Penganjuran majlis ini merupakan usaha mengetengahkan kecantikan dan keunikan kraf tekstiltempatan sebagai fesyen pakaian kontemporari dan eksklusif. Di samping itu, penggunaan kraf tekstil tempatan sebagai medium utama dalam industri fesyen turut digerakkan. Dengan ini, iadapat meningkatkan minat penggunaan kraf tekstil dalam gaya hidup masa kini sertamembudayakan masyarakat Malaysia menggunakan kraf tekstil tempatan. Peragaan yangdiadakan ini juga seiring dengan aspirasi kementerian untuk memperkenalkan koleksi tekstil kraf negara ke persada dunia.Lebih 100 koleksi pakaian kontemporari dengan pelbagai tema dan konsep rekaan menggunakantekstil batik dan tenun Malaysia dipersembahkan oleh sembilan pereka pada malam tersebut.Masing-masing menghasilkan rekaan yang menggunakan elemen moden dan tradisional. Tidak ketinggalan, motif serta warna yang digunakan kelihatan eksklusif, mewah dan menarik.Misalnya, Datin Sharifah Kirana menggunakan satin sifon serta menggunakan alam semula jadiseperti rama-rama sebagai motif utama.Sharifah Kirana mengetengahkan keindahan serta keunikan menjadi seorang wanita melaluikecantikan yang terserlah dengan penggunaan warna corak rekaannya.Rata-rata rekaan Sharifah Kirana menonjolkan corak flora dan fauna di Malaysia yang amatindah.Sementara itu, Calvin Thoo menterjemahkan rekaannya melalui penggunaan bayang- bayangserta bentuk abstrak.Setiap sentuhan Calvin nampak ringkas sesuai digayakan untuk majlis siang dan malam.KontemporariKoleksi rekaan Micheal Shu turut menggunakan batik yang mengetengahkan keindahan bajukurung pada Hari Raya Aidilfitri yang diberi nafas baru dengan gaya kontemporari. Michealmenggunakan gabungan batik, fabrik net dan songket yang mengangkat nilai fesyen tersebutsetaraf dengan jenama mewah.Penggemar rekaan Kartini Ilias turut berpeluang melihat hasil kerjanya yang mendapat inspirasimelalui keindahan sebuah lukisan yang diminatinya. Kartini menyediakan koleksi pakaianwanita dan lelaki yang sesuai digayakan pada hari siang dan malam.Bagi mereka yang ingin kelihatan kasual serta elegan, koleksi Kartini antara pilihan yang sesuai.Selain itu, peminat fesyen turut terpesona dengan rekaan Datuk Tom Abang Saufi yangmenghasilkan rekaan bertemakan Lux Resort Wear’ iaitu konsep kaftan serta sifon yangmenggunakan motif hasil karya lukisannya sendiri. Di samping itu, pereka Kraftangan Malaysiatidak ketinggalan menterjemahkan hasil rekaan mereka dengan menggunakan batik. Nazari Maarus antara yang mempamerkan koleksi pakaian malam dan petang menggunakan batik lukis di atas bahan sutera dan sifon. Dia menggunakan motif gandingan retro era 70an dangeomatrik. Selain itu, Nazari menggunakan warna pastel sebagai pilihan.Bagi yang meminati gaya muslimah, Rodziah Md. Yusoff menghasilkan gaya muslimahkontemporari yang dijadikan pakaian malam menggunakan tekstil batik, tenun dan songket.Sasaran kumpulannya tertumpu kepada golongan remaja yang menanti pembaharuan fesyenuntuk ke majlis formal dan makan malam. Menariknya, setiap rekaan diperincikan dengan hiasanlabuci dan manik. Koleksi ini merupakan alternatif bagi wanita bertudung yang inginkan gayakontemporari. Malah, busana muslimah ini sesuai digayakan ketika menghadiri jemputan rumahterbuka Aidilfitri nanti.
Leave a Comment