You are on page 1of 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 7, BLOK J, PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 , KUALA

LUMPUR

Telefon:03-20983120 Fax:03-20935150 Laman Web:http:// www.moe.gov.my

KP(BS)8591/Jld.XV11( 3 ) 1 Mac 2004 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg.Datuk/Dato/Tuan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/2004 MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan tentang usaha-usaha memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah. 2. Kita sedia maklum bahawa sekolah merupakan institusi penting dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa peka dan mengambil tanggungjawab dalam merancang dan menjayakannya. Dalam usaha memperkasakan Pendidikan Penceahan Dadah, sekolah-sekolah hendaklah merancang dan melaksanakannya melalui empat strategi utama. Strategi yang dimaksudkan ialah melalui pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. 3. Bagi menjayakan program/aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah , kompenan pengurusan berikut hendaklah dijalankan : a. b. c. d. e. f. Menubuhkan Jawatankuasa Induk PPDa di peringkat negeri, bahagian/daerah dan sekolah. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana PPDa di peringkat sekolah Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana PPDa Merancang dan melaksanakan program/aktiviti PPDa di sekolah Membuat pemantauan dan penilaian Menyediakan laporan

4. Matlamat program PPDa di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru-guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah. Pihak sekolah hendaklah meletakkan sasaran Sekolah Bebas dadah Tahun 2012 dalam melaksanakan program PPDa di sekolah. 5. Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan dadah Di Sekolah yang di bekalkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah dijadikan panduan dalam pengurusan program/aktiviti PPDa di sekolah. 6. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg.Datuk/Dato/Tuan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Y.B. Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia. Y.B. Dato Abdul Aziz bin Shamsudin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato Hoo Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato Mahadzir bin Mohd.Khir Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Jemaah Nazir sekolah. Kementerian Pendidikan Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan

You might also like