Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Assignment Maqasid

Assignment Maqasid

Ratings: (0)|Views: 322|Likes:
Published by ustazahpuspa
assignment maqasid
assignment maqasid

More info:

Categories:Types, Research
Published by: ustazahpuspa on Jul 19, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/09/2013

pdf

text

original

 
AMSS5203
Maqasid al S
 yari’ah
- Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam]1
1.0
 
PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang menyuruh umatnya menggunakan akal dan kebijaksanaan di dalammemahami kehidupan yang berteraskan nas-nas al-Quran dan al-hadis. Kebijaksanaan paraulama dan cendiakawan Islam memungkinkan umat Islam memahami akan tuntutan menurutkeutamaan di dalam Islam. Ini membawa kepada tercetusnya pandangan yang melihat kepada prioriti di dalam agama. Al-Imam Syatibiy telah mengupas teori maqasid al-syariah di dalamkaryanya yang masyhur,
al-Muwafaqat 
. Beliau telah menggariskan perkara-perkara yangmenjadi keutamaan di dalam agama sama ada yang bersifat daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat.Lanjutan daripada itu lahirlah para pemikir dan ulama Islam yang cuba mengupas lanjut akanteori keutamaan di dalam agama.
 Fiqh al-Aulawiyyat 
atau
 fiqh maratib al-amal 
adalahsebahagian daripada huraian yang diberikan oleh para ulama kontemporari yang bertujuan untuk memperluaskan kefahaman umat Islam terhadap perkara yang menjadi keutamaan, khususnya didalam menangani hukum-hakam isu-isu semasa yang memerlukan pertimbangan demimemelihara kesejahteraan ummah.Fokus pada tugasan ini adalah mengenai pengertian kepada
 Fiqh al-Aulawiyyat,
asas dankaedahnya, contoh-contoh isu masa kini, pembahagian maslahah mengikut masa, tempat danzaman serta peranan dan maslahah
 Fiqh al-Aulawiyyat 
dalam usaha memberi kesejahteraankepada ummah.
2.0
 
DEFINISI
2.1 TAKRIF FIQH AULAWIYAT
Al-Fiqh dari segi bahasa ialah
al-fahm
iaitu kefahaman atau memahami tentang sesuatu.(Abdul Latip Muda , 1992)
 Al-Aulawiyyat 
adalah kata jama` daripada perkataan
al aula
yang bererti lebih penting atau lebih utama. Justeru itu,
 Fiqh al-Aulawiyyat 
adalah istilah yangmerujuk kepada panduan atau kaedah ke arah memahami perkara-perkara yang lebih utama didalam agama.
 
AMSS5203
Maqasid al S
 yari’ah
- Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam]2
Menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi,
 fiqh Al-Aulawiyat 
itu bererti meletakkan suatu ditempatnya dengan adil (Ahmad Nuryadi Asmawi,1996). Segala jenis hukum hakam, amal dannilai-nilai dalam Islam oleh terikat dengan fiqh Al Aulawiyat ia harus didasarkan kepada prinsipmengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru itu, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan, suatuyang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan, perkara yang kecil tidak wajar dibesar- besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan. Dengan lain perkataan tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara berimbangan.
2.2 ASAS DAN DASAR FIQH AULAWIYYAT.
Fiqh al-Aulawiyyat adalah ilmu yang diambil daripada nas-nas naqli daripada al-Qurandan hadis-hadis Nabi S.A.W, antaranya Allah S.W.T. berfirman :
     
Maksudnya :
'Apakah orang-orang yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji danmenguruskan Masjid Al Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allahdan hari kiamat serta berjihad di jalan Allah. Mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah di
 
AMSS5203
Maqasid al S
 yari’ah
- Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam]3
 jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, danitulah orang-orangnya yang mendapat kemenangan'.
(At Taubah 9, 19 - 20)
 
Sabda Nabi S.A.W :
 Maksudnya: Iman itu tujuh puluh cabangnya, yang tertinggi adalah ialah berkata dan berimandengan "Tiada Tuhan melainkan Allah" manakala yang paling rendahnya ialah membuang bahaya di jalanan (Riwayat al-Bukhari)
( Mohd. Nor Manuty,2013)Peristiwa di Thaqifah Bani Saidah di mana para sahabat berhimpun bagi melantik ketuanegara menggantikan Rasulullah S.A.W di mana ianya lebih utama daripada memaqamkanRasulullah S.A.W kerana membiarkan kaum muslimin ketika itu tanpa ketua negara akanmengakibatkan fitnah dan kemudaratan yang lebih besar. Di sini jelas para sahabat mengikuturutan keutamaan dengan memilih ketua negara dahulu selepas itu barulah memaqamkan jasadRasulullah S.A.W. Contoh lain juga boleh dilihat ialah daripada sikap tegas Abdullah bin Umar r.a apabila ditanya tentang hukum darah nyamuk, beliau lantas bertanya kembali kenapa andatidak bertanya aku tentang hukum darah Saidina Husin yang mati dibunuh.Berdasarkan tiga asas di atas menjelaskan bahawa fiqh
al Aulawiyyat 
merupakan perkarayang perlu difahami dengan jelas oleh semua umat Islam di dalam mencapai kesejahteraan dalamkehidupan.
2.3 KONSEP DAN KAEDAH
FIQH AL AULAWIYYAT 
Antara konsep
 fiqh al-Aulawiyyat 
ialah :
 
Konsep
 Fiqh al-Aulawiyyat 
adalah selari dengan teori
 Maqasid al-Syariah
atau
 Fiqh al- Maqasid 
, di mana pensyariatan hukum hakam adalah untuk kebaikan (kemaslahatanmanusia). Justeru tujuan dan matlamat syarak adalah memberi kebaikan dan manfaatkepada manusia serta menghindarkan kemudaratan. Di sebalik hukum hakam yangdisyariatkan terkandung rahsia dan illat tertentu yang ingin dicapai dan secara pasti ianya bukanlah sia-sia. Dirumuskan juga secara urutan bahawa matlamat syariat kepada

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->