You are on page 1of 11

1.

1 Refleksi Pengalaman Lalu Saya juga mendapati murid kelihatan bosan semasa P&P berlangsung terutamanya semasa guru memberi penerangan mengenai konsep rantai makanan. Murid tidak member perhatian dan lebih suka buat kerja lain. Hal ini adalah disebabkan timbulnya gaya pembelajaran murid yang berbeza. Guru harus sedar bahawa setiap murid dalam kelasnya mempunya gaya belajar, tahap kecerdasan, kestabilan emosi, minat dan motivasi yang berbeza. Hal ini bertepatan dengan kajian pendapat Slavin (1997) , iaitu gaya pembelajaran murid yang berbeza ini adalah disebabkan setiap murid mempunyai personaliti yang berbeza Pendapat Felder dan Silverman (1998) yang mengatakan setiap murid mempunyai stail pembelajaran yang berbeza, dan pengajaran guru yang juga berbeza. Selain itu, Terdapat kajian yang mengkaji stail belajar murid iaitu kajian yang dijalankan oleh Hii Siong Ting (2006) , Fakulti Pendidikan UTM terhadap murid Tahun 5. Melalui penggunaan soal selidik Dunn dan Dunn (1978), beliau mendapati murid mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap elemen stail belajar cahaya, suhu, motivasi, rakan, pelbagai cara dan sub elemen yang terdiri daripada visual, kinestetik, auditori, masa pagi dan masa malam. Hasil dari kajian tersebut menunjukkan murid berada pada tahap yang rendah. Pengajaran guru yang tidak mengambil berat akan perbezaan gaya pembelajaran akan member . kesan kepada murid itu sendiri . Murid akan hilang minat untuk belajar. Selain itu ia juga akan membuatkan murid berasa tidak selesa, dan seterusnya tidak mahu memberi perhatian dalam kelas. Sebagai contoh guru yang mengaplikasikan pembelajaran secara kooperatif mestilah mengkaji gaya pembelajaran murid sama ada secara berkumpulan dan berpasangan serta murid yang suka belajar secara bersendirian. Oleh itu, guru perlulah

menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid supaya dapat membantu murid untuk fokus dan mencapai objektif pembelajaran. Hasil daripada tinjauan masalah menggunakan temu bual untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah yang berlaku

2.0

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan kepada masalah yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa penekanan perlu diberikan kepada kaedah pengajaran guru yang perlu dipelbagaikan. Ini bertepatan dengan kehendak pendidikan semasa yang menginginkan pengajaran secara berpusatkan guru untuk melahirakn murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Kaedah yang akan digunakan untuk membantu murid memahami dengan lebih jelas adalah main peranan. Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu murid memahami konsep rantai makanan, bahkan membantu meningkatkan penglibatan murid supaya mereka tidak bosan semasa P&P berlangsung. Peranan yang diberikan kepada setiap watak diharap dapat membantu murid mengingat kedudukan pengeluar dan pengguna, dan seterusnya dapat

membina rantai makanan dengan betul.

Cari quote main

peranan dapat kukuhkan ingatan


Dengan melaksanakan kajian ini, diharap penggunaan kaedah main peranan dapat diaplikasikan dalam P&P

Semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan bagi kelas 5 Jati, saya lebih banyak menggunakan kaedah tradisional dalam meyampaikan tajuk rantai makanan dan siratan makanan. Pengajaran adalah lebih berpusatkan guru. Murid banyak mendengar apa yang diperkatakan oleh guru. Untuk menguji sejauh mana keberkesanan pengajaran, saya membuat pemerhatian terhadap kertas soalan peperiksaan Sains bulan Mac bagi tahun 5. Saya mengharapkan mereka dapat menjawab dengan betul kerana soalan yang saya sediakan adalah di aras yang rendah. Terdapat segelintir murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul, dan saya dapat mengenalpasti salah konsep murid. Melalui hasil tinjauan, saya mendapati terdapat masalah pembelajaran yang dialami majoriti murid dalam topik rantai makanan dan siratan makanan iaitu murid masih belum dapat 1. Mengkelaskan haiwan berdasarkan jenis makanan yang dimakan olehnya (herbivor,omnivor dan karnivor) melalui ciri-ciri haiwan. 2. Membentuk rantai makanan dan siratan makanan berdasarkan haiwan dan tumbuhan yang diberikan 3. Mengenalpasti bilangan rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan Selain itu, saya mendapati murid-murid tidak memberi perhatian dan kelihatan bosan terhadap pengajaran saya. Hal ini mungkin kerana pengajaran bersifat satu hala, iaitu berpusatkan guru. Saya terus memberi maklumat baru kepada mereka tanpa cuba mengenalpasti sejauhmana pengetahuan sedia ada mereka dan tidak memberi peluang kepada

murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti P&P. Aktiviti yang saya jalankan hanyalah menyusun gambar haiwan menjadi rantai san siratan makanan. Oleh itu,saya mengambil langkah untuk mengubah strategi atau kaedah pengajaran saya dari tradisional kepada pengajaran bersifat hands-on di mana murid terlibat dengan aktif di dalam P&P melalui aktiviti lakonan. Hal ini adalah berdasarkan pengalaman praktikum saya yang lalu. Murid bukan sahaja berasa seronok untuk belajar, tetapi dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam topik yang dipelajari. Kaedah yang akan saya laksanakan iaitu main peranan ini diharapkan dapat membantu murid menigkatkan kefahaman mereka dalam topik rantai makanan dan siratan makanan.

2.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dilakukan untuk mengenalpasti mengapa murid tidak dapat memahami konsep sains yang diajar oleh guru. Tiga jenis instrumen digunakan untuk meninjau masalah iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. 2.1.1 Pemerhatian Untuk permulaan, saya mengambil langkah dengan membuat pemerhatian umum terhadap pengajaran Sains bagi tahun 5. Saya meminta izin kepada salah seorang guru sains untuk membuat pemerhatian semasa kelas beliau. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati pengajaran guru tersebut adalah secara berpusatkan guru di mana beliau menerangkan konsep sains di hadapan kelas dan murid mendengar apa yang diajar guru. Penglibatan murid amatlah sedikit, iaitu hanya melibatkan sesi soal jawab. Saya juga membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa guru tersebut mengajar. Untuk mengukuhkan lagi bukti

pemerhatian, saya memilih untuk menjalankan pemerhatian secara berstruktur iaitu

menggunakan senarai semak

cari quote

Senarai semak yang disediakan

merangkumi aspek tingkah laku murid yang dapat dilihat sepanjang pemerhatian dalam kelas berkenaan. 2.2.2 Temu bual Instrumen yang kedua ialah temu bual. Temu bual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka antara penyelidik dengan orang yang ditembual iaitu responden. Temu bual ini dijalankan kepada responden sejurus selepas pengajaran guru Sains tadi tamat. Dalam tinjauan ini, temubual yang dipilih adalah temubual secara tidak berstruktur. Temubual secara tidak berstruktur lebih kepada penerokaan idea dan menggunakan soalan yang bersifat terbuka kepada responden. Terdapat 4 soalan yang dikemukakan kepada responden. Soalan pertama adalah untuk melihat sejauhmana murid faham apa yang diajar guru apabila guru menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional. Soalab kedua adalah untuk mengenalpasti masalah yang diahadapi dalam topik yang diajar guru sama ada. Soalan ketiga adalah untuk menguji kaitan antara fokus murid di dalam kelas dengan cara pengajaran guru. Ia bertujuan melihat adalah murid berminat dengan cara pengajaran guru dan adakah mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya hingga kelas tamat. Soalan keempat melibatkan sejauh mana murid dapat mengingat konsep yang diajar guru dalam topic berkenaan. 1. Adakah pengajaran guru yang disampaikan mudah difahami? 2. Apakah masalah yang anda sering hadapi untuk memahami topik ini?

3. Adakah anda berasa seronok dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru? 4. Adakah anda dapat mengingat konsep sains yang diajar oleh guru?

2.2.2 Analisis Dokumen

Instrumen ketiga yang digunakan untuk mengenalpasti masalah ialah analisis dokumen.

cari quote

Selepas pengajaran tajuk rantai makanan buat kali pertama,

didapati segelintir murid tidak dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan dengan tepat. Murid tidak dapat membina siratan makanan dengan betul walaupun dibimbing oleh guru.

2.2 Analisis Masalah Selepas tinjauan masalah dilakukan menggunakan ketiga-tiga instrunen, hasil tinjauan dan data dianalisis untuk mengenalpasti masalah secara terperici. 2.2.1 Pemerhatian

Bagi instrumen pemerhatian, borang senarai semak digunakan untuk merekod pemerhatian terhadap tingkah laku murid. Berdasarkan hasil pemerhatian pada Jadual --- memunjukkan --2.2.2 Tembual Temubual diadakan selepas tamat kelas Sains dengan mengajukan soalan-soalan yang berkaitan dengan pengajaran guru dan sejauh mana murid kefahaman yang diperoleh selepas tamat kelas. Berdasarkan respon dan jawapan yang diberikan, didapati ----2.2.3 Analisis Dokumen Dokumen yang dianalisis ialah lembaran kerja murid selepas tamat pengajaran Rantai Makanan. Lembaran kerja ini merupakan latihan yang pertama diberikan untuk menguji sejauh mana kefahaman murid mengenai tajuk Rantai Makanan. Jadual menunjukkan bukti dokumen murid yang tidak dapat menjawab latihan dengan betul Jadual DOKUMEN HURAIAN MASALAH Murid tidak melengkapkan rantai makanan

Ada juga murid yang tidak dapat mengenalpasti haiwan yang makan haiwan lain walaupun telah diberi gambar dalam soalan.

Murid tidak dapat kenalpasti kedudukan pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan

Kemungkinan murid tidak dapat menjawab dengan betul adalah kerana murid tidak faham bagaimana untuk menyusun haiwan atau tumbuhan menjadi satu rantai makanan. Selain itu, kemungkinan juga murid tidak dapat mengenalpasti yang mana pengeluar dan pengguna. Kesimpulannya, 7.0 Tindakan yang dicadangkan 7.1 Perancangan Tindakan Kaedah main peranan diaplikasikan dalam topik Rantai Makanan dan Siratan Makanan Tahun 5. Sebelum memulakan aktiviti main peranan, murid perlu mengetahui mengenai klasifikasi haiwan berdasarkan jenis makanan yang dimakan olehnya iaitu kumpulan herbivor,omnivor dan karnivor . Selain itu, murid juga perlu mengetahui peranan pengeluar dan juga peranan pengguna. Pengeluar akan mengeluarkan makanan sendiri iaitu tumbuhan. Pengguna pula akan makan makanan lain dan terdiri dari pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier. Dalam pembinaan rantai makanan, pengeluar akan berada di hadapan diikuti pengguna primer hingga pengguna tertier. Guru menunjukkan penggunaan anak panah yang menunjukkan dimakan oleh . 1.Siapa saya?

Guru menyediakan beberapa set kad haiwan dan tumbuhan mengikut habitat. Kad berwarna hijau mewakili pengeluar iaitu tumbuhan, manakala kad merah mewakili pengguna iaitu haiwan. Antara habitat yang boleh digunakan ialah : 1. Kawasan sawah padi tikus Pokok padi Ular Helang

2. Kawasan padang rumput belalang rumput katak ular

3. Ladang kelapa sawit tikus Pokok kelapa sawit Burung hantu

Apabila guru menyebut habitat yang dipilih, 4 orang murid akan datang ke hadapan dan memilih haiwan yang ada di habitat tersebut. Kad yang dipilih akan dilekatkan pada badan murid. Murid juga dibekalkan seutas tali yang diikat pada penyepit baju. Tali ini adalah untuk menghubungkan antara haiwan dan tumbuhan dalam rantai makanan. 2. Saya Makan Apa? Murid yang memegang peranan sebagai pengguna iaitu haiwan akan mengenalpasti makanan apa yang dimakan olehnya. Guna soalan saya makan apa? untuk mencari makanan. Murid yang berjaya jumpa makanan akan sambung menggunakan tali sehingga menjadi rantai makanan. Tulis semula rantai makanan yang terbentuk dengan lengkap bersama anak panah di dalam lembaran kerja.

Kemudian ulang semula aktiviti Siapa Saya? bagi habitat yang lain. Beri peluang kepada murid yang lain untuk memainkan peranan sebagai haiwan dan tumbuhan. Rantai makanan yang akan terbentuk adalah : Pengguna dan pengeluar mengikut habitat 1.SAWAH PADI Tikus Ular 2.PADANG RUMPUT Belalang Ular 3. Rumput Katak Rumput Belalang Katak Ular Pokok padi Helang Pokok padi Tikus Ular Helang Rantai makanan

Guru menyemak kedudukan rantai makanan yang dibentuk oleh murid. Murid mengenalpasti yang mana pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier.

You might also like