You are on page 1of 80

KAJIAN SOSIAL (GEOGRAFI)

(PERTUBUHAN PENDUDUK)

PENDUDUK OPTIMUM Penduduk (org) Penduduk (org)

LEBIHAN PENDUDUK

KURANGAN PENDUDUK

Pertumbuhan Penduduk
Lebihan penduduk- penduduk bertambah, sedangkan sumber tidak bertambah. Penduduk optimum- bilangan penduduk sesebuah negara bersama-sama faktor pengeluaran lain menggunakan sumber-sumber semula jadi yang ada dan dapat mengeluarkan hasil yang optimum. Kurang penduduk- sesebuah negara itu mepunyai sumber yang banyak untuk dibangunkan, tetapi tidak mempunyai penduduk yang secukupnya untuk mengeksploitasi sumber-sumber tersebut.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN PENDUDUK DI NEGARA-NEGARA ASIA PASIFIK

Program perancangan keluarga

Perkahwinan di peringkat usia muda

Kadar kelahiran dan kadar kematian

Kestabilan politik dan ekonomi

FAKTORFAKTOR

Bencana alam dan peperangan

sosial

Dasar kerajaan

Migrasi

Kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah dipengaruhi oleh taraf kesihatan penduduk negara yang semakin baik. Prasarana kesihatan seperti klinik dan hospital yang mencukupi serta sistem perubatan yang cekap telah mengurangkan risiko kematian bayi yang baru dilahirkan.

Contohnya di Malaysia kadar kelahiran agak tinggi dan kadar kematian rendah.Hal ini menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk Malaysia adalah sederhana iaitu 2.3 peratus setahun.

Dasar kerajaan sememangnya boleh mempengaruhi pertambahan dan pengurangan

penduduk dalam sesebuah negara di Asia Pasifik.


Negara yang mengalami kurang penduduk biasanya mengamalkan prinsip menggalakan kelahiran.

Biasanya relatif dengan sumber pengeluaran yang banyak .


Sesuatu negara perlu menambahkan jumlah penduduknya bagi menampung keperluan tenaga kerja pada masa hadapan atau bagi mengeksploitasi sumber-sumber alam. Negara yang menggalakan kelahiran akan memberi kemudahan rawatan percuma,cuti bersalin dan akan mengurangkan kadar cukai pendapatan. Negara yang tidak menggalakan kelahiran seperti China akan mengamalkan dasar saiz keluarga kecil. Langakah-langkah yang diamalkan adalah cukai dan denda yang tinggi serta menarik balik segala kemudahan yang diberikan

Satu teknik atau kaedah tradisional dan moden bagi tujuan mencegah,mengurang dan menjarakan kelahiran agar kadar pertumbuhan penduduk tidak menjadi terlalu pesat sehingga tidak mampu ditampung oleh sumber-sumber yang ada.

Oleh itu, program perancangan keluarga dilaksanakan melalui kempen pencegahan dan menjarakkan kelahiran,pengguguran,penggunaan kondom,teknik AUD untuk mengikat saluran peranakan wanita dan lain-lain kaedah perubatan.

Taraf pendidikan yang rendah memungkinkan pertumbuhan penduduk yang tinggi.

contohnya di kawasan pedalaman negaraIndonesia,china,kemboja dan vietnam.


Keadaan ini kerana kesukaran untuk memahami dan menerima idea-idea baru seperti progaram perancangan keluarga.

Bagi kumpulan masyarakat bandar yang berpendidikan yang mempunyai taraf hidup yang tinggi lebih cendurung untuk mengecilkan saiz keluarga kerana tekanan kerjaya dan sikap.
Faktor agama Larangan agama islam bagi amalan perancangan keluarga dan menggalakan penuntutnya supaya mempunyai anak yang ramai demi kegemilangan ummah. Contohnya negara-negara seperti Indonesia mengalami pertumbuhan penduduk yang tinggi kerana larangan agama Islam ini.

Membantu pertumbuhan penduduk yang tinggi kerana pengaruh kadar fertiliti(kesuburan) yang tinggi akan menggalakan kadar kelahiran.

Kadar fertiliti atau kesuburan wanita biasanya antara umur 16 hingga 45 tahun Di negara Filipina dan Indonesia taraf umur perkahwinan pada usia awal 20an memungkinkan pasangan memiliki anak yang ramai kerana kesuburan ibu yang tinggi.

Bencana alam dan peperangan tidak boleh menambah pertumbuhan sebaliknya mengurangkannya. Bencana alam seperti gempa bumi,gunung berapi akan merungut nyawa secara besar-besaran.
Selain daripada mengurangkan jumlah penduduk yang sedia ada, kedua-dua faktor ini telah membantutkan kelahiran semula jadi di negara tersebut Contohnya peperangan di Vietnam dan Kemboja pada tahuntahun 70-an telah mengurangkan penduduknya lebih daripada satu juta orang.

Negara yang aman dan stabil memberi peluang dan ruang

kepada kerajaan merancang aspek demografi negara tanpa bimbang tentang halangan dan kemungkinan perubahan dasar yang begitu cepat. Suasana yang aman juga menjadi daya penarik migrasi dari luar masuk ke sesuatu negara . Secara tak langsung hal ini akan mempengaruhi pertumbuhan penduduk negara tersebut. Contohnya di negara Malaysia daya penarik migrasi dari luar adalah amat tinggi kerana negara yang aman.

Oleh itu kerajaan Malaysia telah memperkenalkan dan meletakkan sasaran 70 juta penduduk pada tahun 2100.

Kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah negara Asia Pasifik juga dipengaruhi kadar migrasi bersih iaitu nilai yang diperoleh setelah migrasi masuk ditolak dengan migrasi keluar.

Contohnya di Malaysia pertumbuhan penduduk bersifat positif kerana menerima kemasukan ramai penduduk asing sama ada dari Indonesia,Bangladesh,Hong kong dan sebagainya.

Hal ini kerana keperluan tenaga kerja dan kawalan kemasukan penduduk asing yang agak longgar.

Kaedah pengiraan kadar pertumbuhan penduduk


Formula: Pertumbuhan penduduk
Jumlah kelahiran Jumlah kematian

Jumlah penduduk

1000

Kadar pertumbuhan penduduk = Kadar pertumbuhan semula jadi + Kadar migrasi bersih

Kadar pertumbuhan semula jadi = Peratus kadar kelahiran peratus kadar kematian

Kadar kelahiran

Jumlah bayi yang lahir pada sesuatu tahun Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

1000

Kadar kematian

Jumlah kematian penduduk pada sesuatu tahun Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

1000

Migrasi bersih = Migrasi masuk Migrasi keluar

Contoh pengiraan 1
Data:Jumlah penduduk Malaysia (2000) = 21 793 293 orang. Bilangan kelahiran = 551 370 orang Bilangan kematian = 114 414 orang 1) Bilangan kelahiran Kadar kelahiran kasar 1000
Jumlah penduduk 551 370

21 793 293

1000

25.3 orang / 1000

Bilangan kematian Kadar kematian kasar = Jumlah Penduduk

1000

114 414 21 793 293

1000

5.2 orang / 1000

2) Peratus kadar kelahiran Kadar kelahiran 1000

100

25.3
1000 2.53 % Peratus kadar kematian

100

Kadar kematian 1000

100

5.2
1000 0.52 %

100

Kadar pertumbuhan penduduk semula jadi kematian

Peratus kadar kelahiran

Peratus kadar kematian (peratus)

2.53% - 0.52% = 2.01%

Maka kadar pertumbuhan penduduk semula jadi di Malaysia pada tahun 2000 ialah = 2.01%

Nilai 2.01% merupakan kadar pertumbuhan kasar yang hanya mengambil kira pertumbuhan semula jadi sahaja.Kadar pertumbuhan bersih penduduk Malaysia pada tahun 2000 perlu mengambil kira nilai migrasi bersih yang dialami oleh Malaysia pada tahun tersebut.

Contoh pengiraan 2

Andaikan jumlah imigrasi ke Malaysia pada tahun 2000 ialah 20 000 orang dan jumlah imigrasi dari Malaysia pada tahun berkenaan ialah 5000 orang. Migrasi bersih = migrasi masuk migrasi keluar = 20 000 5000 = 15 000 orang

Pertumbuhan Penduduk bersih

Pertumbuhan semula jadi + Migrasi bersih


Jumlah penduduk 451 956 21 793 293

1000

100

2.07% ( Kadar pertumbuhan penduduk bersih)

Konsep Lebihan Penduduk


Lebihan penduduk adalah jumlah penduduk melebihi kemampuan penawaran sumber yang ada dalam sesebuah negara. (ertinya adalah sumber terhad sedangkan jumlah

penduduknya adalah ramai) Lebihan penduduk terbahagi kepada dua iaitu:a) Lebihan relatif b) Lebihan mutlak

Lebihan relatif adalah sumber di dalam sesebuah negara itu ada atau masih banyak tetapi tahap teknologi yang dimiliki oleh negara adalah mundur. sampai tidak dapat membangunkan sumber berkenaan. Kesannya sumber alam hanya tingggal sebagai stok sumber sahaja. Ini menyebabkan penduduk negara tersebut mengalami keadaan kemiskinan. Fenomena ini dialami oleh negara-negara sedang membangun seperti Indonesia , Filipina , Myanmar , China ,India dan Bangladesh.

Lebihan mutlak adalah sumber-sumber pengeluaran tidak ada atau tidak cukup bagi menampung keperluan asas penduduk. Negara tersebut dibelenggu dengan masalah kebuluran,kelaparan,putaran kemiskinan yang ganas dan kemelaratan hidup(kemiskinan mutlak).

Contoh negara yang mengalami keadaan ini adalah


sudan,Afrika Utara dan lain-lain.

Kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap kawasan Bandar dan Luar Bandar

Kesan Terhadap Kawasan Bandar


Menyebabkan masalah memberi perkhidmatan yang secukupnya Cth: penyediaan perumahan- masalah setinggan
Pangangguran dan taraf hidup yang rendah di bandar mangakibatkan berlakunya masalah sosial. Kemiskinan menyebabkan kanak-kanak kecil terlibat dalam sektor pekerjaan

Beban kepada kerajaan Cth: pendidikan, rawatan kesihatan Pencemaran alam sekitar Kesan positif Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi - Tenaga kerja yang banyak Pasaran yang besar

Piramid Penduduk
Pada amnya terdapat 4 bentuk piramid penduduk iaitu : (a) Piramid progresif (b) Piramid peralihan (c) Piramid stabil (d) Piramid terganggu

Piramid Progresif
Mempunyai tapak yang lebar (a) menunjukkan kumpulan penduduk muda tinggi kerana kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian yang rendah. (b) dialami oleh negara mundur. (c) pertambahan penduduk yang pesat mendatangkan pelbagai masalah soisoekanomi. Puncak tajam (a) jangkaan hidp rendah kerana kekurangan kemudahan perubatan. (b) kadar kematian tua adalah tinggi. Cerun cekung (a) ini menggambarkan bilangan penduduk dewasa dan muda yang tidak seimbang. (b) bebanan menampung golongan muda yang banyak ditanggung oleh kumpulan dewasa. Piramid bentuk ini menunujukkan tahap pembanguan yang rendah.

PIRAMID PERALIHAN (REGRESIF)

Faktor-faktor penyebab bentuk piramid peralihan : (a)Faktor status quo (b)Perkahwinan pada usia lewat atau lambat (c)Keberkesanan program perancangan keluarga (d)Penglibatan wanita dalam kerjaya berprofil tinggi (e)Dasar atau polisi saiz keluarga kecil yang dijalankan oleh kerajaan (f)Kecenderungan setiap keluarga untuk memiliki jumlah anak yang sedikit.

Puncak piramid yang lebar menunjukkan bahawa jangka hayat penduduk adalah tinggi.
Keadaan cerun piramid yang cembung menunjukkan golongan dewasa yang produktif adalah ramai berbanding dengan golongan muda dan dewasa.

PIRAMID STABIL

Ciri-ciri bentuk piramid ini adalah: (a) tapak piramid lebar menunjukkan kadar kelahiran masih tinggi, tetapi kadar kematian rendah. (b) taraf hidup bertambah baik. (c) amalan perancangan mulai mendapat tempat. (d) kadar kelahiran rendah. (e) Jangkaan hayat tinggi di kalangan orang tua (kemuncak piramid tidak begitu tajam). (f) cerun seakan-akan lurus. Ini menggambarkan nisbah penduduk lelaki dan kanak-kanak hampir seimbang. Kadar kematian di kalangan penduduk dewasa juga berkurangan.

PIRAMID TERGANGGU

Piramid penduduk terganggu tidak mempunyai sebarang bentuk tertentu secara khusus dan boleh berlaku kepada ketiga-tiga jenis piramid sama ada ke atas piramid progresif,piramid peralihan,atau piramid stabil. Kesan gangguan ini akan menyebabkan kepanjangan bar sama ada lelaki atau perempuan yang mewakili pelbagai peringkat umur. Gangguan ini boleh berpunca daripada peperangan,wabak penyakit atau polisi kerajaan.

Kesan Pertumbuhan Penduduk Pesat Ke Atas Alam Sekitar Fizikal


Pencemaran udara Bandar raya menjadi tumpuan kenderaan

Bangunan pencakar langit menyerap haba -Bangunan konkrit menyerap bahang pada waktu siang dan bebaskan haba pada waktu malam. Ini dikatakan kesan rumah hijau

Kekurangan kawasan hijau pembangunan Pembuangan sisa domestik dan kilang Penerokaan hutan untuk mengatasi masalah kediaman. Mengganggu ekosistem

Kesan Pertumbuhan penduduk Terhadap Kawasan Luar Bandar


Menambahkan beban tanggungan kemiskinan meningkat Kekurangan tanah pertanian - Kawasan pertanian dijadikan sebagai tanah kediaman Pengangguran tak ketara Ramai kanak-knak tidak ke sekolah

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN PENDUDUK DI NEGARA MAMBANGUN (NEGARA-NEGARA ASIA PASIFIK)

KADAR KELAHIRAN DAN KADAR KEMATIAN


Faktor ini dikategorikan sebagai faktor semula jadi. Kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah dipengaruhi oleh taraf kesihatan penduduk negara yang semakin baik. Prasarana kesihatan seperti klinik dan hospital yang mencukupi serta sistem perubatan yang cekap telah mengurangkan risiko kematian. Amalan perkahwinan pada usia muda meningkatkan kadar fertiliti. Setiap keluarga berkecenderungan memperoleh anak yang ramai kerana kesuburan wanita yang tinggi.

FAKTOR GOVERNAN ATAU DASAR KERAJAAN


Dasar kerajaan sememangnya boleh mempengaruhi pertambahan dan pengurangan penduduk dalam sesebuah negara. Singapura yang mengalami kekurangan penduduk megubah dasar kependudukannya ke arah menggalakkan perkahwinan dan kelahiran. Justeru, galakan kelahiran diberi melalui pelaksanaan pelbagai insentif seperti cuti bersalin, kemudahan rawatan percuma, dan rebat cukai pendapatan. Manakala negara China pula melaksanakan Dasar Saiz Keluarga Kecil iaitu satu keluarga satu anak sahaja. Sekiranya dasar ini tidak dilaksanakan, China akan mengalami krisis makanan dan tenaga menjelang abad ke 21.

PROGRAM PERANCANGAN KELUARGA


Di negara-negara sedang membangun langkah ini tidak begitu berkesan malah boleh diistilah sebagai gagal. Ini disebabkan oleh masalah tahap pendidikan yang rendah, kongkongan adat dan agama yang kuat serta keperluan tenaga manusia oleh setiap kelurga daripada segi ekonomi. Misalnya kawasan pedalaman di Indonesia amat bergantung kepada tenaga buruh keluarga untuk menjalankan aktiviti pertanian. Justeru itu kadar pertumbuhan penduduk di negara berkenaan masih lagi tinggi.

FAKTOR SOSIAL
Taraf pendidikan yang rendah memungkinkan pertumbuhan penduduk yang tinggi. Contohnya di kawasan pedalaman negara Indonesia, China, Kemboja dan Vietnam. Keadaan ini kerana kesukaran untuk memahami dan menerima idea-idea baru. Amalan agama dan status quo yang dipegang oleh sesetangah masyarakat juga mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Contohnya, suku kaum batak di Indonesia amat berbangga jika memiliki anak yang ramai. Manakala kaum Cina pula amat berbangga dengan kelahiran anak lelaki keran anak lelaki merupakan pewaris nama keluarga.

FAKTOR PERKAHWINAN DI PERINGKAT USIA MUDA


Perkahwinan di usia muda akan membantu perumbuhan penduduk yang tinggi kerana pengaruh kadar fertiliti yang tinggi akan menggalakkan kadar kelahiran. Kadar fertiliti (kesuburan) wanita biasanya antara umur 16 hingga 45 tahun. Di negara Filipina dan Indonesia tarf umur perkahwinan pada usia awal 20-an memungkinkan pasangan memiliki anak yang ramai kerana kesuburan ibu yang tinggi.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN PENDUDUK DI NEGARA MALAYSIA


KADAR KELAHIRAN DAN KADAR KEMATIAN Kadar kelahiran di Malaysia berada pada tahap yang agak tinggi manakala kadar kematiannya pula d tahap yang rendah. Keadaan ini menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk Malaysia pada kadar sederhana iaitu di sekitar 2.5% setahun. Kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah dipengaurhi oleh tahap kesihatan penduduk negara yang semakin meningkat, prasarana kesihatan seperti klinik dan hospital yang mencukupi serta sistem perubatan yang moden dan terkini telah mengurangkan risiko kematian bayi. Selain itu, kadar kelahiran yang tinggi juga turut dipengaruhi oleh amalan perkahwinan pada usia muda yang mempunyai tahap fertiliti yang tinggi. Setiap keluarga berkecenderungan untuk memperoleh anak yang ramai keran tahap kesuburan wanita yang tinggi. DASAR KERAJAAN (GOVERNAN) Dasar kerajaan melalui kempen 70 juta penduduk menjelang tahun 2100 turut menjadi pemangkin mempercepatkan lagi pertumbuhan penduduk di Malaysia. Dasar ini secara langsung telah menggalakkan kelahiran disebabkan rebat cukai pendapatan, kemudahan cuti bersalin serta kemudahan rawatan percuma untuk ibu-ibu mengandung yang diberikan oleh kerajaan. Pembagunan ekonomi yang semakin berkembang talah menyebabkan pendapatan perkapita penduduk semakin bertambah. Faktor ini akan menggalakkan setiap keluarga di Malaysia memiliki anak yang ramai dan seterusnya mempengaruhi pertumbuhan penduduk negara.

KESTABILAN POLITIK Kestabilan politik dalam jangka masa panjang juga turut membantu mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Malaysia. Negara yang aman dan stabil, memberi peluang dn ruang kepada kerajaan merancang aspek demografi tanpa bimbang tentang halangan dan kemungkinan perubahan dasar yang begitu cepat. Suasana yang aman telah menjadi daya penarik migrasi dari luar masuk ke Malaysia dan ini secara langsung akan turut mempengaruhi pertumbuhan penduduk. KADAR MIGRASI BERSIH Selain daripada faktor semula jadi, kadar pertumbuhan penduduk Malaysia juga turut dipengaruhi oleh kadar migrasi bersih iaitu nilai yang diperoleh setelah migrasi masuk ke Malaysia ditolak dengan migrasi keluar dari Malaysia. Dalam hal ini pertumbuhan penduduk sudah tentunya bersifat positif kerana Malaysia terlalu banyak menerima penduduk asing sama ada dari Indonesia, Bangladesh, Hong Kong, dan sebagainya ekoran daripada keperluan tenaga kerja dan kawalan kemasukan penduduk asing agak longgar. Kadar kelahiran pastinya akan bertambah dan pertumbuhan penduduk juga meingkat apabila berlakunya perkahwinan antara penduduk tempatan dengan rakyat asing tersebut. FAKTOR AGAMA DAN ADAT TRADISI Agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia telah menganjurkan konsep keramaian umat dan larangan perancangan keluarga. Keadaan ini secara langsung telah menggalakkan kadar kelahiran. Sebaliknya bagi masyrakat Cina, keperluan kepada anak lelaki merupakan satu adat yang dipegang oleh masyarakat ini. Anak lelaki merupakan pewaris nama sesebuah keluarga.

MIGRASI KONSEP, JENIS DAN POLA MIGRASI PENDUDUK


Migrasi merujuk kepada penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain yang melibatkan perubahan ruang dan masa. Istilah yang dalam migrasi adalah: ruang-pergerakan penduduk mestilah melintasi sempadan antara kawasan seperti pentadbiran. Misalnya sempadan antara mukim, antara daerah, antara bandar, antara luar bandar dengan bandar, antara negeri, antara negara, antara benua dan sebagainya. Ini akan melibatkan perubahan kediaman yang kekal ataupun separa kekal. masa-istilah migrasi hanya dirujuk kepada migran yang berpindah melebihi daripada enam bulan di sesuatu tempat sebelum kembali ke tempat asalnya.

Imigrasi

Emigrasi

MIGRASI

Migrasi Bersih

Imigrasi bererti penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah kawasan.

Emigrasi bermaksud penghijrahan keluar penduduk dari sesebuah kawasan.

Migrasi bersih merujuk kepada perbezaan nilai yang wujud antara imigrasi dan emigrasi.

Jenis dan Pola Aliran Migrasi Penduduk


Migrasi bloeh dibahagikan kepada dua jenis iaitu migrasi antarabangsa (dikenali juga sebagai migrasi luaran) dan migrasi dalaman. Migrasi antarabangsa melibatkan perpindahan penduduk yang melintasi sempadan antarabangsa misalnya sempadan antara negara dan sempadan antara benua. Migrasi dalaman pula hanya melibatkan perpindahan penduduk yang melintasi sempadan di dalam sebuah negara sahaja seperti sempadan antara daerah, sempadan antara luar bandar dengan bandar, sempadan antara negeri, antara bandar dan sebagainya. Migrasi antarabangsa dibahagikan kepada dua jenis iaitu: (a) migrasi antara negara (b) migrasi antara benua Migrasi dalaman pula dibahagikan kepada lima jenis atau pola aliran iaitu: (a) transmigrasi (b) migrasi antara bandar ke luar bandar (c) migrasi antara luar bandar ke bandar (d) migrasi antara bandar ke bandar (e) migrasi antara luar bandar ke luar bandar

Migrasi Antarabangsa
Migrasi antarabangsa ialah perpindahan penduduk yang melintasi sempadan politik antarabangsa. Pada amnya pergerakan penduduk yang melintasi sempadan antarabangsa ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu: (a) pergerkan yang melintasi sempadan antara negara misalnya migrasi masuk buruh asing dari negara Indonesia,Thailand, Vietnam, Filipina, Bangladesh dan India ke negara Malaysia pada masa kini. (b) pergerakan penduduk yang melintasi sempadan antara benua seperti migrasi hamba abdi dari benua Afrika ke benua Eropah pada abad ke-19, migrasi penjajah dari benua Eropah ke benua Asia, benua Afrika, benua Amerika dan benua Australia yang juga berlaku pada abad ke-19 dan migrasi golongan cerdik pandai dan profesional dari benua Asia ke benua Eropah, benua Amerika dan benua Australia.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Proses Migrasi Antarabangsa (Malaysia)


Tarikan ekonomi Sejarah masa lalu

Fizikal Geografi

Penolak di tempat asal

Peperangan dan ketidakstabilan politik

Budaya dan talian persaudaraan

Tarikan Ekonomi
Tarikan ekanomi iaitu peluang pekerjaan yang luas dengan gaji atau upah yang lumayan dalam pelbagai sektor seperti perladangan, pembinaan, perindistrian, perkhidmatan dan sebagainya yang terdapat di Malaysia. Peluang pekerjaan dalam sektor ini amat banyak dan pada masa yang sama sektor-sektor tertentu mengalamin kekurangan tenaga buruh tempatan yang kritikal. Kepasatan pembangunan ekonomi Mlaysia yang lebih maju dan stabil berbanding dengan negara asal migran turut menjadi tarikan untuk berhijrah ke Malaysia. Selain itu, nilai mata wang Malaysia yang lebih tinggi berbanding dengan nilai mata wang negara migran turut menjadi punca mengapa mereka berhijrah ke negara ini. Keadaan ini menguntungkan mereka dalam konteks tukaran maa wang asing.

Faktor Geografi
Letakan Malaysia yang bersempadanan dengan negara jiran seperti dengan Thailand, Indonesia dan Filipina memudahkan para migran untuk datang ke negara ini di samping kos pengangkutan yang murah. Jarak yang dekat dan sistem pengangkutan yang pelbagai seperti feri dan kapal laut, kapal terbang, kereta api dan bas atau kereta menyebabkan darjah ketersampaian ke Malaysia menjadi tinggi. Sebagai conoh, bagi migran Indonesia mereka hanya mengambil masa antara dua hingga tiga jam sahaja untuk sampai ke Malaysia menerusi jalan laut.

Corak kebudayaan, agama dan adat yang hampir sama antara Malaysia dengan Indonesia menyebabkan proses asimilasi dan penyesuaian mudah berlaku di kalangan pekerja asing dengan penduduk tempatan. Para migran mudah diterima oleh masyarakat tempatan tanpa konfilik yang kompleks. Faktor ini akan mendorong kemasukan rakan-rakan migran yang lain. Selain itu, kebanyakan penduduk di negara ini mempunyai pertalian persaudaraan yang telah lama wujud. Misalnya antara masyarakat Jawa di Malaysia dengan komuniti Jawa di Indonesia, dan masyarakat Minangkabau dengan penduduk Negeri Sembilan. Bagi penduduk Selatan Thailand pula mereka mempunyai hubungan persaudaraan dan keagamaan dengan penduduk pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia khususnya dengan negeri Kelantan,Kedah dan Perlis.

Budaya dan Talian Persaudaraan

Penolak di Tempat Asal


Keadaan politik yang tidak stabil, penduduk berlebihan yang menyebabkan tekanan ekonomi, kemiskinan, kadar pengangguran yang tinggi, kemelut sosial dan sebagainya yang berlaku di negara migran mendorong mereka untuk keluar dari masalah tersebut. Contohnya seperti yang berlaku di Indonesia. Ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial di Indonesia menyebabkan penduduknya menghadapi krisis pekerjaan yang meruncing. Peluang pekerjaan yang terhad berbanding dengan penduduknya yang ramai menyebabkan mereka mencari jalan keluar untuk berhijrah ke negara-negara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei. Keadaan yang sama belaku kepada penduduk di selatan Filipina. Ketidakstabilan politik dan kekacauan yang berlaku di wilayah Mindanao telah mendorong

Sejarah Masa Lalu


Migrasi antarabangsa ke Malaysia telah pun berlaku semenjak abad ke-19 lagi. Sejarah kemasukan migran asing ke Malaysia pada ketika itu disebabkan oleh beberapa faktor berikut: (a) Faktor penjajahan. Dasar imperialisme yang dilakukan oleh bangsa asing telah menyebabkan Malaysia dijajah oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun. Imperialisme adalah bertujuan untuk perluasan empayar, meguasai perdagangan rempah, membolot hasil bumi negara seperti bijih timah dan getah di samping menyebarkan agama Kristian. (b) Polisi penjajah. Penjajah British misalnya telah bertanggungjawab membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu pada waktu itu untuk dijadikan buruh lombong dan buruh ladang getah di negara ini. Sistem migrasi yang digunakan dikenali sebagai Sistem Kangchu dan Sistem Kangani.

(c) Faktor tarikan yang wujud di Tanah Melayu pada masa itu khususnya peluang pekerjaan yang luas wujud dalam sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Migran telah berhijrah keluar beramairamai dari negara asal dengan hasrat untuk mencari kekayaan baru. (d) Selain itu, faktor tolakan juga tuut berlaku di negara asal migran. Misalnya di negara China telah berlaku peperangan dan kekacauan politik, wabak penyakit, kemerosotan hasil pertanian akibat banjir, masalah kemiskinan dan kebuluran telah mendorong mereka untuk berhijrah keluar.

Peperangan dan Ketidakstabilan Politik


Peperangan dan ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara telah menyebabkan migrasi antarabangsa berlaku. Namun begitu, status migran dikenal sebagai orang pelarian. Sebagai contoh peperangan di Vietnam pada tahun 1947 telah menyebabkan ramai rakyatnya mencari perlindungan di negara-negara dunia ketiga.

Masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor kritikal khususnya sektor perladangan dan pembinaan dapat diatasi dan dikurangkan. Dalam sektor pembinaan misalnya, buruh asing telah mempercepatkan proses pembangunan fizikal dan infrastruktur negara dengan menawarkan tenaga kerja yang cukup. Kemasukan golongan profesional dan pakar asing telah menguntungkan negara dari beberapa aspek: (a) mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir dalam satu sahaja bidang tertentu misalnya bidang kedoktoran dan pensyarah perubatan. (b) membuka peluang untuk penduduk tempatan meningkatkan kemahiran mereka malalui perkongsian kepakaran, pemindahan pengalaman, latihan lanjutan dan penyeliaan oleh pakar asing. (c) menjimatkan kos menghantar pelajar ke luar negara untuk memperolehi kemahiran dan kepakaran.

Kesan Positif Migrasi Antarabangsa

Petempatan Setinggan

Kesan Negatif Migrasi Antarabangsa Kesan Ekonomi

Pencemaran

Kesan Sosial

Kesan Ekonomi
Persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan yang menyebabkan penduduk tempatan hilang peluang pekerjaan. Hal ini kerana buruh asing sedia menerima kadar upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan yang menuntut upah yang tinggi. Sesetengah majikan lebih gemar mengambil pekerja asing berbanding dengan penduduk tempatan. Jika fenomena ini tidak dkawal oleh kerajaan maka akan timbul krisis pekerjaan dan penggangguran di kalangan penduduk tempatan. Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, berlaku persaingan perniagaan antara peniaga tempatan khususnya dalam sektor informal seperti penjaja, perniagaan pasar malam, pasar basah, dan lain-lain sehingga menggugat peniaga tempatan. Kerajinan dan kreativiti perniagaan kecil-kecilan pekerja asing menyebabkan mereka mendominasikan kawasan perniagaan tersebut. Misalnya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur aktiviti perniagaan penjaja di kawasan berkenaan telah pun didominasikan oleh orang-orang Indonesia. Pengantaran balik wang oleh migran ke negara asal telah menyebabkan berlakunya pengaliran keluar wang dalam negara.

Kesan Sosial
Peningkatan kadar jenayah, pergaduhan antara pekerja asing dan masyrakat setempat, dan premis-premis perniagaan haram. Kawasan perumahan yang didiami ramai buruhburuh asing seperti Indonesia akan berlaku gejala sosial yang tidak sihat seperti kejadian pecah rumah, samun dan peras ugut, gejala pelacuran, dan sebagainya. Keadaan ini turut menjejaskan keselamatan dan imej penduduk tempatan.

Pencemaran
Peningkatan kadar pencemaran air dan bau di sekitar lokasi dan tempat tinggal pekerja asing seperti di rumah-rumah kongsi tapak pembinaan, kawasan setinggan dan lain-lain. Disebabkan keadaan sistem dan kemudahan yang tidak terurus seperti sistem kumbahan, pelupusan sampah, dan sisa domestik lain maka kawasan sekitar yang dihuni oleh pekerja asing amat tercemar. Pencemaran air dan bau busuk adalah amat ketara sekali. Kesannya akan mewujudkan pelbagai jenis penyakit yang mudah berjangkit seperti taun dan denggi khususnya yang berpunca daripada pencemaran persetiran.

Petempatan Setinggan
Pertumbuhan pesat petempatan setinggan dan rumahrumah kongsi serta tempat perlindungan sementara di kawasan bandar mencatatkan pemandangan persekitaran fizikal bandar. Persekitaran landskap bandar yang indah dan cantik akan dicatatkan oleh kewujudan kawasan perumahan setinggan dan rumah-rumah kongsi di tapak pembinaan. Pertambahan buruh-buruh Indonesia memperuaskan lagi pembinaan rumah-rumah setinggan khususnya di kawasan yang sedia ada dan kawasan rezab. Oleh sebab itu, petempatan setinggan di sekitar Kuala Lumpur seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, dan Kamung Kerinci telah berkembang dengan cepat.

Migrasi Dalaman
Migrasi dalaman adalah migrasi yang tidak menjangkau sempadan antarabangsa. Sebaliknya, ia merupakan penghijrahan dalam sempadan negara sahaja. Migrasi dalaman boleh dibahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah: (a) Migrasi musiman (i) Migrasi yang berlaku secara bermusim atau berkala. (ii) Di kalangan gembala nomad seperti orang Badwi di negara Arab, orang Taureg di Gurun Sahara dan orang Monggol di Gurun Gobi berpindah mengikut musim untuk mencari padang rumput dan air untuk ternakan. (iii) Kegiatan pindah ternak yang diamalkan di kawasan Pergunungan Alps, Rocky dan beberapa kawasan di Himalaya juga termasuk dalam migrasi bermusim. Dalam musim panas, pengembala membawa ternakan mereka ke kawasan pergunungan. Dalam musim dingin pula, ternakan ini dibawa turun semula ke lembah yang lebih panas.

(iv) Di kawasan pertanian utama, migrasi ini boleh dikaitkan dengan musim menuai bijiran. Misalnya, musim memetik buah-buahan seperti anggur, oren, epal, kentang dan sebagainya. (b) Migrasi luar bandar ke bandar (i) Antara sebab penduduk berhijrah ke bandar adalah kerana di tempat asal mereka mengalami: Tekanan penduduk Kemiskinan Pengangguran Upah rendah Tanah tidak ekonomik dikerjakan Kurang kemudahan asas seperti pendidikan tinggi

(c) Migrasi bandar ke bandar i. Ketiadaan peluang pendidikan tinggi di bandar-bandar kecil menyebabkan golongan belia berpindah ke bandar-bandar besar untuk melanjutkan pendidikan mereka. ii. Di bandar-bandar besar juga, terutama ibu negara, terdapat banyak peluang pekerjaan. iii. Penghijrahan jenis ini lebih merupakan penghijrahan secara berperingkat, iaitu bermula di bandar kecil, kemudian ke bandar yang besar sedikit sebelum ke ibu negara (d) Migrasi bandar ke luar bandar dan bandar ke pinggir bandar: i. Berlaku, terutama di kalangan pesara kerana udara di luar bandar lebih segar dan nyaman. ii. Di Malaysia, kebanyakan golongan pesara berasal dari kampung. Oleh itu, selepas bersara mereka ingin balik ke tempat asal mereka. iii. Pembangunan yang pesat selepas kemerdekaan di pusat bandar telah menyebabkan banyak bangunan rumah kedai di negara sedang membangun diroboh dan digantikan dengan bangunan pencakar langit untuk ruang pejabat dan pusat membeli-belah. iv. Pembinaan kawasan perumahan di pinggir bandar. Dengan adanya kemudahan pengangkutan awam dan pemilikan kenderaan sendiri, membolehkan penduduk yang tinggal di pusat bandar berpindah ke kawasan perumahan berulang-alik ke tempat kerja di pusat bandar setiap hari.

(e) Migrasi luar bandar ke luar bandar i. Pembukaan kawasan pertanian baharu oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) seperti di Segi Tiga Jengka, KEJORA, DARA dan sebagainya telah menyebabkan migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan-kawasan tanah rancangan ini. ii. Perpindahan ke kawasan tanah rancangan ini bertujuan membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar yang tidak bertanah dan miskin. iii. Terdapat juga penduduk luar bandar yang miskin berpindah ke kawasan pinggir hutan dengan membuka tanah secara haram. (f) Transmigrasi Migrasi dari pulau ke pulau dirancang oleh kerajaan. Tujuan utama adalah untuk mengatasi masalah kepadatan penduduk yang terlalu tinggi di sesebuah pulau. Contohnya dari Pulau Jawa ke pulau lain seperti Irian Jaya, Sumatera dan Kalimantan yang berpenduduk jarang.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman

Faktor Ekonomi Peluang pekerjaan yang luas dengan pendapatan yang lumayan dan stabil.Faktor ini boleh dikaitkan dengan aliran

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman


Faktor Ekonomi
Peluang pekerjaan yang luas dengan pendapatan yang lumayan dan stabil. Faktor ini boleh dikaitkan dengan aliran migrasi luar bandar ke bandar atau dari negeri yang kurang maju seperti Kelantan, Terengganu ke negeri yang lebih maju seperti negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedua-dua negeri ini pesat membangun dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan. Pembangunan yang berlaku telah menawarkan peluang pekerjaan yang banyak khususnya sebagai operator pengeluaran seperti di kilang elektronik, pemasangan, pembuatan dan sebagainya. Penawaran gaji tetap dan lumayan di samping kemudahan yang banyak disediakan seperti perumahan dan pengangkutan, perkhidmatan selesa serta suasana kerja yang menyeronokkan telah menjadi daya tarikan utama untuk penduduk desa berubah sikap meninggalkan sektor pertanian yang tidak begitu terjamin dan tidak popular.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman


Faktor Ekonomi
Peluang pekerjaan yang luas dengan pendapatan yang lumayan dan stabil. Faktor ini boleh dikaitkan dengan aliran migrasi luar bandar ke bandar atau dari negeri yang kurang maju seperti Kelantan, Terengganu ke negeri yang lebih maju seperti negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedua-dua negeri ini pesat membangun dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan. Pembangunan yang berlaku telah menawarkan peluang pekerjaan yang banyak khususnya sebagai operator pengeluaran seperti di kilang elektronik, pemasangan, pembuatan dan sebagainya. Penawaran gaji tetap dan lumayan di samping kemudahan yang banyak disediakan seperti perumahan dan pengangkutan, perkhidmatan selesa serta suasana kerja yang menyeronokkan telah menjadi daya tarikan utama untuk penduduk desa berubah sikap meninggalkan sektor pertanian yang tidak begitu terjamin dan tidak popular.

Faktor Sosial Peluang melanjutkan pelajaran atau pendidikan ke Institut pengajian tinggi yang banyak terletak di bandar-bandar besar khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur berbnding dengan kawasan luar bandar mendorong migran untuk bermigrasi. Oleh itu, ramai pelajar luar bandar terpaksa berhijrah ke bandar-bandar besar demi melanjutkan pelajaran mereka. Sebahagian pelajar yang menamatkan pelajaran akan bekerja dan menetap di bandar-bandar besar tersebut sekiranya bidang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka tidak terdapat di kawasan asal mereka.

Faktor Kemudahan pembandaran yang baik dan menarik Bandar Raya Kuala Lumpur dan Bandar Raya Shah Alam mempunyai kemudahan perbndaran yang baik dan menarik seperti kemudahan hiburan, perkhidmatan pengangkutan dan telekomunikasi, perkhidmatan kesihatan, dan lain-lain dibandingkan dengan kawasan luar bandar dan juga negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia menjadi daya penarik untuk golongan muda dan golongan profesional berhijrah ke bandar atau negeri-negeri tersebut. Bagi golongan profesional seperti doktor, peguam, jurutra, pegawai bank dan lain-lain mempunyai peluang yang luas untuk membangunkan perniagaan dan kerjaya mereka di bandar-bandar besar berkenaan. Faktor pemangkin terutama sistem pengangkutan yang cekap dan jarak yang dekat menghubungkan Selangor dan Kuala Lumpur dengan negeri-negeri lain seperti Perak, Melaka, Negeri Sembilan da pahang. Migran dari negeri Perak dan Melaka misalnya boleh bergerak dengan cepat melalui Lubuh Raya Utara-Selatan, dari Negeri Sembilan melalui Lebuh Raya Persekutuan manakala dari Pahang menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur.

Faktor polisi governan Aliran migrasi luar bandar ke luar bandar dan migrasi bandar ke pinggir bandar di Malaysia amat berkait rapat dengan polisi kerajaan sama ada secra langsung atau tidak langsung. Antaranya ialah: (a) Dasar atau program pembangunan tanah dan program pembangunan wilayah yang dilaksanakan pada awal tahun 1970-an. Sebahagian besar penduduk luar bandar di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang telah ditempatkan ke kawasan pembangunan wilayah atau kawasan tanah rancangan penempatan peneroka seperti di JENGKA, DARA, KETENGAH, KEJORA, KESEDAR dan lain-lain. Dasar dan polisi kerajaan ini telah dilaksanakan oleh agensi seperti FELDA dan FELCRA. (b) Polisi pembandaran. Membandarkan kawasan pinggir bandar yang banyak yang dilaksanakan pada tahun 1980-an dan 1990-an. Berikutan pembangunan pesat dan tepu bina bandar raya Kuala Lumpur telah menyebabkan nilai hartanah dan kos kediaman begitu tinggi. (c) Kesannya kawasan pinggir bandar dibangunkan sebagai pusat bandar baru dan moden turut menyaksikan penghijrahan penduduk keluar dari pusat bandar ke pinggir bandar.

Faktor-faktor Mikro Faktor mikro adalah lebih bersifat keputusan peribadi individu untuk melakukan migrasi atau tidak. Faktor-faktor tersebut ialah seperti perkahwinan dan ikatan kekeluargaan misalnya isteri akan mengikuti suami selepas berkahwin, pertukaran tempat kerja atau arahan majikan, persaraan, adat, dan budaya seperti yang dipegang oleh sesetengah masyarakat misalnya adat Minangkabau.

Kesan Negatif Migrasi Dalaman


Kemasukan migrasi akan menambahkan bilangan penduduk, justeru kawasan petempatan dan perumahan perlu dibina bagi memenuhi keperluan penduduk berkenaan. Pembukaan kawasan petempatan baru akan mengorbankan kawasan guna tanah yang sedia ada seperti guna tanah pertanian. Pada masa kini sudah banyak estet-estet pertanian bertukar kepada estet perindustrian dan perumahan serta nilai tanah menjadi semakin mahai sehingga sukar untuk guna tanah lain dijalankan. Pencemaran dan kerosakan sumber alam. Pertambahan penduduk di bandar-bandar besar akibat migrasi telah meningatkan kadar pencemaran udara dan air di bandar-bandar berkenaan. Pertambahan penduduk secara tidak langsung meningkatkan jumlah kenderaan yang melepaskan gas-gas pencemar seperti karbon monoksia ke udara. Keadaan ini akan meningkatkan indeks pencemaran udara. (IPU) Sumber air khususnya sungai akan tercemar menerusi pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap oleh penduduk yang semakin bertambah khususnya di kawasan setinggan. Kerosakan terhadap sumber alam dirujukkan kepada pelbagai kejadian hakisan dan tanah runtuh yang sering terjadi di bandar-bandar besar akibat pembangunan yang pesat khususnya di lereng-lereng bukit bagi tujuan menampung pertambahan penduduk melalui membina kawasan perumahan.

Kepupusan sumber alam. Migrasi masuk penduduk terhadap sesuatu kawasan yang mempunyai sumber yang berpotensi menyebabkan lama-kelamaan sumber tersebut mengalami kepupusan dan diancam kehabisan khususnya sumber yang tidak boleh diganti. Contohnya sumber bijih tmah di Ipoh, Perak yang diancam kepupusan akibat eksploitasi berlebihan semenjak kemasukan migran-migran Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19. Sumber-sumber hutan di kawasan bandar juga hampir kehabisan kerana proses penebangan dan penerokaan yang sentiasa berlaku bagi memenuhi permintaan sektor perumahan, pembandaran, dan perkilangan yang semakin bertambah sejajar dengan kemasukan penduduk ke kawasan bandar-bandar. Pembaziran terhadap sumber. Negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang mengalami masalah kekurangan pekerja atau tenaga muda untuk membangunkan sumber-sumber alam setempat. Misalnya masalah tanah terbiar dan krisis tenaga dalam sektor pertanian dan perikanan.

Kesan Positif Migrasi Dalaman


Peningkatan pembangunan sumber alam.Migrasi masuk penduduk ke sesebuah kawasan membolehkan kawasan itu mempunyai tenaga buruh yang mencukupi bagi menjana dan membangunkan sumber-sumber alam yang ada. Sebagai contoh sumber tanah di rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA, DARA, KESEDAR, KETENGAH, dan KEJORA dapat dimajukan dengan sektor perladangan getah dan kelapa sawit. Kemajuan ini disebabkan kemasukan migran penduduk desa dalam program penempatan peneroka yang dilakukan oleh FELDA pada awal 1970-an.Golongan peneroka melakukan kerja-kerja buruh seperti pembersihan tapak ladang, penanaman, pengutipan hasil dan pengahantaran ke kilang memproses. Tekanan kependudukan dan sumber alam di kawasan desa atau di kawasan yang padat penduduk dapat dikurangkan melalui migrasi keluar penduduk dari kawasan tersebut. Contohnya melalui program transmigrasi penduduk Pulau Jawa ke pulau-pulau lain di Indonesia sedikit sebanyak telah berjaya mengurangkan tekanan penduduk yang selama ini berlaku di Pulau Jawa.

Kesan Positif Migrasi Dalaman


Peningkatan pembangunan sumber alam.Migrasi masuk penduduk ke sesebuah kawasan membolehkan kawasan itu mempunyai tenaga buruh yang mencukupi bagi menjana dan membangunkan sumber-sumber alam yang ada. Sebagai contoh sumber tanah di rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA, DARA, KESEDAR, KETENGAH, dan KEJORA dapat dimajukan dengan sektor perladangan getah dan kelapa sawit. Kemajuan ini disebabkan kemasukan migran penduduk desa dalam program penempatan peneroka yang dilakukan oleh FELDA pada awal 1970-an.Golongan peneroka melakukan kerja-kerja buruh seperti pembersihan tapak ladang, penanaman, pengutipan hasil dan pengahantaran ke kilang memproses. Tekanan kependudukan dan sumber alam di kawasan desa atau di kawasan yang padat penduduk dapat dikurangkan melalui migrasi keluar penduduk dari kawasan tersebut. Contohnya melalui program transmigrasi penduduk Pulau Jawa ke pulau-pulau lain di Indonesia sedikit sebanyak telah berjaya mengurangkan tekanan penduduk yang selama ini berlaku di Pulau Jawa.

Kesan Positif Migrasi Dalaman


Peningkatan pembangunan sumber alam.Migrasi masuk penduduk ke sesebuah kawasan membolehkan kawasan itu mempunyai tenaga buruh yang mencukupi bagi menjana dan membangunkan sumber-sumber alam yang ada. Sebagai contoh sumber tanah di rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA, DARA, KESEDAR, KETENGAH, dan KEJORA dapat dimajukan dengan sektor perladangan getah dan kelapa sawit. Kemajuan ini disebabkan kemasukan migran penduduk desa dalam program penempatan peneroka yang dilakukan oleh FELDA pada awal 1970-an.Golongan peneroka melakukan kerja-kerja buruh seperti pembersihan tapak ladang, penanaman, pengutipan hasil dan pengahantaran ke kilang memproses. Tekanan kependudukan dan sumber alam di kawasan desa atau di kawasan yang padat penduduk dapat dikurangkan melalui migrasi keluar penduduk dari kawasan tersebut. Contohnya melalui program transmigrasi penduduk Pulau Jawa ke pulau-pulau lain di Indonesia sedikit sebanyak telah berjaya mengurangkan tekanan penduduk yang selama ini berlaku di Pulau Jawa.

You might also like