You are on page 1of 4

KITAB PUASA

Fasal

Terjemahan:
Wajib berpuasa di bulan Ramadhan ke atas setiap muslim yang mukallaf[1] dan tidak sah puasa bagi wanita yang
datang haidh dan nifas serta wajib ke atas kedua-duanya [wanita yang datang haidh dan nifas] mengqadakan
puasanya.






.


Terjemahan:
Dan harus berbuka puasa bagi orang yang bermusafir bagi perjalanan yang diharuskan qasar walaupun ianya tidak
membawa kesukaran untuk melakukan ibadat puasa.









.
Terjemahan:
Dan demikian juga [harus berbuka puasa] bagi orang yang sakit, wanita hamil dan wanita yang menyusukan
anaknya untuk meneruskan puasa kerana kesukaran yang di alami tidak tertanggung dan wajib ke atas mereka
mengqadakannya [puasa].[2]

:

Terjemahan:
Dan wajib berniat pada waktu malam dan menentukannya pada setiap hari serta wajib menahan diri daripada:

Terjemahan:
Jima` [ melakukan persetubuhan].[3]

Terjemahan:
Dan beronani iaitu perbuatan mengeluarkan mani seumpama menggunakan tangan.

Terjemahan:
Dan muntah dengan sengaja.

Terjemahan:
Dan menjauhikan diri daripada murtad.

Terjemahan:
Dan menahan diri daripada memasukkan sesuatu ke dalam rongga tubuh[4] melainkan air liur yang tidak bercampur
dengan sesuatu yang lain, lagi suci daripada tempat asal keluarnya.

Terjemahan:
Dan tidak gila walaupun seketika.

Terjemahan:
Dan tidak pengsan sepanjang hari.

Terjemahan:

Dan tidak sah puasa pada dua hari raya[5], puasa pada hari tasyriq[6] dan demikian juga separuh akhir dari bulan
sya`ban dan hari syak[7] melainkan apabila seseorang itu menyambungnya dengan hari-hari yang sebelumnya atau
puasa kerana qada atau puasa kerana nazar atau puasa yang telah menjadi amalan kebiasaan seperti mereka yang
biasa melakukan puasa sunat hari Isnin dan Khamis.








.
Terjemahan:
Dan barangsiapa yang membatalkan puasanya sehari di bulan ramadhan tanpa sebarang rukhsah [kelonggaran]
baginya pada berbuka dengan melakukan jima` [persetubuhan], maka ke atasnya dosa dan wajib mengqada` kadar
yang segera, dan diwajibkan kaffarah zihar iaitu membebaskan [memerdekakan] hamba sahaya maka sekiranya dia
tidak mampu, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu [juga], maka hendaklah memberi
makan kepada 60 orang miskin iaitu mempermilikkan setiap seorang daripada mereka sebanyak satu mud makanan
asasi bagi negeri tersebut dan satu mud ialah memenuhi dua tapak tangan orang yang sederhana [tidak terlalu besar
dan tidak terlalu kecil].

[1] Maksud Mukallaf di sini adalah orang yang baligh dan berakal. Adapun mukallaf yang bukan Islam iaitu
kafir, tidak wajib ke atasnya berpuasa tetapi wajib ke atasnya masuk ke dalam Islam kemudian barulah
wajib keatasnya berpuasa.
[2] Orang sakit yang mempunyai harapan untuk sembuh, perempuan hamil yang bimbang akan dirinya
kemudian dia berbuka puasa dan perempuan yang hamil yang bimbang akan dirinya dan anaknya
kemudian dia berbuka puasa, maka ketiga-tiga orang ini yang berbuka puasa disebabkan perkara tersebut
wajib ke atas mereka mengqadakan puasa sahaja tanpa membayar fidyah. Adapun perempuan yang hamil
berbuka puasa kerana bimbang akan anak dalam kandungannya sahaja, maka ke atasnya wajib
mengqadakan puasa dan membayar fidyah.
[3] Definisi jima` [bersetubuh] adalah memasukkan kepada hasyafah ke dalam faraj.
[4] Rongga tubuh yang dimaksudkan adalah mulut, dua lubang telinga, dua lubang hidung, qubul [kemaluan
hadapan] dan dubur [kemaluan belakang].
[5] Iaitu Hari Raya `Idil Ftiri dan `Idil Adha. Haram berpuasa pada dua hari raya.
[6] Hari tasyriq iaitu tiga hari setelah hari raya Idul Adha (11, 12 dan 13 Zul Hijjah)

[7] Hari Syak iaitu hari ke-30 bulan Syaban, jika diberitahu tentang awal puasa oleh orang-orang yang tidak
boleh dijadikan pegangan untuk menentukan ketetapan awal Ramadhan, iaitu orang fasiq, perempuan, anak
kecil atau yang seumpama mereka yang memberitahukan bahawa mereka telah melihat hilal Ramadhan.

You might also like