You are on page 1of 6

Nama : ________________________________________________________

Tingkatan : ____________________

INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL (PBS)

Nilai 4 : Bertanggungjawab
B1D4E1 Boleh menyatakan cara menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran:

Band 1

Latihan/handout Nyatakan cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran

B2D4E1 Boleh menjelaskan kepentingan menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran .

Band 2

Latihan /handout Jelaskan kepentingan menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran

B3D4E1 Boleh menunjukkan perlakuan menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran

Band 3

Pilihan bergambar 1. Mandi dengan bersih 2. Makan makanan yang seimbang 3. Bersenam 4. Menyapu sampah

Pelajar akan memilih gambar yang berkaitan dengan jenis perlakuan yang menunjukkan dia menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran
B3D4E1 Boleh menunjukkan perlakuan menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran

Band 4

Soal selidik: Pemerhatian rakan sebaya 1. Pelajar ini selalu bersenam 2. Pelajar ini makan makanan yang seimbang 3. Pelajar ini mempunyai kuku yang bersih dan pendek 4. Pelajar ini membuang bekas/sisa makanan selepas makan Pemerhati akan menandakan sama ada YA atau TIDAK dalam borang yang disediakan.

B5D4E1 Boleh mengamalkan perlakuan menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran dengan berlandaskan peraturan dan norma masyarakat

Band 5

Soal selidik : pemerhatian rakan sebaya 1. Adakah pelajar ini mencuci tangan sebelum dan selepas makan? 2. Adakah pelajar ini makan makanan seperti yang disarankan dalam pyramid makanan? 3. Adakah pelajar ini mengemas meja selepas makan di kantin atau gerai makanan? Pemerhati akan menandakan sama ada YA atau TIDAK dalam borang yang disediakan.

Boleh mengamalkan perlakuan menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran dengan berlandaskan peraturan dan norma masyarakat dalam pelbagai situasi serta boleh diteladani

Band 6

Nilai 5 : Hemah Tinggi


B1D5E1 Boleh menyatakan adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan

Band 1

Latihan/handout Nyatakan cara-cara beradab dalam pertuturan dan tingkah laku yang sopan dalam kehidupan seharian.

B2D5E1 Boleh menjelaskan kepentingan adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan

Band 2

Latihan / handout Jelaskan kepentingan amalan beradab semasa bertutur dan memiliki tingkah lkau ynag bersopan.

B3D5E1 Boleh menunjukkan adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan

Band 3

Simulasi/ lakonan : menunjukkan cara-cara beradab semasa bertutur dan tingkah laku yang sopan Situasi 1 : Anda hendak meminjam buku (barang-barang) daripada rakan. Situasi 2 : Bertemu dengan guru di jalan koridor/kantin / bilik guru. Situasi 3 : Meminta kebenaran sekiranya hendak keluar dari kelas. Situasi 4 : Berjalan di depan orang yang lebih tua/tetamu/guru. Guru meminta beberapa orang pelajar untuk melakonkan situasi yang diberi.

B4D5E1 Boleh mengamalkan adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan dengan berlandaskan peraturan

Band 4

Soal selidik: guru mata pelajaran 1. Pelajar ini bercakap lemah lembut dengan guru di dalam kelas semasa p&p. 2. Pelajar ini tidak marah apabila ditegur oleh guru ketika membuat kesalahan

3. Pelajar ini bercakap/bargaul mesra dengan rakan sekelas 4. Pelajar ini berkelakuan sopan sepanjang aktiviti p&p dalam kelas 5. Pelajar ini tidak pernah mengajuk cara guru/rakan bercakap 6. Pelajar ini memberi salam ketika guru masuk kelas 7. Pelajar ini tidak pernah menyampuk percakapan rakan lain yang sedang bercakap 8. Pelajar ini berminat mendengar penerangan daripada guru. Pemerhati akan menandakan sama ada YA atau TIDAK dalam borang yang disediakan.
B5D5E1 Boleh mengamalkan adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan dengan berlandaskan peraturan dan norma masyarakat

Band 5

Lakonan / simulasi Situasi 1: Cara yang betul semasa bercakap dengan guru Situasi 2: Cara yang betul semasa bercakap / berhubungan dengan orang tua / ibu bapa Situasi 3: Perlakuan ketika bertemu rakan yang baru Situasi 4: Cara yang betul ketika hendak menyuarakan pendapat semasa perbincangan/ menjawab soalan guru Situais 5: Adab di meja makan Meminta beberapa orang pelajar untuk melakonkan situasi yang diberi.

B6D5E1 Boleh mengamalkan adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan dengan berlandaskan peraturan dan norma masyarakat dalam pelbagai situasi serta boleh diteladani

Band 6

Nilai 6 : Toleransi
B1D6E1 Boleh menyatakan perlakuan bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat

Band 1

Latihan/ handout Nyatakan perlakuan bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat. ****kebolehan, pemikiran, kebudayaan, bangsa, agama, kepercayaan dan adat resam.

B2D6E1 Boleh menjelaskan kepentingan bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat

Band 2

Latihan / handout Jelaskan kepentingan amalan bertolak ansur dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum

B3D6E1 Boleh menunjukkan perlakuan bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat

Band 3

Soal selidik : pemerhatian daripada rakan 1. Pelajar ini dapat menerima pendapat daripada rakan-rakan yang lain 2. Pelajar ini menerima dan menghormati adat resam pelajar yang berlainan kaum 3. Pelajar ini dapat berkongsi kemudahan sekolah dengan rakan pelbagai latar belakang / kaum 4. Pelajar ini pernah merungut dengan sebarang keadaan di rumah 5. Pelajar ini menghormati kelebihan dan kekurangan orang lain 6. Pelajar ini aktif melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan 7. Bertegur sapa dan tidak mempertikaikan amalan/cara hidup jiran berbangsa lain. Pemerhati akan menandakan sama ada YA atau TIDAK dalam borang yang disediakan.

B4D6E1 Boleh mengamalkan perlakuan bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat berlandaskan peraturan

Band 4

Soal selidik : pemerhatian daripada rakan / guru / keluarga / masyarakat 1. memandang rendah pada kebolehan orang lain. 2. Peka tehadap hak orang lain. 3. Mempunyai sifat diskriminasi.

4. Menerima hakikat ketidaksamaan yang wujud dalam masyarakat yang pelbagai. 5. Boleh berkongsi kemudahan dengan kaum yang lain. Pemerhati akan menandakan sama ada YA atau TIDAK dalam borang yang disediakan.
B5D6E1 Boleh mengamalkan perlakuan bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat berlandaskan peraturan dan norma masyarakat

Band 5

Soal selidik : pemerhatian daripada rakan/ guru/ keluarga / masyarakat 1. Bertolak ansur dengan anggota keluarga 2. Bertolak ansur dengan rakan pelbagai latar belakang 3. Bertolak ansur dengan orang tua / masyarakat lain 4. Bertolak ansur dengan orang kelainan upaya Pemerhati akan menandakan sama ada YA atau TIDAK dalam borang yang disediakan.

B6D6E1 Boleh mengamalkan perlakuan bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat berlandaskan peraturan dan norma masyarakat dalam pelbagai situasi serta boleh diteladani

Band 6

You might also like