You are on page 1of 3

3.0 Peranan Guru dalam Mewujudkan Masyarakat 1Malaysia di Sekolah Melalui Kerjasama Guru dan Warga Sekolah.

Berdasarkan kepada pengamatan dan pandangan saya berkenaan dengan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi berada pada tahap yang sangat membimbangkan kerana masih wujudnya pergaduhan antara kaum. Terutamanya apabila negara kita digemparkan dengan berita bahawa berlaku pergaduhan kaum antara Melayu dan India pada bulan Disember di Sungai Petani, Kedah. Hal ini berpunca daripada pergaduhan antara remaja Melayu dan India yang melakukan kegiatan lumba haram. Walaubagaimanapun, kes ini bersifat isolated kerana menurut Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar, ianya bertujuan untuk membalas dendam terhadap insiden pertama yang seterusnya melarat kepada empat insiden yang lain. Tambahnya lagi bahawa tiada rusuhan yang berlaku seperti digembargemburkan kerana keadaan ini dapat diatasi oleh pihak polis. Berikutan peristiwa ini, kita mampu untuk mengatasinya melalui pelbagai cara. Salah satunya dengan menanam semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak melalui peranan guru di sekolah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid mengamalkan gaya hidup bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum serta hidup aman dan sejahtera bersama-sama sekaligus menghormati antara satu sama lain. Bermula daripada pihak pentadbiran sekolah, guru besar merupakan peneraju utama dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah perlu menunjukkan teladan yang baik terutama dalam kalangan guru-guru sendiri. Sekaligus, memberi contoh terbaik kepada muridmurid. Keadaan ini bertujuan untuk menunjukkan kepada semua warga sekolah bahawa tiada perbezaan dalam kawasan sekolah berikutan layanan yang sama rata terhadap semua warga sekolah tanpa mengira kaum. Sikap ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan dapat dibentuk bermula daripada pihak atasan yang menjadi contoh kepada pihak lain seterusnya membantu meningkatkan semangat perpaduan kaum. Kemudian, memudahkan penyerapan sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan warga sekolah. Seterusnya, menunjukkan bahawa masyarakat 1Malaysia dapat dibentuk di setiap sekolah yang mempunyai pelbagai kaum seperti sekolah kebangsaan yang terdiri daripada kanak-kanak dalam kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Malah, hubungan baik sesama warga sekolah terutamanya Guru Besar bersama anak-anak buahnya membantu dalam kelinciran pengurusan sekolah kerana mendapat respon yang baik daripada semua pihak.

Keadaan ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia dimana ia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagai mana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Hal ini menunjukkan bahawa nilai-nilai seperti rendah hati, penerimaan dan kesetiaan dalam gagasan 1Malaysia turut diwujudkan dalam peranan guru tersebut. Seterusnya, peranan guru dalam mewujudkan masyarakat 1Malaysia kini dapat dibantu melalui kurikulum, aktiviti ko-kurikulum dan sukan. Melalui aktiviti-aktiviti ini, ianya sekaligus membantu memudahkan lagi tugas guru dalam memikul tanggungjawab untuk menjadikan seluruh warga sekolah sebagai masyarakat 1Malaysia. Justeru, sebagai seorang guru yang menjadi pemangkin dalam masyarakat 1Malaysia, guru seharusnya bertindak lebih kreatif, inovatif dan produktif dengan mewujudkan satu aktiviti yang boleh dimasukkan sebahagian dalam aktiviti kokurikulum seperti penubuhan persatuan kebudayaan 1Malaysia. Melalui persatuan ini, guru-guru boleh membentuk satu kurikulum yang bertepatan dalam melahirkan masyarakat 1Malaysia. Melalui aktiviti ini, perpaduan kaum yang diinginkan melalui gagasan 1Malaysia dapat direalisasikan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula, terdapat dalam paparan akhbar Sinar Harian menyatakan bahawa terdapat seorang kanak-kanak yang berbangsa Cina telah melahirkan idea untuk menubuhkan persatuan 1Malaysia bagi menyokong gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa semangat perpaduan kaum mula timbul dalam kalangan murid-murid dan seharusnya digerakkan secara bersama oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah. Berikutan cetusan idea kanak-kanak ini telah wujudnya Kelab Remaja 1Malaysia atau singkatannya KRIM. Justeru, membantu meningkatkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti kokurikulum yang menjurus kepada perpaduan kaum yang selaras dengan gagasan 1Malaysia. Seterusnya, guru juga berperanan dalam penerapan nilai-nilai integriti dalam diri kanakkanak untuk mewujudkan hubungan baik antara murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum di sekolah. Berikutan hal ini, guru seharusnya menggalakkan kanak-kanak untuk menunjukkan integriti yang tinggi dalam diri melalui hubungan sesama warga sekolah. Misalnya, guru mengadakan hari gotong-royong di sekolah yang melibatkan seluruh warga sekolah. Melalui aktiviti gotong-royong ini murid-murid dibahagikan kepada kumpulan yang

ahlinya terdiri daripada kaum

Melayu,

Cina dan India.

Dengan ini,

nilai

integriti

bertanggungjawab dalam diri masyarakat 1Malaysia dapat dibentuk apabila murid-murid merasa bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan sekolah dengan melakukannya secara bekerjasama untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan disiapkan seperti peribahasa ringan sama dijinjit berat sama dijinjing. Syarifah Md. Nor (2001) menggunakan pandangan murid sekolah rendah yang mengatakan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah yang mempunyai guru-guru yang boleh mengajar dengan berkesan supaya pelajarnya bijak, sekolah yang persekitarannya cantik, bersih dan harmonis. Hal ini sangat bersesuaian dengan penerapan nilai integriti dalam diri murid-murid sekaligus guru-guru sekolah melalui aktiviti gotong-royong membersih dan mencantikkan kawasan sekolah. Sementara itu, dapat membantu dalam membentuk sebuah sekolah yang terbaik dengan wujudnya masyarakat 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri. Sementara itu, guru juga berperanan untuk menggalakkan murid-murid menggunakan bahasa Melayu semasa proses komunikasi berlaku. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan juga menanam semangat cintakan tanah air. Salah satunya dengan mewujudkan dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris yang selaras dengan tema Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Keadaan ini sekaligus membantu memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Keadaan ini membuktikan bahawa semua rakyat Malaysia perlu menguasai bahasa Melayu tanpa mengira kaum bagi memastikan perpaduan kaum semakin meningkat. Jelasnya disini menyatakan bahawa semua kaum sekurang-kurangnya perlu mempelajarai bahasa Melayu bagi memudahkan proses komunikasi. Disekolah, guru juga boleh memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar berkaitan kesedaran tentang kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Tanggungjawab guru untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia semakin meningkat dalam membantu memberi kefasihan dalam bahasa berbahasa Malaysia, menghormati dan berbangga dengan bahasa Melayu sebagai bahasa identiti rakyat Malaysia.

You might also like