideal Islam. Ketiga : Negara haruslah menguatkuasakan norma dan nilai Islam yang boleh

diubahsuaikan hukuman yang telah ditetapkan bagi mereka yang melanggarnya supaya undang-undang itu dapat menjadi pencegah kepada bakal pesalah.

KESEJAHTERAAN KEBENDAAN Mengikut pandangan Islam, memenuhi keperluan kebendaan asas itu, samalah seperti peningkatan kerohanian. Oleh itu, sambil menyusun panduan kerohanian manusia melalui deretan para nabi untuk semua orang melalui ruang dan masa, Allah telah juga menyediakan semua mengatakan : 6 sumber yang perlu untuk kesejahteraan manusia, Al-Quran

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Dialah yang telah menciptakan untuk kamu segala yang ada di bumi. (2:29) dan telah menjadikan apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah mengurniakan kamu rahmatNya yang zahir dan yang batin.( 31:20). Dua prinsip asasi boleh dipetik dari ayat-ayat ini. Satu, bahawa sumber kurniaan Tuhan adalah untuk kamu, yang ditunjukkan kepada semua orang dan bukan kepada sebarang kumpulan atau kelas yang istimewa, dan dua, bahawa sumber yang dimaksudkan adalah untuk kebajikan manusia pada umumnya, dan sekurang-kurangnya dapat menghapuskan kemiskinan dan untuk memenuhi keperluan kebendaan asas bagi semua orang. Keperluan kebendaan yang asas bagi individu dan penyediaannya telah pun diiktiraf dengan begitu jelas sekali oleh Syariah sehinggakan petikan dari Al-Quran dan Sunnah serta tuliasan tentang Islam hanya akan merupakan penghuraian yang panjang lebar tentang apa yang sudah ketara. Memenuhi keperluan kerohanian dan kebendaan individu dan masyarakat dengan sendirinya memerlukan negara dalam sistem ekonomi Islam itu memainkan peranan yang penting. Namun begitu, bolehlah ditekankan di sini untuk menjelaskan lagi bahawa pada asasnya adalah menjadi tanggugjawab moral individu itu sendiri untuk menyediakan keperluannya sendiri melalui kehendak dan usahanya sendiri. Islam mengutuk perbuatan meminta sedekah dan kemalasan tanpa syarat dan menegaskan lagi berkenaan bekerja keras. Rasulullah S.A.W telah bersabda : Janganlah kamu meminta sedekah apa jua dari orang dan sebaik-baik pendapatan seseorang itu ialah pendapatan yang diperolehi dari titik peluhnya. Umar, khalifah yang kedua telah melambangkan ajaran Islam itu bagi mencari nafkah hidup sendiri seseorang itu melalui usaha yang gigih dengan mengatakan : Jangan ada diantara kamu menyisihkan diri dari mencari nafkah hidup dan berkata Ya Allah ! Berikan aku makanan dan minuman, kerana langit tidak menghujankan emas dan perak, dan Carilah rahmat Tuhan dan janganlah menjadi beban kepada orang lain. Seseorang itu bukan sahaja digesa untuk bekerja mencari hidupnya serta

kebajikannya sendiri, malah dia juga digesa untuk berusaha sebaik-baiknya dalam setiap kerja atau tugas yang dilakukannya. Tuhan inginkan apabila sesiapa jua di antara kamu mengerjakan sesuatu pekerjaan, hendaklah dilakukannya dengan sempurna, Pendek 7

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

kata, matlamat kerohanian dan kehendak masyarakat Islam itu tidak akan dapat dicapai sepenuhnya, sehinggalah semua orang Islam memberikan sumbangan yanhg sebaikbaiknya, sejajar dengan potensi optimum bakat yang dikurniakan oleh Tuhan kepada mereka. Walaupun pada asasnya sudah menjadi tanggungjawab individu untuk berdiri di atas kakinya sendiri, dan juga untuk mencuba sebaik-baiknya, namun natijahnya tidak semsetinya sentiasa bersesuaian dengan kuasa pasaran. Meskipun seseorang itu berusaha dengan sebaik-baiknya, memang menjadi hakikat yang di iktiraf ramai, bahawa operasi kuasa pasaran yang tidak terkawal itu tidak mungkin selalu memberikan ganjaran yang optimum terhadap usahanya yang produktif dari segi sosial. Maka adalah menjadi tanggungjawab negara untuk memainkan peranan yang positif dalam memandu dan mengawal ekonomi berkenaan untuk memastikan bahawa objektif Syariah dapat dipenuhi. Peranan positif negara Islam tidaklah boleh disamakan dengan istilah campur tangan negara di bawah sitem kapitalisme. Soalnya ialah : apakah peranan khusus yang harus dimainkan oleh negara Islam dalam ekonomi dan sebanyak manakah peraturan dan kawalan yang seharusnya dilaksanakan ? Pada prinsipnya, bolehlah dinyatakan di sini bahawa negara haruslah memainkan peranan yang mencukupi untuk membolehkan matlmat sistem Islam itu dipenuhi tanpa terlalu mengorbankan kebebasan individu ataupun berkompromi tentang kebajikan sosial. Satu ukuran yang penting ialah untuk menahan kepentingan diri individu supaya berada di dalam lingkungan batasn moral dengan bertujuan untuk mencegah individu daripada mengeksploitasikan masyarakat kerana hendak memuaskan kepentingan diri sendiri, dan untuk menjaga agar masyarakat tidak mengeksploitasikan individu itu dengan menghalang hak semulajadinya ataupun menghalangnya daripada menikmati hasil titik peluh dan kemahirannya yang halal. Dan matlamatnya haruslah untuk menimbulkan perimbangan yang sihat di antara kepentingan individu dengan kepentingan masyarakat. Oleh itu, perlulah diperincikan unsure tertentu tentang peranan positif ataupun fungsi ekonomi yang penting bagi negara kebajikan Islam. Bahagian kertas kerja yang berikutnya ini akan memperincikan fungsi ini.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

b) FUNGSI EKONOMI Sesetengah sesetengah daripada fungsi penting negara kebajikan Islam yang berhubung dengan ekonominya bolehlah dinyatakan sebagai : (1) Untuk mengapuskan kemiskinan dan mencipta keadaan yang boleh

mengggalakkan gunatenaga penuh dan kadar pertumbuhan yang tinggi. (2) Untuk menggalakan kestabilan dalam nilai benaar wang. (3) Untuk memelihara undang undang dan ketenteraman. (4) Untuk memastikan keadilan sosial dan ekonomi. (5) Untuk menyusun jaminan sosial dan memupuk kesaksamaan agihan pendapatan dan kekayaan. (6) Untuk menyelaraskan hubungan antarabangsa dan menjaminkan wujudnya pertahanan negara. Susunan fungsi yang dinyatakan di atas tidak ada kepentigan yang khusus. Semuanya penting tidak satupun yang boleh diabaikan. Setiap fungsi ini akan dibincangkan di bawah : (1) Menghapuskan kemiskinan. Gunatenaga penuh dan kadar pertubuhan optimum. Oleh kerana sumber ekonomi merupakan amanah dari Allah, adalah menjadi tanggungjawab moral pemegang amanah ituuntuk menggunakan sunber ini dengan cekap untuk memanfaatkan tujuan itu yang merupakan kebajikan semua khalifah Allah. Sudah tentulah ini bermaksud : pertama, menghapuskan kemiskinan dan semua keperluan asas manusia : kedua. Gunatenaga yang penuh dan cekap terhadap kesemua sumber insan dan sunber material untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang optimun dan membaiki taraf hidup semua orang: dan ketiga. Menggalakan keadaan yang boleh menimbulkan kekurangan atau berlebihan permintaan serta keadaan yang menyebabkan pengganguran atau inflasi. Perkataan Optimun lebih diutamakan di sini daripada perkataan Maksimun untuk diberikan margin supaya selaras dengan matlamat peningkatan kerohanian dan kebajikan sosial. Ini adalah kerana pertumbuhan ekonomi bukanlah fenomena yang terpencil bahkan hendaklah dipandang dari kesannya terhadap jalinan moral masyarat Islam, Matlamat keadilan sosial dan ekonomi, dan kebajikan keseluruhan semua orang. 9

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Dalam al-Quran disebutkan bahawa orang-orang Islam hendaklah mengumpulkan apa jua kekuatan yang termampu oleh mereka. (8:60) Kepentingan kekuatan disini tidak perlu dihadkan kepada kekuatan ketenteraan semata-mata. Ia boleh juga dimaksudkan kepada kekuatan ekonomi, yang antara lain mempunyai hubungan dengan kekuatan ketenteraan. Sebahagian daripada kepentingan kekeuatan ekonomi adalah penyediaan insfrastruktur melalui pembaikan dan penambahan jalan dan lebuhraya, pembinaan empagan dan jambatan, penyediaan rangkaian tali air, pembinaan pelabuhan, perkhidmatan lapangan terbang dan telekomunikasi, serta menyediakan kemudahan-kemudahan penting yang boleh memberikan ekonomi luaran kepada pelbagai sector ekonomi. Jelaslah di sini bahawa perana negara amat penting. Oleh itu apabila sahaj Rasulullah (s.a.w) melantik seorang gabenor, banginda akan mengarahnya supaya berjuang untuk mewunjudkan kesenangan, bukannya kesusahan bagi orang ramai. Satu daripada cara bagaimana negara boleh mewujudkan kemakmuran ialah dengan menyediakan infrastruktur yang perlu. Oleh itu rnacangan kerjaraya menerima perhatian yang pada zaman Khalifah Omar dan Khalifah yang lain Penyediaan modal sosial (pendidikan, kesihatan awan dan sebagainya) haruslah juga merupakan bidang kegiatan sebuah negara Islam yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Kes umun tentang pendidikan memang sudah ketara. Oleh kerana Rasulullah S.A.W telah mengatakan mencari pengetahuan itu adalah wajib bagi setiap orang Islam, maka pelaburanawam di dalam sektor pelajaran adalah wajid. Bagaimanapun usaha pendidikan itu mestilah menjangkau lebih jauh daripada usaha untuk meningkatkan darjah kenal huruf. Tujuan am pendidikan dalam masyarakat Islam mestilah untuk mendidik orang orang Islam yang boleh mengikut ideal yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan alSunnah, supaya mereka dapat memperkenalkan proses perubahan yang akan menimbulkan suasana Islam, mengajar kemahiran yang sentiasa diperbaharui, dan merangsang insentif bagi pendidikan dan penciptaan teknik pengeluaran dan agihan yang baru supaya dapat menggunakan sumber yang di berikan oleh tuhan dengan lebih cekap lagi. Selain membina perwatakan moral yang baik, sistem pendidikan seharusnya juga menanamkan semangat untuk berkerja keras dancekap, berekonomi dan berjimat, mengelakkan pembaziran dan pemborongan serta menjadikan pelaburan dari tabungan itu supaya ia boleh mendatangkan faedah bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada masyarakat.

10

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Jika pendidikan merupakan satu bidang modal sosial yang kerajaan harus mengambil langkah positif, maka bidang kesihatan juga haruslah diberi perhatian. Rasulullah S.A.W telah mengistiharkan bahawa seorang Mukmin yang kuat lebih dikasihi oleh Allah daripada seorang lemah dan kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman . Oleh itu bolehlah diertikan bahwa negara Islam haruslah bertanggungjawab menyediakan suasana yang sihat serta kemudahan perubatan yang secukupnya supaya dapat membaiki kesihatan dan kecekapan orang ramai dan mengurangkan penderitaan daripada kesakitan dan penyakit. Berhubung dengan suasana yang bersih dan sihat kita boleh juga berhujah menyokong kemudahan kesihatan yang lebih baik, membendung pencemaran, penyediaan bekalan air yang bersih dan selamat, perumahan yang bersih dan selesa serta pembersihan kawasan kediaman orang-orang miskin. (2) Kestabilan Nilai Benar Wang Salah satu masalah yang paling serius dalam masyarakat sekarang ialah inflasi yang berterusan disertai dengan kemerosotan nilai benar wang dan asset ekonomi. Ini bukanlah kerana inflasi dan pertumbuhan itu ialah rakan saingan, tetapi kerana beberapa fenomena lepas perang yang cenderung kepada inflasi yang tidak perlu kita bincangkan di sini. Sebenarnya, kestabilan nilai benar wang adalah amat penting bukan sahaja supaya pertumbuhan jangka panjang ekonomi itu dapat diteruskan, tetapi supaya keadilan sosial dan kebajikan ekonomi dapat dipertahankan. Kejujuran dan keadilan dalam pelbagai ukuran nilai telah ditegaskan dengan jelas di dalam Al-Quran : Dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil (6:152). Ayat ini haruslah dianggap boleh dipakai bukan sahaja buat individu tetapi juga untuk masyarakat dan negara, dan tidak haruslah dihadkan senata-mata untuk berat dan ukuran yang konvensyenal, malah ia harus juga mencakupi semua ukuran nilai. Sebarang hakisan yang berkesan dalam nilai benar wang yang juga merupakan pengukur nilai bolehlah ditafsirkan, berpandukan Al-Quran, sebagai sama dengan pengotoran keadilan sosial dan kebajikan am yang merupakan matlamat penting sistem Islam. Ini bermaksud bahawa sebarang kegiatan atau perlakuan individu, kumpulan ataupun institusi dalam negara Islam yang menghakis nilai benar wang dengan berkesan haruslah dianggap sebagai satu isu negara yang amat penting dan diawasi dengan penuh kebimbangan. Bagaimanapun, ada matlamat lain yang sama atau lebih penting. Jika ada konflik yang tidak boleh dielakkan di antara pencapaian matlamat ini di mana kompromi 11 juga

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

diperlukan dengan tidak boleh tidak, maka matlamat untuk menstabilkan nilai benar wang bolehlah dilonggarkan sedikit sebanyak, dengan syarat negara yang lain. Oleh itu, bolehlah dianggap bahawa negara Islam itu mempunyai kewajipan untuk menggunakan dasar kewangan, fiskal dan pendapatan yang sihat serta kawalan langsung yang sesuai apabila perlu. Ini termasuklah kawalan upah-harga, untuk meminimumkan hakisan nilai, dan justeru itu mencegah sesuatu kumpulan masyarakat daripada mengurangkan tkaran wang dengan orang lain, sama ada dengan cara yang disedari atau tidak, dan melanggar norma kejujuran Islam dalam ukuran. (3) Undang-undang dan ketenteraan Kepentingan fungsi yang diiktiraf secara universal tentang negara ini tidak boleh diberikan penekanan yang keterlaluan. Ini adalah kerana sejauh mana kuatnya kawalan undang-undang dan ketenteraman dalam sesebuah masyarakat dan juga sejauh mana terjaminnya kesalamatan hidup dan harta benda merupakan satu daripada penentu utama pertumbuhan dan kestabilan sesebuah ekonomi serta kebahagiaan jiwa individu. Dalam ucapan perpisahannya yang ringkas dan tepat tetapi penuh bermakna, selepas mengerjakan haji Rasulullah S.A.W telah mengumumkan dengan tegasnya beberapa prinsip bagi sistem sosial, politik, ekonomi Islam. Baginda telah mengisytiharkan : Kehidupan dan harta benda kamu adalah suci sesuci hari Hajj ini. Di satu ketika lagi baginda menegaskan : Apa juga yang dimiliki oleh seseorang Islam adalah haram bagi orang Islam yang lain, kekayaannya, harta bendanya dan kehidupannya. Berdasarkan hadis ini, alim ulama Islam telah menegaskan dengan sebulat suara tanggungjawab negara Islam itu untuk melindungi kehidupan dan harta benda kesemua individu dalam sempadannya. (4) Keadilan Sosial dan Ekonomi Oleh kerana Islam menganggap umat manusia ini sebagai satu keluarga, semua ahli dan keluarga ini adalah sama di hadapan Tuhan dan di hadapan hokum yang diturunkan oleh-Nya. Tidak ada bezanya antara yang kaya dengan yang miskin, yang tinggi dengan yang rendah, atau yang putih dengan yang hitam. Tidak harus ada 12 kerosakan yang timbul akibat kelonggaran yang sedemikian itu tidak memberi kesan terhadap pencapaian matlamat

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

diskriminasi dari segi kaum, warna kulit atau kedudukan. Kriteria tunggal bagi nilai manusia ialah watak, kebolehan, dan perkhidmatannya terhadap Islam dan kemanusiaan. Rasulullah S.A.W bersabda : Sudah tentulah Tuhan tidak akan malihat muka kamu atau kekayaan kamu, Dia akan melihat kepada hatimu dan perbuatanmu. Orang yang paling mulia di antara kamu adalah yang berbudi pekerti terbaik. Dengan lebih tegas lagi Baginda telah memberi amaran tentang akibat buruk diskriminasi dan ketidaksamaan di hadapan hokum Tuhan, bagi individu atau negara. Umar, khalifah yang kedua telah menulis kepada Abu Musa Al-Ashaari, salah seorang gabenornya, menyuruh beliau melayani setiap orang di bawahnya dengan sama rata supaya mereka yang lemah tidak merasa putus asa untuk mendapat keadilan daripadanya dan mereka yang tinggi tidak mengidam-idamkan kelebihan yang tidak sewajarnya. Semangat keadilan sosial ini telah meresapi masyarakat Islam dalam zaman empat khalifah yang pertama, tetapi masih berjaya menampakkan manifestasinya dalam beberapa peristiwa. Mungkin juga ada hubungannya kalau kita petik apa yang ditulis oleh Abu Yusuf, seorang ulama yang terkemuka dalam sepucuk suratnya yang dialamatkan kepada khalifah harun Al-Rashid : Layanilah dengan sama semua individu, tidak kira sama ada hampir ataupunjauh dengan anda, dan Kebajikan rakyat tuan bergantung kepada usaha tuan menegakkan hukum Tuhan dan menghapuskan ketidakadilan. Ajaran persaudaraan Islam dan layanan yang sama terhadap semua individu dalam masyarakat dan di hadapan hokum Tuhan tidak akan bermakna kecuali ia disertakan dengan keadilan ekonomi supaya setiap orang mendapat haknya daripada sumbangannya kepada masyarakat atau kepada keluaran soaial dan juga tidak ada eksploitasi terhadap seorang individu oleh orang lain. Hal ini juga ditekankan dengan jelas dalam hasil penulisan tentang Islam. Al-Quran mendesak orang-orang Islam supaya Janganlah kamu mengambil apa yang telah menjadi hak orang lain, (26:183) yang bermaksud bahawa setiap individu mestilah mendapat apa yang benar-benar menjadi haknya, dan tidak mendapat lebih dengan merampas hak orang lain. Rasulullah S.A.W telah memberi amaran : Berwaspadalah terhadap ketidakadilan kerana ketidakadilan itu samalah dengan kegelapan pada Hari Kiamat. Amaran terhadap ketidakadilan dan eksploitasi ini dicipta untuk melindungi hak semua individu dalam masyarakat (sama ada semua pengguna atau pengeluar dan pengeluar, dan tidak kira majikan atau pekerja) dan untuk meningkatkan kebajikan umum yang menjadi matlamat Islam.

13

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

(5)

Jaminan Sosial dan Agihan Pendapatan dan Kekayaan yang Saksama Oleh kerana Islam mewajibkan persaudaraan manusia dan keadilan sosial dan

ekonomi, wujudnya ketidaksaman pendapatan dan kekayaan yang berleluasa tentulah dipandang keji oleh Islam. Ketidaksamaan yang sedemikian hanya akan merosakkan dan bukannya memupuk perasaan persaudaraan yang ingin dicipta oleh Islam. Lebih-lebih lagi, oleh kerana semua sumber adalah pemberian Tuhan kepada semua umat manusia (2:29), maka tidak ada sebab mengapa sumber itu harus kekal tertumpu dalam tangan sebilangan kecil sahaja. Oleh itu, Islam menekankan keadilan pengagihan dan memasukkannya ke dalam sistemnya, rancangan untuk agihan semula pendapatan dan kekayaan supaya setiap individu dijamin dapat menikmati taraf hidup yang sempurna serta dengan maruah manusia sesuai sebagai khalifah Tuhan di muak bumi. Sebuah masyarakat Islam yang gagal untuk menjamin taraf hidup yang sempurna sebenarnya tidak patut digelar Islam kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda : Orang yang makan hingga kekenyangan, sedangkan jiran tetangganya kelaparan bukanlah merupakan seorang Islam yang sejati. Oleh itu, Islam menekankan keadilan pengagihan dan memasukkan ke dalam sistemnya, rancangan yang nampaknya mengandungi lima unsur yang penting yang berikut : Pertama : Kedua : Ketiga : Menyediakan persiapan untuk latihan dan kemudian memberikan bantuan dalam usaha mencari kerja, sesuai dengan kebolehan mereka. Menguatkuasakan sistem upah yang adil bagi mereka yang bekerja. Mengadakan susunan yang wajib bagi insuran pengganguran dan kemalangan dalam kerja, pencen keran umur tua dan faedah orang-orang tua bagi mereka yang mampu menyediakan ini. Keempat : Kelima : Menyediakan bantuan kepada mereka yang cacat sama ada fizikial atau mental. Memungut dan mengagihkan zakat dan menguatkuasakan ajaran Islam yang berkaitan dengan pembahagian harta tanah orang-orang yang meninggal dunia untuk mempercepatkan agihan pendapatan dan kekayaan dalam masyarakat Islam supaya sejajar dengan ayat Al-Quran yang berbunyi : Supaya harta itu tidak hanya beredar di kalangan yang kaya di antara kamu semata-mata. (59:7) 14

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

(6)

Hubungan Antarabangsa dan Pertahanan Negara Negara Islam itu hendaklah memupuk persefahaman dan keamanan antarbangsa

selaras dengan ajaran Islam yang menegakkan keamanan. Ia hendaklah menggalakkan dan menyokong sebarang gerakan yang membina ke arah keamanan dan hendaklah menghormati semua perjanjian dan persetujuan. Namun begitu, di samping ia berusaha untuk menegakkan keamanan sebagai objektif asasnya, negara Islam itu hendaklah juga berusaha seboleh-bolehnya untuk memperkuat pertahanannya supaya dapat mencegah atau menggagalkan sebarang serangan terhadap keimanannya, wilayahnya, kebebasannya dan dan sumbernya kerana Al Quran telah memerintahkan : Dan bersedialah untuk menentang mereka dengan segala jenis kekuatan yang kamu ada. (8:60). Ini bolehlah difahamkan sebagai bermaksud persediaan dari segi bala tentera dan senjata, termasuk perkhidmatan tentera yang diwajibkan, latihan yang cekap, semangat perjuangan yang tinggi dan pelbagai sumber bekalan sama ada dari dalam atau pun luar negara. Namun begitu bersesuaian dengan ajaran Islam, kekuatan ketenteraan negara Islam hendaklah digunakan untuk tujuan keadilan dan digunakan dengan cara yang adil untuk menentang mereka yang memupuk atau menggunakan cara keganasan : Dan perangilah kerana agama Allah akan orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orangorang yang menceroboh.(2:190)

SUMBER-SUMBER UTAMA KEWANGAN NEGARA ISLAM Satu prinsip yang jelas diiktiraf oleh semua para ulamak ialah negara tidak berhak untuk mengambil sumber dengan merampas harta yang menjadi hak milik individu atau mana-mana kumpulan. Jika perolehan sumber melalui rampasan atau pemilik negaraan tanpa pampas an yang adil telah ditolak, maka sumber utama yang tinggal hanyalah seperti berikut : i) Zakat ii) Pendapatan daripada sumber asli iii) Pencukaian iv) Pinjaman 15

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Dalam kertas kerja ini, tajuk ini tidak dapat dihuraikan dengan terperinci. Apa yang kita cuba buat di bawah ini hanyalah untuk memperkatakan beberapa prinsip secara kasar sahaja. a) Zakat Untuk membolehkan orang-orang Islam mewujudkan sebuah masyarakat yang seperti suatu keluarga nuclear dengan kekayaannya diagihkan dengan saksama dan keperluan asas individu yang berhak menerimanya dapat dipenuhi, terutamanya melalui cara saling Bantu bersama bantuan perancangan dan organisasi pihak negara, Islam telah menginstitusikan sistem jaminan sosial yang sangat kuat, di samping memberikan kesucian keagamaan yang tidak dapat dinikmati di mana-mana jua tempat lain di dunia. Institusi zakat itu dalam Islam begitu besar sekali sehinggakan apabila Al Quran memperkatakan tentang kewajipan untuk melakukan sembahyang dengan serentak ia menekankan kewajipan untuk membayar zakat Rasulullah s.a.w terus memanjangkan lagi untuk mengisytiharkan bahawa Barangsiapa menunaikan sembahyang tetapi tidak membayar zakat sembahyangnya sia-sia sahaja. b) Pendapatan daripada sumber alam Kita sudah mengatakan bahawa sumber alam telah disediakan oleh Allah untuk kebajikan orang ramai. Oleh itu, faedah kewangan yang diperolehi dari sumber ini haruslah meresap ke semua orang dan tidak haruslah dibenarkan untuk dipesongkan kepada individu atau kumpulan semata-mata, walaubagaimana sekalipun. Dengan menerima prinsip ini tidaklah semestinya bermakna kita mengehadkan pengurusan sumber ini ke dalam tangan negara semata-mata. Keputusan sama ada perusahaan awam atau perusahaan swasta yang akan meguruskan sumber ini haruslah ditentukan oleh kriteria kecekapan. Bagaimanapun, jika perusahaan swasta yang akan mengusahakan dan mengendalikan sumber ini keuntungan yang diperolehi darinya haruslah tidak melebihi dari apa yang sepatut diterimanya mengikut khidmat yang diberikan dan kecekapan yang dicapai. c) Pencukaian 16

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Hak kerajaan Islam untuk mengumpulkan sumber melalui cukai tidak boleh dicabar dengan syarat cukai itu dicapai dengan cara yang adil dan dalam lingkungan had kemampuan tertentu. Hak ini dipertahankan berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w : Dalam harta kamu ada juga kewajipan yuang mencakupi lebih daripada zakat dan satu daripada prinsip asasi hokum Islam mengatakan Faedah yang sedikit bolehlah dikorbankan untuk mendapatkan faedah yang lebih besar, dan pengorbanan yang kecil bolehlah dikenakan demi untuk mengelakkan penngorbanan yang lebih besar. Abu Yusuf juga menyokong untuk menaikkan dan menurunkan cukai bergantung kepada kemampuan orang ramai untuk menanggung bebannya. Bagaimanapun hanya sistem cukai yang adil sahaja yang dianggap sejajar dengan semangat Islam. Sistem cukai yang menekan dan meyusahkan apabila dibandingkan dengan kemampuan orang ramai untuk menanggungnya telahpun dikutuk dengan sebulat suara. Abu Yusuf telah menunjukkan bahawa sistem cukai yang adil itu sudah pasti akan meningkatkan kemasukan cukai dan pembangunan negara. Mawardi pula menegaskan bahawa megambil lebih daripada yang sepatutnya adalah tidak adil berhubung dengan hak-hak perbendaharaan negara. d) Pinjaman Jika jumlah daripada hasil semua sumber yang dinyatakan di atas (termasuk jualan perkhidmatan) tidak mencukupi, maka negara Islam itu terpaksalah meminjam. Dalam kes ini, oleh kerana Islam melarang faktor bunga pinjaman hendaklah bebas daripada bunga. Bagi projek yang kukuh menghasilkan pendapatan secocok dengan jualan perkhidmatan dan agihan dividen, kita mungkin dapat mengumpul dana berdasarkan prinsip berkongsi keuntungan. Bagaimanapun dalam kebanyakan projek awam skop bagi pengumpulan dana yang sebegini adalah terhad. Dalam keadaan yang berkongsi keuntungan itu tidak mungkin atau tidak sesuai untuk dijalankan, negara Islam berkenaan mungkin terpaksa meminjam dana. Ini boleh berlaku hanya jika sector swasta dalam masyarakat Islam begitu terdorong oleh ideal Islam sehinggakan mereka sanggup mengorbankan pulangannya. Dalam masyarakat Islam yang tamak yang mungkin dikurniakan dengan ideal manusia ekonomi yang ingin mencari kesenangan semata-mata, sebagaimana yang dibayangkan oleh Adam Smith, bukan berlandaskan ajaran Islam yang 17

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

altruistic, dan yang mengalami hakisan yang berterusan nilai benar tabungan kerana kadar inflasi yang tinggi, bolehlah kita jangka bahawa pinjaman tanpa sebarang pulangan mempunyai kecenderungan menjadi tidak produktif kecuali ia dijadikan wajib.

TERKAYA ATAU UNGGUL Bolehlah kita katakan di sini bahawa bukan semua negara Islam mempunyai sumber yang mencukupi untuk membiayai fungsi yang telah dibincangkan di atas dengan itu tidak boleh menjadi unggul. Di sini adalah penting untuk dijelaskan bahawa negara Islam yang unggul tidak haruslah dikelirukan dengan negara terkaya. Apa yang dikatakan unggul itu hendaklah ditafsirkan berpandu kepada kebajikan kerohanian dan kebendaan umum yang dicapai bagi khalifah Allah dalam rangka kerja sumber. Oleh itu,sebuah negara Islam bolehlah dianggap telah mencapai keadaan unggul jika ia sekurang-kurangnya : 1) Telah meningkatkan tahap kerohanian masyarakat Islam dan telah

meminimumkan kelemahan dan keruntuhan moral. 2) Telah memenuhi kewajipannya terhadap kebajikan ekonimin umum mengikut lingkungan kemampuan sumbernya. 3) Telah memastikan keadilan pengagihan dan juga menghapuskan eksploitasi. Kecukupan sumber adalah istilah yang relatif dan ia haruslah ditimbang mengikut standard yang boleh dicapai berpandukan tahap pembangunan ekonomi. Memanglah sudah menjadi kewajipan negara Islam untuk menggembleng usaha agar mengerahkan semaksimum mungkin sumber yang ada untuk memanfaatkan mereka secekap yang mungkin bagi memenuhi tanggungjawab yang sebanyak mungkin. Sumber yang ada pada sebarang masyarakat, kaya atau miskin, bolehlah pada umumnya dianggap sebagai kekurangan apabila dibandingkan dengan permintaan terhadap mereka. Oleh itu, setiap negara Islam hendaklah meyediakan jadual keutamaan berpandukan syariah dan keperluan kebajikan orang ramai. Dengan itu, perancangan hendaklah 18

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

menjadi fungsi penting setiap negara. Oleh kerana perancangan boleh disalahtujukan untuk memenuhi kepentingan diri pihak tertentu, penganbilan keputusan dalam perancangan haruslah melalui proses perundinagn supaya pelbagai pandangan dan kepentingan dapat diberikan pertimbangan sewajarnya. Untuk mengumpul sumber ke satu tahap yang optimum dan menggunakannya dengan secekap-cekapnya dalam rangka kerja yang adil, ianya memerlukan kejujuran yang tidak berbelah bagi di pihak orang biasa dan juga kakitangan kerajaan. Rakyat biasa perlulah sanggup memberikan secara jujur kepada pihak perbendaharaan sumber yang dikehendaki untuk mencapai kebajikan sosial umum. Di pihak yang lain pula, rasuah sama ada yang berbentuik wang, kedudukan, pekerjaan atau kontrak hendaklah dihapuskan sama sekali : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada kamu mengetahui ( salahnya).

PENUTUP
Semoga kertas kerja ringkas ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada kita bagaimana bentuk sebenar amalan sebuah negara Islam. Sekalung kesyukuran kepada Dr. Umar Chapra yang telah mengilhamkan penulisan ini, semoga ianya akan meyedarkan kita betapa penegakan sebuah Negara Kebajikan Islam merupakan suatu jihad suci yang mesti diteruskan.
HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. MANHAL PMRAM 2000

19

You might also like