You are on page 1of 4

Ayam Percik Pak Cik Boroi

Delila@myresipi.com Cilok resepi pak cik boroi jual ayam percik...jenuh nak pujuk suh ajar...akhirnya...berjaya juga memujuknya...

Bahan-bahan ( Whole Chicken )


1 ekor ayam (potong 4) BAHAN PERAP DAN PERCIK 100 g kacang tanah (goreng dengan minyak) 1 inci halia 1 inci lengkuas 15 tangkai cili kering 4 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 4 batang serai 4 sudu besar kicap pekat

4 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kunyit 1 cawan santan pekat 3 cawan air Garam, gula dan MSG secukup rasa 2 sudu besar gula perang

Cara-cara
1. Kisar kesemua bahan perap dan percik hingga 80% hancur.Gaulkan bahan-bahan ini dengan ayam.Perapkan selama sejam. 2. Masak ayam di dalam periuk tanpa minyak bersama bahan-bahan perap hingga ayam separuh masak.Kemudian angkat ayam ini dan bakar hingga masak.Percikkan dengan baki kuah yang ada.Bila telah masak boleh lah disiramkan dengan baki kuah yang ada semasa menghidang.

Ayam Percik Pasar Malam

sajiemas@myresipi.com Ayam percik yang biasa kita lihat di pasar malan

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )


500 gm bawang besar 50 gm halia - diblender 50 gm lengkuas - diblender 50 gm bawang putih - diblender 5 batang serai - diblender 2 cawan gula 3 sudu stok ayam serbuk 5 senduk cili mesin

5 senduk cili sos 1/2 kg santan

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih 2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak 3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti 4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

You might also like