You are on page 1of 6

Band 3

Baca petikan rencana di bawah dan nyatakan maksud tersurat dengan betul Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri. Secara lebih terperinci disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak. Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan? Hal ini demikian kerana, disipin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan. Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada diri sendiri. Pelajar yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. Pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. Malahan, pelajar-pelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu diberi dorongan oleh orang lain. Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan masa. Pelajar yang berjaya menepati masa akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa. Begitu juga peraturan sekolah yang menetapkan supaya berpakaian kemas. Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan. Lazimnya, mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti. Aspek utama dalam mengamalan disiplin yang baik ialah menghormati guru. Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan tunjuk ajar guru. Walaupun pelajar mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh berinteraksi dengan pelajar. Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan mendapat ilmu daripada guru? Maka,hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran. Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan cemerlang seseorang pelajar dalam pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat menempa kejayaan yang cemerlang. Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar. Dipetik dan diubah suai daripada Rencana Umum: Disiplin Perisai Kawalan Diri, Oleh Izani Hj. Daud, Muka surat 30-31, Bil 1/2012 Majalah WADAH SISWA

B3DB1 E1 Nyatakan 3 isi yang tersurat yang terdapat dalam petikan di atas

1. _________________________________________________________________________________ _

2. _________________________________________________________________________________ _

3. _________________________________________________________________________________ _ B3DB1 E2 Nyatakan 3 isi yang tersirat yang terdapat dalam petikan di atas

_________________________________________________________________________________ _

_________________________________________________________________________________ _

_________________________________________________________________________________ _

B3DT1 E1 B3DT1 E2

Data di bawah menunjukkan antara ciri-ciri untuk menjadi pelajar cemerlang. Tulis peranggan yang lengkap isi dibawah
CIRI-CIRI MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Memberi tumpuan ketika guru mengajar

Mengulang kaji pelajaran

_________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

1. 2.

3. 4.

JAWAPAN BAND 3 Pengenalan Petikan membincangkan peranan disiplin dalam membentuk peribadi baik pelajar.(2 m) Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik dalam kalangan pelajar. ( 2 m) Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik ( 1 m) Petikan membincangkan kebaikan-kebaiakna mempunyai disiplin yang baik di Malaysia/ di negara ini ( 1 m) 5, Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik ( 1 m) 6.Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin ( 0 m) ISI TERSURAT: ( 2 -12 MARKAH ) S1 Seseorang pelajar mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya. ( 2M S2 kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan ( 2M) S3 menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada diri sendiri/ mengawal perilaku dalam kelas (2M) S4 memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. (2M) S5 tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin / gejala negatif yang menjejaskan

fokus tumpuan terhadap pembelajaran. ( 2M) S6 mengadakan jadual belajar sendiri. ( 2 M) S7 sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. ( 2 M) S8 sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa dorongan oleh orang lain. ( 2M) S9 melatih pelajar dari segi pengurusan masa. /tahu menghargai masa ( 2M) S10 pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan ( 2M) S11 mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti. ( 2M) S12 hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran. ( 2 M) SI TERSIRAT : (2-12 MARKAH ) T1 ibu bapa sentiasa dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang perilaku anak-anak mereka di sekolah ( 2M) T2 pihak sekolah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa /masyarakat untuk mengawal tindak laku pelajar di dalam dan di luar sekolah ( 2 M) T3 guru-guru/guru kaunseling /pebimbing rakan sebaya sentiasa memantau / mendekati pelajar-pelajar bermasalah ( 2M) T4 pihak sekolah bertindak lebih tegas terhadap perlaksanaan hukuman disiplin di sekolah ( 2M) T6 ibu bapa memberikan didikan agama yang serius kepada anak-anak ( 2 M) T7 pihak sekolah membanyakkan aktiviti-aaktiviti kerohanian /keagamaan /moral ( 2M ) Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guruguru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.Sebagai contoh, kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah. Bak kata

pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar di sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang. Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. Saya berpandangan demikian kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

You might also like