You are on page 1of 5

ISU-ISU EKONOMI

Isu ekonomi mewarnai senario politik & sosial sesebuah negara. Ekonomi dapat memartabatkan sesebuah negara.

-dihormati / sebaliknya -tidak dipermainkan oleh kuasa-kuasa besar

Isu ekonomi kini memberi tumpuan kepada beberapa persoalan :

Krisis ekonomi

E-ekonomi

Ekonomi kebajikan

Spekulasi & perdagangan matawang

-Globalisasi ekonomi -Keadilan ekonomi -Aktiviti ekonomi -Etika dalam ekonomi

Kronisme

Perjudian

Nepotisme

Korupsi

3 isu utama yang perlu diberi perhatian oleh pengurusan ekonomi negara. Pertama, keperluan memantapkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kesan daripada kemerosotan ekonomi global dalam 2009. Kedua, usaha memantapkan kedudukan kewangan awam atau public finance yang mengalami defisit sejak 1998. Ketiga, hasrat untuk merombak beberapa dasar bagi meningkatkan daya saing negara serta membolehkan usaha mencapai model pertumbuhan berasaskan pendapatan (nilai tambah) yang tinggi.

CABARAN MASA HADAPAN


Cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Negara ini mesti mampu menyediakan cukup makanan diatas meja supaya tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk. Merapatkan jurang pendapatan kaum, melalui persamaan perkhidmatan sosial dan infrastruktur yang lebih dekat, melalui pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan melalui pembangunan sumber manusia sepenuhnya. Menjamin kewujudan ekonomi yang bersaing. Ekonomi yang pelbagai dan seimbang dengan sektor perindustrian yang matang dan luas asasnya, sektor pertanian yang matang dan maju dan sektor perkhidmatan yang berkesan, produktif serta matang.

Cabaran bagi mengatasi krisis ekonomi semasa. Cabaran mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil (revenue). Cabaran untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

You might also like