You are on page 1of 34

Journal of Social Science, Volume 3, Sept 2011, Page 1-34/ ISSN: 2231-7333

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (Abm) Di Kalangan GuruGuru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor
Abdul Rahim Bin Hamdan1, Hayazi Bin Mohd Yasin1 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, Johor. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada 103 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0) untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal adalah sederhana. Selain itu, penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting menurut guru-guru teknikal. Dapatan kajian juga mendapati faktor sikap dan minat, pengurusan dan pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan pengetahuan kurang mempengaruhi guru-guru teknikal dalam penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui analisis ujian t di dapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap dan faktor yang mempengaruhi penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan tetapi terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan. Hasil kajian memerlukan tindakan dari pihak guru, pentadbir sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu meningkatan lagi penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru.
Kata kunci: Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), guru-guru teknikal

Abstract: This research was carried out to identify of using teaching aids among technical teachers in Technical school in Johor Bahru, Johor. The instruments of this research were questionnaires and distributed to the 103 technical teachers from four Technical School in Johor Bahru. The collected data were analyzed by using Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0) computer software in order to determined the frequency, percentage and mean. The findings had shown that the level of teaching aids usage by technical teachers are medium. The usage of teaching aids are important in the enthuse and the attitude, management and administration, work overload, finance, knowledge and skill factors are not influencing the technical teachers in the usage of teaching aids. From the analysis via t test it show, there is no significant differences based on level and factors influences between male and female technical teachers but is a the differences about the importance of usage teaching aids for teaching and learning process. This study show that teachers, school administration, JPN and Ministry of Educational need to take part and have to increase the using of teaching aids among teachers. Keywords: Teaching aids, technical teachers

1.0 PENGENALAN Berbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan pada zaman sekarang sehinggalah penggunaan sumber berkomputer dan berteknologi diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding zaman dahulu yang hanya menggunakan papan batu

2 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

dan kapur. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ransangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Bahan-bahan terkini perlu disediakan agar dapat membantu pelajar memahami konsep yang diajar dan sebagai menyokong pengajaran guru itu sendiri. Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru teknikal haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Menurut Ng Ying (2004), semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Penggunaan ABM tidak dapat dielakkan dalam pengajaran guru kerana penggunaan alat-alat ini dapat membantu pelajar menajamkan deria mereka bagi membantu mereka mencapai pembelajaran yang berkesan. Dengan itu, guru-guru teknikal hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru-guru teknikal juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara. 2.0 LATAR BELAKANG MASALAH Ada guru yang membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang tidak berubah dari hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun. Sepatutnya yang perlu digunakan adalah sedikit imaginasi bagi mengubah cara penyampaian, mencari pendapat baru atau mencuba kaedah baru dan menggunakan bantuan peralatan bagi menyokong pengajarannya. Guru harus memahami citarasa pelajarnya yang berusia muda dan cuba menyesuaikan pengajarannya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990). Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar. Dapatan kajian beliau menyamai laporan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada tahun 1992, antara faktor yang mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah. Ng Ying (2004) pula menyatakan dalam kajiannya, kajian-kajian pendidikan yang terdahulu mendapati bahawa antara sebab pelajar tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran yang membosankan mereka. Selain itu, penurunan motivasi belajar di kalangan para pelajar juga disebabkan oleh sifat pengajaran yang homogen dan berbentuk sehala (guru-pelajar) di kalangan kebanyakan guru. Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan (Mok Soon Sang, 2001).

3 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan ABM kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih ABM yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Ini kerana penggunaan ABM amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan. Di antara kepentingan ABM yang dapat disebutkan di sini adalah seperti berikut: i. ii. iii. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990)

Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. ABM memudahkan para guru mentransmisikan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan ABM yang sesuai. Di sekolah, Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai Pusat Sumber yang dilengkapi ABM tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. Sememangnya ABM memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru termasuklah guru-guru teknikal. Adalah menjadi tanggugjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin ketara dengan wujudnya kurikulum dan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. Ini termasuklah kewujudan sekolah menengah teknik yang menjuruskan ke arah bidang sains dan teknologi. Justeru itu, penggunaan ABM perlulah dititik beratkan dalam pengajaran guru-guru teknikal agar pelajar-pelajar ini mampu menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai asas untuk melibatkan diri dalam dunia pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. ABM bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997). Guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran

4 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah chalk and talk dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM yang mampu membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang lebih bermakna. Persoalannya, sejauhmanakah penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru dalam proses pengajaran dan pembelajarannya? 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah untuk: 1. 2. 3. Mengenalpasti tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru. Mengetahui kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru. Melihat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru. Melihat perbezaan kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru. Melihat perbezaan faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

4.

5.

6.

5.0 SKOP KAJIAN Kajian ini hanya melibatkan guru-guru teknikal di sekolah-sekolah menengah teknik yang berada di daerah Johor Bahru, Johor sahaja. Terdapat empat buah sekolah yang telah dikenalpasti oleh penyelidik iaitu: a. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru b. Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru c. Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. d. Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru Segala keputusan yang diperolehi nanti hanyalah melibatkan sekolah-sekolah menengah teknik di atas sahaja dan keputusannya tidak boleh disamakan dengan sekolah-sekolah di luar kawasan tersebut.

5 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

6.0 SOROTAN KAJIAN Kajian Ng Ying (2004), mendapati tahap penggunaan antara jenis ABM, didapati tidak ada jenis ABM yang mempunyai tahap penggunaan tinggi oleh responden. Daripada sembilan jenis ABM, hanya dua jenis yang berada di tahap penggunaan sederhana oleh responden iaitu carta dan model. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa tahap penggunaan ABM oleh guru-guru teknikal secara keseluruhannya mendapati 111 responden (88.8%) mencapai tahap penggunaan ABM yang rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 14 responden (11.2%) pula mencapai tahap penggunaan ABM yang sederhana. Tiada responden yang mencapai tahap penggunaan ABM yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ng Ying (2004), mendapati komputer peribadi dan disket atau perisian komputer mempunyai tahap penggunaan yang paling tinggi oleh responden. Tahap penggunaan sederhana pula dicapai oleh responden bagi jenis ABM seperti OHP, projektor slaid, carta dan model. Manakala gambar foto, radio dan televisyen merupakan jenis ABM yang mempunyai tahap penggunaan paling rendah oleh responden. Kamaruzaman (1995), mendapati penggunaan ABM yang berbentuk bukan elektronik seperti carta, alat sebenar, model dan gambar foto adalah berada pada tahap yang rendah penggunaannya oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian Zainab (1995), tentang kekerapan penggunaan ABM di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di daerah Kerian, Perak yang mana seramai 103 responden terlibat mendapati penggunaan peralatan sebenar berada pada tahap yang tinggi iaitu 62% menggunakannya dalam setiap pengajaran. Manakala alat perakam video, projektor slaid dan komputer adalah ABM yang mencatatkan penggunaan yang rendah di kalangan guru-guru. Mohd Razi (2002), membuat kajian tentang penggunaan ABM di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di kalangan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan mendapati secara keseluruhannya tahap penggunaan ABM di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup adalah pada tahap sederhana. Kajian beliau mendapati penggunaan bahan sebenar menunjukkan yang tertinggi penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala yang terendah ialah penggunaan kamera fotografi dan gambar. Kajian Adzman (2003), mendapati penggunaan bahan bercetak, komputer dan LCD dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan penggunaan pada tahap yang tinggi oleh responden. Dapatan kajian juga mendapati tahap penggunaan OHP, model, peralatan sebenar dan transparensi dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan penggunaan pada tahap sederhana. Manakala tahap penggunaan slaid, poster, carta dan perakam video dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap rendah dicatat oleh responden. Beliau juga mendapati penggunaan ABM yang pelbagai seperti kertas edaran, carta, buku kerja dan sudut kit juga digunakan oleh responden semasa pengajaran dan pembelajaran. 7.0 METOD 7.1 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini digunakan sebagai panduan untuk penyelidik mendapatkan data dan maklumat. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk tinjauan deskriptif. Kajian deskriptif adalah kajian yang bertujuan untuk menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku dan ia digunakan di dalam penyelidikan pendidikan. Keadah ini adalah sesuai digunakan kerana ia bertujuan untuk

6 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

mengumpulkan segala maklumat mengenai pembolehubah. Menurut Mohamad Najib (1999), kaedah tinjauan deskriptif sesuai digunakan untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara dua pemboleh ubah. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik di mana ia diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian. Tujuan penyelidik menggunakan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru, Johor. Penyelidik telah memilih instrumen ini kerana ia sering digunakan untuk beberapa kajian mengenai penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru di sekolah. Selain itu, instrumen ini juga mudah difahami dan dikelolakan. Beberapa perkara juga telah dipertimbangkan untuk memilih instrumen ini iaitu :i. Instrumen jenis ini adalah menjimatkan waktu penyelidik dan guru-guru, cepat disamping menjimatkan kos. Responden hanya perlu memilih jawapan yang sesuai sebagaimana yang telah disediakan. Ini dapat memudahkan responden dalam memberikan tindakbalas memandangkan responden yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru teknikal yang sentiasa sibuk dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah.

ii.

Instrumen jenis ini adalah berbeza dengan cara temubual di mana responden terpaksa memilih jawapan. Tambahan pula, ia memerlukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang besar (Mohd Majid, 1994). Menurut Mohd Majid (1994), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik juga dapat digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. 7.2 Tempat Kajian Penyelidik menjalankan kajian ini di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, Johor. Terdapat empat buah sekolah menengah teknik di daerah ini iaitu SMT Johor Bahru, SMT Perdagangan, SMT Tanjung Puteri dan SMT (ERT) Azizah. 7.3 Sampel Kajian Persempelan adalah merupakan pengambilan sebahagian daripada sesuatu populasi. Ia merupakan kaedah yang baik untuk mengurangkan kos dan menggambarkan seluruh populasi. Sebagaimana yang diketahui, sampel adalah sumber untuk mendapatkan data. Menurut Mohd Majid (1994), populasi merupakan satu cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain. Populasi bagi kajian ini merupakan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik di negeri Johor yang terlibat secara langsung dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian.

7 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

7.4 Instrumen Kajian Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian ini sering digunakan dalam bidang kajian kerana ia agak mudah berbanding dengan cara lain. Menurut Mohd Majid (1994), soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan terutama populasi yang besar. Selain itu, ia juga digunakan untuk mendapatkan semua maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan lain-lain. Kesemua item yang terdapat dalam borang soal selidik ini adalah dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan pada kesesuaian tajuk. Instrumen ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :i. Bahagian A Bahagian ini mengandungi tiga item yang merujuk kepada latarbelakang responden iaitu jantina, umur dan pengalaman mengajar.

ii. Bahagian B Bahagian ini dibina berdasarkan persoalan kajian iaitu mengenai tahap penggunaan ABM oleh responden dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden dikehendaki menandakan ( O ) pada pilihan yang berkenaan dengan responden berdasarkan skala yang diberikan. iii. Bahagian C Bahagian ini mengandungi 10 item soalan yang dibina berdasarkan persoalan kajian iaitu mengenai kepentingan penggunaan ABM oleh responden dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden dikehendaki menandakan ( O ) pada pilihan yang berkenaan dengan responden berdasarkan skala yang diberikan. iv. Bahagian D Untuk bahagian D mengandungi 30 item soalan yang dibina berdasarkan kepada persoalan kajian. Penyelidik menggunakan skala likert untuk memberi pilihan jawapan kepada responden. Responden dikehendaki menandakan tahap persetujuan terhadap itemitem dengan menandakan ( O ) pada setiap kotak item yang dikemukakan mengikut tahap persetujuan masing-masing. Mengikut Mohd Majid (1994), menyatakan bahawa skala likert boleh digunakan untuk mengedarkan sikap. Lima skala likert adalah seperti berikut :

8 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Jadual 1: Skala Likert 5 Mata LIKERT 1 2 3 4 5 PENGKELASAN Amat Tidak Setuju (ATS) Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Setuju (S) Amat Setuju (AS)

Melalui penggunaan skala likert lima gred ini, data-data yang diperolehi dianalisis dan dinyatakan mengikut bilangan, peratus dan min. Penyelidik menghasilkan keputusan analisisanalisis kajian pada bahagian C dan D dengan mengkategorikan skala kepada tiga kategori sebagaimana yang dinyatakan oleh Mohd Majid (1994). Jadual 2: Nilai Penskoran Item Skala likert 5 katogeri Sangat tidak setuju dan tidak setuju Tidak Pasti Sangat setuju dan setuju 7.5 Kajian Rintis Kajian rintis terhadap soalan kajian dilakukan terlebih dahulu untuk menguji kesahan soalan. Menurut Mohamad Najib (1999), sebelum melakukan kajian sebenar, kajian rintis perlu dilakukan dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji. Kajian rintis telah dilakukan oleh penyelidik ke atas 10 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti. Pemilihan sampel untuk kajian rintis ini dilakukan secara rawak bertujuan bagi memastikan instrumen kajian yang diguna pakai bersesuaian dengan responden dan mempunyai kesahan ujian. Sebanyak 10 borang soal selidik telah diisi dan dikembalikan, diproses dan dianalisis datanya menggunakan Statistical Pakage for Social Science (SPSS) version 13 bagi mendapatkan koefisyen Cronbach. Nilai alpha cronbach bagi keseluruhan kajian ini ialah 0.8042. Menurut Mohamad Najib (1999), jika nilai Alpha 0.6 0.7 ia boleh diterima dan jika melebihi 0.8 adalah sangat baik. 7.6 Analisis Data Dalam kajian ini, penggunaan perisian Statistical Pakage for Social Science (SPSS) version 13 telah digunakan untuk menganalisis ke semua data yang telah diperolehi daripada responden Skala likert 3 katogeri Tidak setuju Tidak Pasti Setuju

9 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

yang telah menjawab soalan. Perisian ini digunakan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan yang mungkin dilakukan dengan pengiraan manual. Menurut Mohd Majid (1994), perisian komputer boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengiraan pekali kebolehpercayaan sesuatu alat ukur. Untuk mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratus. Menurut Mohamad Najib (1999), statistik diskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, min, medium, mod dan peratus. Manakala bagi persoalan kajian 4,5 dan 6 analisis data menggunakan statistik inferensi untuk membuat andaian tentang populasi dengan menggunakan ujian t. Menurut Mohamad Najib (1999), statistik inferansi digunakan untuk melihat perbezaan antara pemboleh ubah dengan membuat andaian tentang populasi dengan menggunakan ujian t, ANOVA, khi-kuasa dua atau kolerasi. Dalam menentukan tanggapan positif atau negatif terhadap sesuatu aspek yang dikaji, ianya ditentukan oleh nilai min yang diperolehi melalui penganalisisan data. Menurut Mohd Majid (1994), nilai min itulah yang dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Nilai min kurang daripada tiga menandakan tanggapan negatif dan nilai min yang melebihi daripada tiga menandakan tanggapan positif. Jadual 3: Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus Peratus 0 59 60 79 80 100 (Sumber: Yusri, 2007) Skor Rendah Sederhana Tinggi

Jadual 4: Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min Min 1.00 2.33 2.34 3.67 3.68 5.0 (Sumber: Wan Nur Azyyati, 2007) 8.0 HASIL DAPATAN KAJIAN 8.1 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 1 Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 1 mengenai taburan penggunaan ABM mengikut jenis ABM yang digunakan. Penyelidik telah menyenaraikan sepuluh ABM yang biasa digunakan di sekolah-sekolah dan memberi juga ruang kepada responden untuk menyatakan jenis ABM yang digunakan selain dari yang disenaraikan penyelidik. Di dapati bahawa tiada responden yang menyatakan ABM selain dari yang disenaraikan oleh penyelidik. Oleh yang demikian, bahagian ini menjelaskan tentang sepuluh ABM sahaja yang digunakan oleh responden sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Data dan analisis dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Tahap Rendah Sederhana Tinggi

10 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

1. Tahap Penggunaan ABM Dalam bahagian ini, penyelidik menggunakan min bagi setiap penggunaan ABM responden bagi menjawab persoalan kajian 1 mengenai tahap penggunaan ABM di kalangan guru teknikal di SMT di daerah Johor Bahru. Di dapati purata min ialah 2.62. Ini menunjukkan tahap penggunaan ABM di kalangan responden adalah pada tahap sederhana. Jadual 5: Tahap Penggunaan ABM Bil Alat Bantu Mengajar 1 Bahan bercetak 2 Peralatan sebenar 3 OHP dan transparensi 4 Komputer dan LCD projektor 5 Model 6 Poster/Carta 7 Gambar foto 8 Papan gulung 9 Televisyen dan video 10 Radio dan kaset Purata Min dan Tahap Min 3.91 3.54 3.29 2.95 2.75 2.61 2.33 1.77 1.66 1.43 2.62 Tahap Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Sederhana

Jadual 5 menunjukkan tahap penggunaan ABM di kalangan responden. Didapati hanya bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan responden. Didapati model, poster/carta, peralatan sebenar, OHP dan transparesni serta komputer dan LCD projektor adalah pada tahap sederhana penggunaannya di kalangan responden. Manakala televisyen dan video, radio dan kaset, gambar foto serta papan gulung adalah pada tahap rendah penggunaannya di kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. 2. Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 2 Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 2 mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat 10 item yang dikemukakan dalam bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan setuju. Analisis keputusan dari responden dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti dalam Jadual 6. Jadual 6: Taburan Responden Mengenai Kepentingan Penggunaan ABM Dalam Pengajaran No 1 Item Pelajar lebih berminat dalam pembelajaran TS % 7 TP % 6.8 96 S % 93.2 Min 4.32 Tahap Tinggi

11 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

apabila saya menggunakan ABM. ABM memudahkan saya mengawal kelas semasa proses pembelajaran berlaku. Penerangan konsep dan isi pelajaran menjadi lebih mudah dan cepat dengan penggunaan ABM. Penggunaan ABM dapat membantu saya menyampaikan isi pelajaran yang sukar dengan lebih berkesan. Penggunaan ABM dapat memotivasikan pelajar untuk belajar. Pelajar lebih aktif apabila saya menggunakan ABM semasa mengajar. Penggunaan ABM dapat memberi idea-idea baru kepada pelajar. Interaksi antara saya dengan pelajar menjadi lebih aktif apabila saya menggunakan ABM semasa mengajar.

13

12.6

90

87.4

4.14

Tinggi

1.9

100

97.1

4.32

Tinggi

103

100

4.35

Tinggi

3.9

15

14.6

84

81.6

4.06

Tinggi

13

12.6

90

87.4

4.10

Tinggi

1.9

5.8

95

92.2

4.06

Tinggi

1.0

102

99

4.26

Tinggi

12 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Penggunaan ABM dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. 10 Tumpuan pelajar kepada pengajaran saya lebih baik semasa saya menggunakan ABM. Purata Min dan Tahap

1.0

102

99

4.34

Tinggi

1.0

4.9

97

94.2

4.17

Tinggi

4.21

Tinggi

Merujuk kepada Jadual 6, analisis kajian bagi item pertama iaitu pelajar lebih berminat dalam pembelajaran apabila menggunakan ABM dalam pengajaran mendapati kebanyakkan responden bersetuju dengan item ini iaitu seramai 96 orang atau 93.2% responden. Selebihnya iaitu seramai 7 orang atau 6.8% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang dikemukakan. Didapati tiada responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.32 iaitu berada pada tahap tinggi. Bagi item ke-2 yang menerangkan tentang ABM memudahkan kawalan kelas semasa proses pembelajaran berlaku mendapati kebanyakkan responden member maklum balas bersetuju terhadap item ini iaitu seramai 90 orang atau 87.4% responden. Selebihnya iaitu seramai 13 orang atau 12.6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang dikemukakan. Di dapati juga tiada responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.14 iaitu berada pada tahap tinggi. Bagi item ke-3 pula menerangkan tentang penerangan konsep dan isi pelajaran menjadi lebih mudah dan cepat dengan penggunaan ABM mendapati seramai 100 orang atau 97.1% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Seramai 2 orang atau 1.9% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Didapati juga terdapat seorang responden (1%) yang memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.32 iaitu berada pada tahap tinggi. Item ke-4 pula menerangkan tentang penggunaan ABM dapat membantu menyampaikan isi pelajaran yang sukar dengan lebih berkesan memperolehi skor setuju paling tinggi dalam bahagian ini iaitu kesemua responden atau 103 orang memberi maklum balas bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.35 iaitu berada pada tahap tinggi. Seterusnya, bagi item ke-5 menerangkan tentang penggunaan ABM dapat memotivasikan pelajar untuk belajar mendapati 84 orang atau 81.6% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut. Seramai 15 orang atau 14.6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti dan selebihnya seramai 4 orang atau 3.9% responden memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.06 iaitu berada pada tahap tinggi. Item ke-6 menerangkan tentang pelajar lebih aktif apabila menggunakan ABM semasa mengajar mendapati kebanyakan responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut iaitu seramai 90 orang atau 87.4% responden. Selebihnya iaitu seramai 13 orang atau 12.6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang dikemukakan.

13 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Didapati juga tiada responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.10 iaitu berada pada tahap tinggi. Bagi item ke-7 pula menerangkan tentang penggunaan ABM dapat memberi idea-idea baru kepada pelajar mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas bersetuju dengan item ini iaitu seramai 95 orang atau 92.2% responden. Seramai 6 orang atau 5.8% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Manakala 2 orang atau 1.9% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.06 iaitu berada pada tahap tinggi. Item ke-8 menerangkan tentang interaksi dengan pelajar menjadi lebih aktif apabila menggunakan ABM semasa mengajar mendapati kebanyakan responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut iaitu seramai 102 orang atau 99% responden. Selebihnya iaitu seorang responden atau 1% memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang dikemukakan. Didapati juga tiada responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.26 iaitu berada pada tahap tinggi. Item ke-9 menerangkan tentang penggunaan ABM dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan mendapati kebanyakan responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut iaitu seramai 102 orang atau 99% responden. Manakala seorang atau 1% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang dikemukakan. Didapati juga tiada responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.34 iaitu berada pada tahap tinggi. Bagi item ke-10 pula menerangkan tentang tumpuan pelajar kepada pengajaran lebih baik semasa menggunakan ABM mendapati seramai 97 orang atau 94.2% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Seramai 5 orang atau 4.9% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Didapati juga terdapat seorang responden (1%) yang memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.17 iaitu berada pada tahap tinggi. Berdasarkan Jadual 6, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap tinggi iaitu 4.21. Ini menunjukkan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting menurut guru-guru teknikal di SMT di daerah Johor Bahru. 3. Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 3 Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat 40 item yang digunakan bagi mendapatkan maklum balas dari responden. Itemitem ini dibahagikan kepada lima bahagian yang terdiri daripada lima faktor yang dikaji oleh penyelidik. Faktor-faktor tersebut ialah faktor sikap dan minat, pengurusan dan pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan pengetahuan. Analisis keputusan dari responden dinyatakan dalam bentuk peratus dan min.

14 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

a. Keputusan dan Analisis Bagi Faktor Sikap dan Minat Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai faktor sikap dan minat yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat 5 item yang dikemukakan dalam bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan setuju. Analisis keputusan dari responden dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti dalam Jadual 7. Jadual 7: Taburan Responden Mengenai Faktor Sikap dan Minat Yang Mempengaruhi Penggunaan ABM No 11 Item Saya sentiasa memikirkan jenis ABM yang akan digunakan dalam setiap pengajaran. Saya sentiasa berbincang dengan rakan sejawat tentang penggunaan ABM dalam pengajaran. Saya sentiasa ke Pusat Sumber Sekolah/PKG bagi mendapatkan ABM yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran. Saya sentiasa mendapatkan maklumat dari Penyelaras Pusat Sumber Sekolah tentang ABM yang ada dalam jagaannya. Saya sentiasa mengumpulkan maklumat dari internet/majalah/sura t khabar untuk digunakan dalam 4 TS % 3.9 3 TP % 2.9 96 S % 93.2 Min 4.13 Tahap Tinggi

12

17

16. 5

3.9

82

79.6

3.82

Tinggi

13

44

42. 7

8.7

50

48.5

3.07

Sederhana

14

42

40. 8

5.8

55

53.4

3.13

Sederhana

15

11

10. 7

1.9

90

87.4

3.95

Tinggi

15 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

pengajaran.

Purata Min dan Tahap

3.62

Sederhana

Merujuk kepada Jadual 7, analisis kajian ini adalah mengenai faktor dari segi sikap dan minat yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi item ke-11 iaitu sentiasa memikirkan jenis ABM yang akan digunakan dalam setiap pengajaran mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas bersetuju dengan item ini iaitu seramai 96 orang atau 93.2% responden. Seramai 3 orang atau 2.9% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Selebihnya iaitu seramai 4 orang atau 3.9% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.13 iaitu berada pada tahap tinggi. Item ke-12 yang menerangkan tentang sentiasa berbincang dengan rakan sejawat tentang penggunaan ABM dalam pengajaran mendapati seramai 82 orang atau 79.6% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Seramai 4 orang atau 3.9% responden pula memberi maklum balas tidak pasti. Selebihnya iaitu seramai 17 orang atau 16.5% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item yang tersebut. Min bagi item ini adalah 3.82 iaitu berada pada tahap tinggi. Seterusnya, bagi item ke-13 menerangkan tentang sentiasa ke Pusat Sumber Sekolah/PKG bagi mendapatkan ABM yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran mendapati 50 orang atau 48.5% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut. Seramai 44 orang atau 42.7% responden memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Selebihnya iaitu 9 orang atau 8.7% responden pula memberi maklum balas tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.07 iaitu berada pada tahap sederhana. Item ke-14 menerangkan tentang sentiasa mendapatkan maklumat dari Penyelaras Pusat Sumber Sekolah tentang ABM yang ada dalam jagaannya mendapati seramai 55 orang atau 53.4% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut dan seramai 42 orang atau 40.8% responden pula mmeberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 6 orang atau 5.8% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.13 iaitu berada pada tahap sederhana. Bagi item ke-15 pula menerangkan tentang sentiasa mengumpulkan maklumat dari internet/majalah/surat khabar untuk di kegunaan dalam pengajaran mendapati 90 orang atau 87.4% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut dan seramai 11 orang atau 10.7% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu 2 orang atau 1.9% responden pula memberi maklum balas tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.95 iaitu berada pada tahap tinggi. Berdasarkan Jadual 7, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi faktor sikap dan minat yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 3.62. Ini menunjukkan faktor sikap dan minat kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru.

16 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

b. Keputusan dan Analisis Bagi Faktor Pengurusan dan Pentadbiran Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai faktor pengurusan dan pentadbiran yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat 10 item yang dikemukakan dalam bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan setuju. Analisis keputusan dari responden dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti dalam Jadual 8. Jadual 8: Taburan Responden Mengenai Faktor Pengurusan dan Pentadbiran Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM No 16 Item Kebanyakan ABM yang ada di sekolah sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran yang saya ajar. Penyelaras Pusat Sumber Sekolah memberi kerjasama yang baik kepada saya. ABM dalam keadaan baik dan menggalakkan saya daripada menggunakannya. Pihak pentadbir selalu memberi galakan kepada saya menggunakan ABM dalam pengajaran. Pihak pentadbir pernah mengadakan kursus tentang penggunaan ABM yang berkesan. Bilik tayangan yang terdapat di sekolah luas dan selesa. Prosedur untuk mendapatkan ABM dari Pusat Sumber 29 TS % 28.2 9 TP % 8.7 65 S % 63.1 Min 3.34 Tahap Sederhana

17

5.8

1.9

95

92.2

4.04

Tinggi

18

38

37

59

57.3

3.24

Sederhana

19

4.9

4.9

93

90.1

4.06

Tinggi

20

29

28.2

68

66

3.40

Sederhana

21

51

49.5

46

44.7

2.98

Sederhana

22

42

40.8

4.9

56

53.4

3.18

Sederhana

17 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

23

24

25

Sekolah tidak rumit dan tidak memakan masa. Saya tidak 50 48.5 10 menghadapi masalah untuk mendapatkan ABM kerana bilangannya mencukupi untuk digunakan pada satusatu masa. Jika terdapat sebarang 22 21.3 10 kerosakan pada peralatan ABM, pihak sekolah akan mengambil langkah segera untuk memperbaikinya. Walaupun jarak bilik 41 39.8 9 darjah dengan Pusat Sumber Sekolah agak jauh ia tidak menyukarkan saya untuk membawa ABM ke bilik darjah. Purata Min dan Tahap

10

43

41.7

2.94

Sederhana

10

71

68.9

3.50

Sederhana

53

51.5

3.17

Sederhana

3.39

Sederhana

Merujuk kepada Jadual 8, analisis kajian ini adalah mengenai faktor dari segi pengurusan dan pentadbiran yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi item ke-16 iaitu kebanyakan ABM yang ada di sekolah sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran yang diajar mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas bersetuju dengan item ini iaitu seramai 65 orang atau 63.1% responden. Seramai 9 orang atau 8.7% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Selebihnya iaitu seramai 22 orang atau 28.2% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.34 iaitu berada pada tahap sederhana. Item ke-17 menerangkan tentang penyelaras Pusat Sumber Sekolah memberi kerjasama yang baik mendapati kebanyakan responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut iaitu seramai 95 orang atau 92.2% responden. Seramai 6 orang atau 5.8% responden pula memberi maklum balas bersetuju. Manakala 2 orang atau 1.9% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang dikemukakan. Min bagi item ini adalah 4.04 iaitu berada pada tahap tinggi. Item ke-18 pula menerangkan tentang ABM dalam keadaan baik dan menggalakkan responden daripada menggunakannya mendapati seramai 59 orang atau 57.3% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Manakala seramai 38 orang atau 37% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 6 orang atau 6%

18 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.24 iaitu berada pada tahap sederhana. Bagi item ke-19 yang menerangkan tentang pihak pentadbir selalu memberi galakan kepada responden menggunakan ABM dalam pengajaran mendapati kebanyakan responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut iaitu seramai 93 orang atau 90.1% responden. Manakala bagi resopnden yang memberi maklum balas tidak bersetuju dan tidak pasti terhadap item tersebut adalah sama iaitu seramai 5 orang atau 4.9%. Min bagi item ini adalah 4.06 iaitu berada pada tahap tinggi. Item ke-20 pula menerangkan tentang pihak pentadbir pernah mengadakan kursus tantang penggunaan ABM yang berkesan mendapati seramai 68 orang atau 66% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Manakala seramai 29 orang atau 28.2% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 6 orang atau 6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang tersebut. Min bagi item ini adalah 3.40 iaitu berada pada tahap tinggi. Bagi item ke-21 pula menerangkan tentang bilik tayangan yang terdapat di sekolah luas dan selesa mendapati seramai 51 orang atau 49.5% responden memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju pula seramai 46 orang atau 44.7% responden. Selebihnya iaitu seramai 6 orang atau 6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 2.98 iaitu berada pada tahap sederhana. Item ke-22 yang menerangkan tentang prosedur untuk mendapatkan ABM dari Pusat Sumber Sekolah tidak rumit dan tidak memakan masa mendapati seramai 56 orang atau 53.4% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Manakala seramai 42 orang atau 40.8% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 5 orang atau 4.9% responden pula member maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.18 iaitu berada pada tahap sederhana. Item ke-23 pula menerangkan tentang responden tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan ABM kerana bilangannya mencukupi untuk digunakan pada satu-satu masa mendapati seramai 50 orang atau 48.5% responden memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju pula seramai 43 orang atau 41.7% responden. Selebihnya iaitu seramai 10 orang atau 10% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 2.94 iaitu berada pada tahap sederhana. Item ke-24 menerangkan tentang jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan ABM, pihak sekolah akan mengambil langkah segera untuk memperbaikinya mendapati seramai 71 orang atau 68.9% responden memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut dan seramai 22 orang atau 21.3% responden pula memberi maklum balas bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 10 orang atau 10% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.50 iaitu berada pada tahap sederhana. Bagi item ke-25 pula menerangkan tentang walaupun jarak bilik darjah dengan Pusat Sumber Sekolah agak jauh ia tidak menyukarkan responden untuk membawa ABM ke bilik darjah mendapati seramai 53 orang atau 51.5% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Seramai 41 orang atau 39.8% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Di dapati juga terdapat 9 orang atau 9% responden yang memberi maklum balas tidak pasti dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.17 iaitu berada pada tahap sederhana.

19 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Berdasarkan Jadual 8, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi faktor pengurusan dan pentadbiran yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 3.39. Ini menunjukkan faktor pengurusan dan pentadbiran kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru. c. Keputusan dan Analisis Bagi Faktor Beban Tugas Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai faktor beban tugas yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat 5 item yang dikemukakan dalam bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan setuju. Analisis keputusan dari responden dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti dalam Jadual 9. Jadual 9: Taburan Responden Mengenai Faktor Beban Tugas Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM No 26 Item Jumlah waktu mengajar yang banyak tidak menghalang saya daripada menggunakan ABM. Penglibatan dalam banyak jawatankuasa di sekolah tidak menghalang kemampuan saya untuk merancang ABM yang baik untuk pengajaran. Walaupun sukatan pelajaran banyak dan perlu dihabiskan tidak menghalang saya menggunakan ABM yang berkesan untuk pengajaran. 48 TS % 46.6 14 TP % 13.6 41 S % 39.8 Min 2.85 Tahap Sederhana

27

64

62.1

15

14.6

24

23.3

2.54

Sederhana

28

60

58.3

16

15.5

27

26.2

2.55

Sederhana

20 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

29

30

Penglibatan saya 61 59.2 13 12.6 dalam aktivitiaktiviti pelajar terutamanya di luar waktu persekolahan tidak menghalang kemampuan saya untuk merancang penggunaan ABM yang baik dalam pengajaran. Proses menanda 61 59.2 10 9.7 buku dan menyemak kerja pelajar dari semasa ke semasa tidak menghalang saya daripada menyediakan ABM. Purata Min dan Tahap

29

28.1

2.62

Sederhana

32

31.1

2.64

Sederhana

2.64

Sederhana

Merujuk kepada Jadual 9, analisis kajian ini adalah mengenai faktor dari segi beban tugas yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi item ke-26 iaitu jumlah waktu mengajar yang banyak tidak menghalang responden daripada menggunakan ABM mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item ini iaitu seramai 48 orang atau 46.6% responden. Seramai 41 orang atau 39.8% responden pula memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut. Selebihnya iaitu seramai 14 orang atau 13.6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 2.85 iaitu berada pada tahap sederhana. Bagi item ke-27 pula menerangkan tentang penglibatan dalam banyak jawatankuasa di sekolah tidak menghalang kemampuan responden untuk merancang ABM yang baik untuk pengajaran mendapati seramai 64 orang atau 62.1% responden memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju pula seramai 24 orang atau 23.3% responden. Terdapat juga responden yang memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 15 orang atau 14.6%. Min bagi item ini adalah 2.54 iaitu berada pada tahap sederhana. Item ke-28 pula menerangkan tentang walaupun sukatan pelajaran banyak dan perlu dihabiskan tidak menghalang responden menggunakan ABM yang berkesan untuk pengajaran mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut iaitu seramai 60 orang atau 58.3%. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju pula seramai 27 orang atau 26.2% responden. Terdapat juga responden yang memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 16 orang atau 15.5%. Min bagi item ini adalah 2.55 iaitu berada pada tahap sederhana. Item ke-29 menerangkan tentang penglibatan responden dalam aktiviti-aktiviti pelajar terutamanya di luar waktu persekolahan tidak menghalang kemampuan responden untuk

21 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

merancang penggunaan ABM yang baik dalam pengajaran mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut iaitu seramai 61 orang atau 59.2% responden. Manakala seramai 29 orang atau 28.1% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 13 orang atau 12.6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 2.62 iaitu berada pada tahap sederhana. Bagi item ke-30 pula menerangkan tentang proses menanda buku dan menyemak kerja pelajar dari semasa ke semasa tidak menghalang responden daripada menyediakan ABM mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut iaitu seramai 61 orang atau 59.2%. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju pula seramai 32 orang atau 31.1% responden. Terdapat juga responden yang memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 10 orang atau 9.7%. Min bagi item ini adalah 2.64 iaitu berada pada tahap sederhana. Berdasarkan Jadual 9, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi faktor beban tugas yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 2.64. Ini menunjukkan faktor beban tugas kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru. d. Keputusan dan Analisis Bagi Faktor Kewangan Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai faktor kewangan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat 5 item yang dikemukakan dalam bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan setuju. Analisis keputusan dari responden dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti dalam Jadual 10. Jadual 10: Taburan Responden Mengenai Faktor Kewangan Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM No 31 Item Saya tidak menggunakan wang sendiri untuk menyediakan ABM. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membina ABM disediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah hanya menyediakan ABM yang murah 77 TS % 74.8 4 TP % 3.8 22 S % 21.4 Min 2.38 Tahap Sederhana

32

42

40.8

8.7

52

50.5

3.16

Sederhana

33

46

44.7

4.9

52

50.5

3.03

Sederhana

22 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

harganya. 34 ABM yang rosak 37 35.9 10 diperbaiki oleh pihak sekolah dengan segera. Sekolah 45 43.7 8 mempunyai peruntukan yang cukup untuk membeli ABM yang terkini. Purata Min dan Tahap 10 56 54.4 3.29 Sederhana

35

7.7

50

48.5

3.14

Sederhana

3.0

Sederhana

kewangan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi item ke-31 iaitu responden tidak menggunakan wang sendiri untuk menyediakan ABM mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item ini iaitu seramai 77 orang atau 74.8% responden. Seramai 22 orang atau 21.4% responden pula memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut. Selebihnya iaitu seramai 4 orang atau 3.8% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 2.38 iaitu berada pada tahap sederhana. Bagi item ke-32 pula menerangkan tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk membina ABM disediakan oleh pihak sekolah mendapati seramai 52 orang atau 50.5% responden memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju pula seramai 42 orang atau 40.8% responden. Terdapat juga responden yang memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 9 orang atau 8.7% responden. Min bagi item ini adalah 3.16 iaitu berada pada tahap sederhana. Seterusnya item ke-33 menerangkan tentang pihak sekolah hanya menyediakan ABM yang murah harganya mendapati seramai 52 orang atau 50.5% responden memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju pula seramai 46 orang atau 44.7% responden. Selebihnya iaitu seramai 5 orang atau 4.9% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.03 iaitu berada pada tahap sederhana. Bagi item ke-34 iaitu ABM yang rosak diperbaiki oleh pihak sekolah dengan segera mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas bersetuju dengan item ini iaitu seramai 56 orang atau 54.4% responden. Seramai 37 orang atau 35.9% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Terdapat juga responden yang memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 10 orang atau 10% responden. Min bagi item ini adalah 3.29 iaitu berada pada tahap sederhana. Item ke-35 pula menerangkan tentang sekolah mempunyai peruntukan yang cukup untuk membeli ABM yang terkini mendapati seramai 50 orang atau 48.5% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas tidak bersetuju pula seramai 45 orang atau 43.7% responden. Selebihnya iaitu seramai 8 orang atau 7.7% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.14 iaitu berada pada tahap sederhana.

23 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Berdasarkan Jadual 10, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi faktor kewangan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 3.0. Ini menunjukkan faktor kewangan kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru. e. Keputusan dan Analisis Bagi Faktor Kemahiran dan Pengetahuan Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai faktor kemahiran dan pengetahuan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat 5 item yang dikemukakan dalam bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan setuju. Analisis keputusan dari responden dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti dalam Jadual 11. Jadual 11: Taburan Responden Mengenai Faktor Kemahiran dan Pengetahuan Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM No 36 Item Saya berdaya kreatif untuk membina ABM bagi kegunaan dalam pengajaran. Saya sentiasa didedahkan dengan kursuskursus yang berkaitan dengan ABM. Saya telah diberi pendedahan menggunakan ABM dengan secukupnya sewaktu di maktab/universiti. Saya tahu jenis ABM yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran. Saya mahir menggunakan ABM yang berteknologi 30 TS % 29.1 7 TP % 6.8 66 S % 64 Min 3.59 Tahap Sederhana

37

48

46.6

12

11. 7

43

41.7

2.77

Sederhana

38

17

16.5

14

13. 6

72

70

3.51

Sederhana

39

23

22.3

13

12. 6

67

65

3.61

Sederhana

40

31

30.1

6.8

65

63.1

3.51

Sederhana

24 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

tinggi. Purata Min dan Tahap 3.36 Sederhana

Merujuk kepada Jadual 11, analisis kajian ini adalah mengenai faktor kemahiran dan pengetahuan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi item ke-36 iaitu responden berdaya kreatif untuk membina ABM bagi kegunaan dalam pengajaran mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas bersetuju dengan item ini iaitu seramai 66 orang atau 64% responden. Manakala bagi responden yang membri maklum balas tidak bersetuju pula adalah seramai 30 orang atau 29.1% responden. Selebihnya iaitu seramai 7 orang atau 6.8% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.59 iaitu berada pada tahap sederhana. Item ke-37 pula iaitu responden sentiasa didedahkan dengan kursus-kursus yang berkaitan dengan ABM mendapati seramai 48 orang atau 46.6% responden memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Bagi responden yang bersetuju dengan item tersebut pula adalah seramai 43 orang atau 41.7% responden. Terdapat juga responden yang memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 12 orang atau 11.7% responden. Min bagi item ini adalah 2.77 iaitu berada pada tahap sederhana. Bagi item ke-38 menerangkan tentang responden telah diberi pendedahan menggunakan ABM dengan secukupnya sewaktu di maktab/universiti mendapati seramai 72 orang atau 70% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut dan seramai 17 orang atau 21.3% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 14 orang atau 13.6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.51 iaitu berada pada tahap sederhana. Bagi item ke-39 pula menerangkan tentang responden tahu jenis ABM yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran mendapati seramai 67 orang atau 65% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Seramai 23 orang atau 22.3% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Manakala seramai 13 orang atau 12.6% responden yang memberi maklum balas tidak pasti dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.61 iaitu berada pada tahap sederhana. Item yang terakhir adalah item ke-40 menerangkan tentang bahan responden mahir menggunakan ABM yang berteknologi tinggi mendapati seramai 65 orang atau 63.1% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas tidak bersetuju pula seramai 31 orang atau 30.1% responden. Terdapat juga responden yang memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 7 orang atau 6.8% responden. Min bagi item ini adalah 3.51 iaitu berada pada tahap sederhana. Berdasarkan Jadual 11, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi faktor kemahiran dan pengetahuan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 3.36. Ini menunjukkan faktor kemahiran dan pengetahuan kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru. f. Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan ABM Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam bahagian ini, penyelidik menggunakan min bagi setiap faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian 3.

25 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Jadual 12: Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM Faktor Sikap dan minat Pengurusan dan pentadbiran Beban tugas Kewangan Kemahiran dan pengetahuan Purata min dan Tahap Min 3.62 3.39 2.64 3.0 3.36 3.20 Tahap Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana

Berdasarkan Jadual 12, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 3.20. Ini menunjukkan faktor sikap dan minat, pengurusan dan pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan pengetahuan kurang mempengaruhi guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru dalam penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 4 Berdasarkan kepada hipotesis kajian dalam bab 1, keputusan pengujian hipotesis menggunakan ujian t telah dilakukan dan ditunjukkan dalam jadual di bawah. Ho 1: Tidak terdapat perbezaan di antara tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan. Jadual 13: Analisis perbezaan tahap penggunaan ABM berdasarkan jantina Jenis ABM Jantina Lelaki Perempuan Aras Signifikan, a = 0.05 Jumlah 42 61 Min 2.683 2.591 Nilai t 0.753 0.731 Sig. 0.343

Berdasarkan dapatan ujian t, Jadual 13 menunjukkan nilai signifikan adalah 0.343 melebihi aras signifikan 0.05. Ini menunjukkan bahawa Ho1 diterima. Oleh itu tidak terdapat perbezaan tahap penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan. 5. Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 5 Berdasarkan kepada hipotesis kajian dalam bab 1, keputusan pengujian hipotesis menggunakan ujian t telah dilakukan dan ditunjukkan dalam jadual di bawah.

26 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan di antara kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan. Jadual 14: Analisis perbezaan kepentingan penggunaan ABM berdasarkan jantina Kepentingan Jantina Penggunaan ABM Lelaki Perempuan Aras Signifikan, a = 0.05 Jumlah 42 61 Min 4.152 4.262 Nilai t -1.463 -1.386 Sig. 0.023

Berdasarkan dapatan ujian t, Jadual 14 menunjukkan nilai signifikan adalah 0.023 tidak melebihi aras signifikan 0.05. Ini menunjukkan bahawa Ho2 ditolak. Oleh itu terdapat perbezaan mengenai kepentingan penggunaan ABM mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan. 6. Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 6 Berdasarkan kepada hipotesis kajian dalam bab 1, keputusan pengujian hipotesis menggunakan ujian t telah dilakukan dan ditunjukkan dalam jadual di bawah. Ho 3: Tidak terdapat perbezaan di antara faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan. Jadual 15: Analisis perbezaan faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM berdasarkan jantina Faktor Yang antina Mempengaruhi Penggunaan ABM Lelaki Perempuan Aras Signifikan, a = 0.05 Jumlah 42 61 Min 3.156 3.297 Nilai t -1.563 -1.555 Sig. 0.951

Berdasarkan dapatan ujian t, Jadual 15 menunjukkan nilai signifikan adalah 0.951 melebihi aras signifikan 0.05. Ini menunjukkan bahawa Ho3 diterima. Oleh itu tidak terdapat perbezaan mengenai faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan.

27 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

9.0 PERBINCANGAN
1.

Tahap Penggunaan ABM

Secara keseluruhannya, tahap penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini bersamaan dengan dapatan kajian Mohd Razi (2002), yang mendapati secara keseluruhannya tahap penggunaan ABM di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan hanya bahan bercetak sahaja merupakan ABM yang paling kerap digunakan oleh responden dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna responden lebih suka menyediakan bahan bercetak untuk digunakan dalam pengajarannya kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk disediakan. Bahan bercetak biasanya dicetak oleh pembantu pejabat gred N1 setelah menerimanya dari guru. Ini menjimatkan masa responden kerana tidak perlu mencetak sendiri bahan tersebut. Sementara itu penggunaan model, poster/carta, peralatan sebenar, OHP dan transparensi serta komputer dan LCD projektor pula mencatatkan penggunaan pada tahap sederhana oleh guru teknikal. Ini menyamai dapatan kajian Ng Ying (2004) yang mendapati tahap penggunaan OHP, projektor slaid, carta dan model adalah pada tahap sederhana dicapai oleh responden dalam kajiannya. Penggunaan komputer semakin meluas dewasa ini namun penggunaannya masih kurang di kalangan responden walaupun dapatan kajian mendapati sebahagian responden mahir menggunakan ABM yang berteknologi. Penggunaannya perlu ditingkatkan kerana kebanyakkan responden tiada masalah untuk mengendalikannya. Didapati juga kebanyakkan responden tidak menggunakan televisyen dan video serta radio dan kaset dalam pengajaran mereka. Ini bersamaan dengan dapatan kajian Ng Ying (2004) yang mendapati gambar foto, radio dan televisyen merupakan jenis ABM yang mempunyai tahap penggunaan paling rendah oleh responden. Kajian Wan Nur Azyyati (2007) juga mendapati penggunaan alatan perakam video dan siaran pendidikan mencatatkan penggunaan pada tahap rendah. Keadaan ini adalah bersamaan dengan dapatan kajian yang menunjukkan siaran televisyen pendidikan biasanya tidak sama dengan jadual kelas. Selain itu, peralatan seperti video memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menggunakannya. Dapatan kajian juga mendapati pihak pentadbir pernah mengadakan kursus tentang penggunaan ABM tetapi mungkin tidak mengadakan kursus tentang penggunaan video dalam pengajaran. Dapat dirumuskan bahawa hasil kajian mendapati daripada sepuluh ABM yang disenaraikan, hanya bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru. Tahap penggunaan model, poster/carta, peralatan sebenar, OHP dan transparensi serta komputer dan LCD projektor pula adalah sederhana. Manakala tahap penggunaan televisyen dan radio, radio dan kaset, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah. Secara keseluruhannya, tahap penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru, Johor adalah sederhana. Didapati juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di SMT di daerah Johor Bahru, Johor. Dengan itu, hipotesis nol pertama gagal diterima.

28 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

2. Kepentingan ABM Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara keseluruhannya, didapati responden bersetuju dengan penggunaan ABM penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis kajian menunjukkan min purata bagi kepentingan penggunaan ABM adalah pada tahap tinggi. Pernyataan tertinggi tentang kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah mengenai penggunaan ABM dapat membantu menyampaikan isi pelajaran yang sukar dengan lebih berkesan. Hasil analisis mendapati keseluruhan responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan responden menggunakan ABM bagi membantu responden dalam menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar. Ini bertepatan dengan kajian Adzman (2003) yang mendapati seramai 86.8% responden bersetuju penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pengajaran guru menjadi lebih mudah dan cepat. Kajian Muhamad Sobri (2000) juga mendapati seramai 93.8% responden bersetuju penggunaan ABM dapat menambah kefahaman pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Menurut Mok (2001), ABM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan menarik dan berkesan serta pelajar boleh memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan mudah. Selain itu ia dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Dapatan kajian Muhamad Sobri (2000), mendapati tanpa ABM pelajar akan sukar memahami isi pelajaran yang di ajar oleh guru. Selain itu, penggunaan ABM dalam pengajaran menjadikan interaksi dengan pelajar menjadi lebih aktif dan menjadikan suasana pembelajaran menarik. Penggunaan ABM juga dapat membantu responden mengawal kelas dengan mudah, memotivasikan pelajar, menarik minat dan tumpuan pelajar serta menjadikan pelajar lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia menyamai dapatan kajian Adzman (2003), yang mendapati 86.3% responden setuju interaksi guru dengan pelajar lebih berkesan dengan penggunaan ABM. Manakala kajian Yusup (1997), mendapati alat dan bahan pengajaran yang menarik perhatian dapat menambahkan minat pelajar untuk belajar. Jika bahan itu sesuai dengan objektif pembelajaran, pelajar itu akan mempunyai motivasi untuk belajar. Kajian Adzman (2003) pula mendapati 84% responden bersetuju pelajar menunjukkan minat yang mendalam apabila penggunaan ABM digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan minat pelajar dapat ditingkatkan dengan penggunaan ABM dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif serta lebih berkesan. Dapat dirumuskan bahawa hasil kajian mendapati guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru, Johor bersetuju dengan penggunaan ABM adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ABM dapat menambahkan minat pelajar, memudahkan kawalan kelas, isi pelajaran dapat disampaikan dengan mudah dan cepat, memotivasikan pelajar, pelajar lebih aktif, memberi idea kepada pelajar, interaksi antara guru dengan pelajar menjadi aktif, suasana pembelajaran menjadi menarik dan tumpuan pelajar lebih baik. Didapati juga min bagi kepentingan penggunaan ABM adalah tinggi menurut responden tetapi dari segi jantina berbeza kerana terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di SMT di daerah Johor Bahru, Johor. Dengan itu, hipotesis nol kedua ditolak.

29 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

3. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan ABM Dalam Pengajaran Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembalajaran adalah kurang mempengaruhi guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru. a. Faktor Sikap dan Minat Hasil kajian mendapati faktor sikap dan minat merupakan faktor tertinggi yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun demikian, purata min menunjukkan faktor sikap dan minat kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam pengajaran guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru. Walaubagaimanapun kajian menunjukkan terdapat juga faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan responden seperti kurang ke Pusat Sumber Sekolah, PKG dan tidak mendapatkan maklumat dari Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dalam penyediaan ABM. Ini kerana guru-guru sentiasa sibuk dengan tugas-tugas yang diberikan oleh pentadbir sehinggakan tiada masa untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah dan PKG yang berdekatan. Sikap tersebut seharusnya dielakkan oleh guru-guru kerana untuk melahirkan pelajar yang cemerlang memerlukan bahan pengajaran yang baik demi menjamin keberkesanan pelajaran yang disampaikan. Menurut Balakrishnan (1995), kebanyakkan guru lebih suka mengamalkan pengajaran secara tradisional yang berpusatkan guru dengan tidak mempelbagaikan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. b. Faktor Pengurusan dan Pentadbiran Hasil kajian mendapati faktor pengurusan dan pentadbiran merupakan faktor kedua tertinggi yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun demikian, purata min menunjukkan faktor pengurusan dan pentadbiran kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam pengajaran guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru. Walaubagaimanapun kajian menunjukkan terdapat juga faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan responden seperti bilik tayangan yang tidak selesa dan sempit, prosedur untuk mendapatkan ABM dari Pusat Sumber yang rumit, bilangan ABM yang tidak mencukupi dan jarak bilik darjah dengan Pusat Sumber Sekolah yang jauh menjadi faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan responden. Ini menyamai dapatan kajian Fatimah (1980) dan Gan (1990) yang mendapati antara faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan guru-guru ialah kemudahan untuk menggunakan media dalam bilik darjah tidak mencukupi, peralatan tidak mencukupi dan terdapat kerenah pentadbiran untuk mendapatkan dan menyediakan bahan untuk pengajaran. c. Faktor Beban Tugas Hasil kajian mendapati faktor beban tugas merupakan faktor kelima tertinggi yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Purata min menunjukkan faktor beban tugas kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam pengajaran guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru.

30 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Walaubagaimanapun kajian menunjukkan terdapat juga faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan responden seperti jumlah waktu mengajar yang banyak, penglibatan dalam jawatankuasa di sekolah, sukatan pelajaran yang banyak, penglibatan dengan aktiviti luar dan menanda buku pelajar merupakan antara faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan responden. Ini menunjukkan tugas guru bukan hanya sekadar mengajar tetapi terlibat dengan berbagai kerja-kerja lain yang membantutkan guru-guru untuk menggunakan ABM dalam pengajaran mereka. Ini dapat dibuktikan melalui kajian Tan (1996) yang mendapati selain terlibat dengan pengajaran sesuatu subjek, seseorang guru juga terlibat dengan aktiviti persatuan akademik, badan beruniform serta sukan dan permainan. Di samping itu mereka juga terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Ia menyamai kajian Ali (1990) yang mendapati faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan guru adalah masa kerana ramai guru terlibat dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah. d. Faktor Kewangan Hasil kajian mendapati faktor kewangan merupakan faktor keempat tertinggi yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Purata min menunjukkan faktor kewangan kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam pengajaran guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru. Walaubagaimanapun kajian menunjukkan terdapat juga faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan responden seperti terpaksa menggunakan wang sendiri untuk menyediakan ABM, pihak sekolah tidak menyediakan bahan untuk membina ABM, ABM yang rosak tidak diperbaiki dengan segera dan tiada peruntukan dari pihak sekolah untuk membeli ABM. Sekolah seharusnya mempunyai peruntukan yang secukupnya agar ABM dapat disediakan dan digunakan oleh guru-guru bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia menyamai kajian Ng Ying (2004) yang mendapati responden terpaksa menggunakan wang sendiri dalam penyediaan ABM yang menjadi faktor mempengaruhi responden untuk menggunakan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian Ali (1990), juga mendapati antara masalah utamanya ialah kekurangan bahanbahan sumber kerana kos dan harga yang tinggi, peruntukan kewangan yang tidak mencukupi, bahan yang ada kurang sesuai dan bahan agak terhad. e. Faktor Kemahiran dan Pengetahuan Hasil kajian mendapati faktor kemahiran dan pengetahuan merupakan faktor ketiga tertinggi yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Purata min menunjukkan faktor kewangan kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam pengajaran guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru. Walaubagaimanapun kajian menunjukkan terdapat juga faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan responden iaitu tidak didedahkan dengan kursus-kursus tentang ABM. Ia menyamai kajian yang dilakukan Gan (1990), beliau mendapati tiada kursus tentang penggunaan ABM diadakan oleh pihak sekolah dan kementerian. Manakala kajian Ng Ying

31 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

(2004), pula mendapati bahawa Pengetua tidak pernah mengadakan latihan dalam perkhidmatan (LDP) mengenai ABM. Dapat dirumuskan bahawa hasil kajian mendapati faktor sikap dan minat menjadi faktor utama yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran guruguru teknikal di SMT daearh Johor Bahru. Di samping itu, ia dituruti oleh faktor pengurusan dan pentadbiran, faktor kemahiran dan pengetahuan, faktor kewangan dan faktor beban tugas. Secara keseluruhannya, faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran kurang mempengaruhi guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru, Johor. Didapati juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di SMT di daerah Johor Bahru, Johor. Dengan itu, hipotesis nol ketiga diterima. 10.0 KESIMPULAN Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ABM adalah penting bagi membantu guru mentransmisikan ilmu pelajaran dengan lebih baik dan berkesan. Di samping itu ia juga membantu pelajar memahami ilmu yang disampaikan dengan lebih baik berbanding tanpa menggunakan ABM. Namun begitu didapati penggunaannya masih kurang di kalangan guruguru teknikal di SMT daerah Johor Bahru, Johor. Penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru, Johor dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sikap dan minat, pengurusan dan pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan pengetahuan guru-guru. Namun didapati faktor-faktor tersebut sebenarnya kurang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru, Johor. Sebenarnya tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap dan faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di SMT di daerah Johor Bahru, Johor tetapi terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di SMT di daerah Johor Bahru, Johor. RUJUKAN Abdul Rahim Abdul Rashid (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim : Quantum Books. Atan Long (1990). Asas Pedagogi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Adzman Bin Mohd Jani (2003), Penggunaan ABM Di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran, Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah, Seremban Timur, Seremban Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

32 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Atan Long (1990). Asas Pedagogi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Asiah Abu Samah (1990). Ke Arah Pendidikan Bermutu Melalui Penerapan Teknologi Pendidikan. Jurnal Pendidikan, 24(74), 1-4. Azizi Yahaya et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Baharuddin Aris & Shariff Omar (1995). Amalan Menggunakan Alat Dan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Sekolah Menengah : Kajian Awal. UTM: Kertas Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.Kerja Yang Dibentangkan Pada Kongres Sains Dan Teknologi Malaysia. Dywer, F.M (1978). Strategies For Improving Visuals Learning : A Handbook For Effective Selestion, Design And Use Of Visualized Materials. Pannsylvania: Learning Service, State College. Ee Ah Meng (1997). Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Syarikat Fajar Bakti Sdn. Bhd. Fatimah Abu Bakar (1980). Educational Media In Secondary Schools : A examination Existing Facilities And The Relationships Between Selected Teacher Variables And Media Utilisation.Universiti Sains Malaysia : Tesis Sarjana Pendidikan. Gan, L.E (1990). Teachers Utilization Of Resouce Materials In The Teaching And Learning Of KBSM Geography In Secondary School In Malacca. Universiti Malaya : Kajian Ilmiah Sarjana Pendidikan. Hughes, A.L (1988). The Crisis Of Distance Education : A Dangerous Apportunity. Paper Present At The Annual Meeting Of The American Education Reserch Association, L.A. Ibrahim Saad (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia, Satu Cabaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Indrawati Binti Tumudi/Tarmudi (2003). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Jomo, K.S (1991). Masyarakat Malaysia : Cabaran Sosio-Ekonomi. Kuala Lumpur:Insan. Kamarudin Hj. Husin (1990). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Saujana. Kamaruzaman Abdul Karim (1995). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Harian Di Daerah Alor Gajah, Melaka. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Kamus Dewan (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Khalid Mohd Noor (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Cahaya Pantai Sdn. Bhd. Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Tesis Jabatan Matematik Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak. Mahmud Yunus (2007). Tafsir Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani. Kuala Lumpur : Klang Book Centre. Majlis Peperiksaan Malaysia (1992). Laporan Peperiksaan STPM. Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia.

33 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Mohamad Najib Abdul Gani ( 1999 ). Penyelidikan Pendidikan. Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Fazreen Bin Matsuri (2003). Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Tajuk Struktur Di Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Razi Bin Ismail (2002). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Kursus Sarjana Muda Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Mok Soon Sang (2001). Pedagogi 2 : Perlaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Muhamad Sobri Bin Hussin (2000). Kajian Terhadap Kepentingan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Sekolah Menengah Teknik. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rosini Abu Bakar & Ramlah Hamzah (1998). Pedagogi 1 : Kurikulum Dan Pengajaran Bilik Darjah. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Seidman, S.A (1986). A survey Of School Teacher Utilization Of Media. Educational Technology, Oct. 1986. Sharifah Alwiah (1986). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sim Ah Hock (1986). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Media Pendidikan Baru Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Universiti Sains Malaysia : Tesis Sarjana Pendidikan. Siti Noridawati Binti Othman (2006). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Fizik Semasa Latihan Mengajar. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Tan, Soo Chye (1996). Satu Tinjauan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan GuruGuru Di Sekolah Menengah Vokasional Di Daerah Sungai Petani, Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Wan Nur Azyyati Binti Ibrahim (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di SMT Di Negeri Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Yusri Bin Sari (2007). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Johor. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Yusup Hashim (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zainab Abdul Jamil (1995). Kekerapan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan GuruGuru Kemahiran Hidup Bersepadu Di Daerah Kerian, Perak. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

34 Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

Zaki Badawi (1990). The Tradisional Islamic Education. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. ______(1992). Rumusan Dan Resolusi Wacana Pendidikan 1 : Pendidikan Guru Menangani Wawasan 2020. Kelantan : Maktab perguruan Kota Bharu. ______(2007). Panduan Menulis Tesis Dan Salinan E-Thesis. Sekolah Pengajian Siswazah. Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like