You are on page 1of 10

1.

PENGENALAN Analisis Kontrastif (AK) merupakan satu pendekatan dalam pengajaran bahasa menggunakan metodologi perbandingan iaitu dengan membandingkan antara unsur yang berbeza dengan unsur yang sama. Pendekatan yang dimaksudkan adalah teknik pengajaran bahasa dalam memperbandingkan bahasa pertama (B1) dengan bahasa kedua (B2) yang dipelajari dengan membuat ramalan terhadap kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar yang sedang mempelajari bahasa asing tersebut. Terdapat beberapa definisi dan pendapat mengenai AK yang dikemukakan oleh beberapa ahli lingustik, antaranya, Lado (1957) dan Fries (1945) mengatakan bahawa, dalam membuat ramalan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh seorang pelajar, para guru perlu mengadakan suatu AK antara bahasa yang dipelajari dan bahasa yang digunakan pelajar sehari-hari, khususnya dalam komponen-komponen fonologi, morfologi, kosakata dan sintaksis. Manakala menurut Fisiak (1981) pula AK merupakan satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji perbandingan dua bahasa atau lebih, atau subsistem bahasa, dengan tujuan untuk menemukan perbezaan-perbezaan dan persamaan-persamaan dalam bahasa-bahasa tersebut. James (1980) pula mengemukakan pendapatnya mengenai AK dengan menyatakan bahasa AK merupakan satu aktiviti linguistik yang mempunyai tujuan tertentu, iaitu untuk menghasilkan tipologi dua bahasa yang berkontras, yang berdasarkan asumsi-asumsi bahawa bahasa-bahasa itu dapat dibandingkan. Secara umum, AK adalah analisis berbentuk linguistik yang dilakukan terhadap pembelajaran dua bahasa iaitu B1 dan B2 atau sasaran bagi pelajar bahasa natif. Analisis ini bertujuan untuk mendeskripsi persamaan dan perbezaan terhadap dua bahasa yang berbeza. Misalnya, perbezaan atau persamaan yang terdapat dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris sama ada dari aspek fonologi, morfologi mahupun sintaksis. 2. METODOLOGI ANALISIS KONTRASTIF Seperti yang telah diterangkan bahawa AK merupakan satu pendekatan ilmiah sebagai sarana dalam mengefisienkan pembelajaran bahasa terutama dalam pembelajaran B2. AK juga membantu seseorang yang mungkin berhadapan dengan kesulitan dalam mengajarakan bahasa yang tidak serumpun ataupun bagi seseorang yang sedang mempelajari bahasa asing yang juga bukan turunan bahasa yang sama. Oleh yang demikian dapatlah dikatakan bahawa, AK ini sangat bermanfaat terhadap guru-guru yang mengajar bahasa untuk mengurangkan
1

pengaruh B1 pelajar terhadap bahasa yang sedang dipelajari yang tidak serumpun dengan bahasa ibundanya. Robert Lado (1957) dalam bukunya yang bertajuk Linguistics A Cross Cultures: Applied Linguistiks for Language Transfer menyatakan bahawa berdasarkan persamaan dan perbezaan antara B1 dan B2, peringkat kesulitan pelajar dapat dikategorikan kepada dua iaitu, sulit dan mudah. Taraf kesulitan seseorang dalam proses pembelajaran B2 dianggap sebagai satu kondisi global. Taraf kesulitan itu berasaskan tiga hubungan antara B1 dengan B2, iaitu: 1. B1 mempunyai kaedah dan B2 mempunyai padanan 2. B1 mempunyai kaedah tetapi B2 tidak mempunyai padanan 3. B2 mempunyai kaedah dan tak ada padanan dalam B1 Oleh yang demikian terdapat 4 langkah yang dikenalpasti dalam melaksanakan metolodogi AK ini.1 Langkah 1: Membandingkan struktur B1 dengan B2 yang akan dipelajari oleh pelajar. Melalui perbandingan ini dapat dikenalpasti perbezaan antara struktur B1 dengan B2. Langkah 2: Berdasarkan perbezaan struktur antara B1 dengan B2, guru dapat meramalkan atau memprediksi kesulitan belajar dan kesalahan berbahasa yang mungkin dialami dan dilakukan oleh pelajar dalam belajar B2. Kesukaran belajar inilah yang menjadi salah satu sumber terhadap kesalahan belajar atau kesalahan berbahasa. Langkah 3: Kesulitan belajar dan kesalahan berbahasa yang telah diprediksi untuk dijadikan sebagai landasan dalam memilih dan menyusun bahan, serta menentukan pemahaman bahan pengajaran. Langkah 4: Para guru merujuk cara-cara pengajaran bahasa seperti peniruan, pengulangan, latihan rutin dan pengukuhan untuk memberikan kebiasaan kepada pelajar dalam berbahasa kedua dan sekaligus dapat mengatasi kebiasaan berbahasa pertama. 3. TUJUAN ANALISIS KONTRASTIF Berdasarkan penerangan yang telah dikemukakan ini, maka dapat dilihat bahawa AK ini mempunyai tujuannya yang tertentu. Adapun, menurut Pateda (1987:20) tujuan analisis ini adalah untuk mengetahui hakikat analisis itu sendiri, dan antara tujuannya ialah:
1

Berdasarkan nota kuliah BL 4203 Linguistik Kontrastif

1) Menganalisis perbezaan antara B1 dengan bahasa yang sedang dipelajari (B2) agar penagajaran berbahasa akan menjadi lebih baik. 2) Menganalisis perbezaan antara B1 dengan B2 agar kesalahan berbahasa oleh pelajar dapat diramal yang terhasil akibat daripada pengaruh B1. 3) Membantu pelajar untuk menyedari kesalahan berbahasa agar pelajar itu dapat menguasai bahasa yang sedang dipelajarinya itu dalam waktu yang singkat.

4. PENGENALPASTIAN Dalam AK seperti yang telah melaksanakannya, iaitu: 1) Perbandingan 2) Meramal 3) Penyusunan bahan pengajaran 4) Cara penyampaian bahasa. Oleh yang demikian, keempat-empat langkah ini akan digunakan dalam melaksanakan AK. Fokus bahan AK ini adalah terhadap sistem fonologi oleh pelajar B1 terhadap B2. Setiap langkah-langkah AK ini akan diterapkan ke dalam pengenalpastian kesalahan berbahasa yang dilakukan oleh pelajar tersebut sama ada ianya memperlihatkan perbezaan. Unsur-unsur pengaruh sistem fonologi bahasa B1 terhadap B2, antaranya ialah seperti berikut: 1) Bunyi [s] dalam bahasa Inggeris menjadi [z] dalam bahasa melayu. Noisy Miserable Missouri Busy Cousin Noizi Mizerabel Mizuri Bizi Kazen dinyatakan bahawa terdapat empat cara dalam

2) Bunyi [ph] jadi [f] Phenomena Aphrodisiac Physical Photo Phobia Fenomena Afrodisiak Fizikal Foto Fobia

3) Penggugguran konsonan [c] dan [k] Rock Lock Luck Deck Rok Lok Lak Dek

5. PENJELASAN DAN ASUMSI RAJAH KONSONAN BAHASA INGGERIS Daerah sebutan Letupan geseran sengauan letusan Sisian tak bergeser geluncuran y w l r p f m b v t s n d z Bibir Gigi Gusi Retrofleks Lelangit Lembut k g h Anak Tekak Faring Glotis

RAJAH KONSONAN BAHASA MELAYU

Daerah sebutan Bibir

gusi

Gusi Lelangit keras

Lelangit keras

Lelangit Lembut

Glotis

Letupan Letusan Sengau geseran geteran sisian Separuh vokal

m f v

n s r l z

X W h

Jadual di atas memaparkan simbol konsonan fonemik bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. konsonan ialah bunyi bahasa yang dihasilkan apabila penutur sama ada berhenti atau secara keras menyempitkan aliran udara dalam saluran udara disamping sebagai bunyi konsonan bersuara atau tidak bersuara, keduanya berkait rapat dengan pita suara. Simbol fonemik bahasa Inggeris di atas ialah simbol pada umumnya digunakan oleh ahli bahasa Amerika. Terdapat 24 konsonan semuanya manakala simbol fonemik bahasa Melayu terdapat 28 konsonan, 18 konsonan asli dan 10 konsonan pinjaman dari bahasa Inggeris dan bahasa Arab, konsonan tersebut ialah f, v, , , z, , , X, dan . Penggantian konsonan bahasa Inggeris [s] kepada [z] Bahasa Inggeris sangat terkenal sebagai bahasa yang mempunyai ejaan yang berbeza dari lafaz iaitu deretan bunyi yang sama boleh dieja dengan berbagai cara yang berlainan dan deretan huruf yang sama dapat mewakili beberapa deretan bunyi yang berbeza. Dalam hal fonetik mahupun pelajar Melayu mengalami kesukaran dalam hal penyebutan beberapa
5

konsonan bahasa Inggeris yang tertentu yang agak asing kepada mereka. Apabila kata-kata bahasa Inggeris itu cuba dituturkan berlaku perubahan bunyi-bunyi konsonan terhampir dengan bahasa ibunda mereka. Misalnya pengejaan kata-kata pinjaman iaitu bentuk visual atau hurufiah bahasa Inggeris di ucapkan menurut sebutan bahasa Melayu antaranya technique menjadi teknik. Seterusnya ada juga pelajar Melayu ini mengekalkan gugusan konsonan bahasa Inggeris tersebut mengikut kesesuaian pelajar ketika menyebutnya contohnya clinik disebut dan dieja sebagai klinik. Terdapat juga beberapa pengecualian ketika menyebut kata-kata bahasa Inggeris yang mengandungi gugus konsonan, contohnya club menjadi kelab. Antara lain juga [g] dibunyikan mengikut sebutan bahasa Melayu. contohnya engine menjadi enjin. Menyentuh tentang kemasukan gugus konsonan asing ke dalam ejaan bahasa Melayu ini telah menerbitkan beberapa kekeliruan pelajar. Pelajar mengeja dan membunyikannya dengan sistem bunyi bahasa Melayu. hal ini dilihat pada bagaimana tekanan udara yang keluar selain itu kedudukan pita suara juga harus diambil kira. Oleh itu ciri-ciri bunyi ini menjadi sebahagian daripada ujaran yang merupakan cara yang penting bagi penyebutan bunyi yang betul. Perkara ini dapat dilihat pada proses terjadinya penggantian konsonan bahasa Inggeris [s] kepada [z] oleh pelajar Melayu. Penggantian tersebut antaranya noisy noizi. Kenapa perkara ini berlaku? Kita perlu lihat dahulu pada cara penghasilan kedua konsonan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Penghasilan [z] dan [s] bahasa Inggeris. [z] geseran gusi tak bersuara. Perhatikan bahawa bunyi geseran yang dilambangkan dengan simbol [s] lebih kasar. Ia dihasilkan oleh udara yang melalui ruang antara hujung lidah, yang kemudiannya mengenai gigi dengan pantas sekali. Simbol [s] melambangkan bunyi awal perkataan sit. [z] geseran gusi bersuara. Bunyi yang dilambangkan oleh simbol [s] dan [z] berbeza hanya dari segi penyuaraan, dan [z] melambangkan bunyi pertama dalam nama zeke misalannya. Penghasilan konsonan [s] dan [z] bahasa Melayu pula ialah dengan cara hujung lidah di dekatkan ke gusi. Ruang diantara hujung lidah dan gusi menjadi sempit. Arus udara keluar bergeser di antara hujung lidah dan gusi. Bunyi geseran lelangit keras [s] tak bersuara kerana pita suaranya tidak digetarkan dan yang bersuara pula ialah [z] pada masa menghasilkannya pita suaranya digetarkan.
6

Cara penghasilan kedua konsonan tersebut diantara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu itu sebenarnya adalah sama, Cuma berbeza pada titik artikulasi. Titik artikulasi [s] dan [z] bahasa Melayu adalah pada gusi manakala titik artikulasi [s] dan [z] bahasa Inggeris adalah gusi lelangit keras. Perbezaan titik ini tidak menjadi masalah dalam mempelajari bahasa Inggeris, kerana ia tidak memberi kesan terhadap komunikasi dalam bahasa itu. Kesukaran ini jelas pada penggantian sistem ejaan bahasa Inggeris [s] kepada [z] oleh pelajar Melayu disebabkan pengaruh struktur ejaan bahasa ibunda pelajar itu sendiri justeru itu dalam penyebutan bahasa asing itu sendiri berlaku dalam pembelajaran hasil dari gangguan bahasa Ibunda. Melalui analisis tersebut jelas kesukaran bertutur pelajar memberi impak terhadap kemahiran bertutur mahupun membaca dan menulis. Ini kerana setiap kemahiran itu berkaitan diantara satu sama lain serta mempunyai fungsi tertentu dalam memantapkan penguasaan bahasa seseorang pelajar. Lebih-lebih lagi konsonan [z] itu sendiri merupakan konsonan pinjaman dari bahasa Inggeris. Oleh kerana bahasa Inggeris itu mempunyai ejaan berbeza dari lafaz itu lah yang menyebabkan pelajar Melayu menterjemahkannya terus dengan menggantikannya kepada konsonan [s] kepada [z] mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Secara amnya, mempelajari bahasa asing itu sukar dan merumitkan pelajar kerana ia merupakan bahasa baru bagi mereka. Ini kerana bagi pelajar Melayu, bahasa Inggeris itu merupakan bahasa asing

Penggantian konsonan bahasa Inggeris [ph[ kepada [f[ Bunyi [ph[ jadi [f]. Jika meneliti bunyi-bunyi konsonan dalam Bahasa Inggeris itu, bunyi [ph] itu dibunyikan sebagai bunyi [f]. Pada perkara ini berlakunya pengaruh bunyi [h] pada [p] menjadikannya bunyi [f]. Pembunyian [f] ini sebenarnya tidak wujud dalam sistem bunyi bahasa Melayu kerana ia adalah bunyi-bunyi pinjaman kata asing. Hal ini menjadi masalah bagi pelajar bahasa Melayu untuk membezakan dari segi pembunyian dan ejaan. Jika pelajar melihat ejaan perkataan seperti yang dinyatakan di jadual bawah ini maka mereka akan membuat asumsi bahawa bunyi sebutan perkataan-perkataan tersebut tentunya bunyi [p] seperti mana di awal kata tersebut. Akan tetapi kekeliruan akan jadi lebih rumit jika dalam situasi membunyikannya kerana mereka akan memikirkan ejaan selaras dengan bunyi misalnya Photo menjadi poto walhal dari segi pembunyian bahasa Inggeris yang sebetulnya adalah foto.

Kekeliruan ini berkemungkinan akan mempengaruhi pemikiran pelajar tersebut terhadap perkataan-perkataan lain misalnya bunyi [ph] menjadi [f] maka bunyi [f] boleh jadi bunyi [ph]? Fairy File Feet Fast Food Phairy? Phile? Pheet? Phast? Phood?

Pembaziran konsonan bahasa Inggeris [c], [k] dan [w] Begitu juga halnya dengan pembunyian konsonan Inggeris [c] dan [k] yang boleh menjadi sebagai satu faktor gangguan terhadap B1 kepada B2 pelajar. Pelajar Melayu akan mudah menjadi keliru dengan konsonan-konsonan ini kerana dalam bahasa Melayu konsonan [c] apabila disebut tetap membunyikan [c] tetapi berlainan pula dalam bahasa Inggeris yang mana konsonan [c] ini apabila dibunyikan boleh menghasilkan dua bunyi yang berbeza, iaitu bunyi [c] dan [k]. Misalnya dalam perkataan car disebut kar manakala perkataan chair pula tetap disebut chair. Pelajar mungkin akan mengalami kekeliruan sekiranya mereka kurang didedahkan terhadap hal-hal yang sedemikian. Bagaimana pula dengan pembaziran konsonan [c] dalam sesebuah perkataan? Misalnya perkataan rock dalam bahasa Inggeris. Konsonan [c] dalam perkataan rock merupakan satu pembaziran kerana fungsinya tetap memberikan bunyi yang sama dengan konsonan [k]. Hal ini boleh menganggu kefasihan pertuturan mahupun penulisan pelajar kerana pelajar yang bahasa ibundanya bahasa Melayu sudah terbiasa bahawa konsonan [c] dan [k] itu berbeza bunyi. Apabila seorang guru menyuruh pelajarnya mengeja perkataan rock, maka ia adalah tidak mustahil bahawa pelajar itu mungkin mengeja dengan rok kerana pelajar berasumsi bahawa [ck] itu sama sahaja dengan [k] kerana tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Maka [c] itu memang wujud dalam bahasa Inggeris tetapi tidak dalam bahasa Melayu dan ia merupakan satu pembaziran semata-mata. Kekurangan pendedahan akan etimologi (asal-usul perkataan) kata pinjaman menyebabkan pelajar tidak faham akan aspek pinjaman mana yang diguna

pakai dalam menyerap istilah sumber yang ada dan kesannya akan memyebabkan sistem ejaan dan penulisan mereka turut sama terpengaruh dan terjejas. 6. CARA MENGATASI Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan ini, dapat dikesan faktor-faktor berlakunya kesalahan dalam pembelajaran bahasa kedua dikalangan pelajar Melayu. Antaranya, pelajar keliru dengan sistem pembunyian dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang mempunyai simbol (konsonan) yang sama tetapi apabila disebutkan, bunyi-bunyi tersebut mempunyai perbezaan. Pelajar juga mungkin terbiasa dengan tabiat sebutan dalam bahasa Melayu, dan kebiasaan ini mempengaruhi pembelajaran mereka dalam bahasa asing. Selain daripada pelajar, adalah diandaikan bahawa guru juga menjadi faktor kepada kurangnya kefasihan atau kebolehan pelajar dalam menguasai bahasa kedua. Hal ini boleh berlaku sekiranya guru kurang memberi pendedahan yang cukup terhadap sistem bahasa asing kepada pelajar. Oleh yang demikian, kesukaran dan kesalahan pelajar dalam menguasai bahasa asing atau bahasa kedua ini boleh diatasi dalam pelbagai cara. Antaranya, guru perlu memberikan pendedahan yang cukup terhadap pembelajaran bahasa kedua pelajar terutama sekali dari aspek pembunyian yang seringkali menimbulkan kekeliruan yang mengakibatkan kesalahan dalam berbahasa seperti memperjelaskan panduan untuk menyesuaikan ejaan kata atau istilah yang berupa pinjaman berdasarkan aturaan ejaan bahasa Melayu dengan lebih sistematik disamping membandingkannya dengan bahasa Inggeris. Selain itu, keupayaan semula jadi pelajar perlu diasah lagi agar mereka yakin bahawa dengan keupayaan yang ada mereka akan menemui kejayaan dengan syarat guru perlu memberikan pendedahan yang cukup terhadap bahasa sasaran itu. Guru perlu menguasai terlebih dahulu bahasa sasaran itu bersekali dengan teknik-teknik pengajran yang paling efektif misalnya latih tubi, pengulangan, peniruan dan pengukuhab. Walau bagaimanapun, pengukuhan dan penyesuaian yang lebih efektif perlu dilakukan oleh pelajar itu sendiri. 7. KESIMPULAN Secara keseluruhan, AK merupakan satu teknik atau pendekatan yang digunakan sebagai strategi dalam pengajaran bahasa asing agar lebih efesien dan efektif dengan membandingkan dua bahasa atau dua subsistem bahasa untuk memperlihatkan persamaan atau perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua buah bahasa tersebut. Dalam melaksanakan AK, terdapat cara yang tertentu dalam melaksanakannya iaitu perbandingan, meramal, penyusunan bahan dan cara
9

penyampaian. Cara-cara ini telah diterapkan dalam penelitian yang dilakukan terhadap subsistem bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dikalangan pelajar Melayu. Melalui penelitian tersebut, terdapat beberapa faktor berlakunya kesalahan dalam penguasaan bahasa asing dan juga beberapa cara untuk mengatasinya. Sebagai kesimpulan, AK merupakan kaedah yang cukup memudahkan dan membantu dalam meramal kesukaran dan kesalahan pelajar dalam menguasai bahasa asing. Selain itu, ia juga memberi manfaat terhadap guru dan juga pelajar.

10

You might also like