You are on page 1of 6

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2 (KSSR) Kelas : Tahun 2 Mawar Bidang : Menggambar (Lukisan) Tajuk : Buah-buahan tempatan Masa : 1.30-2.30pm ( 60 minit ) Tema : Alam Semulajadi Aktiviti : Lukisan.

Standard Pembelajaran

1.1. Persepsi Estetik 1.1.1. Unsur seni: 1.1.1.1. Garisan 1.1.1.2. Rupa 1.1.1.3. Bentuk 1.1.1.4. Warna-primer dan sekunder 1.1.2. Prinsip rekaan: 1.1.2.2. imbangan 1.1.2.3. kepelbagaian

1.2. Aplikasi Seni 1.2.1. Media: 1.2.1.1. Alat 1.2.1.2. Bahan 1.2.2 Proses dan teknik 1.2.2.1. Teknik garisan selari

1.3. Ekspresi Kreatif 1.3.1. 1.3.2. 1.3.3.

1.4. Apresiasi Seni 1.4.1 1.4.2

: Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Menghasilkan gambar buah-buahan tempatan menggunakan media kering yang menekankan unsur garisan, bentuk, rupa dan warna. 2. Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 3. Membuat apresiasi terhadap karya yang telah dihasilkan.

: Aktiviti P & P 1. Guru menunjukkan contoh gambar buah-buahan yang menggunakan media kering. (EK1) 2. Guru menunjuk cara melakarkan rupa buah-buahan tempatan dan mewarna. (EK4) 3. Murid menghasilkan gambar dan mewarna gambar dengan menggunakan teknik garisan selari. (EK1) (EK2) (EK3). 4. Murid mempamerkan dan menceritakan karya seni yang dihasilkan.(EK5) : EMK Kreativiti, Keusahawanan (EK1-EK5) TMK dan nilai murni.

Bahan Bantu Belajar

Contoh : gambar buah-buahan tempatan dan contoh lukisan. Media : pensel dan pastel / pensel warna. Bahan : Kertas lukisan.

Penilaian P & P

Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti menghasilkan gambar buah-buahan tempatan menggunakan teknik lukisan berdasarkan empat Standard Kandungan.

Refleksi

Pada akhir pembelajaran : ....... murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ....... murid yang tidak mencapai objektif akan diberikan bimbingan khas sebelum sesi pembelajaran yang akan datang.

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN CATATAN

Induksi set

Menyanyikan lagu Buah-buahan Malaysia Durian, ciku, buah rambutan, Rasanya jadi idaman, Berbagai bentuk rupanya, Buah-buahan Malaysia. Buahlah manggis putih isinya, Duku, langsat dan papaya, Pabila musim pun tiba, Dijual merata-rata. Soalan : Lagu yang dinyanyikan berkaitan dengan apa? Guru memaparkan gambar buah-buahan tempatan.

BBM : Paparan lirik lagu.

Gambar buah-buahan tempatan.

Persepsi Estetik

Guru mempamerkan contoh lukisan buah-buahan tempatan yang dihasilkan menggunakan teknik garisan. Guru bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang ada pada karya lukisan. Guru menyatakan definisi lukisan.

Aplikasi Seni

Guru memperkenalkan dan menyatakan media yang akan digunakan. Guru menunjuk cara melakar gambar buah-buahan tempatan dengan memberi penekanan pada ruang dan imbangan. Guru menunjuk cara mewarnakan lakaran dengan menekankan penggunaan ton warna untuk menimbulkan bentuk.
2

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Ekspresi Kreatif

Murid melakar dan mewarna lukisan dengan bimbingan guru. Murid menghasilkan lukisan mengikut kreativiti.

Apresiasi Seni (Penutup)

Membuat apresiasi tentang karya yang telah dihasilkan. Murid menceritakan hasil karya. Murid yang mempunyai dusun berkongsi pengalaman faedah yang diperolehi semasa musim buah-buahan.

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

SUMBER MAKLUMAT

1.0 SET INDUKSI Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama

mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat muridmurid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menimbulkan minat dan

menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.

1.1

Komponen-komponen utama dalam Set Induksi

Menarik Perhatian Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur

ketegangan,menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Mewujudkan Motivasi Sebelum mengajar,guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar.Apabila pelajar memberi perhatian,barulah pelajaran

sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah.(Omardin Ashaari,1997).

Perkaitan Kognitif Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.

Menstruktur Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau caracara menjalankan tugas itu. Contohnya,Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti.

1.2

Objektif Set Induksi

Antara objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut :

Mendapatkan perhatian murid

Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan

Mencadangkan caracara menjalankan tugas

Memotivasikan muridmurid

Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

1.3

Kesan Kemahiran Set Induksi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Meningkatkan motivasi murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. 2. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi. 3. Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik.Ini memudahkan pembentukan konsep. 4. Murid-murid akan berusaha kearah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. 5. Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. 6. Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi. 7. Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah.Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

1.4

Kemahiran Memulakan Pengajaran ( Set Induksi )

Aktiviti guru sebelum memulakan pengajaran. SET INDUKSI Aktiviti mestilah berkaitan dengan subjek yang diajar. AKTIVITI Supaya pelajar bersedia belajar dan berfikir sesuatu TUJUAN

You might also like