PR yang baik: Sifat yang perlu ada
Sifat-sifat asasi untuk mempunyai PR yang baik dalam diri setiap individu termaktub dalam Sirah Rasulullah.Namun ada segelintir antara kita belum mampu menterjemahkan sifat dan fikrah tersebut apabila berjumpa ataubergaul dengan masyarakat sekeliling kita terutama yang tidak sefikrah dengan kita. Oleh itu kecantikan Mesej PRIslam tersembunyi dalam sanubari ahli-ahli sahaja atau dalam lingkungan Sesama kita sahaja. Di sampingmempunyai ciri-ciri akhlak mulia, beberapa penampilan peribadi amat perlu digilap untuk mempunyai PR yangbaik, supaya sedap dipandang, nyaman didengar dan perasaan menjadi lebih harmoni.
Wajah yang Berseri seri :
Memastikan wajah kita sentiasa berseri-seri, tidak masam dan muram durja malah sentiasa tersenyum simpul walaudalam apa keadaan pun.
“Janganlah memandang rendah atau meremehkan sesuatu yang makruf
itu sekalipun hanya dengan menghadapi saudaranya dengan muka yang berseri-seri (tidak bermasam muka)
semasa berjumpa dengan nya”.
(Hadis Riwayat Muslim).Dari Jarir bin Abdullah:
“Tidak pernah aku datang menemui Rasulullah semenjak aku masuk Islam melainkan aku
melihat baginda sentiasa tersenyum- Baginda tidak pernah kelihatan bermasam
muka”
(Hadis Riwayat Bukhari danMuslim)Inilah perbezaan antara masyarakat materialis dengan nafsu nafsi yang kekeringan senyuman dan kegersanganempati dengan masyarakat Islam yang kaya dengan mahabbah wa rahmah. Masyarakat materialis amat lokek memberikan senyuman kepada jiran, sentiasa kelihatan susah hati dan wajah berkerut seribu, sibuk dan tenggelamdalam arus kehidupan yang mencabar yang memadamkan ciri-ciri insaniah dalam diri. Namun wajah yang berseriakan memberikan kesegaran dan kesuburan rohani orang yang melihat.Sedarkah kita bahawa satu senyuman kita boleh membahagiakan orang lain? Amati cerita ini dari seorang sahabat diluar negara:
“Sepuluh tahun yang lalu, semasa saya berada di sebuah IPT, untuk menampung perbelanjaan yuran yang
meningkat, saya bekerja sambilan sebagai
cashier
di sebuah kedai cenderamata. Semasa saya berada di meja
cashier
, sepasang warga tua masuk sambil menyorong kereta sorong yang memuatkan seorang kanak-kanak perempuan di dalamnya.Saya memerhatikan kanak-kanak perempuan ini duduk terperosok, sedarlah saya bahawa kanak-kanak inisebenarnya kodong tanpa kaki dan tangan. Dia hanya ada kepala, leher, tengkok dan badan sahaja. Dia memakaibaju putih bercorak-corak bulat merah (
polka dots
). Semasa warga tua itu menyorong anak itu ke arah saya untuk
membayar pembeliannya, saya masih sibuk dengan „
cash register’
di depan saya.Apabila saya hendak mengambil duit pembayaran dari pasangan itu, saya sempat mengenyitkan mata saya kepadakanak-kanak perempuan itu. Kemudian saya melihatnya kembali. Kanak-kanak itu memberikan saya satu senyumanyang lebar dan paling manis yang pernah saya terima dalam hidup saya. Secara tiba-tiba semua kecacatannya telahhilang, apa yang saya lihat ialah seorang kanak-kanak yang comel dan cantik.Senyuman nya telah mencairkan persepsi saya dan dunia kelihatan sungguh ceria. Senyumannya telah
mengeluarkan saya dari dunia saya sebagai „pelajar‟ yang miskin, sengsara dan tertekan, ke satu dunia yang penuh
dengan senyuman, kebahagian dan kehangatan kasih sayang dan cinta. Kini setelah sepuluh tahun, saya menjadiseorang usahawan, setiap kali saya merasa tertekan, diketepikan, runsing dan gundah gulana, saya akan terus
teringatkan senyuman manis anak itu dan „pelajaran‟ yang diajarkan kepada saya sepuluh t
ahun yang lalu.
Leave a Comment