You are on page 1of 2

PRAKTIKUM2 MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS BM (C)

911219-14-6571

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU PERTAMA (14 JULAI 2013 18 JULAI 2013)
MASALAH Pada minggu ketiga di SK Haji Abdul Rahman ini, masalah yang saya ingin fokuskan adalah masalah guru tidak adil dalam memberikan perhatian kepada murid kerana tidak dapat membuat keputusan dengan cepat untuk menentukan siapa yang patut menjawab soalan yang diberikan.

ANALISIS Setelah seminggu berlalu, pelbagai usaha dan aktiviti yang saya rancang untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. Akhirnya saya dapat menghasilkan aktiviti yang menarik , pelajar memberikan respon yang baik. Namun, terdapat satu masalah utama yang dapat saya fokuskan disini. Iaitu ada pelajar yang merasa tidak diberi perhatian kerana tidak dapat peluang untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Ini adalah kerana semua pelajar memberikan respon yang amat baik dan berlumba-lumba untuk menjawab soalan malah ramai yang angkat tangan dengan serentak membuatkan guru sukar untuk membuat keputusan untuk memilih siapa. Malah guru juga terlupa siapa yang telah dipanggil dan memanggil pelajar sama sehingga dua ke tiga kali. Ini membuat pelajar lain berasa tidak adil dan terasa hati. Sebagai seorang guru pelatih ini merupakan suatu kesedaran baru bagi saya bahawa seorang guru itu perlulah menjadi seorang yang adil seadilnya walaupun tiada rasa pilih kasih dalam hati namun kita perlu juga menjadikan diri dan keputusan yang kita lakukan adalah adil dan diterima semua pelajar.

CADANGAN Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba membuat cara yang lain bagi memilih murid untuk menjawab soalan seperti sebelum ini hanya angkat tangan. Kali ini seperti menyuruh mereka mengangkat kedua-dua tangan, meletakkan tangan kanan ke telinga kiri dan pelbagai lagi bagi memilih murid yang betul-betul mendenganr arahan yang tepat oleh guru. Dengan cara ini mereka akan berasa lebih seronok. Selepas itu, saya

PRAKTIKUM2 MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS BM (C)

911219-14-6571

akan mencatat setiap nama pelajar yang telah diberi peluang untuk menjawab soalan yang diberikan. Supaya saya tidak memanggil pelajar tersebut berkali-kali dan membuat pelajar lain cemburu.

TEMPOH MASA Saya akan memulakan penyelesaian masalah ini serta-merta bagi mengelakkan pelajar berasa tidak puas hati dan pengajaran dan pembelajaran tidak seronok dan tidak berjalan lancar. Saya akan memulakannya dari minggu ketiga ini dan melihat keputusannya pada minggu ke empat. Saya hanya akan melaksanakan perkara ini semasa sesi soal jawab bersama murid dan hanya apabila berlaku kesulitan semasa membuat keputusan jika respon yang diberikan terlalu menggalakkan.

TINDAKAN SUSULAN Guru akan menyediakan kotak rawak seperti cabutan bertuah yang didalamnya ada nama setiap pelajar di dalam kelas. Guru akan mencabut nama darpada kotak tersebut untuk memilih pelajar yang akan menjawab soalan yang diberikan. Nama pelajar yang sudah dicabut akan diasingkan.

Namun, kotak ini hanya akan digunakan jika berlaku kesulitan untuk memilih siapa yang yang akan menjawab soalan kerana respon yang terlalu hebat. Tetapi jika respon yang diberikan sederhana dan hanya beberapa orang pelajar sahaja yang ingin memberikan respon. Peluang harus diberikan kepada pelajar tersebut kerana mereka berminat dan memberikan komitmen semasa di dalam kelas.

PENILAIAN KEJAYAAN Penilaian kejayaan ini akan diperhatikan pada sepanjang masa pengajaran. Sama ada murid berasa puas hati jika perkara ini dilaksanakan atau tidak. Guru juga perlu membuat sesi refleksi bersama murid setelah perkara ini dilaksanakan. Guru harus bertanyakan perasaan mereka sama ada baik atau tidak semasa guru membuat aktiviti cabutan kotak rawak ini, adakah mereka berasa adil tindakan guru ini.

You might also like