You are on page 1of 14

SOALAN 3

BERDASARKAN MODEL PENGURUSAN STRATEGIK, BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG SESUAI DIAMBIL BAGI MEMPERTINGKATKAN KUALITI SUMBER MANUSIA DI ORGANISASI ANDA.

PENGENALAN

Model Umum Pengurusan Strategik yang mengandungi elemenelemen seperti Misi, Matlamat Strategik, Objektif Khusus, Pelan Tindakan dan Penilaian adalah merupakan model yang digunapakai di sekolah-sekolah dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti sumber manusia di sesebuah organisasi.Model tersebut menjadi panduan atau landasan bagi semua staf di sekolah bertujuan agar semua warga berada di landasan yang betul iaitu mencapai objektif atau matlamat yang telah ditetapkan bersama.

Guru Besar adalah dominant dalam usaha untuk membentuk dan mewujudkan

suasana organisasi sekolah bagi mencapai kejayaan.Di samping itu, dalam aspek pengurusan sumber manusia, guru besar perlu sanggup mengambil tanggungjawab dan proaktif dalam urusan penyelesaian masalah.Mengikut K, Peterson dalam Zainal (1999), Guru Besar yang efektif mengamalkan gaya kepimpinan usahawan.

Guru-guru merupakan antara sumber manusia yang terdapat di sekolah.Guru-guru

memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorak kejayaan sekolah.Jatuh dan bangunnya sesebuah sekolah bergantung kepada kualiti guru.Sudah menjadi tanggungjawab ketua di sesebuah sekolah, berusaha melahirkan atau mewujudkan sumber manusia yang berkuailiti agar kecemerlangan baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum dapat dicapai.

VISI DAN MISI


Semua guru perlu memahami dan menghayati sepenuhnya misi dan visi sekolah dan subjek ini ditekankan dan dihuraikan pada setiap perjumpaan.Papan-papan kenyataan sekolah juga menjadi medium kepada misi dan visi sekolah agar ianya dapat memberi ingatan kepada semua. Matlamat sekolah diutamakan dengan memberikan nilai yang paling tinggi dan dijadikan sebagai nadi dalam pengurusan sekolah.

Matlamat sekolah dijelaskan kepada semua staf. Sekolah ini akan menjadi sekolah cemerlang di Daerah Kubang Pasu pada tahun 2010 menerusi peningkatan kebolehan mengurus dan mentadbir oleh tenaga pengurusan dan pengajar sekolah, pencapaian keputusan UPSR 100 peratus,pencapaian ko kurikulum sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam semua acara yang disertai, para pelajar yang mempunyai sahsiah mulia, berketrampilan, dan berdaya saing dalam semua bidang terutamanya teknologi maklumat.Suasana ceria dan prasarana kondusif bagi membolehkan keselesaan bekerja dan belajar kepada warga sekolah dan kewujudan suasana permuafakatan di kalangan warga sekolah dan komuniti.

ANALISIS PERSEKITARAN

Bagi memastikan visi yang telah ditetapkan dapat dicapai dalam tempoh yang telah
ditetapkan iaitu dalam masa 3 tahun dari sekarang.Langkah-langkah yang proaktif dilaksanakan dengan kadar segera .
menjayakan peningkatan yang ditetapkan. Satu analisis dalam dan luaran diguna pakai dan mendapat hasil seperti di bawah ini:

Dalam kedudukan sekarang, beberapa bidang utama dikenalpasti bagi membantu

ANALISIS PERSEKITARAN
BIDANG / ASPEK Tahun 1 KEKUATAN / PELUANG 82% menguasai 3M KELEMAHAN / ANCAMAN 18 % tidak menguasai 3M Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 92 % menguasai 3M 92.3 % menguasai 3M 100% menguasai 3M 97.6 % menguasai 3M 100 % menguasai 3M 8 % tidak menguasai 3M 7.7 % tidak menguasai 3M 0 % tidak menguasai 3M 2.4 % tidak menguasai 3M

Kokurikulum HEM Fizikal

1.Mewakili negeri dalam bidang Tilawah Al- Quran. 2. Jurulatih yang berkebolehan. 1.Tidak ada masalah disiplin yang serius.2. Sumber tenaga yang kuat dari PIBG. 1. Peralatan pengajaran pembelajaran mencukupi dan sesuai.

Kekurangan kawasan permainan. Peruntukan kewangan terhad 1. Bilik darjah terhad 2. Padang permainan terhad.

3. Sistem pendawaian yang uzur. 4. Kerosakan Peralatan ICT 5. Prasarana di bilik guru yang kurang selesa.
Kewangan Peruntukan mencukupi 1. Peruntukan untuk kegunaan Panitia belum digunakan secara maksima.

Pejabat

Pengurusan dan prasarana yang baik

Staf

Kerjasama dan komitmen yang baik.

Kemahiran spesifik yang terbatas.

Komuniti

Kerjasama dan komitmen yang baik.

Kurang kefahaman yang jelas tentang misi dan visi sekolah.

ISU-ISU STRATEGIK

Kekuatan dan permasalahan dalam bidang kurikulum ialah 36.1 peratus dari 296 murid belum menguasai 3M.Mereka ini kebanyakannya berada di tahap 1,telah dikenal pasti melalui Ujian Pelepasan KIA 2M dan Pemulihan Khas. Di bidang ko kurikulum sekolah ini telah pun mencapai misi yang ditetapkan, walaubagaimanapun dalam acara sukan, kekurangan tempat latihan telah menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan setakat ini. Hubungan yang erat dengan PIBG sekolah menyumbang kepada kawalan berkesan ke atas disiplin murid .Aktiviti permuafakatan yang melibatkan keceriaan seperti gotong royong sering mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para waris. Pun begitu,dalam kedudukan peruntukan kewangan yang terhad untuk melaksanakan program keceriaan, masyarakat sekitar perlu diberikan kefahaman yang lebih jelas tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Perbekalan Kementerian Pelajaran yang melibatkan bahan-bahan pengajaran untuk Program PPSMI memuaskan,penggunaannya di kelas-kelas diadakan secara maksimum.Bilangan bilik darjah juga terhad dan menyukarkan pembukaan kelas kelas baru bagi memperkecilkan bilangan murid dalam tahun pembelajaran.Sistem pendawaian yang uzur menyumbang kepada gejala kerosakan peralatan elektrik yang kerap terutamanya lampu dan kipas.
Kegagalan fungsi peralatan ICT , melibatkan sistem komputer dan Internet menjejaskan penyaluran maklumat. Bagi meningkatkan keberkesanan amalan-amalan pengurusan dan menjayakan objektif yang telah dirancang,satu kerangka pengurusan dibentuk untuk digunakan secara meluas dan boleh dinilai pencapaiannya.

Bagi meningkatkan keberkesanan amalan-amalan pengurusan dan menjayakan objektif yang telah dirancang,satu
kerangka pengurusan dibentuk untuk digunakan secara meluas dan boleh dinilai pencapaiannya.

PERKARA / ISU

TINDAKAN

SASARAN

TEMPOH

Peningkatan Penguasaan 3M

1.Memantapkan Program KIA 2M dan Pemulihan.

Guru tahun 1 dan guru Pemulihan Khas

1 Tahun ( penilaian setiap empat bulan )

2. Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas. 3. Menambahbaikan dalam pengurusan pengajaran pembelajaran. 4. Meningkatkan penggunaan ICT.

Murid yang tidak menguasai Kemahiran Asas . Semua guru

6 bulan ( kajian semula akan dilakukan di penghujung tempoh )

Semua warga sekolah

1 tahun

PERKARA / ISU

TINDAKAN 5. Program Perkembangan Staf dan perbincangan lebih kerap diadakan.

SASARAN Semua guru 1 tahun

TEMPOH

Pencapaian Kokurikulum

Mengenalpasti untuk memberikan penekanan kepada bidang kegiatan yang tidak memerlukan padang permainan seperti pasukan uniform.

Murid

1 tahun

Komuniti

Lebih banyak diskusi bersama PIBG diadakan,perbincangan bagi mencari sumber kewangan alternative bagi menampung keperluan. Menghapuskira peralatan usang bagi membolehkan penyaluran peralatan yang baru dan terkini. Penyediaan senarai semak pemeriksaan berkala Peralatan ICT .

PIBG dan syarikat swasta

1 tahun

Fizikal

Kementerian Pelajaran dan agensi yang dilantik

1 tahun

Sistem galakan dan peluang kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah untuk meningkatkan profesionalisme seperti menyertai seminar dan kursus.Guru-guru boleh memohon apa sahaja bidang kursus yang mereka perlukan agar kualiti kerja mereka dapat ditingkatkan.Saya juga akan memberikan galakan dan dorongan sekiranya mereka ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Guru-guru yang melanjutkan pelajaran bagi meningkatkan kualiti kerja :

NAMA BIDANG ICT PENDIDIKAN RENDAH TESL SEJARAH DAN SASTERA

BILANGAN GURU 2 2 1 2

INSTITUSI OPEN UNIVERSITI MALAYSIA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

* Program perkembangan staf juga merupakan satu lagi langkah yang diambil untuk mempertingkatkan kualiti sumber manusia di sekolah : *Melakukan analisis keperluan dalam perancangan program staf. *Merancang program perkembangan staf. *Melibatkan guru-guru dan staf sokongan dalam program perkembangan staf. *Melaksanakan program perkembangan staf secara terancang dan berjadual. *Merancang pembangunan dan keperluan modal insan masa depan menurut bidang ,mata pelajaran dan kepakaran.

PENILAIAN

Proses penilaian amat penting kerana ia dapat membantu membuat pengukuran tentang sejauh mana objektif dapat dicapai dan jika tidak, tindakan susulan perlu dirancangkan.Dengan adanya penilaian , semua staf sekolah tidak akan membuat kerja sambil lewa kerana ada pihak yang memerhatikan kerja-kerja mereka.

PERKARA
Peningkatan penguasaan 3M

TINDAKAN

SASARAN
Guru tahun 1 dan guru Pemulihan Khas

PENILAIAN
Penggunaan Sistem Head Count dalam semua penilaian

1.

Memantapkan Program KIA 2M dan Pemulihan Khas

2.

Memperkenalkan program bagi pelajar yang berkeperluan khas.


Menambahbaikkan dalm pengurusan pengajaran pembelajaran

Muridyang tidak menguasai kemahiran asas

3.

Semua guru

PERKARA

TINDAKAN
4. Meningkatkatkan penggunaan ICT
5. Program Perkembangan Staf dan perbincangan lebih kerap diadakan

SASARAN
Semua warga sekolah

PENILAIAN
Buku rekod penggunaan

Semua guru

Dokumentasi

Pencapaian Kokurikulum

Mengenal pasti untuk memberikan penekanan kepada bidang kegiatan yang tidak memerlukan padang permainan seperti pasukan berunifom Lebih banyak diskusi bersama PIBG diadakan,perbincangan bagi mencari sumber kewangan alternative bagi menampung keperluan. Menghapuskirs peralatan usang bagi membolehkan penyaluran peralatan baru dan terkini Penyediaan senarai semak pemeriksaan berkala peralatan peralatan ICT

Murid

Latihan dan program yang diadakan untuk mencungkl bakat dan penyertaan dalam aktiviti di pelbagai peringkat Penglibatan PIBG dan pihak swasta dalam Program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Komuniti

PIBG dan syarikat swasta

Fizikal

Kementerian pelajaran dan agensi yang dilantik

Prosedur hapuskira diikuti dan permohonan diajukan kepada pihak yang berkenaan. Laporan akan dibuat kepada agensi terlibat

RUMUSAN

Hubungan yang baik di antara guru besar dan semua staf dapat mempertingkat kualiti sumber manusia di sesebuah sekolah. Guru besar hendaklah peka terhadap keperluan guru terutamanya dalam menyediakan segala peruntukan dan kemudahan yang berkaitan dengan usaha meningkatkan prestasi dan kualiti pengajaran pembelajaran Guru, murid serta seluruh warga sekolah perlu sentiasa dimotivasikan dan pihak sekolah hendaklah memastikan guru-guru sentiasa mempunyai disiplin dan keyakinan diri yang tinggi. Guru bsar hendaklah bertindak sebagai pembimbing dan pendorong yang berhemah yang sentiasa menggalakkan kreativiti dan inovasi baru dalam pengajaran guru di bilik darjah. Penghargaan dan pengiktirafan terhadap kejayaan perlu sentiasa diperkatan dan dihebahkan kepada semua warga sekolah. Ini boleh menimbulkan suasana berlumba-lumba dan bersaing utntuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan di kalangan semua warga sekolah. Perasaan diharh=gai sudah pasti dapat mempertingkatkan kualiti sumber manusia

You might also like