Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
miskonsepsi-130516110131-phpapp01

miskonsepsi-130516110131-phpapp01

Ratings: (0)|Views: 243 |Likes:
Published by Kamariah Esa

More info:

Published by: Kamariah Esa on Jul 21, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/05/2013

pdf

text

original

 
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIAPROGRAM PENGSISWAZAHAN GURUSARJANA MUDA SEKOLAH RENDAH (ELEKTIF SAINS)
 TAJUK: MISKONSEPSI TAJUK FIZIK “JIRIM DAN JISIM”
 
PENGENALAN
Sebagaimana yang diketahui, tajuk dalam matapelajaran sains fizik agak sukar dikuasai oleh murid. Terdapat topik tertentu yang murid tidak memahami konsepnya atau berlakunya ‘
miskonsepsi’ 
. Faktor utama yang menjadi kegagalan mereka adalah kurang minatmereka terhadap subjek ini dan mereka tidak memahami konsep dalam tajuk-tajuk tersebut.Mereka lebih suka menghafal tanpa mereka fahami apa yang mereka hafal, sebab itulahapabila soalan peperiksaan dikeluarkan (soalan yang agak sukar) mereka sukar untuk mencari jawapan yang sebenar kerana mereka hanya menghafal tetapi tidak cuba untuk memahami.Untuk itu, kami telah memilih satu topik khas dari sukatan pelajaran Tahun 4 sebagaitopik kajian untuk kerja kursus
‘miskonsepsi’ 
ini. Topik tersebut adalah “ Ukuran Jisim ”dalam unit pengukuran, manakala temanya Menyiasat Alam Fizikal. Tajuk ini secaraumumnya menerangkan tentang pengukuran berat dan alatan yang digunakan untumengukur berat. Namun sering kali terdapat salah tanggapan murid berkenaan berat dan jirimobjek. Murid sering beranggapan bahawa berat atau jisim adalah sama dengan kuantiti jirim.Murid kebiasaannya akan keliru apabila ditanyakan soalan apakah jisim dan jirim.Kebanyakkan murid mengalami ‘miskonsepsiini adalah kerana mereka tidak pernahmenjalankan eksperimen berkaitan jisim dan jirim. Selain itu mereka juga tidak didedahkandengan pelbagai gambarajah atau aktiviti yang menunjukkan perbezaan keadaan jisim dan jirim.Semasa pengajaran dijalankan, kebiasaannya guru hanya menggunakan teknik teorisaja tanpa amali atau dalam erti kata lain
‘chalk and talk’ 
di mana murid hanya membuat bayangan mengikut apa yang di ucap atau ditulis oleh guru di papan putih di hadapan kelas.Murid juga tidak diberi peluang untuk menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan tajuk tersebut mungkin disebabkan kekurangan alatan di makmal atau guru tidak tahu bagaimanauntuk menjalankan eksperimen berkaitan tajuk tersebut. Oleh sebab itu murid-murid merasa bosan dan tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang topik yang diajar oleh guru dan merasakan topik itu tidak penting dan tidak menarik minat mereka.Bagi menjalankan pengajaran sub-topik ini lebih berkesan, kami mencadangkan beberapa kaedah atau strategi pelaksanaan. Kaedah yang paling sesuai dan berkesandigunakan dalam mengajar topik ini ialah kaedah eksperimen. Melalui kaedah ini, muriddapat membuat hipotesis atau ramalan awal sebelum eksperimen dijalankan. Selain itu, murid juga terdedah dengan kemahiran proses sains dimana mereka dapat mengenalpasti dan
 
mengawal pembolehubah yang terlibat. Oleh yang demikian, proses pembelajaran dan pengajaran berlaku dalam keadaan yang lebih menyeronokkan kerana murid berpeluanguntuk mencari dan menjalankan aktiviti itu sendiri. Selain itu, dalam era globalisasi ini, penggunaan komputer sudah terlalu sinonim dengan dunia pendidikan. Maka, sesuailahkiranya pengajaran topik ini dijalankan menggunakan komputer. Guru boleh menggunakan bahan yang dibekalkan oleh pihak kerajaan dalam bentuk CD ROM ataupun kepada guruyang berkesempatan boleh mencari atau mendapatkan video yang berkaitan di dalam internet.Melalui kaedah pengajaran ini, murid akan lebih memberi perhatian dan meningkatkan pemahaman mereka kerana dapat melihat gambaran dengan konsep yang lebih jelas..Kecenderungan murid member tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran yangmenggunakan multimedia ini lebih tinggi berbanding sesi pengajaran ‘
chalk and talk’ 
yangsering dijalankan di kelas.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->