You are on page 1of 7

SEBUTAN DAN ETIMOLOGI

Sebutan ialah cara melafazkan perkataan secara standard.

Menurut Nik Safiah Karim, Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang daripada pelbagai dialek dalam negara ini menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masingmasing dan menggunakan variasi berasaskan bahasa Melayu Johor-Riau.

Sebutan baku dalam bahasa Melayu adalah berdasarkan huruf demi huruf iaitu nilai bunyi dalam bahasa kita bukannya loghat ataupun bahasa Inggeris (Datuk Hassan Ahmad, 1988). Justeru kamus Dewan Edisi Ketiga memuatkan caracara sebutan bahasa Melayu yang betul dengan menggunakan simbol diakritik (transkripsi fonetik). Cara sebutan ini dimuatkan dalam kurungan selepas entri utama kata diletakkan.

Contohnya seperti perkataan yang mengandungi e taling diberikan dengan simbol [ ].

Namun demikian penggunaan simbol diakritik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tidak menyeluruh. Huruf e pepet [] tidak ditandakan dengan simbol diakritik menyebabkan pengguna keliru dalam membunyikan perkataan semak yang mempunyai makna homograf iaitu lalang dan meneliti.

ETIMOLOGI

(ASAL-USUL KATA)

Perkataan etimologi berasal daripada bahasa Belanda etymologie yang kata akarnya berasal daripada bahasa Yunani tymos yang membawa maksud ilmu sebuah kata. Etimologi diertikan sebagai ilmu yang mempelajari tentang perubahan dan perkembangan bentuk kata.

Etimologi yang pada asalnya digunakan dalam Kamus Oxford English Dictionary (1928) : merupakan cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata.

ETIMOLOGI

(ASAL-USUL KATA)

Sifat-sifat perkataan dan asal usulnya ditunjukkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dengan menggunakan pelbagai kata kependekan. Hal ini demikian untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu yang sifat-sifat keasingannya dapat menjadi titik permulaan pengkajian terhadap kata-kata pinjaman.

ETIMOLOGI

(ASAL-USUL KATA)

Contoh rujukan etimologi ini seperti kata Ar bagi perkataan Arab, singkatan Mn bagi perkataan Minangkabau, singkatan Ml bagi perkataan Melaka dan pelbagai lagi. Contohnya pada perkataan abuya dalam Kamus Dewan mengandungi etimologi Ar iaitu daripada bahasa Arab yang bermaksud panggilan hormat kepada ayah.

You might also like