You are on page 1of 21

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU PERTAMA (23 JULAI 27 JULAI 2012)

Masalah Pada minggu pertama saya di sekolah, saya menghadapi masalah yang agak sukar untuk diatasi. Saya menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan guru- guru sekolah serta memahami budaya sekolah tersebut . Budaya yang saya maksudkan terdiri daripada pelbagai aspek termasuklah budaya sekolah, budaya murid-guru, serta budaya sekolah dan persekitaran. Analisis Saya mendapati, masalah ini timbul disebabkan oleh :1. Saya masih baru di sekolah tersebut dan masih belum mengenali guru-guru dan murid serta budaya sekolah dengan lebih dekat 2. Saya berasa agak kekok dan rendah diri untuk melibatkan diri bersama guru yang lain kerana perasaan rendah diri disebabkan pengalaman yang saya miliki masih cetek. 3. Guru-guru praktikum ditempatkan di bilik guru namun kedudukannya agak jauh kerana ditempatkan di meja umum di tengah-tengah bilik guru. Jadi, ia akan menjarakkan hubungan antara guru-guru dan guru praktikum

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Cadangan 1. Saya akan bertemu dengan pihak pentadbiran sekerap mungkin untuk meramah mesra dengan mereka serta sering bertemu dengan guru pembimbing untuk mendapatkan gambaran suasana pengajaran dan pembelajaran berlangsung di sekolah tersebut. 2. Saya akan merapatkan pergaulan dengan guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah tersebut dengan cara melakukan aktiviti bersama mereka. 3. Tidak akan mengasingkan diri dan melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan sekolah walaupun pada hujung minggu untuk merapatkan hubungan dengan warga sekolah termasuklah murid-murid

Tempoh masa Saya akan mula mewujudkan hubungan mesra dengan guru-guru dan murid pada masa terluang yang saya ada dengan cara bertegur sapa dengan mereka serta membantu mereka dalam menganjurkan sesuatu program. Selain itu, saya akan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dengan baik

Tindakan susulan Saya akan memulakan langkah seterusnya serta merta pada minggu kedua iaitu 30/7 3/8 2012. Langkah yang akan saya ambil ialah seperti, bertegur sapa, membantu guru serta melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah .

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Penilaian Kejayaan Apabila guru-guru boleh menerima kehadiran saya dengan senang hati dan mudah untuk bergaul dan beramah mesra, ia menunjukkan saya Berjaya mengatasi masalah tersebut.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEDUA (30 JULAI 3 OGOS 2012 )

Masalah Setelah dua minggu saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati bahawa terdapat segelintir murid yang masih menghadapi masalah untuk mengingati pelajaran yang lepas sewaktu ulangkaji dijalankan di dalam kelas.

Analisis Saya mendapati masalah ini timbul disebabkan oleh: 1. Murid kurang berminat dengan tajuk yang duajar 2. Murid cepat berasa bosan ketika berada di dalam kelas 3. Murid malas untuk berfikir

Cadangan 1. Saya akan menyediakan rancangan pengajaran yang lebih menarik dan pelbagai serta menganjurkan aktiviti yang mampu mencabar minda dan IQ murid. 2. Mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif dengan pencahayaan dan pengaliran udara yang baik 3. Saya boleh merancang aktiviti berbentuk permainan yang dapat menhindar murid daripada mudah berasa bosan.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Tempoh masa Sepanjang saya berada di sini, saya akan berusaha untuk membantu murid-murid yang bermasalah dalam pelajaran disamping mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif . Saya juga akan mencuba dengan menarik minat mereka terlebih dahulu untuk mempelajari sesuatu dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang dirasakan bersesuaian mengikut tahap kognitif murid-murid.

Tindakan susulan Saya akan mula memantau perkembangan murid tahun 4 Sarjana bermula pada akhir minggu kedua sehingga minggu seterusnya. Untuk memerhatikan

perkembangan mereka, saya akan mengedarkan ujian setelah selesai pembelajaran bagi setiap topik supaya murid akan lebih mengingati apa yang dipelajari. Muridmurid yang menunjukkan potensi yang baik bagi setiap minggu berturut-turut akan diberikn ganjaran sebagai peneguhan positif untuk menggalakkan semangat bersaing secara sihat di kalangan mereka.

Penilaian kejayaan Saya akan merekodkan pencapaian murid setiap kali selesai setiap topik dipelajari. Sekiranya masih ada murid yang kurang mampu untuk menguasai isi pelajaran , saya akan mengadakan kelas intensif untuk membantu mereka sehingga mampu menguasai tajuk dan tidak tercicir dalam pelajaran

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KETIGA (6 OGOS 10 OGOS 2012 )

Masalah Pada minggu ketiga ini, saya mendapati masalah lebih bertumpu kepada subjek pendidikan jasmani berbanding sains. Saya mendapati agak sukar untuk mengawal murid ketika berada di padang. Hal ini adalah kerana keluasan padang menyebabkan murid leka bermain tanpa menghiraukan bahaya yang bakal dihadapi.

Analisis Saya mendapati masalah ini timbul disebabkan oleh :1. Saya masih kurang pengalaman dan kurang mahir untuk mengawal murid ketika berada di luar kelas. 2. Kurangnya mentelaah bahan-bahan untuk mengenalpasti teknik yang sesuai untuk menarik minat murid yang aktif bermain. 3. Murid-murid terlalu obses untuk bermain, namun saya masih belum bersedia menghadapi kerenah mereka.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Cadangan 1. Saya akan menggunakan wisel ketika mengajar subjek pendidikan jasmani di padang untuk memudahkan mengumpul semula murid di dalam barisan di akhir permainan sebelum arahan seterusnya diberikan 2. Saya akan mencari lebih banyak sumber rujukan untuk mendalami psikologi

kanak-kanak dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang dapat membantu mengawal disiplin mereka ketika di pnp berlangsung. 3. Saya akan merujuk kepada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mengetahui kaedah yang sesuai untuk digunapakai di dalam kelas untuk memastikan kelancaran pnp .

Tempoh masa Untuk mengatasi kelemahan saya ini, saya akan mengambil pendekatan dari minggu ke minggu untuk membuat pemerhatian yang berterusan supaya disiplin murid dapat dikawal dengan baik sekaligus memudahkan sesi pnp berjalan dengan tersusun. Saya bercadang untuk memerhatikan disiplin murid dengan lebih teliti pada minggu ke 4 praktikum supaya murid mudah untuk dibentuk sebelum ia terlambat.

Tindakan susulan Saya perlu bertindak lebih tegas sewaktu pnp berlangsung dan memastikan murid sudah sedia maklum dengan peraturan dan etika ketika berada di dalam kelas saya. Selain itu, saya akan menggunakan wisel ketika mengajar subjek pendidikan jasmani terutama ketika berada di padang supaya murid lebih peka dengan arahan yang diberikan.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Penilaian kejayaan Apabila murid-murid saya mampu mengawal disiplin mereka dan menjaga sahsiah peribadi sebagai murid sekolah, ia menunjukkan pendekatan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan mengikut arus pendidikan semasa.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEEMPAT (13 OGOS 17 OGOS 2012 )

Masalah Pada minggu keempat ini, saya mendapati masalah juga lebih bertumpu kepada subjek pendidikan jasmani berbanding sains. Saya mendapati agak sukar untuk mengawal murid sekiranya aktiviti dijalankan secara besambung-sambung. Ia akan menyebabkan murid terlalu focus pada permainan dan tidak menghiraukan arahan yang diberikan oleh guru.

Analisis Saya mendapati masalah ini timbul disebabkan oleh :1. Saya masih kurang pengalaman dan kurang mahir untuk mengawal murid ketika berada di luar kelas. 2. Kurangnya mentelaah bahan-bahan untuk mengenalpasti teknik yang sesuai untuk menarik minat murid yang aktif bermain. 3. Murid-murid terlalu obses untuk bermain, namun saya masih belum bersedia menghadapi kerenah mereka serta pembahagian masa saya yang tidak sesuai ketika pnp berjala

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Cadangan 1. Saya akan menggunakan wisel ketika mengajar subjek pendidikan jasmani di padang untuk memudahkan mengumpul semula murid di dalam barisan di akhir permainan sebelum arahan seterusnya diberikan 2. Saya akan mencari lebih banyak sumber rujukan untuk mendalami psikologi

kanak-kanak dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang dapat membantu mengawal disiplin mereka ketika di pnp berlangsung supaya mereka tidak mudah hilang focus dan sentiasa peka terhadap sekeliling. 3. Saya akan merujuk kepada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mengetahui kaedah yang sesuai untuk digunapakai di dalam kelas untuk memastikan kelancaran pnp .

Tempoh masa Untuk mengatasi kelemahan saya ini, saya akan mengambil pendekatan dari minggu ke minggu untuk membuat pemerhatian yang berterusan supaya disiplin murid dapat dikawal dengan baik sekaligus memudahkan sesi pnp berjalan dengan tersusun. Saya bercadang untuk memerhatikan disiplin murid dengan lebih teliti pada minggu ke 5 praktikum supaya disiplin murid mudah untuk dibentuk dan mereka akan akur dengan arahan yang diberikan oleh saya

Tindakan susulan Saya perlu bertindak lebih tegas sewaktu pnp berlangsung dan memastikan murid sudah sedia maklum dengan peraturan dan etika ketika berada di dalam kelas saya. Selain itu, saya akan menggunakan wisel ketika mengajar subjek pendidikan jasmani terutama ketika berada di padang supaya murid lebih peka dengan arahan yang diberikan.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Penilaian kejayaan Apabila murid-murid saya mampu mengawal disiplin mereka dan menjaga sahsiah peribadi sebagai murid sekolah, ia menunjukkan pendekatan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan mengikut arus pendidikan semasa. Selain itu, sekiranya perjalanan kelas saya berjalan dengan teratur dan tersusun, ini menunjukkan saya telah Berjaya membentuk mereka melalui disiplin ketika di dalam kelas.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KELIMA ( 27 OGOS 31 OGOS 2012 )

Masalah Pada minggu ketiga ini, saya mendapati masalah lebih bertumpu kepada subjek sains disebabkan saya kurang memberi pengukuhan dalam bentuk nota ketika berada di dalam kelas . Jadi, kebanyakan murid-murid saya kurang mengingati isi pelajaran yang lepas apabil ditanya semula .

Analisis Saya mendapati masalah ini timbul disebabkan oleh :1. Saya masih kurang pengalaman dan kurang menekankan peneguhan berbentuk lembaran kerja atau tugasan untuk murid di akhir kelas 2. Kurangnya mentelaah bahan-bahan untuk mengenalpasti teknik yang sesuai untuk menarik minat murid terhadap sains 3. Kekurangan memberi nota kepada murid .

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Cadangan 1. Saya akan member lebih banyak latihan sebelum keluar daripada kelas iaitu ketika berada di akhir fasa pengajaran . 2. Saya akan mencari lebih banyak sumber rujukan untuk mendalami psikologi murid-murid dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang dapat membantu mengawal disiplin mereka ketika di pnp berlangsung. 3. Saya akan merujuk kepada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mengetahui kaedah yang sesuai untuk digunapakai di dalam kelas untuk memastikan kelancaran pnp . 4. Saya akan selalu memeriksa buku nota murid dan memastikan mereka membaca setiap nota yang diberikan. Untuk mengenalpasti sama ada murid peka dengan tugasan yang diberikan, saya akan mengadakan kuiz setiap kali kelas bermula. Ketika kuiz dilaksanakan, saya akan memberi beberapa soalan tentang tajuk yang lepas.

Tempoh masa Untuk mengatasi kelemahan saya ini, saya akan mengambil pendekatan dari minggu ke minggu untuk membuat pemerhatian yang berterusan supaya disiplin murid dapat dikawal dengan baik sekaligus memudahkan sesi pnp berjalan dengan tersusun. Saya bercadang untuk memerhatikan perkembangan prestasi murid dengan mengadakan ujian ringkas di akhir setiap tajuk PnP. Saya akan melaksanakan dalam tempoh minggu keenam sehingga minggu kelapan

Tindakan susulan Saya perlu bertindak lebih tegas sewaktu pnp berlangsung dan memastikan murid sudah bersedia dengan soalan yang bakal ditanya pada kelas hari tersebut. Ini akan

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

membuatkan murid secara tidak langsung mengulangkaji pelajaran sendiri tanpa perlu disuruh olh guru. Penilaian kejayaan Apabila murid-murid saya mampu mendapat markah yang baik dan kurang melakukan kesalahan ketika menjawab soalan kuiz, saya dapat mengenalpasti bahawa terdapat peningkatan dalam prestasi pembelajaran mereka dan mereka mampu menguasai tajuk yang diajar dengan baik tanpa sebarang masalah.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEENAM (3 SEPTEMBER 7 SEPTEMBER 2012 )

Masalah Pada minggu ketiga ini, saya mendapati masalah lebih bertumpu kepada masalah untuk mengingati fakta di kalangan murid.Mereka mungkin masih ingat ketika pnp berlangsung, namun ia dilupakan setelah kelas berakhir. Murid juga lebih suka belajar sambil bermain berbanding duduk sahaja di tempat masing masing.

Analisis Saya mendapati masalah ini timbul disebabkan oleh :1. Saya masih kurang pengalaman dan kurang mahir untuk mengenalpasti gaya pembelajaran murid- murid 2. Kurangnya mentelaah bahan-bahan untuk mengenalpasti teknik yang sesuai untuk menarik minat murid supaya aktif dan melinbatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti di dalam kumpulan 3. Murid-murid terlalu obses untuk bermain, namun saya masih belum bersedia menghadapi kerenah mereka dan menyebabkan saya tertekan sekiranya kelas berada dalam keadaan bising

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Cadangan 1. Saya akan menguatkan suara saya supaya mudah didengari oleh murid dan mereka mudah untuk member tumpuan kepada apa yang saya ingin sampaikan supaya perjalanan pnp berjalan dengan baik dan tersusun. 2. Saya akan mencari lebih banyak sumber rujukan untuk mendalami psikologi

kanak-kanak dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang dapat membantu menningkatkan daya kreativiti mereka terutama ketika melaksanakan aktiviti yang melibatkan reka cipta. 3. Saya akan merujuk kepada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mengetahui kaedah yang sesuai untuk digunapakai di dalam kelas dan bahasa yang sesuai digunakan untuk mengawal disiplin di dalam kelas kelancaran pnp . untuk memastikan

Tempoh masa Untuk mengatasi kelemahan saya ini, saya akan mengambil pendekatan dari minggu ke minggu untuk membuat pemerhatian yang berterusan supaya disiplin murid dapat dikawal dengan baik sekaligus memudahkan sesi pnp berjalan dengan tersusun. Saya bercadang untuk memerhatikan disiplin murid dengan lebih teliti pada minggu 6 praktikum

Tindakan susulan Saya perlu bertindak lebih tegas sewaktu pnp berlangsung dan memastikan murid sudah sedia maklum dengan peraturan dan etika ketika berada di dalam kelas saya. Selain itu, saya akan memantau pergerakan murid di dalam kumpulan supaya mereka melibatkan diri dengan aktif dan bersaing secara sihat antara satu sama lain.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Penilaian kejayaan Apabila murid-murid saya mampu mengawal disiplin mereka dan menjaga sahsiah peribadi sebagai murid sekolah, ia menunjukkan pendekatan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan mengikut arus pendidikan semasa.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KETUJUH (10 SEPTEMBER 14 SEPTEMBER 2012 )

Isu Pada minggu ketujuh ini, sekolah saya menjalankan peperiksaan kepada muridmurid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR. Selain itu, tahun 3,4,dan 5 turut menduduki ujian PKSR 3 bagi bulan Ogos. Jadi, proses PnP tidak dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat. Ini merupakan praktikum pertama saya dilantik untuk mengawal kelas ketika peperiksaan dijalankan. Saya telah mendapat pelbagai pengalaman baru dari pelbagai aspek seperti pengurusan, pentadbitan peperiksaan, system peperiksaan di sekolah dan sebagainya. Saya akan menggunakan pengalaman yang saya ada ini untuk diaplikasikan pada masa hadapan di mana saya bakal ditempatkan pada suatu hari nanti. Saya sangat gembira kerana diberi peluang untuk menjadi pengawas peperiksaan bagi subjek sains kerana saya dapat menimba pengalaman baru katika mengawal kelas.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KELAPAN (17 SEPTEMBER 21 SEPTEMBER 2012 )

Masalah Pada minggu terakhir ini , saya mendapati masalah lebih bertumpu kepada subjek sains. Masih ada beberapa konsep sains yang kurang jelas di kalangan murid-murid dan mereka sukar untuk mengingati istilah yang berkaitan.

Analisis Saya mendapati masalah ini timbul disebabkan oleh :1. Tiada inisiatif untuk menghasilkan nota poket untuk memudahkan murid membuat rujukan 2. Kurangnya mentelaah bahan-bahan untuk mengenalpasti teknik yang sesuai untuk menarik minat murid terhadap sains yang menyeronokkan 3. Murid-murid masih belum menyedari kepentingan peta minda dalam

memudahkan pembelajaran seharian.

Cadangan 1. Saya akan mengajar murid bagaimana untuk menghasilkan peta minda yang ringkas dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja supaya mereka mudah untuk merujuk sesuatu perkara yang ingin diketahui.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

2. Saya akan mengarahkan murid supaya menyediakan sebuah buku nota untuk memudahkan murid mencatat apa yang mereka perhatikan di sekitar sekolah dan rumah berkaitan dengan sains dan menjadikan ia sebagai jurnal ringkas untuk dibentangkan di hadapan kelas sebagai pengetahuan baru kepada rakan-rakan sekelas. 2. Saya akan mencari lebih banyak sumber rujukan untuk mendalami psikologi

kanak-kanak dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang dapat membantu memudahkan murid memahami sesuatu fakta dengan tepat dan sesuai. 3. Saya akan merujuk kepada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mengetahui kaedah yang sesuai untuk digunapakai di dalam kelas untuk memastikan kelancaran pnp .

Tempoh masa Untuk mengatasi kelemahan saya ini, saya akan mengambil pendekatan dari minggu ke minggu untuk membuat pemerhatian yang berterusan supaya disiplin murid dapat dikawal dengan baik sekaligus memudahkan sesi pnp berjalan dengan tersusun. Nota yang dibuat akan diteruskan sehingga pada masa akan datang.

Tindakan susulan Saya perlu bertindak lebih tegas sewaktu pnp berlangsung dan memastikan murid sudah sedia maklum dengan buku nota dan jurnal ringkas yang mereka perlu hasilkan sebelum kelas bermula sebagai pengetahuan baru kepada rakan-rakan sekelas. Selain itu, murid murid akan menyiapkan peta minda milik mereka sendiri untuk disimpan di dalam poket baju mereka dan membaca ketika waktu rehat dan pada masa lapang.

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

Penilaian kejayaan Apabila murid-murid saya mampu mengingati fakta dan istilah dengan baik, ia menunjukkan kaedah tersebut berjaya membantu murid-murid dalam pnp.

You might also like