You are on page 1of 50

1

Mengumumkan ketibaan dif-dif kehormat., Apa khabar para hadirin sekalian?, Tanpa membuang masa lagi.

Petikan-petikan clich di atas mungkin pernah anda dengar terkeluar daripada mulut seorang pengacara majlis. Peranan seorang pengacara majlis atau emcee adalah pusat tumpuan hadirin dalam mana-mana majlis yang dianjurkan. Pengacaralah yang bertanggungjawab menghidupkan sesuatu majlis.

Justeru, ramai yang biasanya menolak apabila dipelawa untuk menjadi pengacara majlis. Pelbagai alasan:
tak biasalah! tolong cari orang lain dulu, boleh tak?. berilah tugas lain kepada saya, jangan

emcee. saya dah jadi AJK lain.

Kajian yang dibuat oleh Advance Public Speaking Institute, Virginia (1998) menyatakan bahawa tiada statistik yang menunjukkan sebarang kematian yang disebabkan menjadi pengacara tetapi biasanya seseorang itu lebih rela mati daripada menjadi pengacara. Ada yang sanggup mengambil cuti untuk mengelakkan daripada dilantik menjadi pengacara.

Menurut pengacara Astro Awani (bekas pengacara NTV 7), Dang Suria Zainurdin (2006), sekurang-kurangnya terdapat 12 kelebihan yang menjadi jawapan kepada mengapa anda mesti mencuba menjadi seorang pengacara, antaranya:
7

1. Seseorang pengacara majlis mempunyai kuasa untuk mengarah dan mengawal sesuatu majlis. 2. Merupakan penghormatan kepada orang yang dilantik sebagai pengacara majlis. 3. mood atau genre sesuatu majlis itu bergantung kepada pengacara majlis. 4. Acara tidak akan bermula tanpa pengacara majlis. 5. Pengacara majlis membentuk suasana majlis sama ada berjaya atau tidak.

6. Pengacara majlis mempunyai ruang persahabatan yang luas. 7. Pengacara majlis boleh menyerlahkan bakat dan potensi diri. 8. Pengacara majlis boleh meningkatkan keyakinan diri. 9. Pengacara majlis boleh menjadi pakar rujuk. 10. Berpeluang untuk menghadirkan diri di acara yang prestij. 11. Pengacara majlis boleh menambah sumber pendapatan 12. Berpeluang mengenali orang-orang kenamaan/ dif-dif kehormat.
9

Peranan Pengacara
Mengawal majlis Membuat pengumuman Memberi panduan Mewakili hos atau tuan rumah

10

Tatacara Pengacaraan Majlis dan Pengendalian Majlis Rasmi


Melantik Jawatankuasa Induk untuk merancang dan melaksanakan sesuatu majlis rasmi. Tubuh JK Kecil atau JK Kerja. Mendapatkan maklumat siapa tetamu khas yang akan datang ke majlis.

11

Tubuh panel untuk menyediakan teks ucapan untuk tetamu khas (sekiranya perlu). Sediakan buku cenderamata dan disemak oleh pihak tertinggi organisasi. Pastikan tempat majlis mempunyai ciri-ciri berikut:

12

Senang dituju Ada tempat letak kereta

Mempunyai ruang legar (jika

berkenaan). Mempunyai kemudahan asas Sesuai dengan majlis yang hendak diadakan. Mempunyai bilik menanti (jika berkenaan)
13

Sediakan senarai jemputan untuk majlis rasmi yang besar:


Ringkasan senarai kategori tetamu dan

bilangannya Senarai nama mengikut kategori Senarai keutamaan senarai tetamu yang disusun mengikut keutamaan Senarai kehadiran untuk mengetahui tarikh tetamu menjawab hadir/tidak hadir/belum beri jawapan. Senarai hadir tetamu yang akan hadir

14

Sediakan aturcara majlis dari awal hingga akhir. Menetapkan pakaian yang sesuai untuk majlis. Menghantar kad jemputan dan jawapan sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal. Sediakan menu yang sesuai untuk jamuan rasmi.

15

Pastikan susunan tempat duduk mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Melantik pengacara majlis yang baik dan teks pengacara majlis disemak oleh satu JK khas. Sediakan aturcara pentadbiran yang terperinci untuk kesempurnaan perjalanan majlis.

16

Pastikan penyambut tetamu memahami perjalanan majlis dan cekap menjalankan tugas. Adakan raptai untuk mendapatkan senario majlis sebenar. Sediakan semua peralatan dan kemudahan yang diperlukan oleh majlis. Merancang alternatif (Plan B) sekiranya majlis menghadapi kesulitan.

17

Pastikan pihak pengendali dan hadirin berdisiplin semasa majlis. Pegawai seranta perlu menjalankan tugasnya dengan cekap dan betul. Pegawai kewangan/bendahari perlu mengikut prosedur yang betul. Mesyuarat post mortem perlu dibuat selepas selesai majlis.

18

SIAPA PENGACARA MAJLIS?


KAMUS DEWAN (Edisi Keempat), 2007 Orang yang mengendalikan persembahan acara-acara (dalam sesuatu pertunjukan, majlis, dll).

19

SIAPA PENGACARA MAJLIS?


Orang

yang memimpin sesuatu acara dalam majlis Orang yang memberitahu tetamu akan sesuatu acara yang akan berlangsung dalam sesuatu majlis

20

Hanya pengacara majlis sahaja yang mampu mengarahkan dif kehormat (vip) untuk meninggalkan bangkunya dan bergerak ke sesuatu tempat.

Begitulah besarnya kuasa yang ada pada seseorang pengacara majlis.

21

PERANAN PENGACARA MAJLIS


Mengawal

majlis Membuat pengumuman Memberi panduan

PENGACARA PERLU TAHU:


Susunan

keutamaan Panggilan hormat Susunan tempat duduk Bahasa istana Ketrampilan diri
22

CIRI-CIRI PENGACARA YANG BAIK DARI

SEGI PROTOKOL Suara yang lunak dan baik Fasih dalam bahasa, jelas dan terang dalam sebutan (tidak pelat) Tidak cacat anggota Cergas dan cepat dalam pergerakan Tidak gagap Tidak darah gemuruh

23

Pengacara majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan, mampu berkomunikasi dengan yakin. Peka dengan situasi majlis. Pengacara majlis akan memaklumkan pada tetamu apa yang akan berlaku mengikut turutan majlis. Gaya bahasa yang baik, lancar dan tidak tersekat-sekat.

24

Tidak panik menghadapi situasi Tahu mengguna budi bicara Sabar Tidak berwatak serius Berwajah ceria dan dapat menghidupkan suasana majlis. Seseorang yang kreatif dan mampu melahirkan kalimat-kalimat spontan sekiranya terdesak.
25

Tidak kaku. Pengacara majlis mestilah berbicara dengan tidak melakukan aksi-aksi keterlaluan.

Berpengetahuan asas dalam adat istiadat, protokol dan etiket

26

Berketrampilan dan pandai membezabezakan kelainan yang terdapat dalam sesuatu majlis. Contoh, majlis rasmi, majlis tidak rasmi dan majlis separuh rasmi. Tahu menyusun pengucapan yang bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.
27

PENGACARA AN MAJLIS RASMI


Teks

disediakan oleh penganjur Berukuran setengah kertas a4 kertas taip biasa Satu muka surat bagi satu pengumuman Perlu memastikan penonton yang hadir dalam majlis tersebut sebagai persediaan dari segi sistem panggilan dan protokol.
28

Perlu

menggunakan bahasa melayu

baku. Menggunakan tatabahasa yang betul yang disesuaikan dengan suasana, peringkat dan orang yang disapa dalam majlis. Gaya semasa mengacara majlis perlu dikawal. Gaya yang dimaksudkan adalah dari segi aksi dan suara.

29

Menggunakan

bahasa yang halus. Mematuhi aturcara yang ditetapkan dan memastikan dalam keadaan terkawal.

30

PENGACARA AN MAJLIS TIDAK RASMI


Tidak

perlu latihan kerana percakapan adalah spontan. bahasa atau dialek daerah atau tempatan bagi sesuatu masyarakat yang menjadi pendengar boleh dilakukan.

Penggunaan

31

Pengacara biasanya dilantik dalam kalangan individu yang telah sedia mempunyai hubungan yang rapat dengan badan, pertubuhan atau masyarakat.
Pengacara adalah tidak mementingkan status sosial pendengar, jadi penggunaan bahasanya adalah berdasarkan kemesraan yang telah sedia wujud dan meliputi sistem panggilan.

32

Pengacara

tidak menggunakan skrip tetapi berdasarkan pada suasana yang ingin diwujudkan dan matlamat sesuatu majlis itu.

33

KANDUNGAN TEKS
Nama

majlis Muka surat Bilangan pengumuman Panduan (cue)-lihat apa yang sedang berlaku Masa-apa yang berlaku seperti dijadualkan Pengumuman (ann)-pengumuman ke atas apa yang sedang berlaku
34

1. SUSUNAN ACARA
MENGIKUT AMALAN BIASA 1. MASA KETIBAAN
Jarak

masa ketibaan para tetamu biasa dengan tetamu kehormat jangan terlalu lama

2. UCAPAN

pertama 5 7 minit Ucapan kedua 8 10 minit Ucapan perasmian 20 25 minit


Ucapan
35

3. TANDA PERASMIAN

perasmian Pada akhir ucapan tetamu kehormat diikuti acara khas Tanda perasmian mudah & murah
Lafaz

4. JAMUAN RINGAN

vip 20 25 orang Tetamu kehormat disaji oleh pelayan Tetamu lain boleh secara buffet Tetamu l/negeri diperkenalkan semasa jamuan Duduk di sofa /kerusi meja susunan ikut keutamaan
Bilik
36

5. PERSIDANGAN AKHBAR
Selepas

majlis Tempat sesuai Kawal rapi Dikendali pegawai akhbar


6. RAPTAI
Memastikan

kelancaran majlis Menyemak persiapan Menyelaras acara Membiasakan petugas


37

7. JURUACARA
Peranan

menghebahkan acara bukan

juruulas 1/2 orang (l/p) Teks disediakan oleh penganjur Gunakan mic berasingan strategik Tidak perlu minta izin

38

8. BUKU ATURCARA- PENTADBIRAN


Bertujuan

memandu ajk dan petugas dalam menganjurkan sesuatu acara Mencatatkan secara terperinci langkahlangkah yang akan berlaku dalam majlis
9. TENTUKAN MASA,TARIKH DAN TEMPAT
Aturcara

pentadbiran majlis Aturcara pentadbiran perlu dibukukan Ia perlu disampaikan kepada semua petugas Ia disediakan oleh setiausaha jk atau pegawai yang dilantik oleh jk induk
39

10. BUKU CENDERAMATA MENGANDUNGI


Kata-kata

aluan penganjur Perutusan tetamu kehormat Aturcara majlis Penghargaan Diletak terlebih awal dengan dulang
11. BUKU PELAWAT
Disediakan

di dalam / di luar bilik

jamuan Sedia ditaip nama pelawat dan jawatan dalam muka surat
40

12. TAKLIMAT TETAMU KEHORMAT


Untuk

memberi gambaran yang jelas tentang perkara-perkara protokol semasa majlis Juruiring akan memberi taklimat kepada tetamu kehormat selepas raptai

41

PENYEDIAAN TEKS/SKRIP
Dapatkan

aturcara majlis Dapatkan senarai vvip/vip yang hadir Rujuk mana-mana sumber Kemaskan butiran catatan Kemukakan draf teks kepada penganjur Sediakan teks yang sempurna

42

PADA HARI MAJLIS

Datang awal (sekurang2nya jam) Semak teks & aturcara dgn pihak penganjur Semak jika ada sebarang perubahan Pastikan sebutan nama-nama yang betul Pastikan mikrofon selesa & menghasilkan suara yang bagus Selesakan diri dgn audien Jaga masa Peka kepada perubahan & gangguan

43

Membuat pengumuman penting Memgumumkan ketibaan tetamu khas dengan menyebut nama, gelaran, jawatan serta gelaran isteri (jika isteri hadir) Menyampaikan pengumuman mengikut teks yang disediakan. Jadi emcee yang disenangi, bijak & sempurna Menutup majlis dengan kata-kata sopan atau kata-kata manis.

44

PENAMPILAN DAN TATARIAS


Perlu

kepada aura yang menarik Penampilan yang berkeyakinan Department* yang kemas meyakinkan Tatarias wajah yang betul Pakaian yang sesuai dan tidak keterlaluan Bersih, harum, sedap mata memandang
* Cara berjalan tangan dan langkah dsb.

45

SEBELUM KE MAJLIS,TENTUKAN:
Rambut

kemas (lelaki) Pakaian & perhiasan


Tudung, baju, kasut, stokin, barang kemas,

blazer (hitam), tali pinggang, tali leher, baju dsb.

elak daripada sisa makanan Misai, janggut & bulu hidung Solekan, gincu, blusher dsb sederhana, jangan terlalu tebal Public smile
Gigi
46

MASALAH PENGACARA MAJLIS


Gemuruh Slang/telor Tidak

mengikut skrip Lupa salutasi (address) Panik bila ada perubahan Tidak peka kepada perjalanan majlis Diksi bacaan yang salah Syok sendiri dsb
47

SEDIKIT PANTANG LARANG Tidak boleh berlagak seperti ahli lawak jenaka atau artis serta menonjolkan diri semasa mengendalikan majlis rasmi. Tidak boleh berpakaian warna kuning semasa mengendalikan kebanyakan majlis kerabat diraja. Tidak boleh berpakaian warna ungu semasa mengendalikan majlis kerabat diraja Perak. Tidak boleh berkot/blazer warna putih semasa mengendalikan majlis kerabat diraja Pahang. Tidak boleh berpakaian songket semasa mengendalikan majlis kerabat diraja Negeri Sembilan.
48

LATIHAN VOKAL Sila sebut dengan betul: Sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen Ular lari lurus Red lorry yellow lorry She sells the sea shells on the sea shore Lagu-lagu indonesia mempunyai sebutan vokal yang baik kerana penyanyinya berlatih & belajar dengan betul sebelum menyanyi.

49

terima kasih

50

You might also like