a)Terdapat elemen berjaga-jaga seperti arahan yang diberi oleh pengetua kepadaguru bagi mengajar sesebuah kelas pada sesuatu masa.b)Tanggungjawab itu tidak dipatuhi dan guru meninggalkan kelas untuk berehat dibilik guru atau membuat kerja lain menyebabkan pelajar-pelajar bertumbuk.c)Akibat daripada pelanggaran tanggungjawab tadi, seorang pelajar cedera danmengalami kerugian.d)Terdapat kaitan yang rapat di antara tingkah laku defendan dengan kecederaanyang dialami oleh plaintif.Kecuaian pendidikan pula merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar. Adabeberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar memperoleh ataupunmenguasai sesuatu kemahiran pendidikan. Namun dalam banyak keadaan, usahamembuktikan sesuatu kecuaian pendidikan berpunca daripada pengajaran guru yangkurang baik adalah amat sukar. Guru-guru yang bekerja sedikit, tidak terlatih dankekurangan sumber adalah lebih ‘cuai’ dalam pengajaran mereka. Namun begitu guru-guru tidak perlu bimbang kerana guru-guru yang bimbang adalah mereka yang tidakcekap, yang tidak hiraukan pelajar-pelajar di bawah jagaan mereka.1.21Antara contoh-contoh kecuaian guru dan kecuaian pendidikan yang telah berlakudan ada antaranya yang telah didakwa ialah :
i.
Kes Mohamed Raihan bin Ibrahim, seorang pelajar tingkatan satuSekolahMenengah Port Dickson yang mengalami kecederaan di kepala terkenacangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas amali Sains Pertanian.Beliau mendakwa kecederaan berlaku kerana responden, guru matapelajaran Sains Pertanian gagal membuat penyeliaan ke atas pelajar yangmengikuti kelas perkebunan dan gagal memberi penerangan berkenaanpenggunaan cangkul.
ii.
Kes Yogeswari Nadarajah (1975), seorang murid tahun dua SRJK(T) Gemas,Negeri Sembilan yang cedera mata kirinya terkena ranting kayu bunga raya
3