You are on page 1of 76

PENGENALAN KONSEP SDP Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanakkanak melalui peningkatan

daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh. Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada tokoh-tokoh: (a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh itu Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. (b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabungseperti dalam matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan ini dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan berkesan. (c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN (d) Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu. (e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fi zikal dan intelektual. 1

(f) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya. Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup. Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan. Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi. Teori Kecerdasan Manusia Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagaisubjek teori pembelajaran. Hermann (1991) menghasilkan Quadrant Concept yang membentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama. Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri. Seni Muzik Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfi kir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential. Seni Pergerakan Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan- pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin lakukan. Torrance (1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkan kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya. 2

Seni Visual Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan seni kanakkanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan dan penaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian, otak kanan dan otak kirinya difungsikan. Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina konsep. Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran kanakkanak tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

Teori Pembelajaran Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni Dalam Pendidikan adalah seperti berikut: (a) Teori Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid menciptapenyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru 2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran 3. Menyokong pembelajaran secara koperatif 4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid 5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar 6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna 3

7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid 8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea 9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen sedia ada Menyusun atur maklumat dan pengetahuan Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan Aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat membina konsep pembelajaran kanak-kanak melalui: (b) Teori Kecerdasan Pelbagai Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dengan tajuk seven ways of knowing, perceiving and understandingn life beliau membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istemewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori ini telah menjadi penjana kecerdasan serta defi nisi konsep yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai: Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis kecerdasan: Verbal linguistik Logik Matematik Visual ruang Kinestetik Muzik Interpersonal Intrapersonal Naturalis KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa, dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik dajah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu kanakkanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan. Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanakkanak. Jika diteliti berdasarkan teori Pembelajaran Maslow. Pendidikan boleh diumpamakan berada didalam tahap fi siologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak. 4

Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada takad mana keperluankeperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu untuk mencapai objektif, guru perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut: Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fi siologi iaitu makanan, minuman dan pakaian. Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif. Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif. Selain daripada itu kanak-kanak juga memerlukan perkara-perkara berikut antaranya ialah; Jasmani dan fi zikal yang sihat Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fi zikal pelajar yang sihat. Emosi yang stabil Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka. Kerohanian yang membanggakan Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi Kefahaman intelek yang tinggi Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfi kir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan. Perhubungan sosial yang menggalakkan Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah di dalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan Kefahaman tentang nilai-nilai estetik Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat didalam pendidikan seni visual. PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku berterusan. Manakala pertumbuhan adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kuatiti yang dapat 5

dibuat di bauat ke atas organisma dengan nyata. Peubahan kuantiti adalah seperti ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga boleh didefi nasikan sebagai perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses kematangan. Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal). Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satusatu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat. Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu. Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat. Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang. Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fi zikal dan pembelajaran. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. 2.2.2 Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kanak-kanak suka bermain. Seperti telah sedia maklum bahawa bermain merupakan satu aktiviti yang penting bagi kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bermain secara tidak langsung dia telah memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, itelek dan sosialnya. Untuk itu aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya. 2.2.3 Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan environment pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanakkanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian diperingkat itu. Apabila pengetahuan pasif di aktifkan, perspsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku 6

secara semula jadi. Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fi zikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar. 2.2.4 Kreativiti Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanakkanak. Proses kreativiti boleh melibatkan: Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, ekstur dan irama. Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.Contohnya menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Ramarama. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk ini. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

Pemahaman Bagaimana kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya. Untuk itu kekerapan mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah dandi rumah akan dapat memperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara. Untuk pemahaman boleh dilakukan dalam pelbagai aktiviti, seperti; Aktiviti Pergerakan Ketika aktiviti pergerakan dilakukan kanakkanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran. Aktiviti Bermain Semasa bermain kanak-kanak akan memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi. Sosialisasi, kebudayaan, fi zikal, rohani dan nilai-nilai murni. Lagu Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri seperti menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang tepat, menjadi lebih kreatif apabila dan menjadi seorang yang bertangungjawab. Aktiviti Lakunan Semasa berlakun kanak-kanak akan dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi. Di mana ketika berlakon ia akan cuba memahami sesuatu watak secara tidak langsung ini akan dapat menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif, betangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi. 7

Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti di atas pemahaman tentang sesuatu konsep atau perkara dapat dipertingkatkan. 2.2.6 Kesedaran Kendiri Kesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah penyesuaian sendiri, iaitu penerimaan atau penolakkan dan penghargaan kendiri Seseorang dapat mempertingkatkan kesedaran kendiri dengan menggunakan cara berkongsi kasih sayang dengan keluarga, kawan atau gurunya. Perasaan yang dirasai ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang berinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima dan menghargai diri. Sebaliknya jika seseorang individu merasa kurang mendapat penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya maka dia akan mengalami perasaan penolakkan kendiri. Manakala penghargaan kendiri adalah timbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri sendiri. Dengan itu seseorang itu akan dapat dibantu untuk memupuk kesedaran kendiri melalui pengaruh konsep kendiri terhadap tingkah laku seseorang individu. Sekiranya seseorang pelajar yang ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar yang berkebolehah dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Di samping itu guru memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan konsep kesedaran kendiri yang positif. Antaranya ialah: Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan. Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya Menggalakkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya. Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru PENGENALAN Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. 3.1 PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk itu perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu. Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Memahami perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar; 2. Menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar; 8

3. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran; 4. Menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria; dan 5. Memahami tentang penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada penggunaan kemahiran deria. SENTUHAN Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum kanakkanak itu mula untuk berbahasa. Melalui sentuhan pelajar akan dapat untuk membuat pelbagai aktiviti contoh dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas, atau kanvas. Manakala didalam muzik pelajar akan cuba untuk mencipta satu corak irama yang berbeza. Apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah disebabkan kerana pelajar terutamanya kanak-kanak suka membuat Improvisasi atau mengubah suaikan satu-satu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pulamereka akan dapat mengetahui aras, atau ruang sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh. Perkembangan deria sentuh ini mula berkembangan ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak- kanak akan berasa selamat. Berdasarkan aktiviti di bawah. Cuba anda buatkan aktiviti tersebut berdasarkan deria sentuh melalui ekspresi melalui seni dengan masa yang berbeza. 3.1.2 Dengar Mendergar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengan? Contoh dalam aktiviti ekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukiskan. Bagitulah juga dengan aktiviti muzik, mereka akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam bidang pergerakan pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat. 3.1.3 Lihat Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata itu seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta ia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat penafsiran dengan berdasarkan kepada pengalaman seni tampak yang telah dialaminya. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui cirri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihat juga pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat. 3.1.4 Rasa Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya apabila maklumat itu dirasakan penting individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui 9

pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan, terdapat rangsangan apabila mendengar muzik secara tanpa disedari kita akan melakukan pergerakan. Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini. Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru. 3.1.5 Hidu Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara semulajadi sebaliknya guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini dalam pengajarannya ini boleh dilakukan dengan caracara berikut: Kebolehan Mental Pelajar Faktor ini penting untuk mempastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optima mengenai konsep yang diajar oleh guru Pendekatan Pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah; Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfi kir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar. Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan dikiuti dengan contoh-contoh spesifi k yang mengukuhkan konsep tersebut. 3.2 KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA Hasil dari kepentingan kepekaan deria akan dapat membentuk satu persepsi dalam bentuk satu keseluruhan. Persepsi ini juga dinamakan sebagai pengamatan. Untuk itu panca indera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya. 3.2.1 Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria pelajar. Jika pelajar yang ada dipersekitaran yang banyak mendapat dorongan dan galakkan maka ia akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak ia akan berlaku sebaliknya. Untuk itu menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan sebuah bilik khusus untuk pendidikan seni visual supaya dapat membantu persekitaran yang menarik ketika berada dialam persekolahan pelajar Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni visual. Guru 10

Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif adalah tanggungjawab guru untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititik beratkan. Selain daripada itu guru juga dikehendaki mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanakkanak. Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni visual haruslah penting kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya ialah: (a) Aspek Fizikal Cahaya Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai sama ada cahaya semula jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik darjah. Peredaran Udara Bilik darjah harus mempunyai pengedaran udara yang baik supaya dapat menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar. Stor Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerja murid sama ada dalam bilik stor atau almari. Panel dan Rak Pameran Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid. Perabot Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid Kemudahan Asas Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang ditempat yang sesuai dengan kebanyakan aktiviti pendidikan seni visual (b) Aspek Emosi Hiasan Dalaman Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar Ruang Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar. Peragaan Hasil Kerja Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina 11

keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni. (c) Aspek Sosial Interaksi Murid Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi murid dengan murid dan murid dengan guru. Kemudahan Aktiviti Kumpulan Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: Unsur Seni; Menggambar/Melukis Warna Lukisan Alam Semula Jadi. Seni huruf dan sebagainya. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian sewajarnya: Keselamatan. Kebersihan Susunan perabot Pameran hasilkerja Kelengkapan bilik seni Pengagihan tugas Pengumpulan alat/bahan Jadual waktu penggunaan bilik seni Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual Contoh pelan bilik khas seni (illustrasi) yang disertakan merupakan cadangan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang sesuai. Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Jangkaan (rajah) Hubungan latar depan dan belakang Penumpuan Tempoh masa Tugasan jelas Pengalaman Susunan objek 3.2.3 Perkembangan Nilai Estetika Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu: (a) merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi, (b) Persepsi Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses intepretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia. Contohnya apabila anda terhidu minyak wangi otak anda akan membuat persepsi dan 12

mengaitkannya kepada seorang wanita atau bunga. Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke otak melalui system saraf. Seperti contoh rajah dibawah iaitu apabila seorang individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan. Bunyi ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses. Faktor-faktor yang mempengaruhi Persepsi Jangkaan Hubungan latar depan dan belakang Penumpuan Tempoh masa Tugasan jelas Pengalaman dan Susunan objek (c) Imaginasi Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu didalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan. (d) Konsepsi pelajar Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan sebagai satu idea yang spesifi k tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai ciriciri berikut; berkulit keras hidup di air atau didarat menetas telur Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. PENGENALAN SENI VISUAL Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni fotografi . Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini 13

menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat subjek ini pada perspektif yang lebih luas sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa. 4.1.2 Bidang-bidang dalam Seni Visual Empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada: Melukis dan membuat gambar Membuat rekaan corak Membentuk dan membuat binaan Kraf tradisional (i) Melukis dan Membuat Gambar Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang atersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fi siologi dan psikologi pelajar. (ii) Membuat Rekaan dan Corak Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada: Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, dan gunting Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada: Penuh Turun satu suku Turun tiga suku Turun separa Sisik ikan Selang seli 14

Tampak dam dan tampak catur Siku keluang Pucuk rebung Orgee Batu bata Tunggal Berpusat Sendeng Berombak Jidar Berjalur Cerminan Teknik Corak Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian motif dan tujuan corak ini dihasilkan. (iii) Membentuk dan Membuat Binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi; Arca timbul Arca assemblaj Arca mobail Arca stabail Model Diorama Boneka Topeng Origami Tema dan Subjek 1. Alam semulajadi 2. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis 3. Aliran dan tema sejagat 4. Keperluan dan pengalaman harian (iv) Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefi nisikan sebagai perusahaan atau kerjakerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Jenis-jenis Kraf 1. Alat domestik 2. Alat permainan 3. Alat mempertahankan diri 15

4. Batik 5. Seni tekat 6. Tembikar 7. Anyaman 8. Kelarai 9. Ukiran 4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni Visual Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu reka cipta dan kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol yang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu dengannya. Mereka akan membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa, warna, persepsi dan perasaanyangakhirnya menyelesaikan suatu permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan dalam karyanya. Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnya pelukis juga memikirkan nilai estetika yang inginkan ditampilkan. (a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah semula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran dibolehkan. (b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi Pelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gough dan Goya sering mengekspresikan lukisannya mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak perandaan dan kecelakaan yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan di kanvas dan arca- arca mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan. (c) Menggunakan Kaedah Formalistik Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan unsurunsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan diolah melalui prinsipprinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian, pengasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij dan agong. (d) Keaslian Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis. Dalam berkarya, menciplak atau menjadi plagiat adalah suatu yang ditegah dan dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan. 16

4.2 ASAS SENI REKA 4.2.1 Unsur Seni Unsur seni terdiri garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. (a) Garisan Garisan merupakan cantuman satu siri titik Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zigzag dan lain-lain lagi. Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar Melalu garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti; 1. Teknik koyakan 2. Teknik tampalan 3. Teknik kolaj 4. Teknik gosokan 5. Teknik cetakan 6. Teknik capan (b) Warna Warna terdiri daripada; 1. Warna asas 2. Warna sekunder 3. Warna tertier Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren atau jingga. Warna asas dan warna sekunder apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna ini memudahkan pelajar untuk kerja-kerja mewarna kepada subjek yang dihasilkan. LATIHAN 4.1 (c) Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis: (i) Jalinan tampak (ii) Jalinan sentuh Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan. Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain lagi. Jalinan boleh dihasilkan melalui, Teknik cetakan Teknik pualaman Teknik kolaj Teknik campuran 17

Teknik binaan Teknik cantuman (d) Rupa Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain.Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri. Jenis-jenis rupa; Rupa positif dan negatif Rupa dan corak Rupa dan lambang Rupa dan muka taip (e) Bentuk Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton, jalinan ruang diaplikasi sekaligus. Bentuk terdiri dari dua jenis; (i) Bentuk ilusi (maya) (ii) Bentuk konkrit Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi, lukisan dan gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar kerana dalam bentuk dua dimensi. Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi. (f) Ruang Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk. Prinsip-prinsip Rekaan Prinsip rekaan terdiri daripada; Harmoni Penegasan Imbangan Kontra Pergerakan Kesatuan Kepelbagaian (a) Harmoni Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya. 18

(b) Penegasan Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini bolehdilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan. (c) Imbangan Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruangan kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang seimbang kiri dan atau atas bawah. Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri. (d) Kontra Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan reaksi sipemerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak. (e) Pergerakan Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga boleh menjadikan sebagai kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaan bermotor misalnya, nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna. (f) Kesatuan Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama ia akan menwujudkan kesatuan. (g) Kepelbagaian Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian. Struktur Rekaan Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu hasilan yang baik dan memenuhi spesifi kasi karya yang terancang. Untuk mendapatkan struktur yang baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau rupa organik di gunakan. Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu garisan grid dan garisan struktur. Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas dimana petak-petak terbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi. Garisan struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikur sifat objek yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnya terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubat nyamuk pula, 19

garisan berpusar menjadi struktur garisannya dan berpandukan garisan-garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan. Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong utama pembelajaran di kalangan pelajar. Drs. Abd. Rahman Saleh (1976) menyarankan agar sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan menggunakan asas-asas dikdaktik dalam usaha membangkit minat, memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian ilmu secara sisetematis dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Menurut Drs. Abd. Rahman Saleh ia boleh dilaksanakan dengan beberapa cara. (a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus. Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa lanskap, mural, arca, taman permainan, simbol-simbol dan grafi k yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan seni tersebut. (b) Memilih method atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru Besar sekolah seharusnya mendokong watak hero untuk memperkasakan peranan Seni Visual yang dapat menceriakan sekolahnya. Guru- guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenar untuk mengajar Seni Visual. Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks mentarbiyah pelajar dengan seni lengkap, canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah. (c) Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya. Guru seni yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan mengawal, mengawas dan menyelia peralatan seninya dengan baik dan sistematik. hadiah atau ganjaran kepada orang atau kelas yang dapat membuat penampilan seni yang baik dan cemerlang. Ini boleh dilakukan secara pertandingan, sport check, kempen atau agenda tahunan sekolah. Seterusnya perlaksanaan pendekatan dikdatik di sekolah akan dapat dilaksanakan ke atas pelajar melalui pendekatan yang berikut: (a) Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan, mempunyai hubungan dengan kehidupan sehari-hari (b) Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas sehingga murid dapat mempelajari penyelesaian sendiri masalah-masah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu struktur pelajaran mesti dirancang dengan baik. (c) Antara guru dan murid harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalu membantu dan mendorong kegiatan belajar pelajar, dapat membangkitkan persaingan dengan kerjasama murid. (d) Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada murid-murid untuk mencuba, menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari. (e) Penyajian bahan harus diatur berurutan sehingga tujuannya dapat ditetapkan dengan jelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara bertingkat atau mengikut sekuen. (f) Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai, guru harus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah diingat bahawa evaluasi adalah merupakan sebahagian daripada mengajar. Dr. Wan Zahid (1993) mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi antaranya: (a) Pembetulan (correction) Membetulkan fakta dan konsep yang menyeleweng (b) Orientasi (Orientation) Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang tepat mengenai mata pelajaran ini. 20

(c) Penyelarasan (reconciliation) Menyelaras displin-displin ilmu yang mengganggu dan menggagalkan. (d) Kesepaduan (integration) Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atau paradigma yang berteraskan tawhid. Namun begitu kejayaan ini menurut Peter Mortimore (1995) boleh berlaku jika: (a) Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah (b) Perkongsian wawasan dan tujuan (c) Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat (d) Jangkaan kejayaan yang tinggi (e) Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan pembelajaran (f) Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar (g) Hak pelajar dan tanggungjawab pelajar yang dipelihara dan dihormati (h) hubungkait antara rumah dan sekolah penting untuk membuat sesuatu pertalian yang tidak putus-putus (i) Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menakluk dan membina pengalaman. Akhirnya, hasil (out-come) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat dilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total. AKTIVITI SENI VISUAL 4.3.1 Menggambar Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian. Berikut disenarikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat. Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, plywood Pensel, pensel warna, pen teknikal,oil pastel, krayon, arang, berus 2. Catan Kertas, kanvas, kain, plywood, Berus, pisau palet, easel, linseed, air, turpentine kadbod, papan 3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, Gunting, pisau, mangkuk bahan- bahan tampalan 4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat Gunting, pisau, pembaris khabar, gam 5. Cetakan Dakwat cetak, gam, tupentine, Penggelek, papan, Spatula, minyak tanah, minyak linseed, cermin, kertas surat khabar papan 6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, Berus, scrapper warna air 7. Gosokan Warna, kertas, pensel warna, Kain, papan pensel, oil pastels 8. Stensilan Profi lm, kertas, dakwat cetak, Squeezy, penggelek dan kain dye 9. Percikan Warna, air, kertas, Berus, strew, berus gigi 10. Gurisan Kayu, kertas, lilin, dakwat Alat geometri, pembaris 11. Capan Warna, dakwat, kertas, Papan, gunting, pisau bahan-bahan terbuang, gam 12. Mozek Gam, kertas tebal, kertas warna Gunting, pisau 4.3.2 Membuat Rekaan dan Corak (a) Corak Tidak Terancang Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat minyak Besen, berus 2. Tiupan Kertas, kanvas, warna air, warna batik Strew, berus 3. Titisan Warna air, lilin, api Pembaris keluli 4. Ikatan, tisu, warna batik, getah gelang,kain Besen warna, berus 5. Renjisan dan percikan Warna air, kertas, Kanvas Berus, bekas warna 21

(b) Corak Terancang Jenis Teknik Bahan Alat 1. Lukisan Kertas, kanvas, kain,plywood Pensel, pensel warna, pen teknikal,oil pastel, krayon, arang, berus 2. Catan Kertas, kanvas, kain, plywood, linseed, air, turpentine Berus, pisau palet, easel, kadbod, papan 3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, bahan-bahan tampalan Gunting, pisau, mangkuk 4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam Gunting, pisau, pembaris 5. Cetakan Dakwat cetak, gam, tupentine, minyak tanah, minyak linseed, papan Penggelek, papan, Spatula, cermin, kertas surat khabar 6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, warna air Berus, scrapper 7. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan-bahan terbuang, gam Papan, gunting, pisau 8. Kaligrafi Kertas, warna, dakwat Pen kaligrafi , buluh, resam Membentuk dan Membuat Binaan Jenis Teknik Bahan Alat 1. Arca timbul Kepingan kayu, plaster of Pahat, penukul, alat pengukir, paris, batu, kayu, plastik, pengikis, kikir pari, kertas lumat, papier mashe, kertas pasir tanah liat alat 2. Asemblaj Kayu, logam, batu, simen, Alat patri, skru, paku, gergaji, bongkah kayu, sparepart ragum, kenderaan, bahan kutipan, besi 3. Mobail Besi, dawai, kertas, tali temali, Gunting besi, alat patri, plastik, kepingan logam, zing, sepana, gerudi, pemutar skru kad bod 4. Stabail Simen, kepingan logam, Alat patri, skru, paku, plastik, spare-parts gergaji, ragum, gerudi, kenderaan, besi, logam, sepana hidup, papan pemutar skru 5. Model Kertas tebal, loyang, gangsa, Gunting besi, alat patri, plywood, zing, akar kayu, sepana, gerudi, papan pemutar skru 6. Diorama Plywood, papan, zing, cermin Gunting besi, alat patri, lutsinar, patung, karangan sepana, gerudi, laut pemutar skru 7. Boneka Tekstil, span, plastik, tali, cat, Gunting, pisau, playar, spray warna, gam dunlop pemutar skru /UHU 8. Topeng Papier mashe, plastik, kertas Gunting, pisau, besen surat khabar, habuk papan, gam, piring plastik, warna 9. Origami Kertas, tekstil, benang Gunting, pisau Kraf Tradisional Jenis Teknik Bahan Alat 1. Alat domestik Kepingan kayu, tempurung, Pahat, penukul, alat pengukir, besi, kayu, manik pengikis, kikir pari, kertas pasir, gergaji kecil 2. Alat permainan Buluh, kertas, benang, gam, Gunting, pisau, gam, gergaji kertas warna, kayu kecil, pemutar skru, skru 3. Alat pertahanan Kayu, timah, besi, plumbum, Gunting besi, alat patri, diri loyang sepana, gerudi, pemutar skru 4. Alat perhiasan Benang, tekstil, prada, gam, Gunting, pisau,gergaji kecil, diri butang,kayu pemutar skru, ragum 22

5. Batik Kain putih, campuran lilin, Canting, pemidang kayu, pewarna, pemati warna, debu berus, dapur atau plat soda, pelembut kain/fabrik pemanas, periuk, besen besar 6. Tekat Benang emas, benag putih, Pemidang kayu berkaki, kain dasar, baldu, kertas tebal, cuban gam, rotan saga 7. Tembikar Tanah liat, kaolin Tanah liat, Pisau, span,penggelek, papan kaolin golek, gergaji kecil, pengayak, dawai, pemotong, kayu ukur, angkup luar, pinggan, kayu, pengguris dan berus 8. Anyaman Pandan, mengkuang, daun Parang, alat jangka, pelurut, nipah, buluh, paku pakis, tempayan, besen, periuk, daun serdang, rotan, rumput penyisip, pisau kecil rampai 9. Ukiran kayu Kayu Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, syelek RUMUSAN Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek yang penting dipelajari oleh pelajar semasa berada di alam persekolahan. Ia merupakan satu mata pelajaran yang dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan minat dan seterusnya mendalami Sen Visual secara betul dan bersistem. Pelajar yang sedemikian pada jangka panjangnya akan memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam topik ini pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dan perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja. PENGENALAN ASAS MUZIK Biasanya apabila disebut muzik, kita akan teringat kepada lagu-lagu nyanyian, mainan alatalat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya; atau mendengar lagu-lagu dari radio, televisyen kaset, cakera padat dan lain-lain. Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu pada hakikatnya tidak ada orang yang sepatutnya bekata Saya tidak suka muzik. Melalui muzik seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang mahu pun boleh menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku. Kegiatan muzik merupakan satu saluran komunikasi yang sangat penting. Fahaman dan penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat akan dapat membantu mengeratkan perhubungan dan persefahaman kemanusiaan. Definisi Muzik Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan persetujuan tentang defi nisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya muzik adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yangdianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi- bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefi nisikan sebagai muzik juga. Bahasa Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud kejuruteraan bunyi secara artistik. Sebenarnya muzik ialah satu perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani diberi nama sebagai 23

Muses yang bemaksud semua bentuk seni halus ermasuk muzik. Tetapi pada hari ini perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian. Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Mengikut Principles of the Pestalozzian System of Music mengenai prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik adalah seperti berikut: Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau saimbologi (kaedah hafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum mempelajari notasi muzik. Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, seeta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau panduan yang paling minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif. (kaedah penemuan kendiri). Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus dijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan dengan unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiap unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut. (pembelajaran mengikut urutan). Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan Dengan itu pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan teori dengan usaha sendiri. (pembelajaran heuristik). Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan berkonsep). Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan. Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Contoh Peta Minda Kebanyakkan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah diasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walau pun setiap pengkaedah muzik mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada bagaimana konsep-konsep muzik hendak diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Diantara kelima-lima pendekatan itu, pendekatan Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential. Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodally dan Gordon lebih memberikan penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Manakala Suzuki lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan berkait dengan pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah. Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic adalah merupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dan nyanyian 24

solfa diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze. Bagi Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik dikalangan pelajar boleh berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada aktivitiaktiviti muzik pada peringkat awal pelajar. Baginya aktiviti-aktiviti formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkan intelek sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek- aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau struktur muzik dikalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badan manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem urat saraf atau otot-otot yang bagitu kompleks. Kajian dan penyelidikan dalam bidang neurologi telah banyak memberi bunkti kepada pendapat Dalcroze mengenai kaedah kinestetiks yang dinamakan eurhytmics. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi pelajar. Sifat semula jadi kanak- kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya dalam pendekatan Orff. Ide-ide Dalcroze telah mempengaruhi Orff. Beliau telah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang berirama (chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa Irama bahasa/ lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh bayak membantu pelajar supaya mempelajari dan memahami dengan lebih berkesan tentang konsep- konsep muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatan Orff diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan improvisasi dengan muzik dengan cara penemuan sendiri. Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada empat komponen utama: (i) Imitasi (Mengajuk Balik) Berkait dengan perkembangan kemahirankemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan yang dimaksudkan adalah melalui aktivitiaktiviti bertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan bersama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik. Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glokenspiel, xylofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan. Manakala alat melodi yang utamanya ialah rekoder. (ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri. (iii) Improvisasi Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya hanya skel pentatonik disyorkan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xylofon dan metalofon. Cuma memainkan not tonik do dan not yang kelima soh kesemua notnot lain ditanggalkan. Alat xylofon yang lain pula hanya menggunakan skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh ti dan not keempat fah. 25

Skel Pentatonik Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton. (iv) Creation (Mencipta) Pada tahap ini pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa diatas. Bahan itu digunakan untuk mencipta rondos, mini suites dan theme and variation. Diperingkat ini cerita pelajar dan puisi digunakan sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff. (v) Literasi Pada tahap ini pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik seperti sight singing, menulis corak irama dan skor muzik. Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang bagitu terkenal diseluruh dunia. Beliau telah merancang satu kurkulum muzik untuk kegunaan sekolah dimana pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga enam kali seminggu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah Program muzik ini diaturkan secara berperingkat atau sequential dalam beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan permainan alat muzik. Kodaly telah memberi penekanan yang jelas kepada aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi melalui aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi. Kegunaan isyarat tangan, latihan solfa tangga nada pentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik). Pendekatan Suzuki pernah digelar pendekatan bahasa ibunda. Suzuki menamakan kaedanya talent education atau pendekatan bakat. Seperti pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu violin kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasuk penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara individu. Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan muzik harus bermula dari peringkat awal kanakkanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan dengan bermain secara menghafal rote playing sebelum menerima pembelajaran notasi formal note. Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting di dalam pendekatan Suzuki. Kebanyakan dari ciri-ciri asas dalam pendekatan Suzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi pengajaran dan pembelajaran muzik. Latihan solfa isyarat tangan: Curwin Hand Signs The Kodly approach emphasizes the importance of learning how to sing on pitch. In the 18th century, Joh Spencer Curwin (England) developed hand signs to go with the solfege syllables (do re mi, etc.). Kodly integrated these hand signs into his teaching methods. Hand sings are a way of giving a physical placement for a vocal pitch. The low do begins at your midsection. Each pitch is then above the previous one. Thus, you have the hand signs going up when the pitch goes up. The upper do is at eye level. Do Sol 26

Re La Mi Ti Fa Do Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding kepada pendekatan Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan kepada falsafah masing-masing. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol di mana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai audiation iaitu satu proses mental yang membolehkan seorang manusia supaya mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration). Dengan itu punca bunyi dalam audiation adalah dari akal fi kiran sendiri dan bukan dari persekitaran fi zikal. Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordon juga diatur secara perperingkat mengikut teori-teori pembelajaran semasa. Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang sama sengan aspek-aspek pembelajaran muzik yang lain. Dengan itu pelajar boleh membezakan irama, meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat muzik, membaca notasi atau menghayati muzik. 5.2 KONSEP MUZIK Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi Irama, Melodi, Harmoni, Warna Ton, Tekstur, Bentuk dan Ekspresi. Berdasarkan pengetahuan anda bincangkan pendekatan Kodaly dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. LATIHAN 1.1 Unsur-unsur Muzik (a) Melodi Peta Minda Melodi Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu Rasa Sayang. Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah. Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga). Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Contoh skel C major. Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C. (b) Harmoni Harmoni: Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel. Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai. 27

Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain, ianya disebut sebagai pergerakan kod. Diantara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah pergerakan kod I IV V. Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer. (c) Irama Irama : Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama yang berbeza. Detik : Bit yang konsisten. Contoh denyutan jantung. Meter : Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti berikut 23426 44428 Angka di atas menunjukkan bilangan detik dan angka di bawah menentukan jenis detik. Corak : Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak Irama irama yang berbeza. Rentak : Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau permainan alat. Contoh rentak masri. Tempo : Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contoh allegro (cepat) moderato (moderate pace). (d) Ekspresi Peta Minda Ekspresi Ekspresi : Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri. Dinamiks : Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam Muzik P (piano) lembut (soft) Fforte) Kuat (loud) Istilah : Tempo berkaitan dengan kelajuan dalam muzik Alla marcia berentak mac Andante sederhana cepat Allegro rancak dan cepat Coda ( ) bahagian tambahan dalam sesuatu ciptaan Da capo (D.C) dari permulaan Dal Segno (D.S) dari tanda segno Fine tamat Moderato sederhana Segno tanda Tanda : Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan Syarat maksud khusus. (e) Bentuk Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB. Contohnya: Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut: Bentuk dua bahagian Bentuk tiga bahagian Bentuk rondo 28

Bentuk strofi k Bentuk tradisional (f) Warna Ton Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah: Suara lelaki dengan suara perempuan; Suara perempuan dengan suara pelajar; Suara orang menjerit dengan suara berbisik; Tepukan tangan dengan petikan jari; Ketukan batu dengan ketukan kayu; Kicauan burung dengan salakan anjing; Geseran gelas dengan ketukan kayu; Paluan gong dengan gesekan biola; dan Petikan gitar dengan tiupan trumpet Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halius, gekap, terang, ringan dan berat. Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan dalam dua jenis iaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan dalam tiga jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyai warna ton tertentu. Dalam nyanyian koir yang mempunyai pelbagai jenis suara, hasilan warna tonnya adalah menarik dan harmonis. Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan orkestra terdapat alat tali, alat tiup brass, alat tiap kayu dan perkusi. Setiap alat mempunyai pembuatan dan cara mainan tersendiri yang boleh menghasilkan pelbagai warna ton. Begitu juga keadaannya dalam permainan ensemble alat tradisional di mana terdapat gabungan warna ton alat ketukan logam, alat ketukan kayu an alat tiupan buluh. Permainan yang mempunyai gabungan alat-alat seperti ini boleh menghasilkan warna ton yang menarik dan indah didengar. (g) Jalinan Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai. Jalinan boleh dibahagikan kepada; Monofoni Homofoni Polifoni Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment) Penggunaan satu alat muzik sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan sebagainya. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan. 5.2.1 Kemahiran Muzikal 29

Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo dan ensemble dengan teknik yang betul melalui aktiviti nyanyian dan bermain alat muzik bagi membolehkan pelajar mengalami, menuikmati dan menilai persembahan muzik serta mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah ini ianya telah dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan muzik. Kemahiran Muzikal Nyanyian Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan Kemahiran muzikal Permainan alat muzik. (a) Kemahiran Muzikal Nyanyian (i) Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen berikut: postur pernafasan sebutan artikulasi ekspresi penghasilan ton (register) memfrasa (ii) Membina kemahiran menyanyi Kemahiran Individu menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan menyanyi serta merta mengikut skor muzik Kemahiran Ensemble menyanyi dalam ensemble vokal secara unison menyanyi secara ensemble vokal secra berharmoni dalam lapisan suara. Sporano, alto dan tenor. Mendengar secara aktif dan selektif (b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan Bergembira bergerak dengan muzik Melibatkan diri secara aktif Mendengar secara aktif dan selektif Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan Memahami konsep muzik melalui pegerakan Mengenali aspek budaya yang berkaitan dengan pergerakan dengan muzik Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik. (c) Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik Bergembira bermain alat muzik Melibatkan diri secara aktif Mendengar secara aktif dan selektif Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat Mengenali alat muzik tradisional Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui 30

aktiviti permainan Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik. 5.3 PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM AKTIVITI MUZIKA 5.3.1 Nyanyian Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama. Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut; (a) Mari Menyanyi (i) Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi lagu berentak tradisional lagu pusingan dan lagu suara berlapis TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 95 (ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan (iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik (b) Menyanyi Secara Muzikal (i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada: pic, tempo,corak irama, melodi; dan ekspresi mengikut mud dan dinamik. (c) Teknik dan Cara Menyanyi (i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton (ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada; pernafasan pengeluaran suara artikulasi sebutan, dan postur. (d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian (i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. (ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. (iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek; Lirik; Melodi; cara menyanyi: dan 31

cara persembahan (iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. (vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. (vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara lain. 5.3.2 Muzik dengan Gerakan Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut: Gerakan mengikut lirik lagu Gerakan mengikut konsep muzik Interpretasi muzik dengan gerakan Gerakan bebas dengan muzik; dan Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik. Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu; Imbangan berat badan Ruang Masa Daya/ aliran. (a) Imbangan Berat Badan Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot. (b) Ruang Pastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan lingkungan pergerakan. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut: Dari jauh menuju ke pusat badan Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya Bila sahaja badan digerakan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, 32

atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai. (c) Masa Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa. Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta merta. Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu pergerakan serta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan. (d) Aliran Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu. 5.3.3 Permainan Alat Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat muzik. Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang ditegaskan didalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi. Kebanyakkan alat muzik yang digunakan didalam permainan alat secara ensemble ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan yang difi kirkan sesuai. PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN PENGENALAN Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman- pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat. Pendidikan pergerakan juga merupakan salah satu wacana yang menyumbang 33

ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah pelajar tentang keperluan-keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar berdasarkan kepada model wholistik perkembangan kanak-kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi keberkesanan dengan menjadikannya sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatan-kegiatan penerokaan, kreativiti, proses-proses berfi kir dan penyelesaian masalah serta pembentukan konsep pembelajaran yang merangsang pembinaan keyakinan diri dan pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan prinsip pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang daripada landasan konsep kanak-kanak total.Pendidikan pergerakan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagaitambahan kepada kurikulum sekolah secara total. Ia sebenarnya merupakan suatu pendekatan dalam pendidikan kanak-kanak yang menyumbang ke arah perkembangan pelajar itu dengan cara seperti berikut: 1. membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot. 2. memantapkan tahap kecerdasann fi izikal, pengetahuan dan sikap. 3. memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalamanpengalaman pergerakan terarah. 4. memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat. 5. memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi pengintergrasian konsep bilik darjah dengan program aktiviti fi zikal. 6. meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti pergerakan yang mencabar dan menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti pergerakan diperingkat sekolah rendah dan menengah yang terbahagi kepada empat bidang kandungan utama, iaitu: Permainan berunsur pendidikan Pergerakan berunsur pendidikan Sukan dan atletik Kecergasan jasmani. 6.1 PERGERAKAN ASAS Istilah pergerakan membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan. Secara literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di bahagikan kepada dua kategori. 1. Pergerakan kreatif 2. Gimnastik Setiap satu mempunyai fungsi yang unik dan penting dalam membentuk ketrampilan pergerakan. Deskripsi pendidikan pergerakan yang serupa ini apabila diaplikasikan kepada pengalaman-pengalaman pergerakan manusia, memerlukan semacam iringan berirama yang boleh ditempatkan didalam 34

kategori aktiviti berirama. Pengalaman- pengalaman ini ada diterapkan di dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang terdiri seperti, Pengalaman tidak berstruktur Pengalaman separuh berstruktur Pengalaman berstruktur Terdapat juga pertindihan aktiviti-aktiviti pergerakan yang terdapat dalam pergerakan kreatif dan gimanastik jika berdasarkan kepada pengalamanpengalaman diatas. Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang antara KBSR dan KBSM untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalaman berkaitan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut; 1. ritma asas 2. ritma kreatif 3. lagu pergerakan 4. permainan dan 5. kemahiran gimnastik Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, berlompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin dan joget. Pergerakan Lokomotor Bukan Lokomotor Lokomotor Membongkok Meregang Memulas Berpusing Mengangkat badan Merebah Menghayun Berjalan Berlari Meloncat Melompat Lari skip Galop Meluncur Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran- kemahiran yang berikut: Berjalan Berlari Melonjak 35

Melompat Hop Melungsur Gallop (berjalan seperti kuda) Skip Untuk membiasakan guru dengan cara menggunakan dan melaksanakan pergerakan- pergerakan di atas, analisanya telah dibuat dalam bentuk penerangan ringkas. Diharapkan penerangan ini dapat difahami oleh guru supaya konsep setiap pergerakan menjadi jelas. Kata kunci dan frasa tertentu dicadangkan sebagai panduan pengajaran atau untuk tujuan merangsang pembetulan. (a) Kemahiran Lokomotor Asas (i) Berjalan Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolaholah mengikut satu garisan lurus. Tangan melenggang bebas berselangseli mengikut arah kaki melangkah. Perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Kedudukan badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega. Frasa pengajaran penting: Ayun langkah dari paras punggung Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di sepanjang bahagian sisi luar tapak kaki sehingga ke hujung ibu jari. Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan. Berjalan dengan lembut Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan Melenggangkan lengan dan tangan secara bersahaja Cadangan untuk penelitian: Berjalan tegak-tinggi, kemudian berjalan tegak berjengket yakni lebih tinggi Jalan berundur kemudian ke hadapan Berjalan seperti robot atau askar permainan. Berjalan seperti gergasi Berjalan seperti gorilla, gajah, anjing cedera di kaki Berjalan seperti barang permainan berkuasa bateri 36

Berjalan seperti patung-patung kawalan tali Berjalan bebas (tekankan imbangan yang baik) Berjalan setempat, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan bentuk zig-zag Berjalan mengikut gabungan mana-mana cara di atas Berjalan berjengket, di atas tumit, mengangkat lutut tinggi, kaki jegang dan berjalan seperti berkawat Berjalan perlahan dengan langkah besar dan langkah kecil Berjalan pantas dengan langkah besar dan langkah kecil Berjalan perlahan sambil menurunkan dan meninggikan badan. (b) Berlari Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan.Yang berbeza ialah semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa kea rah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun kea rah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki. Frasa Pengajaran Penting: (i) Berlari di atas bebola kaki. (ii) Bengkokkan siku dan lutut (iii) Ayun tangan ke hadapan (iv) Tegakkan kepala (v) Berlari dengan gaya yang lembut Cadangan untuk Penelitian: (i) Berlari setempat, ayun tangan ke hadapan. (ii) Berlari dengan perlahan, lutut diangkat tinggi (iii) Berlari dengan ringan di atas bebola kaki. (iv) Berlari kuat (dengan bunyi bising) kemudian beransur-ansur senyap. (v) Berlari pantas dan kemudian beransur perlahan-lahan. (vi) Berlari dan berhenti apabla syarat diberi, kemudian berlari semula. (vii) Berlari ke hadapan, berundur ke sisi. (viii) Berlari mengikut seorang ketua. (ix) Berlari mengikut pelbagai kelajuan. (x) Berlari mengikut hala zig-zag (xi) Berlari berjengket (xii) Berlari menendang ke belakang (c) Berlari serta Berlonjak (LEAP) Berlari serta berlonjak hamper menyerupai pergerakan berlari, cuma ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut di angkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat daripada tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna. Frasa Pengajaran Penting: (i) Tolak ke atas, hulur dan jejak. 37

(ii) Ayun tangan (lengan) ke atas dan ke hadapan (iii) Lari, lari dan lompat (tekankan perkataan lompat untuk menandakan kekuatan dalam pergerakan) Cadangan untuk Penelitian: Berlari serta berlonjak (leap) adalah sukar bagi kanak-kanak. Beri latihan lompatan. Variasi jarak dan ketinggian lompatan yang memandai perlu dikuasai: (i) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat (ii) Melompat seperti rusa melompat pagar (iii) Melompat seutas tali di atas lantai (iv) Melompat tali yang ditinggikan sedikit (v) Melompat menyeberang dua utas tali yang menyerupai anak sungai (d) Lompatan Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada diudara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Frasa Pengajaran Penting: (i) Mengayun tangan ke belakang dan kehadapan, dan ke bawah dan ke atas (ii) Membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat (iii) Hulur dan jejak Cadangan untuk Penelitian: (i) Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan (ii) Melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah (iii) Melompat dan capai pelbagai benda (iv) Melompat sambil bergerak kehadapan dan pelbagai arah. (v) Melompat kedalam dan ke luar gelung rotan (vi) Lompat untuk jarak (vii) Melompat sambil mengubah ke arah lompatan (viii) Melompat seperti kanggaru (ix) Melompat anak sungai (e) Melompat Ketingting Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah. Frasa Pengajaran Penting: (i) Ketingting keudara dengan sebelah kaki dan menurun dan mendarat semula dengan kaki yang sama (ii) Angkat tangan ke atas (iii) Kepala tegak (iv) Lutut bengkok Cadangan untuk Penelitian: (i) Ketingting setempat, tegak di atas sebelah kaki selama lima kiraan (ii) Ketingting dan pusingkan badan (iii) Ketingting arah ke hadapan, ke belakang dan ke kiri kanan. 38

(iv) Ketingting meliputi pelbagai jarak (v) Ketingting melintasi tali, atau gerisan 6.1.1 Kemahiran Persepsi Motor Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah penting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasa kewujudan dirinya dalam ruangan. Pelajar perlu mengenalpasti arah kiri dan kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau corak. Perkembangan persepsi motor juga memainkan peranan dalam pencapaian akademik kanak-kanak. Kemahiran persepsi motor diperlukan bagi membaca huruf isyarat (decoding) dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiran membaca. Berikut adalah kemahiran-kemahiran persepsi-motor: Mengimbang Kesedaran badan Kesedaran ruang Kesedaran hala datar (laterality) Kesedaran arah (directionality) Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata (a) Mengimbang Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan aktivitiaktiviti mengimbang dengan permainan lebih menyoronokkan bagi pelajar. Pelajar berpeluang membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas yang berjalan di atas tali atau mengimbang di atas sebelah kaki di atas belakang kuda sarkas. (b) Kesedaran Badan Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri: Saiz Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan serta perkaitannya di antara satu dengan yang lain Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan menggerakkan badan. Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza. Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi pergerakannya. (c) Kesedaran Ruang Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan tersebut. Apabila kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang dan tubuh badan kita memenuhi ruang seperti juga benda-benda lain yang berada dipersekitaran kita. Kita juga menyedari tubuh badan kita serta perkaitannya di antara benda-benda disekitar. Hal ini merupakan konsep asas yang perlu di terokai oleh pelajar supaya mereka boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya. Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Guru menyuruh pelajar melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah. Dengan cara ini mereka akan lebih menyedari saiz ruang diri persendirian mereka semasa tidak bergerak. Pelajar juga digalakkan untuk bergerak bebas di dalam ruang yang wujud di luar persendirian mereka. 39

(d) Kesedaran Hala Datar (Laterality) Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi tubuh badan seseorang. Dengan ini seseorang dapat mengawal pergerakan daripada kedua-dua belah bahagian tubuh badan secara serentak atau secara berasingan. Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau lengan kanan dan kaki kiri bersama-sama digunakan akan menolong mengembangkan kesedaran hala datar pelajar (sense of laterality). Permainan sperti Angels in the snow sesuai bagi tujuan ini. Dalam permainan ini, pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kaki serta tangan membentuk gerakan membulat (circular movement) mengikut arahan yang diberikan oleh guru. (e) Kesedaran Arah Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran lauran arah ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala-datar. Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan kesedaran arah ini. Umpamanya bergerak ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan, ke atas, dan ke bawah boleh membina kesedaran arah. Melalui pergerakan seumpama ini pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di dalam muka surat bercetak iaitu semasa membaca. (f) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi di antara pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik. Interaksi ini haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Ini melibatkan interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul Permaian bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik. Pelajar melambungkandan menyambut dengan kedua-dua belah tangan atau melambungkan dengan sebelah tangan dan menyambutnya dengan tangan yang sebelah lagi. Permaian yang melibatkan sepakan pula adalah baik bagi kordinasi kaki-mata. Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran yang tidak bergerak atau ke arah gawang gol. 6.1.2 Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebih awal. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek. Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahiran diri seseorang pelajar: Membaling Menyambut Memukul Menendang atau menyepak Menggelecek Kesemua Kemahiran manipulatif di atas juga dapat mempertingkatkan 40

perkembangan kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu kemahiran manipulatif ini dapat memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk menjadi untuk menjadi seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupannya. 6.2 PENDIDIKAN PERGERAKAN Pendidikan dalam apa bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang bermakna. Pendidikan haruslah juga memberangsangkan dan menghasilkan kepuasan yang semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu yang baharu. Pendidikan pergerakan adalah suatu kaedah pengajaran yang unik kerana apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak mereka juga belajar sambil bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfi kir dan Kemahiran Contoh Hubung kait motor-penglihatan Menangkap bola Melambungkan bola melalui gelung rotan Menggelecek bola hoki Pemindahan motor-penglihatan Mengulang semula sesuatu pergerakan Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu gambar Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu arahan Hubung kait motor-pendengaran Menari mengikut muzik Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan dengan langkah yang kuat dan badan yang direndahkan. Penukaran motor-pergerakan Mendengar dan melakukan arahan Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk mengikut irama Hubung kait motor kinestatik Aktiviti penyedaran tubuh badan Aktiviti mengimbangkan badan. Hubung kait motor-taktile Memanjat (jungle gym) Merangkak menerusi terowong. merasi sesuatu secara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini pelajar akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri; Apa yang mampu dilakukannya Bagaimana dia boleh mengawal diri Bagaimana dia dapat mengawal sesuatu yang berada disekelilingnya sekitar (ruang manusia dan lain-laian yang bernyawa dan yang tidak bernyawa) dan Bagaimana dia dapat melahirkan perasaan dan ideanya. Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri kanak- kanak iaitu perkembangan fi zikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul di antara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang melalui pelbagai pergerakan itu. Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan kemahirankemahiran 41

seperti berikut: Gimnastik Pendidikan Gimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai, pengalaman atas rumput, tikar getah atau permainan yang tidak banyak memerlukan peralatan untuk meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pula terdiri daripada pergerakan yang menggunakan alat-alat seperti bangku panjang, palang, alang, peti pelana dan peralatan taman permainan. Pada peringkat awal, sebahagian besar latihan ditumpukan kepada aktiviti-aktiviti lantai, tetapi apabila pelajar sudah mahir, sebahagian besar tumpuan diialihkan pula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan. (a) Pengalaman Lantai Apabila pelajar sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas, tumpuan seterusnya, secara keseluruhan hendaklah kepada usaha merapatkan seluruh anggota menjadikannya satu bentuk paduan. Apabila setiap pelajar telah dapat menguasai aksi-aksi dan mengekalkan bentuk-bentuk aksi itu, mereka bolehlah menumpukan perhatian kepada lakuan lain seperti menggulingkan tubuh ke arah yang berlainan. Pengalaman-pengalaman pada tahap kawalan termasuk antaranya lakuan mengguling daripada kedudukan berdiri kepada bergerak dan mengguling. Imbangan-imbangan berbentuk bukan simetri dan imbangan terbalik boleh diperkenalkan. Pembentukan konsep tetap (pegun) boleh diterangkan dengan membandingkan perbezaannya dengan aksi mengguling. Boleh mencabar pelajar untuk menggabungkan antara dua jenis kemahiran yang mudah tetapi berkaitan, seperti bergerak dengan mengimbangkan badan dengan menggunakan dua anggota dan seterusnya. Urutan pergerakan yang lebih kompleks dan maju bukan sahaja menyeronokkan, malah mencabar keupayaan pelajar. Pemindahan beban daripada bahagian anggota kaki ke anggota tangan, meneroka imbangan badan yang tidak stabil dan menerap sebahagian atau seluruh beban berat badan rakan, adalah antara cabaran yang sesuai bagi setiap pelajar. Konsep-konsep pemecutan, kukuh, apungan, terikat dan bebas adalah antara konsep-konsep yang ditekankan pada tahap kecekapan. Mana-mana pelajar yang telah mempelajari beberapa lakuan pergerakan gimnastik akan berasa seronok dengan cabaran yang menekankan tumpuan kepada kualiti pelaksanaan. Kegiatan memadan dan mencerminkan pergerakan rakan, mengulangi urutan beberapakapan. (b) Pengalaman Peralatan Selepas pelajar telah boleh menguasai aktiviti-aktiviti lantai, maka pelajar itu bolehlah membuat gimnastik dengan menggunakan peralatan-peralatan gimnastik seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang. Kebanyakan sekolah menengah mempunyai peralatan seperti diatas tetapi TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 113 tidak bagi kebanyakan sekolah rendah. Yang mana pada lazimnya sekolah rendah hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka-rangka panjat untuk menerapkan pengalaman gimnastik menerusi pengunaan alatan. Guru dilarang memaksa pelajar menggunakan sesuatu alat. Mana-mana 42

pelajar yang masih berada diperingkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan di sepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali atau bergerak disepanjang rangka panjat. Ini secara tidak langsung membawa pelajar itu untuk membiasakan dirinya dengan peralatan yang digunakan dalam latihan sebenar untuk membina keyakinan diri. Latihan-latihan permainan berhalangan yang mudah dengan menggunakan peralatan seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelong rotan, tali, bongkah dan rotan sesuai digunakan untuk mempelajari konsep-konsep seperti diatas iaitu menyimpang, menerusi dan bawah. Pelajar yang berada pada peringkat kawalan boleh mencuba menggunakan pelbagai cara untuk bergerak di atas alang, bergayut di atas palang atau tali, melompat dari meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain di atas palang bertingkat. Setelah pelajar itu mahir menggunakan peralatan, anda bolehlah menggalakkan mereka memindahkan kemahiran aktiviti lantai kepada aktiviti menggunakan peralatan. Apabila pelajar telah menjangkau tahap kecekapan mereka perlulah pula memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan acar menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar. Seperti pengalaman aktiviti lantai dalam permainan gimnastik pelajar haruslakh digalakkan supaya memberi perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk urutan dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai untuk gimnastik pendidikan ialah melompat dan mendarat, mengguling, membongkok, melentur, memusing dan mengayun, kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik. Gimnastik Irama Dalam gimnastik irama pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara berannsuransur dan kemudian diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihan berirama ini pelajar bukan sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengan sendirinya akan memantapkan kemahiran-kemahiran merekaa yang kompleks dan mencabar itu. Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan dengan menggunakan peralatan seperti bola, gelang, rotan, tali dan reben. Apabila pelajar itu telah mahir menggunakan perlatan itu bolehlah ia menggabungkan pergerakan dengan pola rutin yang mudah. Penggabung jalinan rutin-rutin seperti gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama atau gimnastik reben berirama dan lain-lain itu ke dalam program gimnastik. Berikut adalah beberapa saranan untuk menjayakan sesi gimnastik berirama: Gunakan muzik iringan semasa berlatih Gunakan pelbagai ragam irama untuk meningkatkan kreativiti dan membangkitkan minat. Jarakkan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan. Beri penekanan pada penggunaan anggota-anggota tangan dan lulut secara serentak semasa menangkap objek-objek. 43

Latihkan semua kemahiran kedua-dua bahagian tubuh. Biarkan pelajar mencipta kemahiran dan rutin mereka sendiri. Jenis-jenis peralatan untuk Gimnastik berirama: Bola Belantan Gelung Reben Tali Paling penting dalam gimnastik berirama ialah pergerakan yang betul dengan mengikut muzik. (a) Gimnastik Berirama (Bola) Berikut adalah teknik-teknik asas dalam memanipulsikan bola seperti mengguling, mengayun, dan melontar yang digubah mengikut muzik. (i) Letakkan bola di atas tapak tangan tanpa mencekamnya semasa melakukan aktiviti. (ii) Lontarkan bola dengan hanya menggunakan gerakan bahu. (iii) Tangkap bola dengan menggunakan hujung jari (iv) Ayun dan gulingkan bola ke lantai dengan memegangnya dengan pergelangan tangan. (b) Gimnastik Berirama (Belantan) Belantan yang digunakan adalah lebih kurang 3 kaki persegi panjang. Teknik-teknik penggunaan belatan serta aktivitinya adalah seperti berikut: dengan muzik berentak Waltz. (i) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belatan. Gugurkan belantan ke lantai dengan sebelah hujungnya melantun dan cuba untuk menangkapnya. (ii) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belatan. Lontar belantan ke udara dan tangkapnya. (iii) Berdiri tangan kanan memegang sebelah hujung belatan. Keduadua tangannya disisi. Ayun belantan melintasi badan dan tangkapnya dengan tangan kiri. (iv) Bertinggung. Cuba gunakan berbagai-bagai bentuk pergerakan lokomotor untuk aktiviti-aktiviti di atas. (c) Gimnastik Berirama (Gelung) Gelang yang digunakan berukuran 20 27 inci diameter dengan tapak tangan menadah ke atas dan ke bawah untuk aktiviti-aktiviti gelang dengan muzik berentak waltz. (i) Pegang gelang dengan sebelah tangan dan ayunkan gelang ke atas dan ke bawah. (ii) Pegang gelang (d) Gimnastik Berirama (Reben) Reben yang digunakan berukuran 10 15 kaki panjang dan muzik berentak Waltz. Kibarkan reben dari satu bahagian ke satu bahagian lain di hadapan dalam pola melengkung. (e) Gimnastik Berirama (Tali) Tali digunakan berukuran berdasarkan saiz dan ketinggian gimnas. Diukur dari tapak kaki hingga ke bahagian ketiak gimnas. 44

Gimnastik Artistik Untuk melaksanakan gimnastik artistik pelajar seharusnya telah boleh menguasai semua asas gimnastik. Di mana tahap penggunaan dan kecekapan itu sudah boleh memanipulasi tubuh mereka serta mempunyai asas pengalaman gimnastik seperti aksi- aksi dirian tangan, roda kereta, gulingan, imbangan dan sebagainya. Bimbingan daripada guru amatlah penting dalam pelaksanaan gimnastik berirama ini. Ketika ini ramai pelajar meminati permainan gimnastik secara sendiri dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh kelab-kelab gimnastik dimana kelab-kelab ini mempunyai jurulatih yang bertauliah yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengenadalikan program gimnastik dengan baik. Berikut adalah kegiatan gimnastik artistik bagi pelajar ditahap kecekapan: (a) Gulingan Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain disekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap pengggunaan boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuanlakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling. Mereka juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam, atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang berbeza-beza. Di tahap kecekapan, pelajar boleh belajar cara melakukan lakuan mengguling sebagai sebahagian daripada kemahiran tambahan. Mereka harus bersedia untuk menggunakan kemahiran ini apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam permainan bola jaring, bola sepak dan sebagainya. (b) Imbangan Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Pelajar yang sudah mencapai keupayaan perlakuan asas, sama ada ditahap aplikasi atau kemahiran, mampu menyokong beban berat mereka dengan kedua-dua belah tangan dalam keadaan tetap, dalam keadaan kedua-dua kaki terlunjur ke atas, punggung lurus selari dengan kedua-dua tangan buat selama tiga hingga lima saat. Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini termasuklah mengimbang dalam persekitaran yang dinamik, memindah dan menukarkan bebanan menjadi tetap, sambil pada masa yang sama melakukan imbangan dalam pelbagai kedudukan. Ini adalah penting untuk membantu pelajar membuat keputusan mengenai gabungan pergerakan di samping membolehkan memilih dan mencipta cara menjalinkan satu jenis pergerakan dengan cekap. Di tahap kecekapan, latihan imbangan dilakukan di atas lantai dan diatas sebarang alatan dengan menggabungkan kemahiran imbangan dengan faktor masa, daya tenaga, kuasa, tetap dan rasa keriangan untuk mengekpresikan kontras di antara pelbagai unsur. Pelajar digalakkan memperhaluskan gaya pergerakan lantai mereka daripada satu kedudukan kepada satu kedudukan serta membentuk cara lakuan dengan baik dan menggunakan fokus sepenuhnya. Memindah beban seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, 45

meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim. Tetapi lakuan memindahkan beban yang paling kerap ialah dari kaki ke kaki seperti dalam berjalan. Terdapat perbezaan yang ketara antara gimanstik pendidikan dengan gimnastik artistik. Dalam gimnastik artistik matlamatnya adalah jelas. Pelajar dikehendaki mempelajari cara melaksanakan kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan mengikut kaedah yang khusus. Sementara itu hasilan daripada gimnastik pendidikan tidak mudah diperjelaskan. Kemahirankemahiran yang hendak dipelajari itu tidak ditentukan terlebih dahulu dan praktiknya tidak terikat kepada kaedah-kaedah tertentu. Dalam hal ini guru akan bertindak sebagai pembantu kepada pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk bergerak sealiran dengan arus graviti, membina keyakinan diri dan sifat berdikari, serta menginterpretasikan perlakuanperlakuan di samping menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran berkenaan. 6.3 PENDIDIKAN KREATIF LATIHAN 6.2 6.3.1 Interpretasi Idea Para pelajar merupakan golongan yang kreatif. Kekreatifan mereka tidak mengenal sempadan dalam proses mereka meneroka dan berangan-angan (fantasi) tentang persekitaran mereka. Mengikut Albert Einstein, seorang ahli sains terkemuka, imaginasilah penggerak kepada kreativiti. Namun setelah pelajar itu meningkat dewasa sifat kreatif ini akan semakin berkurangan. Ini adalah disebabkan tekanan ke atas pelajar untuk mengikut normal sosial dan pelbagai hukum dan peraturan yang ditetapkan agar boleh menyesuaikan diri dan berfungsi dalam masyarakat. Kreatif juga merupakan sebagai satu bentuk kecerdasan. Gardner 1978, mengganggapnya sebagai salah satu daripada multiple intelligence yang meliputi pelbagai fungsi otak. Pembelajaran bagi kanak-kanak adalah satu proses yang aktif dan melibatkan membuat keputusan. Mereka perlu diberikan ruang dan masa untuk meneroka dan mencuba idea dengan cara mereka tersendiri. Mengikut Torrance (1969), ciri-ciri berikut yang terdapat pada para pelajar membantu untuk mereka belajar secara kreatif. Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama Keupayaan untuk menyusun Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan Meneroka sebelum pengajaran formal Menggunakan silence dan hesitation Melihat dengan lebih dekat Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah Bercerita dan menyanyi. Justeru, setiap pelajar perlu diberi peluang yang sama dan akses yang sepenuhnya kepada bidang-bidang kreatif dalam kurikulum. Namun demikian, bukan semua pelajar akan memberi respon yang sama kepada kreativiti. Oleh itu sebagai guru amat penting bagi kita untuk mempunyai konsep yang jelas mengenai kreativiti dan kriteria-kriteria yang boleh digunakan sebagai kayu pengukur dalam menentukan kreativiti pelajar. 46

6.3.2 Perasaan dan Tanggapan Deria Lowenfi eld dan Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kreativiti pelajar. Peringkat scribbling di mana pelajar meneroka alam sekitar dengan menggunakan panca inderayang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara rawak. Mereka meneroka dengan warna, ruang dan bahan-bahan 3D. Lakaran ini kemudian menjadi lebih sistematik dan terkawal. Pra-skema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar. Peringkat ini pelajar telah mula menggunakan simbol. Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial. Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal pearasaan dalam kumpulan yang tidak dikawal oleh orang dewasa. Lukisan menjadi lebih realistik dalam menggambarkan pengalaman sebenar. Dalam melalui peringkat perkembangan ini pelajar mempelajari juga tentang diri mereka melalui ekspresi yang dijelmakan atau yang dihasilkan. Sebagi guru, kita seharusnya menggalakkan keunikan dan keaslian idea pelajar supaya mereka tidak beranggapan bahawa mereka perlu meniru dan mempunyai idea yang sama dengan kanak-kanak lain. Untuk itu kita perlulah menyediakan ruang dan masa bagi pelajar meneroka dan menghasilkan idea-idea mengikut cara mereka sendiri. Kebebasan ini akan membantu pelajar belajar berdikari dan bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka disamping meningkatkan keupayaan minda mereka. Kreativiti pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea, perasaan, emosi dan semua aspek ini sering dilihat apabila melihat pelajar bermain. Dengan bermain pelajar berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka tersendiri, menginterpretasi tugas mengikut kefahaman mereka sendiri dan memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka fi kirkan tanpa batasan atau had yang ditetapkan oleh guru. LATIHAN 6.3 Nyatakan peringkat perkembangan kreativiti pelajar berdasarkan kepada pendapat Lowenfi eld dan Brittain (1982)? 6.3.3 Unsur Pergerakan Tubuh Badan, Ruang, Masa dan Daya Dalam pergerakan kreatif pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk meluahkan perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan contoh untuk dibuat peniruan. Dengan itu pergerakan kreatif boleh berlaku dimana-mana sahaja. Antara objektif pergerakan kreatif ialah; Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang serta idea Meningkatkan tahap kesediaan Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan. Untuk mengelolakan pergerakan kreatif adalah diharapkan agar pelajar dapat memanfaatkan penggunaan otot kasar dan halus dalam mengadakan aktivitiaktiviti pergerakan itu. Otot-otot kasar dan halus perlu diperkembangkan dan 47

dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar. Untuk memahami unsur pergerakan dengan lebih baik disenaraikan di bawah komponen-komponen asas pergerakan. Imbangan badan Tenaga yang digunakan untuk bergerak. Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan. Bahagian atas mencerminkan keringanan Masa Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa Pergerakan lambat banyak menggunakan masa Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai rentak, beat atau pulse. Ruang Merupakan lingkungan pergerakan samada lingkungan umum) personal space)atau lingkungan kendiri (general space) Aras: tinggi, sederhana dan rendah Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah Aliran Pergerakan yang dilakukan itu samada bergerak secara bebas atau terkawal. RUMUSAN Topik ini memberi penekanan tentang pengetahuan asas tentang pergerakan yang merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif. Seperti telah tersedia maklum penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat. UJIAN 1 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI PENGENALAN Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfi kir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Topik ini bukan sahaja meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfi kir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Seni dalam pendidikan mengajar pelajar begaimana untuk menangani secara produktif terhadap sumber-sumber imaginasi, kreativiti dan pemikiran serta emosi dan bagaimana untuk berkomunikasi denganapa yang mereka lihat. Seni 48

dalam Pendidikan juga mengajar remaja untuk membuat ekpresi diri terhadap apa yang mereka tanggap dan rasa melalui pelbagai bahasa. 7.1 PENEROKAAN Penerokaan membawa maksud, menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah. Dalam erti kata yang lain meneroka adalah bermaksud menggunakan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran. Semasa proses ini berlaku guru. tidak digalakkan untuk menilai aktiviti yang sedang dijalankan sebaliknya guru hanyalah berperanan sebagai fasilatator atau pembimbing dan membimbing pelajar untuk menemui sesuatu yang lebih spesifi k tentang diri mereka. Anda digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benarbenar lebih berimaginatif. 7.1.1 Meneroka Alat dan Bahan Apabila kanak-kanak sudah menguasai aktiviti-aktiviti lantai pelajar juga digalakkan untuk meneroka pengalaman peralatan. Seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang. Setengah-tengah sekolah hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangkarangka panjat sahja untuk mendapatkan pengalaman peralatan. Biasanya peralatan yang diimprovisasikan atau dimanipulasikan menjadi kegemaran pelajar untuk melakukannya. Mereka boleh diperkenalkan kepada alatan tertentu dengan cara menggalakkannya meninjau dan meneliti alat . Guru dilarang memaksa pelajar melakukan atau menggunakan sesuatu peralatan. Pelajar diperingkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan disepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali panjat, atau bergerak di sepanjang rangka panjat. Pengenalan secara ini akan membawa pelajar berjinak-jinak dan dapat membiaskan diri dengan peralatan yang digunakan dalam latihan sebenar. Ini akan dapat membina keyakinan diri pelajar. Latihan-latihan berhalangan dirancang berpandukan penggunaan peralatan yang mudah diperolehi seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelong rotan, tali, bongkah dan rotan. Ini semua adalah untuk menguatkan keyakinan pelajar mempelajari konsep-konsep seperti di atas, iaitu menyamping, menerusi dan bawah. Pelajar pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut diatas palang atau tali, melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat. Kemudian setelah mahir menggunakan peralatan barulah digalakkan untuk memindahkan keaktiviti menggunakan peralatan yang sebenarnya. Pelajar pada tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentukbentuk dengan menggunakan anggota-anggota semasa beraksi. Pengalaman 49

yang melibatkan kebolehan memindah beban ke pelbagai bahagian anggota, melakukan imbangan-imbangan bukan simetri serta imbangan-imbangan terbalik adalah sesuai kepada pelajar yang beradad di tahap ini. Apabila pelajar telah meninjau pada tahap kecekapan, mereka perlulah pula memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan cara menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar. Pelajar juga harus digalakkan supaya memberi perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka semasa menjalani latihan pola-pola pergerakan dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk urutan dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai seperti melompat, mendarat, mengguling, membongkok, melentur, memusing dan mengayun bertujuan untuk membina tubuh yang mantap, kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik ketika berada di atas sesuatu perlatan. Bagaimanakah cara-cara untuk meneroka sesuatu aktiviti? 7.1.2 Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi Pelajar d itahap penggunaan dan kecekapan sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi. Di atas pengalaman-pengalaman yang diperolehi itu pelajar seringkali cuba untuk mempraktikkan lagak ngeri gimnastik artistik sebagai gerak balas kepada perlakuan gimnastik. Pelajar akan melakukan aksi-aksi seperti; Dirian tangan Roda kereta Gulingan Imbangan dan sebagainya. Kemungkinan ada pelajar yang meminta bantuan guru untuk melaksanakan sesuatu lakuan gimnastik atau memperbaiki gaya lakuan yang telah mereka tonton atau yang sedang mereka pelajari. Untuk itu bimbingan guru adalah penting pada peringkat ini. 7.1.3 Meneroka Idea dan Isi Kandungan Pelajar digalakkan untuk meneroka idea dan isi kandungan yang terdapat didalam pergerakan seperti aktiviti mengguling dan mengimbang. (a) Aktiviti Mengguling (i) Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagianbahagian anggota yang lain di sekeliling sesuatu paksi. Pelajar boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuanlakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling. (ii) Pelajar juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang berbeza-beza, pantas atau perlahan mengikut pilihan individu. (iii) Pelajar juga perlu bersedia untuk menggunakan kemahiran mengguling dengan spontan apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam permainan bola sepak, bola jaring, bola keranjang, bola tampar atau pun dari alatan aras tinggi. TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 127 7.2 MEMPEROLEH PENGALAMAN Pengalaman dalam seni visual, muzik dan pergerakan akan menjana 50

pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif, kanak-kanak menggunakan seni untuk meluahkan fi kiran dan idea mereka. 7.2.1 Pelbagai Strategi Memperoleh Pengalaman Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Rajah 7.2: Pelbagai cara untuk memperolehi pengalaman 7.2.2 Aktiviti Memperoleh Pengalaman Terdapat pelbagai cara pelajar memperolehi pengalaman antaranya ialah melalui permainan. Permainan merupakan nilai riadah yang sungguh menakjubkan, nilai kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat ampuh untuk menyalurkan rasa ketahanan semulajadi di dalam jiwa pelajar didalam pelbagai peringkat. Antara objektif permainan ialah: Menyediakan aktiviti lasak yang secukupnya bagi kelompok otot besar dengan tujuan mengembangkan daya potensi yang memberi kesan kepada pengembangan dan pengawalan otot dengan baik Membina kebolehan-kebolehan berlari, bertindak, menyelinap, mula dan berhenti. Mempelajari cara-cara mengendali dan mengawal anggota semasa dalam keadaan tertekan. Memupuk kecergasan mental dalam kerangka perancangan strategi permainan. Membantu pelajar memahami dan mematuhi peratur-peraturan dan arahanarahan. Menggalakkan pelajar bermain dengan rakan-rakan sebaya mengikut peraturan dan tingkahlaku yang positif seperti tidak bergaduh. Menggalakkan pelajar bermain secara adil dan bersemangat kesukanan yang terpuji. Memahami diri sendiri dan diri orang lain. Kebanyakan aktiviti-aktiviti didalam permainan dapat memberi kesan yang positif kepada perkembangan asas kemahiran motor yang berpadanan di samping dapat menyediakan asas untuk perkembangan dan pengekalan kecergasan fi zikal. Selain mempunyai potensi untuk menyuburkan kedua-dua aset yang diperkatakan itu permainan mengandungi daya tarikan yang cukup berkesan iaitu keseronokan. Terdapat banyak nilai-nilai pembentukan peribadi yang boleh didapati didalam aktiviti main. Antaranya ialah: Kesukaran dalam permainan bukan sahaja melibatkan bentuk fi zikal tetapi lebih menitik beratkan ketahanan nilai kognitif setiap pelajar seperti pemahaman tentang peraturan, pertanggungjawapan, pilihan dan strategi. Apabila pelajar diberi peluang untuk mengubahsuai dan mereka cipta permainan- permainan, rangsangan kognitif mereka turut sama menggerakkan pemikiran dan kreativiti mereka. Permainan boleh digunakan untuk mengajar dan memperkukuhkan konsep-konsep akedemik yang khusus seperti yang terdapat dalam matapelajaran sains, matematik, bahasa, muzik dan lain-lain. Permainan dapat meningkatkan keupayaan lokomotor seperti berlari, 51

melompat dan mengimbang. Permainan juga dapat memantapkan keupayaan manipulatif asas seperti melontar, membaling, menangkap, menendang, mengelak, mengelecek dan lain-lain lagi. Permainan juga mempunyai potensi untuk meningkatkan tahap kecergasan seperti kekautan, daya tahan, kelenturan dan ketahanan kardiovaskular. Permainan membina kecergasan motor seperti kelajuan, ketangkasan, kordinasi, keseimbangan dan lain-lain. 7.2.3 Kepentingan Pengalaman Secara Langsung Segala aktiviti yang dilakukan boleh didapati secara langsung berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang telah diperoleh. Antaranya adalah berdasarkan kepada pengalaman permainan. Sebagai contoh, kemahiran membaling dan menangkap pundi-pundi kacang bersama rakan mungkin dapat dipindahkan dan dipraktikkan dalam kemahiran membaling dan menangkap bola jaring atau bola lisut. Untuk itu rancangan-rancangan yang terdapat di dalam permainan boleh disusun kepada tiga kategori pengalaman mengikut tahap kemahiran pelajar antaranya ialah: (a) Pengalaman Kemahiran Permainan Tak Varian Sebagai pengalaman awal, pelajar akan diberi peluang melibatkan diri dengan kemahiran-kemahiran asas dalam situasi tertutup atau berubah. Pengalaman- pengalaman yang sedemikian memberi pelaung kepada pelajar untuk mencapai keupayaan mengawal sesuatu objek melalui penggunaan pola motor yang khusus. Pengalaman itu dirancang sebegitu rupa agar latihan berkenaan menjadi semirip yang mungkin dengan situasi pengalaman sebenar. Dalam pengalaman tak varian, pelajar diperlukan untuk meramal arah tuju bola atau pundi-pundi kacang atau arah tuju pergerakan lawan. Pengalaman ini sesuai untuk pelajar berada di tahap prakawalan dan tahap pengawalan kecekapan kemahiran yang menghadapi kesulitan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran yang menghadapi masalah dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi yang dinamik atau terbuka. Apabila kecekapan sesuatu kemahiran itu meningkat, kadar kesukaran tugas perlu juga ditingkatkan dan pada masa yang sama kebolehtelahan relatif kemahiran dikekalkan. Contoh, semasa pelajar membaling bola ke sasaran yang tidak bergerak, jarak sasarannya bolehlah ditambah. Jika pelajar belajar berlari dan melompat melepasi halangan yang rendah, ketinggian halangan itu boleh dipertingkatkan. Jangan paksa pelajar melakukan aktiviti jika dia tidak bersedia melakukan sesuatu kemahiran. Ini adalah disebabkan kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kerana paksaan guru atau jika pelajar belum bersedia melakukannya. (b) Pengalaman Kemahiran Permainan Dinamik Apabila pelajar sudah memperolehi kemahiran yang membolehkan mereka bermain dengan cekap mereka haruslah diberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran mereka itu dalam kedaaan serupa seperti dalam keadaan permainan yang sebenarnya. Pelajar perlu didedahkan kepada pengalaman sukan sebanyak mungkin 52

yang boleh terutamanya kepada permainan-permainan yang memerlukan gabungan pelbagai kemahiran. Pengalaman-pengalaman seperti ini mengalakkan pelajar untuk memajukan dan mengutarakan teknik yang telah dipelajari ke dalam situasi-situasi tertentu. Kemahiran permainan jenis dinamik melibatkan dua aspek kemahiran. Menggabungkan lebih daripada satu jenis kemahiran motor ke dalam permainan perhubungan kerjasama. Kebolehan menggunakan kemahiran dalam perhubungan yang menyakitkan hati dan bela diri yang mudah. Peningkatan daripada pengalaman kemahiran permainan tak varian kepada pengalaman kemahiran permainan dinamik dan seterusnya kepada pengalaman bermain sebenar adalah agak logik dan merupakan perkembangan yang wajar. . (c) Pengalaman Bermaian Permainan Pelajar banyak terdedah kepada permainan. Dengan adanya aktiviti bermain boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokkan, kepuasan, kegembiraan dan kejayaan. Pelbagai bentuk emosi akan tercetus daripada pengalaman bermain. Terdapat juga perkembangan kemahiran itu terbina akibat daripada pengalaman bermain, namun bermain sahaja bukanlah hanya satu-satunya cara paling berkesan untuk meningkatkan ketrampilan kemahiran motor pelajar. Adalah penting untuk membezakan antara pelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran (pengalaman kemahiran permainan tak varian dan dinamik) dengan pelajaran yang bertujuan memupuk keghairahan untuk dan menimba pengetahuan bermain pelbagai jenis permainan. Untuk memastikan masa yang sesuai bagi menukarkan daripada pengalaman kemahiran tak varian kepada situasi dinamik, guru hendaklah mengklasifi kasikan pelajar mengikut tahap generik kecekapan kemahiran. Ciri-ciri generik tahap kemahiran: (a) Tahap Prakawalan Pelajar menghadapi masalah mengulangi sesuatu pergerakan yang berkesan secara berturut-turut. Pola perlakuan mereka berubah-ubah dari satu percubaan ke satu percubaan. Pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap semasa mempraktikkan kemahiran. Pergerakan pelajar nampak janggal dan lazimnya bertentangan dengan kaedah praktik kemahiran yang sebenar. Kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan kesungguhan usaha dan bimbingan. Apabila pelajar berlatih menggunakan peralatan, perlakuan mereka nampak seolah-olah dikuasai oleh peralatan. (b) Tahap Kawalan Pergerakan pelajar lebih tertib, terkawal dan nampak lebih mengikut kehendak mereka. Pergerakan pelajar lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa. Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul. 53

Percubaan pelajar untuk menggabungkan antara satu jenis pergerakan dengan yang lain atau mempraktikkan sesuatu kemahiran dalam hubungannya dengan objek atau dengan rakan pemain, biasanya tidak terhasil. Oleh sebab sesuatu pergerakan itu masih belaum dapat dipraktikkan secara automatik, pelajar perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang sedang dilakukannya. (c) Tahap Penggunaan Dengan penumpuan, lakuan-lakuan pergerakan dapat dipraktikkan dengan jaya. Walaupun konteks tugas berubah-ubah, pelajar masih mampu melaksanakan kemahiran dengan betul Pelajar sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka dalam situasi- situasi yang boleh diramal. Mereka boleh mempraktikkan secara tekal. Pelajar mampu mempraktikkan dengan baik kemahiran-kemahiran kompleks yang terdiri daripada gabungan beberapa kemahiran. (d) Tahap Kecekapan Kemahiran hampir dapat dipraktikkan secara otomatik dan pola-pola perlakuan sudah menjadi hampir sama. Pelajar berupaya memberi tumpuan ciri-ciri yang berada di luar jangkaan dalam konteks permainan, namun masih mampu mempraktikkan kemahiran mengikut hasrat hati. Pergerakan dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolah-olah tanpa perlu banyak usaha. Pelajar memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan mereka selaras dengan kehendak-kehendak situasi, baik yang terancang mahupun yang tidak terancang. 7.3 EKSPRESI Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara atau bunyi. Aapabila ianya digabungkan secara harmoni, ekspresi ayang terhasil menjadi estetik. 7.3.1 Bentuk Ekspresi Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh manusia untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah; (a) Perasaan Perasaan yang dlahirkan merupakan hasil luahan daripada hati. Ia merangkumi perasaan sedih, riang, dukacita dan sebagainya. Perasaan ini berkembang mengikut tahap umur dan pengalaman seseorang. Untuk itu menjadi tanggungjawab seorang guru agar dapat membantu 54

pelajar supaya dapat mengawal perasaan apabila melakukan sesuatu perkara. Untuk itu beberapa latihan dan kemahiran perlu diadakan untuk mengawal perasaan. Terutama ketika sedang bermain, memang menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang akan berperasaan gembira manakala yang kalah akan merasa kecewa. Untuk latihan menahan kesabaran dan penerapan nilai-nilai murni perlu ditekankan dalam sesuatu aktiviti permainan sebelum menjurus ke perlawanan yang sebenar. (b) Lisan Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan. Kebanyakan pergaduhan atau perkelahian berlaku keranan arahan yang diterima secara lisan tidak jelas dan tidak difahami oleh penerima. (c) Reaksi Apabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat tindakan yang tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima. Reaksi pelajar perlulah di dalam tahap sentiasa bersedia dan segala tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul. (d) Emosi Emosi memainkan peranan penting dalam luahan ekspresi diri pelajar. Persaan atau emosi yang ditonjolkan oleh pelajar kadangkala dapat diterima dan kaladangkala dicemuh oleh individu-individu lain. Oleh itu penting bagi guru untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Konsep kendiri yang unggul berkait rapat dengan keupayaan kawalan fi zikal dan emosi. Oleh itu pengalaman-pengalaman jasmani bolehlah dianggap sebagai salah satu cara terbaik yang boleh dimanfaatkan untuk memantapkan ciri-ciri konsep kendiri yang unggul itu. (e) Bukan Lisan Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang diperolehi akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan. Kebiasaannya segala bentuk arahan yang berbentuk bukan lisan mudah difahami dengan jelas. Manakala sepenerima akan mengikut kehendak arahan tersebut. (f) Idea Semua idea-idea dan kebolehan menjana minda perllah digunakan didalam melaksanakan ekspresi pelajar. Antara kebolehan yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfi kir. Untuk itu untuk meluahkan ide-ide yang bernas seseorang pelajar itu perlulah mengetahui kemahiran berfi kir. Ciri-ciri kemahiran berfi kir adalah seperti berikut: Membanding dan membeza Merumus, membuat inferen dan meramal Mencetuskan atau menjanakan idea dalam sesi perbincangan Menentukan sumber sama ada boleh dipercayai atau tidak Mengusul dan memeriksa andaian Menimbang dan membuat keputusan 55

Mencipta metafora atau analogi Menganalisis dan menilai Menyelesaikan masalah. (g) Menggambar Aktiviti mengambar adalah penting untuk menjadi sebahagian daripada cara untuk mengawal emosi pelajar. Dengan mengadakan aktiviti menggambar membolehkan pelajar itu mengalihkan tumpuannya kepada kertas yang ada dihadapannya. Semasa aktiviti menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas. Manakala setiap hasilan menggambar itu boleh didefi nisikan sebagai tafsiran terhadap tingkahlakunya. (h) Menghasilkan Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar, kemahiran berfi kir, arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara. 7.3.2 Unsur Perasaan dalam Ekspresi Perkataan perasaan merupakan satu konsep yuang susah hendak dihuraikan tetapi ia hampr sama dengan pengkajian emosi. Perasaan merupakan sebagai reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang. Bagaimanakah seseorang pelajar dapat meluahkan ekspresi diri dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Emosi dan perasaan kanak-kanak adalah lebih hebat sifatnya berbanding dengan orang dewasa. Jika seorang dewasa tidak menyedari hakikat tingkah laku kanak-kanak, dia mungkin tidak akan memahami kenapa seorang kanakkanak itu bersikap negatif terhadap sesuatu situasi yang dianggap remeh yang tidak sewajarnya menimbulkan reaksi yang sedemikian. Perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu situasi itu tidak sama dengan individu-individu lain. Tegasnya tidak ada dua individu yang serupa dari segala segi. Kematangan dari sudut perasaan merupakan satu nciri penting dalam persekitaran seni dalam pendidikan. Kematangan perasaan merujuk kepada kebolehan menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak diduga tanpa membabitkan perasaan yang keterlaluan atau tekanan jiwa. Pada umumnya kematangan perasaan dapat dicapai melalui percambahan emosi yang ceria dan sepoi secara beransur-ansur. Dengan ini untuk mendapat satu perasaan yang stabil sikap dan konsep kendiri yang stabil kanak-kanak boleh dicorakkan oleh tingkah laku dan perilaku ibu bapa dan guru- guru yang menjadi model, penguat kuasa dan penilai terhadap pembentukan tingkah laku. 7.3.3 Penyampaian yang Berekspresif Semua bentuk penyampaian oleh pihak guru mahu pun oleh sekolah perlulah yang bersifat berekspresif. Daripada perlakuan dan tingkahlaku guru yang dianggap sebagai model, fasilitator dan pemudahcara pelajar akan cuba untuk mengikutnya. Secara tidak langsung pelajar akan dapat dipengaruhi oleh guru berdasarkan konsep kendiri dan sahsiah yang sedia ada. 56

Konsep kendiri bermaksud imej kendiri. Ia merangkumi tentang gambaran rupa, kesihatan, kebolehan dan kelemahan tingkahlaku. Konsep kendiri terbentuk hasil daripada interkasi pelajar dengan orang lain dan penyesuaian diri pelajar dengan alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan konsep kendiri positif manakala kegagalan akan membawa konsep kendiri yang negatif. Pembentukan sahsiah juga boleh menyebabkan pelajar itu menjadi seorang berekspresif. Untuk mempengaruhi pelajar supaya lebih berekspresif pengaruh personaliti terhadap pembelajaran perlu ditekankan. Untuk itu gaya pembelajaran perlulah dirangsangkan pada setiap pelajar: Rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik) Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur) Rangsangan sosiologi ( diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok) Rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual, kanestetik, makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan) Rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan kanan, dan impulsif atau refl ektif) Dengan adanya pembentukan sahsiah yang positif dan konsep kendiri yang positif oleh guru diharapkan dapat membolehkan pelajar bersifat lebih ekspresif dalam melaksanakan matapelajaran seni dalam pendidikan. 7.3.4 Aktiviti Antara aktiviti yang dilakukan dalam mengujudkan pelajar seupaya menjadi lebih ekspresif ialah melaksanakan permainan yang bersifat koperatif dan sukan. Dalam permainan koperatif pelajar dibimbing dan diasuh agar membesar menjadi insan yang murni. Konsep yang menjadi teras dalam permainan koperatif ialah bermain besama-sama bukannya bermain untuk bersaing dan pelajar adalah bebas untuk mengubahsuai permainan mengikut kehendak situasi dan daya kreativiti. Permainan jenis ini boleh dimainkan dimana-mana sahaja tanpa memerlukan banyak peralatan. Terdapat perbezaan permainan koperatif dengan permainan lain terutamanya pada struktur, bentuk dan objektifnya. Ini secara tidak langsung akan membebaskan pelajar daripada sebarang tekanan persaingan yang kerap kali membawa kesan tingkah laku yang merosakkan. Aktiviti-aktiviti Permainan: (a) Permainan Rekaan Guru (i) Guru perlu memahami pelajar terutama dari segi kebolehan, kemahiran yang telah sedia ada dan minat pelajar. (ii) Pendekatan berbentuk pendekatan terarah iaitu guru akan mengawal persekitaran penemuan. (iii) Guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti permainan. Seperti jenis permainan, ruang, bahan dan peralatan permainan. (iv) Permainan rekaan guru menjadikan kanak-kanak lebih menyeronokan dan dapat menumpukan perhatian dengan penuh minat. (b) Permainan Rekaan Kanak-kanak (i) Pemainan jenis ini boleh dikategorikan dalam spektrum pembelajaran yang berkaitan dengan kreativiti. Permainan dimainkan secara serentak. (ii) Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan sama-sama berinteraksi dengan pelajar. Guru juga perlu mempercayai kebolehan setiap pelajar terutama dari sudut kognitif dan juga kemahiran motor. 57

(iii) Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman diberi masa secukupnya untuk memahirkan dirinya sehingga. Tetapi akan terhapus apabila mereka telah puas dan seterusnya akan mencuba mencari permainan baru lagi. (iv) Peruntukan masa tiada hadnya, masa ikut kehendak dan persetujuan kumpulan. (v) Satu kumpulan dua atau tiga orang. RUMUSAN Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri. Rangsangan persekitaran Rangsangan emosi Rangsangan sosiologii Rangsangan fi siolo PENGHUBUNGKAITAN 8.1 PENGENALAN Setiap insan yang hidup tidak boleh hidup bersendirian tanpa adanya rakan, ia akan sentiasa mencuba untuk berinteraksi atau mencari idea-idea baru untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya. Kebiasaannya masalah itu akan diselesaikan dengan pembagai cara. Untuk itu ia akan mencuba mengenalpasti masalah, langkah-langkah membaik pulih atau penambahbaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya akan membuat kesimpulan samaada masalah itu telah diselesaikan atau sebaliknya. Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seolah-olah seperti sepasang tangan dengan jejarinya yang dianggap sebagai pelajar, manakala ibu jari sebagai gurunya Semua jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi dengan bebas tanpa had mahu pun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin idea-idea yang baru yang boleh didapati di persekitarannya, sementara ibu jari berperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Walau pun seseorang itu tidak mempunyai ibu jari, tetapi ia masih lagi boleh bergerak, akan tetapi pergerakannya itu akan menghadapi masalah untuk membantu menggenggam sesuatu benda dengan erat. Pada masa inilah ibu jari (guru) kehadapan untuk membantu jari jemari mengenggam sesuatu objek atau dari satu sudut pandangan guru pelajar pemahaman sesuatu idea atau konsep. Jari jemari ini akan tetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Untuk itu prinsip perpaduan adalah penting. Ini adalah disebabkan penghubungkaitan merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkaitan rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah. 58

Kelebihan Penghubungkaitan Apabila keperluan asas, manusia untuk kesepaduan kepunyaan dan kepercayaan dilengkapi, barulah dapat kita mulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, kita perlulah membantu sekolah untuk mewujudkan pengalaman-pengalaman umum yang akan melahirkan perasaan penghubungkaitan. Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan ialah bergantung kepada tujuh criteria asas yang boleh dihuraikan seperti (a) Mempunyai Semangat Saling Bergantung:Untuk itu setiap pelajar perlulah mempercaya antara satu sama lain bahawa mereka perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalam kumpulannya. (b) Kemahiran Sosial yang Penting untuk Berkomunikasi: Pelajar perlu mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak menira agama, bangsa, jantina dan budaya. Berkongsi kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan diantara satu sama lain dan menguruskan konflik. (c) Kesedaran akauntabiliti individu setiap anggota dalam kumpulan akan sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya. (d) Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa kesemasa untuk memastikan kelancaran aktiviti. (e) Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat digabungkan dalam proses pembelajaran. (f) Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses pembelajaran pelajar. (g) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran. LATIHAN 8.1 (a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antara Satu Sama Lain Untuk meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran maka satu jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi penghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran. (b) Memudahkan Pelajar untuk Mengingat Dengan mengguna konsep penghubungkaitkan ini pelajar akan lebih mudah untuk mengingatkan sesuatu mata pelajaran. Untuk itu konsep yang terdapat di dalam kemahiran berfi kir boleh diaplikasikan seperti penggunaan pengurusan grafi k. (c) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif Dengan adanya penghubungkaitan minda pelajar akan digerakan secara aktif, dan akan bertindak lebih kreatif. (d) Pembelajaran Berkesan Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspekaspek berikut: Pengajaran lebih terancang dengan disusun rapi dengan penetapan objektif, 59

isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas serta penggunaan bahanbahan pembelajaran yang relevan. Kepelbagaian kaedah digunakan kerana pelajarnya adalah kepelbagaian individu yang berbeza antara satu dengan lain seperti tahap mental, fi zikal, emosi dan sebagainya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalah fokus utamanya. Aktiviti serta isi pelajaran adalah bersifat kontekstual iaitu ada hubung kait dengan kehidupan harian. Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara menerentasi kurikulum. 8.2 PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN Penghubungkaitan di antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan dapat dihuraikan seperti berikut; Rajah 8.3: Penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan dapat dihubungkaitkan dengan matapelajaran lain. Iaitu dengan berdasarkan kepada Berdasarkan huraian di atas dapat disimpulkan bahawa muzik, seni visual dan pergerakan pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di dalamnya. MSP: Muzik, Seni, Pergerakan 8.2.1 Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Rajah 8.4: Menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran 8.2.2 Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar. 8.2.3 Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran boleh diertikan sebagai matlamat pembelajaran atau objektif yang perlu diperolehi secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibat daripada penghubungkaitan itu akan membuatkan sesuatu pembelajaran itu akan menjadi lebih efektif. Jadual 8.1: Contoh Sedutan Ringkasan Mengajar Pendidikan Seni Visual Tahun : 4 jingga Bilangan pelajar : 28 orang Umur : 10 tahun Tarikh/ Hari : 15/05/2006 (Isnin) Masa : 11.00 12.00 tgh 60

Pelajaran : Seni Visual Perkara : Membentuk dan membuat binaan. Tajuk : Binaan berbagai-bagai bentuk dan penggunaan ruang. Penggabung jalinan Kemahiran : 1. membuat bentuk-bentuk dari kertas 2. menyusun bentuk-bentuk 3. menggunting Pengetahuan sedia ada : Pelajar pernah melihat susunan bentuk-bentuk tiga matra sama ada melalui pameran atau televisyen Objektif Eksplisit : Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat: 1. menggunting dan melipat kertas untuk membuat bentuk- bentuk tiga matra. 2. menyusun bentuk-bentuk untuk mencipta satu binaan dengan kemas dan menarik 3. menimbulkan sikap kerjasama untuk menghasilkan ciptaan antara rakan sedarjah Objektif Implisit : Menikmati hasil karya sebagai hiasan daripada bentukbentuk tiga matra 8.3.1 Motivasi, Fasilitasi, Penyampaian Pengukuhan, Pelanjutan, Penglibatan (a) Motivasi Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu; (i) Motivasi ekstrinsik Penggunaan insentif yang dirangsangkan dari luar (ii) Motivasi intrinsik Didorong oleh keinginan yang terbit dari dalam diri individu itu sendiri yang selalunya tidak dipengaruhi sebarang insentif luaran. Motivasi ekstrinsik merupakan sebagai pendorong untuk menggerakkan individu-individu menuju kepada kejayaan. Motivasi jenis ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Terdapat kelemahan motivasi jenis ini ialah ia mempunyai kecenderungan mempengaruhi tumpuan seseorang individu itu lebih kepada ganjaran daripada tumpuan kepada usaha mempelajari, melaksanakan dan memperbaiki prestasi atau tugas yang diberikan. Pelajar akan berasa terangsang apabila menyedari adanya sesuatu yang menarik yang bakal diperolehi. Tanpa dipaksa pelajar akan melakukan apa sahaja mengikut kehendak program itu. Dalam Seni dalam pendidikan motivasi boleh diklasifi kasikan kepada tiga aspek motivasi. Motivasi dan hubungannya dengan minat Motivasi dan hubungannya dengan keputusan otivasi dan hubungannya dengan pertandingan. 61

(b) Fasilitasi Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kesemuanya ini terbentuk hasil dari penglibatan secara total dengan interaksi yang aktif ibu bapa, guru disekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitarannya. 148 TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN Untuk itu sekolah perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan yang membolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih selesa tanpa ada sebarang gangguan serta serba kekurangan. Bilik yang selesa Terdapat peredaran cahaya dan udara yang sesuai Bahan dan peralatan yang mencukupi Kakitangan pembantu yang terlatih. Bilik yang dapat merangsang minda pelajar (c) Penyampaian Pengukuhan Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu pelajar supaya pengukuhan pada setiap mata pelajaran itu dilaksanakan. Antaranya; (i) Bahan pembelajaran yang menarik minat pelajar Bahan pembelajaran perlulah yang menarik minat pelajar serta mesra pengguna. Guru perlu membantu pelajar untuk menggunakan bahanbahan yang diguna pakai. Pastikan juga bahan-bahan pembelajaran adalah mencukupi. (ii) Mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaran Terdapat pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran antaranya ialah, perbincangan, tunjuk cara, penyelesaian masalah simulasi projek bermain (iii) Penggunaan media (cetak dan elekronik) Media cetak seperti, Kertas edaran, Pamplet Akhbar Majalah, 62

Risalah, Komik, dan sebagainya (iv) Media elektronik Radio Video Televisyen Bahan pelajaran dihasilkan oleh komputer. 8.3.2 Meta Kognisi, Refleksi, Pembelajaran Bestari (a) Meta Kognisi Merupakan aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawal dan merancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan dan proses kognitif yang lain. Borich dan Tombari pula menyatakan bahawa meta kognisi merupakan satu cara individu menggunakan strategi kognitif untuk mencari dan mengumpul maklumat dan tahu bila dan dimana untuk menggunakan stratetgi kognitif tersebut. Meta kognisi dikenali juga sebagai berfi kir tentang berfi kir bila mana apabila kita berfi kir tentang berfi kir, kita sebenarnya sedang menguruskan apa yang kita perlu difi kirkan. Pengetahuan meta kognisi ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis pengetahuan. Ketiga-tiga pengetahuan ini penting untuk menggalakkan pelajar dapat membuat meta kognisi. Pengetahuan tersebut adalah seperti: Pengetahuan personal Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Contohnya, individu tahu dia lebih suka membaca pelajaran pada waktu pagi daripada waktu malam. Pengetahuan tugas Pengetahuan tentang variasi cara tersendiri dalam melaksanakan tugas. Contohnya cara menyelesaikan masalah matematik berlainan daripada cara membuat karangan. Pengetahuan strategi Pengetahuan tentang strategi tertentu yang lebih berkesan daripada strategi lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (b) Refleksi Refl eksi bermaksud sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difi kirkan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk juga memikir-kan cara untuk memperbaiki dan merancang dengan membuat pengubahsuaian supaya dapat digunakan dengan lebih efektif. Proses refl eksi merangkumi 6 peringkat iaitu: Rajah 8.6: 6 peringkat proses refl eksi Berdasarkan rajah di atas, proses refl eksi bermula daripada peringkat, Kefahaman Merupakan cetusan asas untuk mengenalpasti dan menjelaskan isu, fenomena dan masalah pedagogi. Tranformasi Pada peringkat transformasi pula merupakan peringkat untuk merancang membuat tindakan seterusnya iaitu dengan mengambil kira segala faktor yang diperlukan. 63

Pelaksanaan Pada peringkat ini guru akan melaksanakan apa yang telah dirancang, menguji atau mengkaji segala aspek dengan menggunakan. Instrument yang telah ditetapkan. Penilaian Pelaksanaan ini berterusan sehingga keperingkat penilaian. Iaitu akan menilai segala tindakan yang telah diambil Refl eksi Membuat segala refl eksi iaitu mengingat dan merenung kembali segala aktiviti yang telah dialaminya, menganalisa dan menilai kesannya serta memikirkan cara untuk membaikinya untuk digunakan pada masa depan. Kefahaman baru Membuat satu perancangan pengubahsuaian, peningkatan atau membuat tindakan susulan dan menjadi cetusan idea yang asas untuk membuat satu transformasi yang baru dan tindakan-tindakan yang berikutnya hingga menjadi satu bentuk lingkaran secara terus menerus demi mempertingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran pedagogi seseorang pendidik. (c) Pembelajaran Bestari Bestari bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi pekerti yang baik. Untuk itu pembelajaran bestari ialah pembelajaran yang membolehkan seseorang pelajar menjadi cerdas dan pandai, berpendidikan, berilmu pengetahuan yang tinggi dan akan mempunyai budi pekerti yang baik. Untuk melaksanakan pembelajaran bestari yang berjaya beberapa pendekatan telah dilaksanakan oleh kementerian pelajaran. Antaranya: (i) Sekolah Bestari Mewujudkan sekolah bestari supaya dapat membina pelajar menjadi seorang yang cerdas dan pandai menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka. Manakala matlamat pembentukannya ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia dan boleh melahirkan generasi yang mampu untuk menghadapi segala cabarancabaran Wawasan 2020. (ii) Penggunaan Komputer Komputer memainkan alat pembelajaran yang penting, utama untuk memperolehi segala maklumat dan ilmu pengetahuan. Untuk itu computer akan digunakan secara meluas di dalam segala aktiviti pembelajaran, pentadbiran dan membuat penilaian. Manakala buku teks hanya digunakan sebagai bahan rujukan sahaja. (iii) Peranan Guru Peranan guru menjadi lebih luas iaitu bukan sahaja berperanan sebagai pengajar sebaliknya guru juga akan berperanan sebagai seorang pemudahcara, penasihat, fasilitator, model sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah mahir menggunakan alat bantuan mengajar tekini terutamanya komputer dan pelbagai alat multimedia yang lain. (iv) Peranan Pentadbir 64

Pentadbir perlu menyediakan makmal teknologi maklumat supaya memudahkan guru dan pelajar mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan alat audio visual. Menyediakan makmal computer supaya mudah bagi pelajar mengakses bahan-bahan pembelajaran melalui internet, membuat e-mail dan lain-lain lagi Bilik guru dilengkapi dengan prasarana pengurusan maklumat dan sumber, e-mail, dan database. Pejabat pentadbiran pula akan dilengkapi dengan data base untuk pengurusan guru,pelajar dan inventori, sumber serta pengedaran maklumat dan notis. Memudahkan pihak sekolah berinteraksi dan berkomunikasi dengan cepat dan pantas dengan Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Neger dan Kementerian Pelajaran melalui Jaringan (network) Untuk meralisasikan matlamat pembelajaran bestari ini tercapai dengan jayanya. Kementerian Pelajaran perlulah membuat tindakan segera dengan menggalakkan guru supaya bersedia untuk memperlengkapkan diri mereka dengan kemudahan-kemudahan teknologi maklumat terkini seperti penggunaan computer. Tindakan yang perlu diambil oleh guru ialah: (a) Peka Terhadap Persekitaran Sekolah (b) Meningkatkan Pengetahuan Kerja/Tugas Guru perlu mempertingkatkan pengetahuan tentang tugas dan kerja yang telah diamanahkan kepadanya dengan menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan, melanjutkan pelajaran, menghadiri kursus-kursus jangka pendek. Tugas utama guru adalah untuk budaya ilmu di kalangan pelajar. Nilainilai budaya ilmu yang hendak dipupuk dalam diri pelajar disekolah ialah budaya membaca, budaya belajar, budaya berfi kir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. (c) Meningkatkan Hubungan Interpersonal Hubungan interpersonal dijalinkan melalui komunikasi. Tujuannya berkomunkasi adalah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Pelajar juga digalakkan untuk mempertingkatkan hubungan interpersonal dengan rakan, pelajar-pelajar, serta ibu bapa mereka. Ciri-ciri sifat guru yang positif ialah: Mempunyai sifat yang positif dan mempunyai pandangan Berperibadi baik - tidak ego, sombong dan menunjuk-nunjuk. Mempunyai kefahaman tentang pertumbuhan dan perkembangan pelajar Mempunyai keadaan fi zikal, mental dan kerohanian yang sempurna Sabar, ramah, tidak mudah jemu, pandai menarik hati pelajar Sensitive terhadap sikap dan tindak tanduk orang lain Ada keyakinan diri sendiri terhadap tugas yang diberi Peka terhadap persekitaran Bertolak ansur dan bertimbang rasa Dapat menyimpan rahsia orang lain. 65

(d) Membuat Refl eksi Melalui Penyelidikan Tindakan Membuat refl eksi melalui penyelidikan tindakan dapat membantu dan mempertingkatkan tahap pengajaran serta pembelajaran guru serta dapat membuat pengubahsuaian dan membaiki kaedah, teknik serta rancangan mengajar supaya dapat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. (e) Merebut Peluang Pendidikan Terbuka Guru perlu merebut peluang yang sedia ada untuk mempertingkatkan tahap akademiknya kerana pemerolehan ilmu tidak hanya terhad di sekolah sahaja malahan kini telah merentasi sempadan Negara. Kerana ia bukan sahaja boleh didapati dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanan tinggi guru untuk memerolehi ilmu. Terdapat pelbagai bentuk jenis Pendidikan Terbuka yang dikelolakan oleh kerajaan, badan berkanun atau swasta antaranya ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka. Malaysia, menjelang tahun 2000 telah berjaya menubuhkan sebuah Universiti Terbuka (UNITEM/OUM) dan sebuah universiti virtual (UNITAR) yang menggunakan teknologi terkini seperti video-conferencing, internet untuk tujuan kuliah. PENDEKATAN BERTEMA 9.1 PENGENALAN 9.1.1 Pendekatan Bertema Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum. Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai. 9.1.2 Pemilihan dan Penentuan Tema Justeru itu, memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduan untuk memilih tema yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar: (a) Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: berasaskan konsep berasaskan kemahiran berasaskan kandungan dan kemahiran berfokus kepada isu berfokus kepada projek berorientasikan kajian kes (b) Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: 66

(i) Boleh merentas semua matapelajaran Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Contoh: Tema Pokok. Untuk itu semua mata pelajaran boleh menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. (ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar Pastikan tema yang dipilh ada kaitannya dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. (iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsungan dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan keadaan situasi yang sebenar. (iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Beberapa justifi kasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan hands on tidak kepada guru Cuma bercerita sahaja tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar. (v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan. (vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. 9.1.3 Kelebihan, Kekuatan dan Isu/Cabaran Tahukah anda terdapat kelebihan, kekuatan dan isu/cabaran dalam melaksanakan Pendekatan Bertema? (a) Kelebihan Pendekatan Bertema kepada Pelajar adalah seperti berikut: (i) untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (ii) untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan, (iii) dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu (iv) dapat menghadapi cabaran (v) dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan (vi) untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal (vii) menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang 67

pelbagai budaya (viii) untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dan kemahiran (b) Kekuatan (i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaslam tema yang diberi (ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi (iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan (iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru (v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan (vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran (c) Isu/Cabaran (i) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran (ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan (iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbezabeza (iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas (v) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza 9.2 PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN MATA PELAJARAN Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih berrsesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang pelajar. Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulsi, asas matematik, berfi kir dan emosi serta sosial. Selain itu pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih. 9.2.1 Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran (a) Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan cuba terokai. Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih tema. Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih? Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan? Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan? Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfi kir?. Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifi kan di antara disiplin-disiplin yang lain? Bolehkah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar? 68

Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini? (b) Cara menjalankan Pendekatan Bertema Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini: (i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk memperkenalkan pendekatan bertema. K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini? W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini? L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini? (ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral, kemahiran hidup. (iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan sebuah cerita kepada kelas (iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unit- jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian sebuah kolej tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan bulletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia dan mesin yang berupaya mengajar atau menyatakan mesej. (v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset (vi) Dedahkan pelajar mempelajari puisi contohnya bahasa dan muzik (vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian contohnya sains dan matematik (viii) Bawa bahan bantu mengajar contoh batu karang Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan bagi membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang bermakna. Kelebihan dan kekurangan 9.2.2 Tema dengan Kemahiran Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahiran diri pelajar. Terutamanya kemahiran 3 M (membaca, menulis dan mengira) yang menjadi tunjang kepada falsafah pendidikan negara yang dapat memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi. 9.2.3 Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan Pendekatan Bertema Berikut adalah peta minda penggabungjalinan aktiviti dengan menggunakan pendekatanan bertema. INTEGRASI 10.1 PENGENALAN Program pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negra khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun 1900 an. Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintergrasikan dengan mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana dia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintergrasikan ke dalam kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuat secara kesimpulan bahawa konsep intergrasi dalam kurikulum adalah 69

diamalkan dengan secara meluas dikebanyakan pelajar negara-negara maju. 10.1.1 Berbagai Pengertian Integrasi Kebanyakannya pendidik menggunakan konsep dan makna pengintergrasian dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi. Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru. Kedua perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai pelbagai egensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan kaedahdan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar. 10.1.2 Berbagai Jenis Integrasi Terdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan sangat dititik beratkan bagi mempastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah konsep integrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu bebrapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR yang mengandungi aspek. (a) Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. Jenis-jenis Penggabungjalinan Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat daripada tiga sudut seperti: 70

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran ATIHAN 10.1 (b) Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. Ciri-ciri Penyerapan: (i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagaibagai pelajaran (ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran (iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fl eksibel. (iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih (v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira. (c) Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilainilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu; (i) Pendekatan implisit Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas, datang tepat pada waktu secara tidak langsung segala perlakuan guru ini diperhatikan oleh kanak-kanak dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak-kanak. Tindakan guru menyokong dan memberi pujian kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu. (ii) Pendekatan eksplisit Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan. 71

Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi, sambut hari guru, hari kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti rokok dan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru pendidikan moral dan pendidikan Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan sesuatu nilai, ini juga dianggap sebagai eksplisit. Untuk itu penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas. (d) Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk: (i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan. (ii) Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi murid. (iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai Hasil Pembelajaran. 182 TOPIK 10 INTEGRASI Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian, lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai. (e) Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid dengan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam praujian. Pencapaian sedemikian menunjukkan bahawa murid telah menguasai unit pembelajaran tertentu dan kumpulan murid ini akan terus menjalani aktiviti pengayaan tanpa melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut. Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut (i) Pengayaan Berbentuk Pengukuhan Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu yang baru. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun 4, Tema: Menyiasat Alam Fizikal, di bawah Hasil Pembelajaran Memahami Konsep Isipadu; murid mempelajari konsep isipadu dan mengukur isipadu. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk pengukuhan murid diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isipadu yang biasa ditemui dalam kehidupan harian. Antaranya, ialah 72

mengukur isipadu air yang diminum oleh murid setiap hari, dan mencari isipadu beg sekolah murid untuk memuatkan buku sekolah. Melalui aktiviti sedemikian, murid dapat mengaplikasikan konsep isipadu dalam konteks yang lebih relevan, dan seterusnya dapat mengukuhkan pemahaman tentang konsep isipadu. (ii) Pengayaan Berbentuk Perkembangan Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabar pada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran yang berkait rapat dengan unit pembelajaran yang dipelajari. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui aktiviti ini boleh meliputi bidang yang lebih luas dan lebih mendalam. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri. (iii) Pendekatan Integrasi Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi dalam kurikulum iaiitu: Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaran yang sedia ada. Pendekatanini melihat hubungan antara mata pelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagai contoh antara mata pelajaran seni visual dengan muzik dan pergerakan, mata pelajaran kemahiran hidup dengan matematik serta antara sains dengan pendidikan jasmani dan kesihatan. Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsur patriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar boleh diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini. Membina kurikulum baru Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan Contohnya disiplin kesihatan telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani sehingga menjadi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Gabungan unsur sejarah, geografi dan hal ehwal tempatantelah mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan. 10.1.3 Kelebihan Integrasi Saranan mengintergasikan seni dalam pendidikan kedalam bidang-bidang kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. (a) Antara kelebihan-kelebihan itu adalah seperti berikut: Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah. Contoh, jika sesebuah kelas sedang mempelajari satu unit pelajaran berhubung dengan tajuk Cara Kehidupan Masyarakat Iban di Rumah Panjang, guru atau pelajar dalam bilik darjah itu akan menubuhkan unti-unit kumpulan kecil 73

dan setiap unit itu akan mengkaji satu aspek masyarakat orang Iban seperti apa yang dilakukan oleh orang iban untuk hidup, permainan dan rekreasi mereka, upacara dan tarian-tarian adat resam mereka seperti ketika menyambut hari gawai, perkahwinan dan pelbagai aspek lain lagi. Apa sahaja bahan dan maklumat yang diperolehi oleh setiap kumpulan itu boleh dipersembahkan baik dalam bentuk penerangan l i s a n , pergerakan atau bentuk aksi. Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan. (c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah. 10.1.4 Isu dan Cabaran Intergrasi Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan, seni visual atau musik bukanlah satu alasan yang baru. Dengan keadaan jadual waktu yang padat, sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah mata pelajaran. Oleh yang demikian, apabila sesuatu bidang baru diperkenalkan, beberapa langkah-langkah terpaksa diambil oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaran baru itu kedalam jadual pembelajaran yang sedia ada itu dengan cara mengeluarkan mata pelajaran tertentu yang dianggap kurang penting dari segi akedemiknya. Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani dinegara ini merupakan satu contoh yang baik. Daripada tiga waktu seminggu, kini telah dikurangkan kepada dua dan daripada peruntukkan masa 45 minit sesetiap waktu telah dikurangkan kepada 40 minit. Jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini ialah pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlulah melaksanakan perancangan yang lebih berdaya cipta dimana mata pelajaran pendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajar teras yang lain, atau pun kepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam kurikulum. 10.1.5 Intergrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan Kesemua mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan boleh dintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan dengan diadakan pengintegrasian mata pelajarn ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendak diajar. (a) Aspek Psikologi Seperti yang dinyatakan sebelum ini, integrasi dari sudut psikologi merangkumi personaliti secara menyeluruh pelajar. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang impak kepada minda dan tubuh pelajar. Terdapat teori metafi zik berhubung dengan fungsi-fungsi tubuh dan mental yang menyokong pernyataan ini. Pada dasrnya teori-teori ini 74

terjelma dari kepercayaan tentang wujudnya persemadian di antara tubuh dan minda. Berdasarkan hakikat ini, dari sudut psikologi, mempunyai kesan pengaruh yang ketara terhadap pelajar. Pergerakan, pada dasarnya merujuk kepada pembelajaran melalui aktiviti pendidikan jasmani. Ramai di kalangan pendidik, malahan termasuk a h l i ahli falsafah kontemporari, memperakui hakikat prinsip perhubungan minda-tubuh atau istilah lain kepaduan psikomotor. Namun pelaksanaan prinsip ini masih jauh dari kebenarannya. Ada juga dalam kes-kes tertentu, guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankan aspek bukan fi zikal sehingga mengabaikan aspek fi zikal seperti yang diperlukan. Kedua-dua keadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepada pelajar terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajar sehingga boleh menjejaskan personalitinya. (b) Aspek Sosiologi Dari segi sosiologi terdapat tiga kategori integrasi, iaitu: Integrasi antara personaliti Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat. Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang memberi tumpuan kepada hubungan antara personaliti dengan personaliti. Dalam hubungan ini seni dalam pendidikan mempunyai peranan sebagai agen integrasi. Manusia, pada dasarnya, adalah mahkluk sosial. Menerusi seni dalam pendidikan, faktor ini dapat diekploitasikan dengan sebaik mungkin kerana kebanyakan aktiviti seni dalam pendidikan atas sifat semula jadinya tidak dapat mengelak daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Oleh yang demikian, aktiviti seni dalam pendidikan dengan sifatnya yang berkelompok, mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi. Dalam hubungan ini, aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yang merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolak interaksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan. Program yang terdapat dalam seni dalam pendidikan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar tetapi juga 186 TOPIK 10 INTEGRASI berupaya memenuhi keperluan-keperluan sosial yang asas. Apabila semua pelajar berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untuk ketermilikan. Pelajar mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuah kelompok dan pada masa yang sama mereka juga memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian 75

sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakkan yang diberi kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkan aktiviti yang mmenarik. Perhubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dengan pelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akan menyebabkan pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka prihatin terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasana yang sedemikian rupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra boleh diwujudkan menerusi program yang terdapat dalam seni dalam pendidikan. (c) Aspek Pedagogi Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu (i) Berkait dengan prosedur mengajar: Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unitunit kerja, dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantu mengembangkan konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unit itu. (ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran: Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau kandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang bersangkutan. Dalam kebanyakan program disekolah rendah keduadua pendekatan ini dianggap sangat praktik dan memberi makna kepadanya. Dalam banyak hal pelajaran Seni dalam pendidikan belum diiktiraf sebgai satu subjek yang sah dalam kurikulum kerana penekanan terhadapnya berbeza berbanding dengan penekanan yang diberikan kepada bidangbidang akademik yang lain.

76

You might also like