You are on page 1of 2

Assalamualikum W.B.

H Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati. Prof. Dr Awang Sariyan ada menyatakan bahawa kisah kegemilangan Bahasa Melayu (BM) pada zaman silam telah membuana di jagat rayanamun, sekadar mengagumi sejarah silam, kita tidak mungkin dapat mengangkat martabatnyaJusteru, berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya Cabaran Bahasa Melayu ke arah pembangunan negara Saya akan merungkaikan empat isi penting di dalam teks pidato saya iaitu cabara bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, cabaran bahasa melayu sebagai bahasa ilmu, cabaran bahasa melayu di dalam bidang ekonomi dan cabaran bahasa melayu di dalam teknologi maklumat. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Indikator saya yang pertama : cabaran bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selaras dengan perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa kebangsaan 1967 yang menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara. Meskipun begitu, terdapat segolongan rakyat kita yang tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Bahasa asing juga terutamanya bahasa Inggeris masih berleluasa dan dominan penggunaannya serta masih lagi digunakan di tempat-tempat awam, pusat pengajian tinggi awam dan swasta, dan segelintir pemimpin yang lebih berbangga bertutur dalam bahasa asing apabila berdepan dengan rakyat. Mereka seolah-olah malu menggunakan bahasa Melayu dan tidak rasa bersalah apabila menggunakan bahasa asing. Perkara ini menyebabkan maruah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercalar. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini seperti penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu - contohnya, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan semula supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan dan juga pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan - usaha ini perlu dimantapkan semula, dari peringkat prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi iaitu dengan melaksanakan pelbagai akitiviti bahasa Melayu yang bertujuan untuk membudayakan bahasa Melayu. Indikator saya yang kedua : Cabaran BM sebagai bahasa ilmu Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan. Memang tidak dinafikan sudah terdapat banyakbuah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Namun, sudah tentu jumlah tersebut masih belum boleh menandingi jumlah buku ilmiah di dalam bahasa Inggeris sebagai sumber rujukan di negara kita. Kekurangan bahan sumber ilmiah ini menyebabkan pelajar sama ada dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat IPTA sukar mencari sumber rujukan dalam bahasa Melayu terutamanya buku-buku berkaitan Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat. Perkara ini menyukarkan mereka kerana terpaksa menggunakan bahan-bahan ilmiah daripada bahasa lain terutamaya bahasa Inggeris dan mereka terpaksa menterjemah sendiri maklumat daripada bahan rujukan tersebut ke dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, langkah bagi meningkatkan pengeluaran bahan ilmiah bahasa Melayu perlu dilakukan. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik melalui program Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) membantu dalam mendorong syarikat-syarikat pengeluaran buku ilmiah dalam menghasilkan buku rujukan Sains dan Matematik di dalam bahasa Melayu. Insitut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) juga berperanan dalam menterjemah bukubuku ilmiah daripada bahasa lain ke dalam bahasa Melayu bagi memudahkan masyarakat dariapada pelbagai peringkat umur untuk membuat rujukan. Indikator saya yang terakhir pula, cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan Konsep perpaduan telah lama diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia sejak Malaysia mula mencapai kemerdekaan. Sehingga hari ini, perpaduan masih lagi menjadi agenda utama negara di bawah Gagasan 1 Malaysia. Dengan bahasa yang sama, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tetap bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang agama, adat resam dan budaya yang berbeza. Oleh itu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia ini. Namun, seperti yang kita dapat lihat sekarang, masih ramai masyarakat bukan Melayu malah segelintir masyarakat Melayu sendiri yang tidak suka dan tidak mahir dalam menggunakan bahasa Melayu di dalam pergaulan mereka sehari-hari. Masyarakat kaum lain lebih selesa dan gemar menggunakan bahasa ibunda mereka dan juga bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan orang lain. Perkara ini menyebabkan kurangnya komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia kerana masing-masing hanya menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja untuk berkomunikasi. Hal seperti ini perlulah diatasi bagi mengelakkan sebarang perselisihan faham dan pergaduhan berlaku sesama masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang akan memporakperandakan dan membantukan pembangunan negara. Langkah-langkah seperti mengadakan kempen Cintai Bahasa Kebangsaan, Bulan Bahasa, iklan berkenaan pembudayaan bahasa Melayu yang melibatkan pelbagai kaum membantu dalam memupuk perasaan cinta masyarakat pelbagai kaum di Malaysia terhadap bahasa kebangsaan mereka. Apabila penggunaan bahasa Melayu telah berjaya dibudayakan oleh semua kaum di Malaysia, maka pergaulan antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia akan meningkat. Perkara ini akan mengurangkan pergaduhan dan perselisihan faham antara pelbagai kaum sekaligus memupuk perpaduan antara semua masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Sidang dewan sekalian Ingin saya simpulkan, bahawa BM bukan semata-mata untuk Orang Melayu tetapi, untuk semua rakyat Malaysia lantaran bahasa mencerminkan identiti dan citra penuturnya. Daripada bahasa juga, lahir budi bahasa, ilmuan, keharmonian dan kecemerlangan bangsanya. Oleh itu, bagi mengatasi cabaran cabaran yang telah saya rungkaikan di atas, semua pihak sama ada kerajaan, media massa dan rakyat berbilang kaum berperanan penting dalam mengatasi dan menghadapi cabaran tersebut. Sekian.

You might also like