You are on page 1of 13

KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.

Kata ganti nama diri pertama Orang yang bercakap. Contoh : aku,saya,kita,kami Kata ganti nama diri kedua Orang yang dilawan bercakap Contoh : kamu,engkau,tuan,tuanku Kata ganti nama diri ketiga Orang lain yang dicakapkan halnya Contoh : dia,beliau,mereka,-nya

KATA TANYA ( ? )
Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Mengapakah untuk menanyakan sebab Siapakah untuk menanyakan orang Bilakah untuk menanyakan masa Berapakah untuk menanyakan jumlah Apakah untuk menanyakan tentang benda atau haiwan Bagaimanakah untuk menanyakan peristiwa

KATA HUBUNG
Kata hubung digunakan untuk menghubungkan perkataan dengan perkataan dengan perkataan atau frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat. Contoh : dan menghubungkan subjek dengan predikat Lalu / sambil menunjukkan perbuatan yang berturut-turut atau menunjukkan pilihan walaupun menunjukkan makna yang berlawanan kerana untuk menjelaskan sesuatu alasan

KATA SERU ( ! )
Kata Seru digunakan untuk menunjukkan perasaan seseorang. Contoh :

Aduh untuk menyatakan perasaan sakit Aduhai perasaan sedih Wah perasaan terkejut, hairan atau kagum Amboi perasaan hairan atau kagum Cis perasaan marah Syabas perasaan gembira dan mengucapkan tahniah Hai untuk menegur seseorang dan menarik perhatian Oh perasaan hairan, terkejut, dan kecewa Wahai perasaan sedih dan menarik perhatian

AYAT SERUAN ( ! )
Ayat Seruan digunakan untuk melahirkan perasaan takut, gembira, sedih, dan sebagainya. Aduh, sakitnya dadaku ini! Aduhai, kasihan budak itu! Wah, besarnya rumah kamu! Amboi, comel sungguh kucing itu! Cis, pergi engkau dari sini! Syabas, kamu berjaya akhirnya! Hai, lama kita tidak berjumpa! Oh, kamu rupa-rupanya! Wahai anak-anakku, belajarlah bersungguhsungguh! Nah, ambillah wang ini!

AYAT TANYA ( ? )
Ayat Tanya digunakan untuk mengemukakan sesuatu pertanyaan. Ayat Tanya berakhir dengan tanda tanya? Ayat Tanya boleh juga disertai partikel kah Apakah nama kucing itu ? Bagaimanakah mangsa kemalangan itu? Berapa orangkah anak Pak Cik Raju ? Bilakah datuk dan nenek akan berangkat ke India ? Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah semalam? Siapakah nama kamu ?

AYAT TUNGGAL
Ayat Tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Ayat Contoh : Azman menonton televisyen. SUBJEK : Azman PREDIKAT : menonton televisyen Rita sedang menyapu lantai. SUBJEK : Rita PREDIKAT : menyapu lantai

AYAT MAJMUK
Ayat Majmuk terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung. Ayat Contoh : 1(a) Raman pergi ke sekolah. (b) Banu pergi ke sekolah. Raman dan Banu pergi ke sekolah. 2(a) Sakthi menonton televisyen. (b) Sakthi makan kerepek. Sakthi menonton televisyen sambil makan kerepek. 3(a) Sasi basuh tangan. (b) Sasi makan nasi. Sasi basuh tangan lalu makan nasi.

KATA SENDI NAMA


Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan perkataan atau frasa lain. Di tempat Buku itu diletakkan di atas meja. Ke tempat atau arah yang ditujui dan masa Mangai hendak ke sekolah. Dari tempat atau masa Sivaraman berasal dari Pulau Pinang. Daripada punca bagi manusia Kerusi itu diperbuat daripada rotan. Pada keterangan waktu, manusia, benda, dan tempat Neela pulang pada pukul 1.30petang. Kepada tempat, orang, atau haiwan yang ditujui Sakthidason menghantar surat kepada abangnya.

IMBUHAN
Imbuhan terdiri daripada awalan, akhiran, dan apitan.

KATA GANDA
Terbentuk daripada perkataan yang digandakan sebahagian atau seluruhnya.

1. 2. 3. 4. 5.

: mengambil perhatian seseorang : dalam perjagaan seseorang : bersiar-siar : saudara sendiri : mengeluarkan kata-kata yang sedap didengar 6. Ulat Buku : suka membaca 7. Otak Cair : bijak berfikir 8. Cari Akal : buah fikiran 9. Serah Diri : menyerah kalah 10. Hutang Budi : kebaikan yang didapati dan harus dibayar

Ambil Hati Anak Buah Ambil Angin Darah Daging Manis Mulut

You might also like