You are on page 1of 29

SMKA MAAHAD

HAMIDIAH,JALAN
SUNGAI RAMAL LUAR,
KAJANG

KERJA KURSUS SEJARAH


PMR 2009

BANGUNAN BERSEJARAH,
BANGUNAN SULTAN ABDUL
SAMAD

Nama Murid: SITI NURUL AIN RAZALI


No K/P : 940809-10-5334
Nama Guru: NOOR EZANA BINTI AWANG
ELEMEN

SATU
TEMUBUAL

Saya :Ayah, boleh tak saya ingin menanyakan beberapa soalan yang berkaitan tentang

Bangunan Sultan Abdul Samad?

Ayah: Boleh saja..Tanye jelah.

Saya:Bilakah bangunan ini dibina?

Ayah: Kalau tidak salah, bangunan ini telah dibina pada tahun 1893 dan siap pada

tahun 1897.

Saya: Dimana letaknya lokasi bangunan ini?

Ayah: Bangunan ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Jalan

Raja Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur

Saya: Apakah kegunaan bangunan ini sebelum merdeka (1957)?

Ayah: Sebelum merdeka, bangunan ini telah digunakan sebagai Pusat Pentabiran

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,Pejabat Residen-General dan Pejabat besar pos.

Saya: Apakah bahan utama binaan bangunan ini?

Ayah: Batu, simen, dan kayu

Saya : Baiklah ayah,Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayah kerana sudi

ditemu ramah.

Ayah: Sama-sama
M
A
J
A
L
A
H
I
N
T
E
R
N
E
T
E
N
S
I
K
L
O
P
E
D
I
A
S
U
R
A
T
KHABAR
BUKU
I
L
M
I
A
H
E
L
E
M
E
N
2
BANGUNAN
SULTAN
ABDUL
SAMAD
SENARAI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1 TAJUK KAJIAN 1
2 ISI KANDUNGAN 2
3 PENGHARGAAN 3
4 OBJEKTIF KAJIAN 4
5 KAEDAH KAJIAN 5
6 HASIL KAJIAN 6

1. nama bangunan

2. latar belakang

3. keistimewaan bangunan

4. kejayaan bangunan
7 RUMUSAN 15
8 LAMPIRAN 16
9 RUJUKAN 25

PENGHARGAAN
Pertama sekali,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan folio ini dengan sempurna.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan jutaan

terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menjalankan kajian ini

secara langsung mahupun secara tidak langsung. Bantuan,tunjuk ajar dan dorongan ini

telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya.

Sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya,RAZALI BIN ABDUL HAMID

DAN ROSNA BINTI HASHIM kerana membantu dalam menyediakan kemudahan bagi

menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga kepada guru Sejarah saya, Puan NOOR

EZANA BINTI AWANG kerana memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada

saya bagi menjalankan kajian ini.

Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi kerjasama

yang baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada

rakan-rakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung

mahupun tidak langsung terutamanya NUR AFIQAH BINTI ABU BAKAR,3 Ali 2009

kerana memberi bantuan dan dorongan sepanjang proses saya menyiapkan folio ini.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:-

1. Dapat mengetahui lebih mendalam mengenai bangunan bersejarah yang

dipilih.

2. Mengambil iktibar dan memupuk semangat patriotisme daripada catatan

sejarah bangunan yang dipilih.

3. Melahirkan rasa sayang dan bangga kepada negara Malaysia yang mempunyai

pelbagai sejarah disebalik sesebuah bangunan yang dipilih.

4. Mengkaji keindahan seni bina bangunan bersejarah yang unik.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang

diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah saya gunakan ialah:-

1. Rujukan – Saya telah merujuk dan menganalisi maklumat dari buku-buku

ilmiah,dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi

mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih.

2. Media – Saya telah menganalisi media massa dan media cetak seperti internet,

majalah-majalah, dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan

maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan

fahaman yang jelas mengenainya.

3. Pemerhatian –Saya telah melakukan pemerhatian bagi mengenal pasti seni

bina dan keistimewaan bangunan yang telah saya pilih dengan tepat.

4. Temu bual Orang Sumber – Saya telah menemubual ayah saya, Razali Bin

AbdulHamid yang bertugas di bangunan tersebut bagi mendapatkan maklumat

lanjut mengenai bangunan itu.


HASIL KAJIAN

1.NAMA BANGUNAN

Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new

Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat),

di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam

pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai Bangunan sebelum ditukar kepada

nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898. Bangunan ini

dinamakan sebagai bangunan Sultan Abdul Samad bersempena nama sultan Selangor

yang memerintah ketika itu.Jam besar yang terdapat pada bangunan tersebut dikenali

sebagai jam kemerdekaan kerana peristiwa pada 30 Ogos 1957, tepat jam12

malam.Jam ini berdenting sebanyak 12 kali yang menandakan kemerdekaan negara kita.

Serentak dengan itu juga,bendera UNION JACK diturunkan lalu digantikan dengan

bendera Persekutuan Tanah Melayu.

2.LATAR BELAKANG

Asal-usul

Atas cadangan SIR WILLIAM MAXWELL,Residen Selangor,kerajaan British

di negeri Selangor telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan pada

tahun 1893.Sebuah kawasan seluas 1035 hektar telah dipilih untuk pembinaannya.

Perletakan batu asas telah dibuat oleh SIR CHARLES B. H. MITCHELL,Gabenor

Negeri-negeri Selat pada 6 Oktober 1894 setelah reka bentuk bangunan tersebut telah

dipersetujui.

Pengasas
Reka bentuk bangunan ini dicipta oleh arkitek inggeris yang berkhidmat di

Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur yang bernama A.C NORMAN dan dibantu oleh

jurutera C.E SPOONER bagi memulakan kerja pembinaan bangunan ini.

Tarikh Pembinaan

Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun1893 tetapi perletakan batu

asas bangunan ini hanya di buat pada 6 Oktober 1894.Bangunan ini telah siap di bina

pada tahun 1897.

Lokasi

Bangunan ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-tengah

bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kelab

Diraja Selangor dan berdekatan dengan Sungai Bonus.Bangunan ini terletak pada satu

tapak di antara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Lokasinya merupakan

tapak yang strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Kawasan ini meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan di bahagian belakangnya

terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan.

Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak

berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang

kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.


Tujuan penubuhan bangunan

Tujuan utama bangunan ini dibina ialah untuk mendirikan sebuah bangunan

kerajaan sebagai pusat pentadbiran British ketika itu dan memberi imej baru kepada

Kuala Lumpur dengan menonjolkan imej seni bina Islam yang menarik. Tujuan

pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua

Jabatan pentadbiran Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu

Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik

mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan

(Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works

Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan

Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).

Kos pembinaan

Kerajaan British Telah menghadkan kos tidak melebihi 231 000 ringgit untuk

tujuan pembinannya. Walaubagaimanapun, bangunan ini dibina dengan harga 152 000

ringgit sahaja tetapi ia tetap menjadi sebuah bangunan yang termahal pada ketika itu.

Perasmian

Bangunan ini dirasmikan oleh Residen British, SIR FRANK SWETTENHAM

pada tahun1897 iaitu ketika bangunan ini telah siap di bina.


3.KEISTIMEWAAN BANGUNAN

Reka bentuk pelan

Rekabentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan diantara

bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57

kaki berbentuk ladam yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk

bangunan ini.
Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina

Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3

buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Ia diperbuat daripada kayu dan batu

bata yang dicat berwarna hitam. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik:

kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik

(classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat

aspek dekorasi yang berciri the Raj style mencerminkan fungsi utama

pembinaanya di rantau ini.

Bahan binaan

Sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah

pentadbiran Kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan

penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan


seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50

tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Pengubahsuaian

Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap

sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada

waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos

menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini

dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya

dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan

Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

Hiasan dalaman

Di dalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang

diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat

yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga

mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu

serambi besar tertutup.

Kegunaan dahulu dan sekarang

Pada zaman penjajahan British bangunan ini digunakan sebagai pusat

pentadbiran negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen Jeneral,dan Pejabat

Pos.
Selepas kemerdekaan, ia digunakan sebagai Pejabat Setiausaha Negeri

Selangor, iaitu meliputi Jabatan Perbendaharaan,Jabatan Perakaunan,Pejabat Am,

tempat Majlis Mesyuarat Negeri dan Pejabat Pos.

Bangunan bersejarah ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia,

Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Cara pembinaan

Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894

1897, cara pembinaannya lengkap dengan ciri ciri keistimewaan dari aspek

komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsur-unsur Islam pada

gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong(arch), kubah potong bawang (dome) dan

struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid.

4.KEJAYAAN YANG DICAPAI BANGUNAN


Politik

Bangunan ini telah menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu

Bersekutu dan pernah menjadi Pejabat Residen Jeneral ketika zaman penjajahan

British. Selain itu, ia juga pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Selangor

selepas kemerdekaan negara kita dengan menempatkan Pejabat Setiausaha

kerajaan negeri Selangor dan tempat majlis mesyuarat negeri sehingga tahun1978.

Ekonomi

Bangunan ini telah menjadi tarikan pelancong dalam mahupun luar negara

kerana seni binanya yang unik dan menarik. Secara tidak langsung, bangunan ini

telah menaikkan industri pelancongan negara kita yang merupakan satu aset

penting negara kita dal;am bidang ekonomi.

Sosial

Bangunan ini telah menjadi tempat sambutan kemerdekaan negara kita

setiap tahun. Pada ketika itu, persembahan kebudayaan pelbagai etnik dan kaum

dinegara kita. Pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian-tarian kaum dan etnik
tertentu dapat memaparkan kejayaan Malaysia melahirkan rakyat yang bersatupadu

walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik. Selain itu dapat

menambah pengetahuan mengenai segala kebudayaan yang unik dan menarik yang

terdapat di negara kita.

( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)

Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad


(Pelan Tingkat Bawah) (Pelan Tingkat Satu)

(Pelan Tingkat Dua) (Pelan Tingkat Mezan)

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam

tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak

pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat

sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan

dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan

sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan

ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting

seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang

membabitkan promosi pelancongan negara. Saya sedar betapa bertuahnya menjadi

warganegara Malaysia yang banyak meninggal kesan peninggalan sejarah yang sang

unik dan bermakna untuk dijadikan pengajaran kepada rakyat masa akan datang.

Keindahan nilai estetika dan seni warisan ini dapat menjadi perangsang

kepada rakyatnya untuk terus berusaha untuk mengekalkan kesan peninggalan

sejarah ini.

Kerja kursus ini juga mengajar erti kerjasama,kesabaran dalam menghadapi

cabaran yang menimpa sepanjang proses menyiapkan folio ini dan mengajar saya

supaya mengambil iktibar dari sejarah lampau berdasarkan sejarah bangunan ini.

RUMUSAN
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan

dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang

bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara

hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai

kepada Negara yang kita cintai.

Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada

aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji

bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari

maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan

kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi

nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau

Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di

Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat

sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat

masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan

daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini

dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan

bersejarah.

Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan

mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan

menyintai Negara saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal

maka tidak cinta"


LAMPIRAN

(GAMBAR BANGUNAN ABDUL SAMAD)

(pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)


Rujukan

1. internet –

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

• http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM

• http://www.virtualmalaysia.com/destination

• http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad

1. buku ilmiah –

• Iman Suffiya,2006,Seni Bina dan Seni Lukis,Kuala Lumpur: Penerbit Era

Didik.

• Mohd. Zahari Ishak,2006,Di Sebalik Simbol Kenegaraan,Melaka: Associated

Educational Distrbuters(M)Sdn.Bhd.

2. ensiklopedia-

• Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka,Ensiklopedia Dunia,Malaysia,

Dawrna Sdn.Bhd.

3. majalah-

• Kamalsyah,1990,Shah Alam Bersih dan Indah,Selangor,Majlis Penbandaran

Shah Alam,Selangor

4. surat khabar

• Berita Harian,Ahad,4 Mei 2008,Halaman 7

• Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28


E
L
M
E
N
3
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat
cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat
menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara di tanah air kita.Oleh itu,kerajaan
telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam
kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai


rakyat Malaysia.Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh British di Kuala Lupur
iaitu bangunan Sultan Abdul Samad dapat lagi kita lihat dari dulu hingga
sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga
dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-
menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.

Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah


yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah
dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan
Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk
mempertahankan Tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan
kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan
bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri
sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta
berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia


negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara
yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan demi
memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang.

Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan
negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara
berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan
yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana
telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.

You might also like