You are on page 1of 41

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

Disediakan oleh : Faezah H. Noordin Victorya Emylda Mathew

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL


Masyarakat primitif sukan/rekriasi merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian Masyarakat yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan diangap merugikan komuniti mereka Untuk membina kekuatan diri mereka perlu membina kekuatan diri

Aktiviti ini diterapkan sedari kanak-kanak lagi melalui peniruan atau didikan daripada ibu bapa Kemahiran kemahiran ini yang digunakan untuk memburu, berlayar dan mempertahankan diri Contoh aktiviti berenang, berlari, mendaki gunung dll. Tarian juga salah satu media utama sama ada bagi tujuan sesama manusia atau dewa-dewa.

YUNANI PURBA
Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap: 1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M). 2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta). 3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M). 4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).

YUNANI HOMER
Tujuan utama adalah untuk membentuk manusia petindak peperangan sering berlaku Setiap warganegara adalah prajurit Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat.

YUNANI SPARTA
Terkenal dengan negara tentera Rakyat hanya mempunyai satu profesion askar Pendidikan tertumpu kepada pendidikan jasmani dan latihan peperangan Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik, lari dan lompatan serta permainan bola. Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.

YUNANI ATHEN AWAL


Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni tubuh badan adalah sama penting dengan otak. Oleh demikian sukan dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran. Mula menitikberatkan soal kecantikan tubuh badan

YUNANI ATHEN LEWAT


Tujuan sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi manusia petindak. Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling lembing, memanah, equestrian dan tinju. Namun lebih ramai yang suka menjadi penonton daripada menjadi peserta

SUKAN OLIMPIK
Bermula pada tahun 776 S.M. setiap 4 tahun sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh 170meter. Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu.

Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian. Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.

TAMADUN PURBA CHINA


masyarakat di china ketika itu tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan sehingga masalah sistem kardiak wujud. Falsafah confucious menggalakan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Kemudian, kungfu telah diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Seterusnya aktiviti kecergasan lain seperti menari,memanah,lawan pedang dan gusti diwujudkan.

TAMADUN PURBA INDIA

di india, masyarakat dihalang penglibatn mereka akibat kepercayaan agama. Fokus mereka lebih kepada spiritual daripada mengamalkan pergerakan. Namun satu kaedah senaman yang masih terikat dengan kepercayaan agama telah diperkenalkan oleh golongan mubaligh hindu yang hidup secara sederhana dan berteraskan disiplin diri dan meditasi, iaitu yoga. Yoga ialah penyatuan antara tubuh,akal dan roh. Yoga kini dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan bagi membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan.

TIMUR TENGAH

mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam pasukan tentera dan masyarakat bagi kepentingan politik dan ketenteraan. Contohnya, seperti tamadun parsi yang menuntut semua rakyat mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan diperolehi daripada pelbagai latihan keras seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing yang perlu dilalui oleh mereka ketika berusia enam tahun lagi. Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Kaedah ini untuk melahirkan ramai tentera untuk meluaskan empayar.

ZAMAN RENAISSANCE
hampir sama dengan PJ masa kini Dilakukan bagi tujuan/kebaikan sendiri Menjurus lebih kepada aktiviti keagamaan dan seni 3 kumpulan yang terlibat : Humanis menghargai pendidikan dalam sukan seperti memanah, renang dan lari berpagar Moralis aktiviti fizikal sebagai cara melaksanakan Pekerjaan Realism pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada akal yang sihat

ZAMAN MODEN
Wujud sukatan pelajaran pj untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Pj di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan. Memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran (tarian dan gimnastik). Sesetengah aktiviti sukan dimajukan dengan organisasi/tahap yang tinggi dan terdapat undang2/peraturan yang ditetapkan. ---> Contoh, bola sepak, golf dan sebagainya. Pj menjurus kepada membentuk insan yang menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi JERIS.

PJ DI MALAYSIA

1.
2. 3.

Terbahagi kepada 3 peringkat : Pendidikan asal sebelum kedatangan Barat Zaman Penjajahan - pendidikan yang formal Zaman pendidikan moden selepas merdeka

SISTEM PENDIDIKAN ASAL


Pendidikan tertumpu kepada kelas-kelas agama dan al-Quran serta kesenian dan pertukangan PJ masih belum dijalankan

PENDIDIKAN FORMAL
Semasa kedatangan Barat, sekolah formal ditubuhkan PJ diajar secara tidak formal Keutamaan diberikan untuk aktiviti senaman, rekriasi kawad kaki (pengaruh Inggeris) Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat.

Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England

Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim

SELEPAS MERDEKA

Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

JENNY (1961)

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal

WILLIAMS (1964)

berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

(PETTIFOR, 2005)

Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal.

RODDICK (1982).

PJ adalah sebahagian daripada pendidikan yg menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidkan yg menekankan pembentukan sikap,pengetahuan , kemahiran yg berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi.

OKTENKIU~~

KBSM (1992). PJK bertujuan menjadikan pelajar sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengerahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

BARROW (1971, 1983)

menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

BALEY & FIELD (1976),

satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,

FREEMAN (1977, 1992)

menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

LUMPKIN (1990)

berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

DAUER (1995)

berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN JASMANI

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini.

Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segijasmani, emosi, rohani, intelektual, dan Sosialy ang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS.

Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara kelima-lima unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jsamani yang merangkumi tiga aspek penting iaitu; 1) penglibatan murid secara aktif dan selamat. 2) interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan, dan alat. 3) penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran.

You might also like