You are on page 1of 9

PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

AHLI KUMPULAN : MUHAMMAD AMAR SAFWAN BIN HASHIM HASANATUN SAKINAH BINTI JANTAN NOR AMIRA BINTI MOHD ZALEMI

PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


DEFINISI KONSTRUKTIVISME

Constructivism is an approach to teaching based on research about how people learn. Many researchers say that each individual constructs knowledge rather than receiving it from others. (McBrien & Brandt,1997) (Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain)

konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih ( Nik Azis Nik Pa, 1999 )

IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid

Pengetahuan murid adalah hasil darIpada aktiviti yang dilakukan oleh murid dan bukan pengajaran diterima secara pasif

Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru

Guru berperanan sebagai fasilitatory ang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah

Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran

Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru Menyokong pembelajaran secara koperatif

Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea

Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

LEBIH FAHAM

Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.

LEBIH INGAT

Murid akan dapat mengingati lebih lama sesuatu konsep kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

LEBIH YAKIN

Murid diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

LEBIH BERKEMAHIRAN SOSIAL

Boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah Diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakanrakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka

LEBIH SERONOK

Murid lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran kerana mereka telah membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif.

LEBIH BERFIKIR

Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran

Peranan Murid Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam Dan Guru Serta kelas, peranan murid dan guru akan Cabaran Dalam berubah. Kelas Konstruktivisme

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Peranan Murid

Peranan Guru

Cabaran Yang Akan Dihadapi

Murid bertanggungjaab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah

Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

Peranan Murid

Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka supaya dapat membina asas pengetahuan mereka.

Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.

Peranan Guru
1) Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. 2) Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. 3) Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. 4) Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. 5) Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. 6) Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. 7) Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. 8) Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. 9) Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. 10) Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. 11) Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.

Guru merasa mereka tidak mengajar

Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan dari pihak sekolah.

Cabaran Guru Kontruktivis

Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik.

Kawalan kelas agak merosot.

Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak lagi penting.

You might also like